Hukum senaman pilates adakah sama haram macam yoga? Hari ini, ramai umat Islam khususnya orang Melayu yang aktif melakukan senaman moden seperti Pilates.
Namun, timbul persoalan apabila ada yang mengaitkan Pilates dengan yoga kerana pergerakannya kelihatan hampir sama.
Sedangkan kita tahu, Muzakarah Fatwa Kebangsaan telah mengharamkan senaman yoga kerana kaitannya yang rapat dengan ajaran agama Hindu.
Islam melarang umatnya menyerupai agama lain sama ada dalam pertuturan, perbuatan atau pakaian. Dalam sebuah hadis daripada Ibn Umar RA, Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ
Maksudnya: “Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia adalah daripada kalangan mereka.” (Riwayat Abu Daud)
Hukum tentang senaman pilates ini dirungkai oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
Ads
Hukum senaman pilates
Persoalannya, adakah hukum melakukan Pilates juga sama seperti yoga? Atau ia sebenarnya dibenarkan dalam Islam?
Menurut pakar, Pilates adalah senaman moden yang dicipta oleh Joseph Pilates pada abad ke-20, bertujuan untuk menguatkan otot, meningkatkan kestabilan tubuh, mencantikkan bentuk badan, mengurangkan sakit pinggang, menurunkan berat badan, dan menajamkan fokus. Ia hanyalah senaman fizikal tanpa kaitan dengan unsur kerohanian agama lain.
Yoga pula berasal dari falsafah Hindu dengan tujuan menyatukan diri dengan ‘tuhan’ melalui meditasi, bacaan mantera, dan pergerakan tertentu. Inilah sebab utama ia diharamkan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada tahun 2008 kerana mengandungi unsur keagamaan yang boleh merosakkan akidah.
Syarat & Garis Panduan Senaman Pilates
Ulama menjelaskan, senaman seperti Pilates hukumnya harus selagi:
Ads
Dilakukan di tempat tertutup.
Tidak berlaku percampuran lelaki dan perempuan.
Tiada bacaan atau upacara yang bercanggah dengan syarak.
“Sesuatu hukum berlegar bersama sebabnya ketika ia ada atau tiada.”
Jabatan Fatwa Mesir turut menjelaskan, pergerakan senaman semata-mata adalah harus jika tujuannya untuk kesihatan, dan tidak dikaitkan dengan konsep atau amalan agama lain.
Ads
Kesimpulannya, pilates dibenarkan dalam Islam kerana ia bebas daripada unsur keagamaan Hindu. Namun, umat Islam perlu berhati-hati memilih bentuk senaman yang diamalkan. Jika senaman tersebut ada bacaan mantera, meditasi keagamaan, atau unsur spiritual yang bercanggah dengan akidah, maka ia wajib dielakkan.
Islam menggalakkan umatnya menjaga kesihatan tubuh, tetapi dalam masa sama memelihara kesucian akidah. Jangan kerana ingin sihat, kita terjerumus dalam perkara yang memudaratkan iman.
Ramai yang suka makan petai dan jering walaupun ia mengeluarkan bau yang sangat menyengat atau lebih tepat lagi busuk.
Bau busuk dari petai disebabkan ia mengandungi sebatian bersulfur yang menyebabkan mulut berbau dan urin busuk. Begitu juga dengan jering ia mengandungi asid jenkolik yang bertoksid. Kelemahan ketara petai dan jering ialah pada baunya yang menyebabkan orang sekeliling yang terganggu.
Dalam hukum Islam memakan kedua-dua ulam ini memang tidak dijelaskan. Namun hukum memakannya dapat disamakan dengan hadis yang menerangkan memakan bawang putih dan merah yang keduanya memiliki aroma yang tajam.
Ada sebahagian makanan atau minuman yang dilarang dalam agama, ada juga yang hanya makruh hukumnya dan ada juga yang halalan thoyyiban, seperti petai dan jering ini. Sebenarnya jenis makanan ini tidak pernah disebutkan dalam Al-Quran dan Hadis.
Sebagaimana sabda Rasulullah SAW; عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه في فتح خيبر أن النبي صلى الله عليه وعلى آله وسلم قال: “من أكل من هذه الشجرة الخبيثة شيئاً فلا يقربنا في المسجد”، فقال الناس: حرمت، حرمت، فبلغ ذلك النبي صلى الله عليه وسلم فقال: “أيها الناس إنه ليس بي تحريم ما أحل الله لي، ولكنها شجرة أكره ريحها
“Dari Abi Sa’id al Khurdry ketika penaklukan Khaibar, Nabi Muhammad SAW bersabda: ‘Siapa yang memakan dari pohon yang berbau ini (bawang merah dan bawang putih) maka janganlah mendekati masjid.’ Orang-orang pun langsung bercerita-cerita tentang sabda nabi ini, mereka mengatakan: ‘Diharamkan, diharamkan.’ Hingga sampailah isu ini ke Rasulullah SAW, maka beliau bersabda: ‘Wahai umat manusia, sesungguhnya saya tidak mengharamkan apa yang telah Allah halalkan, akan tetapi pohon ini, aku tidak suka baunya,” (H.R Muslim).
Dari hadis ini, jelaslah bahawa bawang merah dan bawang putih tidaklah dilarang. Akan tetapi nabi hanya tidak suka baunya saja, kerana akan mengganggu keselesaan orang sekeliling, sehingga nabi melarang orang yang memakannya masuk masjid, yang menyebabkan orang lain hilang tumpuan ketika solat.
Bagaimanapun, bawang yang telah dimasak tidak mengeluarkan bau selepas memakannya, maka ia tidak akan mengganggu ketenteraman sekeliling, maka tidak menjadi masalah kepada kita untuk ke masjid.
Begitu juga dengan petai dan jering, jika sudah dimasak ia kurang mengeluarkan bau yang kuat malah kita boleh menggosok gigi atau mengunyah gula-gula getah sesudah makan bagi menghilangkan bau mulut.
Akan tetapi ada yang memakruhkannya dengan alasan, baunya memberi mudarat kepada orang lain kerana Nabi sangat menganjurkan agar kita selalu menjaga kenyamanan dan jangan pernah mengganggu orang lain.
Kesimpulannya, kita dibolehkan makan petai dan jering, tetapi jangan terlalu banyak kerana bimbang tidak disenangi orang sekeliling.
Dalam masa sama, petai juga akan menyebabkan angin dalam badan kerana proses penghadaman yang lambat. Manakala, asid jenkolid pada jering akan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang jika dimakan kerap dan banyak.
Kashoorga: Apa pun yang kita makan, seharusnya diambil dalam kadar sederhana dan tidak mengganggu orang sekeliling.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
‘Tak sah kerana tiada keredaan penjual & pembeli.’ Tapi adakah wujud elemen paksaan dalam isu Kieda Crepe? Adakah dia memaksa setiap pembeli untuk berbuat demikian.
Sekali lagi, nama Kieda Crepe meniti di bibir netizen apabila dia dikatakan memaksa pelanggannya untuk produk lain sedangkan mereka hanya ingin membei crepe saja.
Adakah perniagaan sebegini dibenarkan dalam Islam, adakah apa yang dilakukan pihak Kieda Crepe bertentangan dengan hukum mualamat. Ikuti perkongsian panjang lebar Ustaz Lariba berkaitan isu ini.
Kami telah menerima beberapa soalan mengenai isu Kieda Crepe di mana ada orang mendakwa dirinya telah “memaksa” pelanggannya membeli barang-barang yang pelanggannya tidak mahu beli.
Ini adalah kerana dia menjual crepe dengan digabungkan dengan produk lain. Telah menjadi viral pula kerana agak ramai yang mendakwa dia memaksa pembeli beli barang pada asalnya tidak mahu beli.
Ada juga dikongsi suatu sedutan video Ustaz Azhar Idrus (UAI) yang menyatakan bahawa jual-beli sebegitu adalah tidak sah sebab tiada keredaan penjual dan pembeli kerana pembeli “dipaksa” beli benda yang dia tidak mahu beli.
So adakah elemen paksaan dalam jual-beli ini?
Antara syarat jual-beli adalah التراضي بين الطرفين (saling meredai antara kedua belah pihak). Ertinya penjual bersetuju untuk menjual dan pembeli juga bersetuju untuk membeli dengan ketetapan tersebut.
Maka, tiada pihak yang dipaksa menjual apa yang beliau enggan jual atau tiada pihak yang dipaksa membeli apa yang beliau enggan beli.
Tapi apakah jual-beli secara paksa itu?
Dalam Islam, paksaan yang boleh menjejaskan syarat keredaan dan membatalkan akad adalah yang mengandungi unsur ancaman atau ugutan.
Oleh itu, para ulama telah meletakkan beberapa syarat yang perlu dipenuhi bagi membolehkan kita mendakwa transaksi yang kita lakukan itu adalah secara paksaan. Syarat-syaratnya adalah seperti berikut:
i. Orang yang memaksa hendaklah mampu melaksanakan ugutan atau ancaman yang dibuat;
ii. Orang yang dipaksa ada sangkaan tinggi bahawa orang yang memaksa tersebut mampu melaksanakan ancaman atau ugutannya sekiranya dia enggan menurut perintahnya dan dia pula tidak mampu menghalangnya daripada melaksanakan ugutan atau ancaman tersebut;
iii. Ancaman atau ugutan yang dibuat oleh orang yang memaksa itu melibatkan keselamatan ke atas nyawa, anggota dan harta; dan
iv. Orang yang dipaksa telah menunjukkan keengganannya untuk melakukan perbuatan tersebut sebelum ugutan atau ancaman dibuat lagi.
Contoh jual-beli paksa ialah:
1. Kita bayar tunai RM100 untuk isi minyak. Setelah isian penuh, jumlah harga minyak ialah RM90 maka kita minta daripada pekerja stesen minyak baki RM10.
Namun pekerja stesen minyak itu berkata polisi mereka ialah baki tidak dikembalikan. Sebaliknya, baki itu hendaklah digunakan untuk beli barang yang senilai di stesen minyak mereka.
2. Abang kita jual produk MLM sebanyak RM200. Dia berkata kepada adiknya jika adiknya tak beli barang RM200, mereka bukan adik-beradik lagi.
Dalam isu Keida Crepe, kami difahamkan seperti berikut:
1. Beliau pernah pada asalnya menjual crepe sahaja dan tidak digabungkan (secara kombo) dengan produk lain. Pendek kata beliau menjual crepe sahaja.
2. Dia kini tidak menjual crepe secara berasingan dan menjual crepenya dengan digabungkan dengan produk orang lain. Dirinya memberi alasan bahasa beliau ingin “membantu vendor lain”.
Adakah syarat-syarat baru ini merupakan satu paksaan dalam jual-beli?
Walau apa pun niatnya menukar syarat-syarat pembelian, pendapat kami adalah seperti berikut:
1. Jual-beli dengan syarat-syarat baru Keida Crepe bukanlah jual-beli paksaan. Sebab pembeli ada pilihan sama ada untuk beli atau tidak serta boleh beli di tempat lain jika tidak setuju dengan syarat-syarat baru tersebut.
2. Syarat-syarat baru Kieda adalah jelas dan tidak disembunyikan atau hanya diberitahu selepas pembeli bayar. Beliau dengan jelas pamerkan maklumat harga baru di luar dan di dalam kedai. Dia telah mengubah produk dia jadi combo dan telah jelas diberitahu kepada semua pelanggan.
3. Mungkin ada elemen paksaan jika orang yang sudah beli crepe dan dah bayar tetapi dia belum hantar, dia tukar syarat mesti tambah wang sebab mesti beli choco jar, jika tidak wang tidak dikembalikan.
Itu barulah paksaan. Tapi jika dia refund sebab pelanggan tak mahu beli, itu bukan paksaan.
4. Mengenai pendapat UAI, kami kurang bersetuju sebab jual-beli Kieda Crepe ini tidak memenuhi kriteria “paksaan” dalam jual beli sebab dia telah pamer maklumat produk baru dan pelanggan masih ada pilihan samada ingin meneruskan pembelian atau tidak.
Walaupun mungkin soalan itu tidak ditujukan kepada isu Kieda Crepe. Mungkin soalan kepada UAI itu boleh dibaiki untuk pencerahan beliau yang lebih baik.
Tapi kita tidak alami “paksaan” bila sebaliknya kita bayar serta sudah dapat produk. Tiada elemen “saya terpaksa beli” atau “dipaksa beli” lagi.
Dalam industri runcit, jual kombo adalah perkara biasa. Pengalaman kami di stesen minyak ialah kami sentiasa ambil cakna melalui sistem runcit produk-produk yang “bergerak perlahan” atau tidak laku (slow moving product).
Produk “bergerak perlahan” akan digabungkan sebagai jualan kombo dengan produk yang selalunya “bergerak laju” (fast moving product). Kombo juga adalah satu produk.
Oleh itu, nasihat kami kepada pelanggan-pelanggan Kieda agar berhenti daripada menuduh beliau memaksa pelanggan beli benda yang pelanggan tidak mahu atau tidak perlukan. Pilihan adalah di tangan pelanggan untuk meneruskan pembelian atau tidak.
Jom belajar muamalat! Semoga bermanfaat. Suburkan ilmu, jauhi kedangkalan. Insyallah…
Berpakaian tidak menutup aurat demi meraih perhatian adalah sesuatu yang tidak wajar dilakukan apatah lagi bagi umat Islam.
Namun begitu ada jua peniaga yang sanggup melakukannya dengan alasan mencari rezeki termasuklah peniaga makanan.
Dalam hal ini apa pula hukum jika kita membeli dari peniaga yang tidak menutup aurat ini.
Melalui penjelasan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan terdapat begitu banyak dalil-dalil syarak daripada al-Quran dan juga al-Sunnah yang menunjukkan arahan supaya seseorang muslim itu memakan makanan yang halal lagi baik.
Ini seperti yang disebutkan oleh Allah S.W.T melalui firman-Nya:
Maksudnya: Wahai sekalian manusia, makanlah kamu dari (hasil) yang terdapat di atas muka bumi (makanan) yang halal lagi baik.Surah al-Baqarah (168)
Justeru, dapat kita fahami bahawa menjadi satu kewajipan ke atas seorang muslim itu untuk memakan makanan yang halal lagi baik sepanjang kehidupannya di atas muka bumi.
Dalam isu ini, nas-nas syarak tidaklah menunjukkan kepada hukumnya secara terperinci. Ini melainkan panduan asas dalam pemakanan iaitu hendaklah seseorang itu makan makanan yang halal lagi baik tanpa melihat kepada siapa yang memasak dan menjualnya.
Oleh itu perbuatan membeli dan memakan juadah yang disediakan oleh para peniaga yang tidak menutup aurat adalah dibolehkan menurut syarak selama mana makanan yang disediakan itu adalah halal lagi thayyib (baik) menurut aspek penyediaan, kebersihan, dan juga tempat jualan.
Namun, sekiranya seseorang itu atas dasar waraknya dia dalam menjaga keperibadian dirinya, dan memilih untuk tidak membeli makanan dari para peniaga yang mendedahkan aurat, maka ini adalah dibolehkan kepada dirinya tanpa melarang orang lain berbuat begitu bagi mengelakkan salah faham dalam kalangan masyarakat.
Ini bertepatan dengan sebuah riwayat yang menyebut:
وَلَا تَأْكُلْ إِلَّا طَعَامَ تَقِيّ
Maksudnya: Dan janganlah kamu makan melainkan makanan orang yang bertakwa.