Memberi nama anak yang elok kepada anak adalah sangat dituntut dalam Islam. Oleh itu ramai juga yang memberi nama untuk anak dengan nama-nama nabi. Tapi apa pula hukumnya jika kita menamakan anak dengam nama para malaikat contohnya Jibril, Mikail dan sebagainya. Adakah ia dibolehkan?
Mungkin ramai tidak tahu bahawa terdapat ulamak yang memakruhkan penggunaan nama Jibril, perkara ini diterangkan oleh Mufti Wilayah Persekutuan. Berikut adalah penjelasan tentang perkara tersebut.
Imam Malik memakruhkan penggunaaan nama Jibril
Menurut Imam al-Nawawi, mazhab Syafi’e dan jumhur ulama mengharuskan memberi nama anak dengan nama-nama para anbiya’ dan malaikat, dan tiada larangan yang tsabit daripada Nabi SAW berkenaan perkara ini. Imam al-Buhuti daripada mazhab Hanbali juga sependapat dengan mazhab Syafi’e yang menafikan kemakruhan menamakan anak dengan nama malaikat.
Namun terdapat juga para ulama yang memakruhkannya, antaranya ialah Imam Malik yang memakruhkan penggunaan nama Jibril. Imam Ibn al-Qayyim pula memakruhkan penggunaan semua nama malaikat, dengan berdalilkan hadith yang diriwayatkan oleh Abdullah ibn Jarrad R.A:
Ads
صحبني رجل من مزينة فَأتى النَّبِي صلى الله عَلَيْهِ وَسلم وَأَنا مَعَه فَقَالَ يَا رَسُول الله ولد لي مَوْلُود فَمَا خير الْأَسْمَاء قَالَ إِن خير الْأَسْمَاء لكم الْحَارِث وَهَمَّام وَنعم الِاسْم عبد الله وَعبد الرَّحْمَن وتسموا بأسماء الْأَنْبِيَاء وَلَا تسموا بأسماء الْمَلَائِكَة قَالَ وباسمك قَالَ وباسمي وَلَا تكنوا بكنيتي
Maksudnya: Seorang lelaki dari Mazinah bersamaku, dan Nabi SAW datang sedang aku bersama rakanku itu, lalu dia bertanya kepada Rasulullah SAW “apakah sebaik-baik nama?” Nabi SAW menjawab “sebaik-baik nama bagi kalian ialah al-Harith dan Hammam, dan dan seelok-elok nama ialah Abdullah dan Abdurrahman. Namakanlah anak-anak dengan nama para anbiyaa’, dan jangan namakan mereka dengan nama para malaikat. Kawanku bertanya lagi “bolehkah kami menggunakan nama kamu (wahai Rasulullah)? Nabi SAW menjawab “ya, kalian boleh menggunakan namaku, namun jangan kamu menggunakan kuniyah aku.”
Harus menamakan dengan nama malaikat kecuali 4 nama ini
Ads
Mengambil kira larangan bersifat makruh oleh sebahagian ulama daripada menggunakan nama-nama khusus bagi malaikat seperti Jibril dan Mikail, maka kami juga berpandangan bahawa nama-nama tersebut adalah khusus bagi malaikat dan makruh untuk kita menggunakannya. Lebih-lebih lagi kita dapati tiada dalam kalangan para sahabat R.Anhum yang menggunakan nama tersebut.
Kesimpulan menamakan anak dengan nama para malaikat hukumnya adalah harus, kecuali nama-nama yang sinonim dengan nama Malaikat, iaitu Jibril, Mikail, Izra’il dan Israfil.
Ads
Adapun nama-nama lain bagi malaikat yang turut biasa digunakan oleh orang ramai seperti Malik dan Ridhwan, maka tiada kemakruhan padanya.
Terdapat kekeliruan dalam kalangan wanita berkenaan keberadaan mereka di dalam masjid ketika haid. Ada yang faham bahawa wanita dalam haid ini hanya tidak dibenarkan berada di dalam kawasan utama masjid saja yakni ruang solat manakala kawasan di beranda pula dibenarkan.
Agar kaum wanita mendapat kefahaman jelas, berikut adalah penjelasan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan tentang perkara ini.
Memetik penerangan dalam portal pejabat mufti ini, kawasan larangan bagi wanita yang sedang haid untuk berada di masjid bukan sahaja terbatas kepada ruang solat utama, bahkan turut merangkumi semua bahagian yang bersambung dengannya, seperti beranda yang dihukumkan sebagai sebahagian daripada masjid.
Ini kerana menurut ulama mazhab Syafi’i, mana-mana kawasan yang bersambung dengan masjid, seperti beranda (rahbah), turut dihukumkan sebagai masjid.
Oleh itu, wanita dalam keadaan haid tidak dibenarkan berada di kawasan-kawasan tersebut.
Dalam menjelaskan status rahbah masjid, Syeikh Ismail Zain menyatakan:
إذا كانت الرحبة ملحقة بالمسجد بوقف أو عرف فلها حينئذ حكم المسجد وإن لم تكن ملحقة به في ذلك بأن كانت للارتفاق التابع للمسجد فليس لها حينئذ حكم المسجد
Maksudnya: “Jika beranda itu bersambung dengan masjid dengan wakaf atau adat, maka ia sama seperti hukum masjid dan jika ia tidak bersambung dengannya seperti kawasan yang bersebelahan dengan masjid, maka ia tidak dihukumkan sebagai masjid[5].”
Manakala, harim ialah tempat yang disediakan untuk membuang sampah masjid atau tempat membuang air atau sebagainya. Oleh itu wajib ke atas orang yang ingin mewakafkan masjid untuk membezakan antara ruhbah dan harim.
Berkenaan dengan harim ia tidak dianggap sebahagian daripada masjid kerana ia merupakan kawasan kaki lima.
Secara umumnya, hukum wanita yang sedang haid memasuki masjid adalah haram menurut majoriti ulama. Larangan tersebut berasaskan sabda Nabi SAW:
Maksudnya: “Sesungguhnya masjid tidak halal untuk dimasuki oleh orang yang berjunub dan wanita yang sedang dalam keadaan haid.” (Riwayat Abu Daud)
Namun begitu, syariat memberi pengecualian dalam keadaan darurat; contohnya apabila seseorang yang berjunub berada di dalam masjid tetapi tidak dapat keluar kerana ancaman bahaya, maka diharuskan baginya untuk kekal berada di dalam masjid sehingga keadaan kembali selamat.
Tidak dinafikan setiap daripada kita tidak terlepas dari perasan ingin disayangi dan dicintai oleh seseorang. Bertemu dan berkenal-kenalan dengan seseorang hinggalah akhirnya membawa kepada hubungan lebih halal.
Situasi ini tidak ada salahnya tetapi biarlah dengan cara yang betul. Jika mahu bertemu pun eloknya ditemani rakan supaya tidak mendatangkan fitnah pada kedua-duanya.
Jika bebas keluar berdua-duaan akan mendatangkan perasaan yang sukar untuk kita kawal, iaitu hawa nafsu.
Dalam perkongsian Penceramah Bebas, Da’i Wan ada memberi sepotong ayat yang boleh kita gunakan untuk mengawal gelojak hawa nafsu apabila seorang lelaki bertemu perempuan atau sebaliknya.
Menurut Da’i Wan, kata ulama ada satu keadaan syaitan akan dapat mengawal seseorang lelaki mahupun perempuan iaitu apabila syahwat seseorang itu berada naik dan tinggi.
Ayat yang dikongsi oleh Da’i Wan ini boleh diamalkann sekiranya berhadapan dengan situasi berkenaan. Katanya lagi baca ayat ini berulang kali jika rasa tak mampu untuk melawan hawa nafsu.
Tiada pasangan yang berkahwin ingin bercerai sebagai noktah kisah cinta romantik mereka. Sepatutnya kemesraan dan kebahagiaan di awal perkahwinan terus kekal hingga akhir hayat. Namun siapa kita untuk menidakkan kuasa Allah yang menentukan ajal dan jodoh manusia.
Namun, dalam keadaan berduka ini, Allah tetap menjaga kepentingan dan kebajikan seorang wanita dengan mewajibkan bekas suami bertanggungjawab ke atas hak jandanya walau apa pun terjadi selagi bekas isteri itu diceraikan bukan disebabkan nusyuz.
Kita ikuti perkongsian yang amat bermanfaat dari peguam Syariah berpusat di Tampin, Melaka iaitu Rabiatul Adawiyah Ramli mengenai hak-hak isteri selepas bercerai buat rujukan suami dan isteri.
Memulakan coretannya, Rabiatul menegaskan bahawa bercerai bukanlah sesuatu yang diimpikan pasangan yang telah berkahwin. Namun setelah mencari jalan penyelesaian tetapi tetap buntu, sudah tentu jalan terbaik adalah berpisah.
Apa gunanya memilih derita jika suami atau isteri berhak menentukan jalan hidup sendiri selepas berpisah.
Walaupun telah berpisah, isteri dapat menuntut tujuh hak ini selepas proses perceraian berlaku. Tujuan utamanya adalah untuk memastikan hak dan kepentingan sama ada bekas isteri, suami dan anak-anak tetap dilindungi biarpun telah bercerai.
Perlu diketahui, tanggungjawab suami memberi nafkah kepada isteri dan anak bukanlah ketika hidup bersama sahaja tetapi tetap berjalan setelah bercerai juga.
Allah swt telah berfirman:
“Tempatkanlah mereka (para isteri) di mana kamu bertempat tinggal menurut kemampuanmu dan janganlah kamu menyusahkan mereka untuk menyempitkan mereka.
“Dan jika mereka (isteri-isteri yang sudah ditalak) itu sedang hamil, maka berikanlah kepada mereka nafkahnya hingga mereka bersalin, kemudian jika mereka menyusu (anak-anak) mu untukmu maka berikanlah kepada mereka upahnya dan musyawarahkanlah antara kamu (segala sesuatu) dengan baik dan jika kamu menemui kesulitan maka perempuan lain boleh menyusukan (anak itu) untuknya”. (Surah at-Talak : 6)
Apabila pihak-pihak yang dari perkahwinan yang sah telah dibubarkan perkahwinan samada telah dibubarkan perkahwinan tersebut melalui tuntutan perceraian atau fasakh oleh si isteri atau telah diceraikan oleh si suami samada di luar Mahkamah mahupun dengan kebenaran Mahkamah.
Maka apabila sesuatu perceraian itu telah disabitkan sebagai SAH tiada mana-mana perintah Mahkamah yang telah mengisytiharkan sebagai Nusyuz, maka si isteri ini diberikan hak mutlak yang dibenarkan syarak dan undang-undang untuk membuat tuntutan sepertimana di bawah :
Nafkah iddah ini hanya boleh dituntut selama mana wanita tersebut ada tempoh iddahnya. Namun bagi wanita yang tidak diarahkan untuk beriddah oleh Mahkamah sebagai contoh wanita yang belum disetubuhi oleh si suami sepanjang tempoh perkahwinan tidak ada tempoh iddah.
Ini kerana tujuan tempoh iddah ini adalah bagi memberi ruang kepada pihak-pihak untuk Ruju’ kembali dan bertujuan bagi memastikan rahim wanita tersebut bersih dari kandungan.
Tempat tinggal adalah wajib disediakan dalam tempoh iddah Rajie (yang boleh diruju’). Ini adalah kerana dalam tempoh tersebut, pihak-pihak diberi ruang sekiranya ingin menyambung Kembali (Ruju’) ikatan perkahwinan.
….. Merujuk di dalam Dalil Nabi Muhammad saw yang bersabda:
“Hanya nafkah dan tempat kediaman untuk perempuan yang boleh dirujuk oleh suaminya”. (Riwayat Ahmad dan An-Nasa’i)
Mutaah ialah sejumlah harta yang mana suami wajib berikan kepada bekas isterinya yang pernah disetubuhi jika perceraian itu bukan berpunca dari isteri dan bukan kematian suami.
…. Ini ada dinyatakan di dalam Al-Quran mengenai Mutaah:
“Kepada wanita-wanita yang diceraikan (hendaklah diberikan oleh suaminya) Mutaah menurut yang ma’aruf sebagai suatu kewajiban bagi orang-orang yang bertaqwa”. (Surah Al-Baqarah : 241)
Harta sepencarian ialah harta yang diperolehi dalam tempoh perkahwinan yang sah oleh suami dan isteri tersebut. Harta sepencarian yang dimaksudkan termasuklah wang ringgit, harta alih, harta tak alih atau apa-apa aset yang dihasilkan atas perkongsian bersama dalam tempoh perkahwinan.
Tunggakan nafkah ialah nafkah yang telah diabaikan oleh suami dalam tempoh perkahwinan kepada isterinya. Ianya menjadi hutang ke atas suaminya dan wajib dibayar serta boleh dituntut.
Hadhanah bermaksud penjagaan anak-anak yang masih kecil yang belum berupaya untuk menguruskan dirinya sendiri. Mengikut Hukum Syarak dan Undang-undang Keluarga Islam yang berkuatkuasa, ibu adalah yang paling berhak bagi menjaga anak-anaknya yang masih kecil (di bawah umur 7 tahun bagi lelaki dan 9 tahun bagi perempuan).
Sekiranya dalam tempoh perkahwinan pihak-pihak mempunyai anak tak kisahlah berapa ramai sekalipun, maka si ibu boleh menuntut sejumlah wang kepada bapa anak-anak tersebut mengikut keperluan anak dalam kadar yang wajar.
Demikian Allah memberi panduan mengenai hak-hak wanita selepas diceraikan suami. Ini bermakna tanggungjawab suami memberi nafkah kepada isteri dan anak-anak bukan sahaja semasa hidup bersama tetapi juga selepas bercerai dengan isteri.
Maka inilah senarai atau jenis-jenis tuntutan yang boleh dibuat atau dituntut oleh isteri yang diceraikan tanpa alasan yang munasabah.
Dimanakah tuntutan ini boleh dibuat?
Bagi memastikan prosedur tuntutan ini sah di sisi undang-undang, isteri boleh menuntutnya di Mahkamah Syariah andai kata bekas suami seolah lepas tangan.
Bagaimanapun, menurut Rabiatul, tuntutan ini adalah hak isteri samada hendak tuntut atau sebaliknya, tetapi ia hanya melibatkan tuntutan hak isteri sahaja.
“Part Nafkah Anak dan Hak Anak jangan dinafikan pula. Itu hak anak selepas pasangan bercerai. Siapa anda untuk nafikan hak-hak mereka walhal anda yang memilih untuk bercerai. Dan siapa anda juga sebagai bapa atau bekas suami untuk nafikan hak-hak mereka”
Jika tiada keadilan di Mahkamah Dunia, anda akan diadili di Mahkamah Akhirat. Yang penting usaha seterusnya barulah tawakal.
Oleh itu, moga tiada lagi yang ketinggalan keretapi berkenaan apa hak-hak isteri selepas penceraian Semoga bermanfaat dan dimanfaatkan pada yang juga. InsyaAllah.
Semoga perkongsian ini dapat memberi pencerahan dan membantu wanita agar mengetahui apakah hak sebenar seorang isteri setelah bercerai dengan suami. Tuntutlah selagi ia menjadi hak bekas isteri, jangan sesekali nafikan hak anda.
Kashoorga: Allah telah mengaturkan segala sebaik-baik aturan. Tuntut;ah hak sebagai belas isteri kepada bekas suami kerana nafkah ini bukan sah semasa berkahwin sahaja, tetapi juga selepas bercerai. Nafkah buat isteri hanya termaktub selagi mana tidak berkahwin lain.
Hukum ubat kuat menurut Ustaz Azhar Idrus adalah harus jika digunakan untuk tujuan kesihatan dan nafkah batin, dengan syarat produk halal, selamat serta tidak memudaratkan pengguna.