Ada keadaan kita solat dalam keadaan laju, nak cepat atau pun kita melihat rakan solat dalam kadar yang laju. Kita baru rakaat kedua, dia dah selesai.
Timbul kemusykilan adakah sah solat laju sebegini. Berikut adalah penjelasan Ustaz Azhar Idrus dalam satu ceramah beliau. Ujar beliau solat laju atau lambat tidak menjadi masalah asalkan cukup syarat dan rukun solat.
“Solat laju dan perlahan tiada masalah asalkan cukup syarat dan rukun. Diantara rukun solat adalah membaca al fatihah dengan sempurna. Kalau laju dan tak habis atau tak sempurna bacaan al-Fatihah maka tak sah.
Ads
“Kedua adalah syarat, antara sebab solat laju jadi tak sah adalah kerana tinggal to’makninah atau tidak berhenti seketika untuk setiap rukun solat.”
Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Daud dan Nasa’i, Rasulullah s.a.w melarang solat yang dikerjakan seperti burung yang mematuk makanan, iaitu pantas berdiri dan sujud dalam waktu yang singkat.
Ads
Dalam hadis yang lain pula Baginda bersabda bermaksud: “Allah s.w.t. tidak melihat solat seseorang yang dikerjakan tanpa sempat meluruskan tulang belakangnya antara rukuk dan sujud”. (Riwayat Thabrani)
Ads
Solat yang dikerjakan secara cepat atau lambat pada dasarnya sah. Namun perlu diingatkan agar segala rukun dan syarat sah solat cukup serta tidak tertinggal.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Apabila berada di rumah saja sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini membuatkan kita teringin untuk menikmati pelbagai makanan menyelerakan.
Salah satunya adalah donut gebu dan lembut. Tidak perlu bersusah payah keluar, anda boleh membuatnya sendiri di rumah bersama anak-anak.
Donut gebu ini juga tidak perlukan uli sebaliknya resipi dikongsikan Liya Liyana di Facebook ini sangat mudah dan tidak perlukan bahan yang banyak. Malah lebihan boleh dibuat frozen untuk digoreng bila-bila masa saja.
RESEPI DONUT GEBU PALING SIMPLE TANPA ULI ( Nak uli pon boleh)
Macam yg dijanjikan semalam. Harini Yana share resepi donut yg senang giler. 1 adunan ni boleh buat donat dan jugak pau sambal a.k.a burger malaysia tu.
Boleh la korang buat petang nanti. First time buat pon konfirm jadi taw. Jom cekidaut.
Bahan A
– 1 peket yis
– 2 sudu gula kasar
– 2 sudu susu pekat
– 1 cawan air suam
Bahan B
– 4 cawan tepung gandum
– 2 sudu margerin
– 1 sudu teh soda bikarbonat
– 1 sudu teh garam ( Yana letak sikit je)
Cara – cara
1. Campur kan kesemua bahan2 A (yis / gula / susu / air suam) . Biarkan sampai kembang. Sementara nk tunggu bahan A kembang tu boleh la buat bahan B.
2. Dalam bekas lain. Satukan semua bahan B (tepung / soda bikarbonat / garam / marjerin). Ramas- ramaskan sampai sebati.
3. Lepas bahan A dah kembang satukan dengan bahan B. Gaul rata dan tutop kan. Nak pakai wrap boleh. Pkai kain pon boleh. Yana pkai kain jer. Senang.
4. Tunggu 1 jam. Nanti adunan tu naik dua kali ganda. Tumbuk2 bagi keluar angin. Lepas tu boleh la terap kan atau buat bentuk.
5. Adunan ni tak payah uli pon tak pe. Kalau rajin boleh je uli. Lagi lembut taw. Lepas tu boleh la goreng dgn api sederhana.
6. Dah siap goreng boleh la salut kan dengan gula atau coklat atau sambal.
7. SEDIA DI MASUK KAN DALAM PERUT COMEY.
Nampak macam panjang kan. Tp senang jer step dia. Tersangat lah mudah taw. Kalau dh buat share2 la sini. Hehehe. Nak share sgt2 dialukan. Yana halalkan. Sama2 kongsi kan.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Alam rumah tangga merupakan satu ujian untuk suami dan isteri. Ada ketika pasangan diuji dengan kebahagiaan tetapi ada juga diuji dengan pergaduhan sehingga membawa kepada perceraian. Tidak mengira usia, tua atau muda, ada ketika rumahtangga yang dibina terhenti di tengah jalan.
Pada November tahun lalu, Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin memaklumkan jumlah perceraian dalam kalangan rakyat negara ini meningkat 12 peratus kepada 56,975 pada 2019, berbanding 50,862 pada tahun sebelumnya.
Dalam mendirikan rumah tangga, ada kalanya anak lelaki khususnya anak tunggal tersepit di antara tanggungjawab terhadap isteri dan ibu. Bahkan bukan saja anak tunggal, ramai suami tersepit dalam membuat keputusan, sama ada perlu mendahuluikan ibu yang melahirkan atau mendengar cakap pasangan.
Menurut Ustaz Shahril bin Abd Samad, tanggungjawab anak lelaki terhadap isteri dan mak harus seiring dan lelaki harus bijak membuat keputusan di sebalik membuat keputusan mengenai isu patut lebihkan siapa selepas kahwin, mak atau isteri?
Tanggungjawab pada isteri dan mak sama penting
Menurut Ustaz Shahril, tanggungjawab kepada isteri adalah sama pentingnya dengan tanggungjawab kepada ibu yang melahirkan.
“Anak lelaki besar tanggungjawabnya. Sekali pun sudah berumahtangga, menjadi kewajipan kepada anak lelaki untuk tidak mengabaikan ibu yang melahirkan, menjaga dan membesarkan mereka.
“Isteri juga penting tetapi seorang anak lelaki tidak boleh terlalu mengikut telunjuk isteri sehingga menjadi dayus. Lelaki harus menjadi pembuat keputusan yang adil dan tepat. Malah dalam bab memberi duit pun, kalau beri pada isteri, berilah juga pada mak.
“Dalam memberi ceramah, saya selalu berkata, jangan beri jumlah yang sama kepada kedua-duanya kerana keperluan berbeza-beza. Kalau bagi isteri RM500, mak mungkin lebih atau kurang dari jumlah itu. Tergantung kepada keperluan yang penting,” katanya mengakui anak lelaki perlu bijak membuat keputusan.
Menurut Ustaz Shahril, pertolongan ini juga perlu dilihat kepada betapa pentingnya situasi keadaan pada masa permintaan itu dilakukan.
“Saya ambil contoh, isteri suruh ambil anak di sekolah sebab sibuk mesyuarat tapi masa yang sama, mak pula minta hantar ke hospital kerana keadaannya agak kritikal. Dalam ajaran Islam, kita wajib mendahuluikan mak yang membesarkan kita kerana keadaannya berkaitan nyawa manakala anak kita boleh tunggu seketika. Di sini, anak lelaki harus berperanan dan tahu membezakan mana yang lebih penting.
Jelas Ustaz Shahril lagi, selain perlu bijak membuat keputusan kerana amanah dari Allah ini, suami juga tidak seharusnya tunduk dengan desakan isteri atas alasan sayang dan mengenepikan emaknya begitu sahaja.
“Ada kes begini. Begitu ikut telunjuk isteri dan isteri control rumahtangga. Isteri kena ingat, tanpa mak yang melahirkan suaminya, tak mungkin jodoh mereka tertulis di sini. Di sinilah hak sebagai mak perlu dijaga.
Ini termasuklah anak lelaki dituntut berbuat baik seperti tidak meninggikan suara di hadapan mereka sesuai dengan firman Allah SWT di dalam surah Al-isra ayat 23 : “Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya kamu tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah kamu berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha”, dan janganlah kamu menengking (menyergah) mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).”
“Rasulullah SAW bersabda anak-anak wajib membantu kedua ibu bapa dari sudut kemampuan setakat yang mampu, taat kepada mereka dan tidak sesekali menderhakai mereka. Malah selepas ibu bapa meninggal dunia, tanggungjawab anak-anak masih tidak lepas iaitu perlu tunaikan hutang-hutang yang wajib iaitu hutang dengan Allah SWT seperti puasa, haji, nazar dan sebagainya.
“Langsaikan hutang-hutang ibu bapa yang telah pergi kepada manusia setakat yang mampu. Anak-anak juga disarankan sentiasa berdoa kepada mereka. Ini kerana, doa seorang anak yang soleh kepada ibubapanya yang telah pergi merupakan amalan yang tidak terputus berdasarkan kepada hadith yang kami nyatakan di atas. Tambahan pula, al-Quran menuntut agar seorang anak itu sentiasa mendoakan kerahmatan dan keampunan buat kedua ibubapanya, menziarahi sahabat-sahabat kepada kedua ibu bapa, bersedekah untuk mereka walaupun selepas ketiadaan mereka selain tunaikan dan penuhi wasiat-wasiat ibubapa yang telah pergi dengan baik.
“Beginilah besarnya tanggungjawab seorang anak kepada ibu bapanya. Sebab itulah anak lelaki harus membuat keputusan bijak agar tidak membawa kemudaratan kepada hubungan suami isteri dan kedua ibu bapanya,” katanya ketika dihubungi.
Jadi dah tahu mana yang patut suami dahulukan, antara emak atau isteri.
WEBINAR JODOH 💖: SUAMI KIRIMAN ILAHI
✨Jom Sis semua yang masih single terutamanya sejenis yang pemalu! Kita belajar ilmu menjemput jodoh💘
Dengan ilmu menjemput jodoh, Sis akan..
✅ Tak tertanya-tanya lagi “Dimana atau ada ke bakal imamku❓❓” 🤷🏽♀
✅ Jelas ✨ dan yakin 💪🏻 dengan langkah-langkah mudah ikhtiar mencari jodoh 💘 (Tip: Islam itu Mudah dan Indah)
✅ Akan dijauhi heartbreak 💔 dan lelaki yang tak serius 👻
Yang sudah berstatus ‘Dimiliki’, ambillah manfaat ilmu ini untuk memudahkan dan percepatkan lagi jodoh Sis 💞
Dalam hidup manusia, ada lapan jenis rezeki dari Allah dan Al-Quran menyebutnya di dalam beberapa surah.
Antara lapan jenis rezeki dari Allah ialah rezeki yang telah dijamin iaitu “Tidak ada satu makhluk melata pun yang bergerak di atas bumi ini yang tidak dijamin ALLAH rezekinya.” (Surah Hud : 6).
Begitu juga Rezeki Kerana Usaha (surah An-Najm:39), ketiganya Rezeki Kerana Bersyukur (surah Ibrahim:7), keempat, Rezeki Tak Terduga (surah Al-Thalaq : 2:3), Rezeki Kerana Istigfar ( surah Nuh:10:11), Rezeki Kerana Bernikah (Surah An-Nur:32), Rezeki Kerana Anak (Surah Al-Israa’ :31 dan terakhir Rezeki Kerana Suka Bersedekah iaitu “Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada ALLAH, pinjaman yang baik (infak & sedekah), maka ALLAH akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipatan yang banyak.” (Surah Al-Baqarah : 245).
Jika dilihat banjir yang melanda negara penghujung tahun lalu, banyak kemusnahan harta benda selain kerugian yang bukan sedikit ditanggung oleh a mereka yang diuji bencana alam ini.
Namun di sebalik musibah, ada rezeki orang lain kerana menerima bantuan-bantuan tidak terduga dan semuanya itu sudah ditentukan oleh Allah taala. Umpamanya Abang Viva atau Azuan Omar yang rezekinya melimpah ruah hanya kerana keikhlasan membantu mangsa banjir dengan berbekalkan RM50 sahaja.
Baru saja menerima sebiji motosikal berkuasa tinggi berharga RM30,000 dan masih menunggu kereta pacuan empat rodanya yang belum diterima, inilah rezeki tidak terduga berlaku dalam kehidupan manusia.
Allah itu bersifat pengasih dan penyayang dan akan menggerakkan hati manusia lain untuk membantu mereka dilanda kesusahan.
Sama seperti Abang Viva, rezeki juga sudah tertulis kepada Nuarjan Sulaiman apabila menerima sebiji kereta dihadiahkan oleh Carsome.
Kisahnya pernah menjadi viral kerana kereta perodua Bezza yang baru dibelinya tiga bulan hasil simpanan selama 8 tahun termasuklah menggunakan wang KWSP telah dihanyutkan air banjir dalam kejadian 22 Disember lalu di Kampung Sungai Lui Batu 19, Hulu Langat dan keretanya diisytiharkan sebagai total lost. Namun apa yang membuatkan ramai kagum dengan kecekalan dirinya, walau dilanda musibah, dirinya masih mampu mengukirkan senyuman dan tidak berkeluh kesah.
Dan dua hari lalu rezeki sudah tertulis buatnya apabila menerima sebuah kereta terpakai jenis Saga dari Carsome seperti dikongsikan oleh Tik Tok @Selangortv.
Mengakui gembira dengan hadiah tak terduga ini, Nuarjan megucapkan terima kasih kepada Carsome sebab sudi memberinya sebuah kereta untuk kegunaan seisi keluarga.
“Ini rezeki anak-anak untuk kegunaan kami sekeluarga,” katanya sambil menyambung anak-anak belum tahu tentang hadiah diterimanya itu (ketika temuramah).
Katanya lagi, anak-anak asyik tanya mana kereta abah (sudah total lost).Mengakui seakan tidak percaya dengan hadiah diterimanya ini, Nuarjan mengucapkan ribuan terima kasih.
“Rasa terharu bercampur sedih asbab doa dari rakyat Malaysia, akhirnya dirinya menerima rezeki ini dan boleh digunakan untuk kegunaan keluarga,” katanya mengakhiri temuramah.