Apabila berada di rumah saja sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini membuatkan kita teringin untuk menikmati pelbagai makanan menyelerakan.
Salah satunya adalah donut gebu dan lembut. Tidak perlu bersusah payah keluar, anda boleh membuatnya sendiri di rumah bersama anak-anak.
Donut gebu ini juga tidak perlukan uli sebaliknya resipi dikongsikan Liya Liyana di Facebook ini sangat mudah dan tidak perlukan bahan yang banyak. Malah lebihan boleh dibuat frozen untuk digoreng bila-bila masa saja.
RESEPI DONUT GEBU PALING SIMPLE TANPA ULI ( Nak uli pon boleh)
Macam yg dijanjikan semalam. Harini Yana share resepi donut yg senang giler. 1 adunan ni boleh buat donat dan jugak pau sambal a.k.a burger malaysia tu.
Boleh la korang buat petang nanti. First time buat pon konfirm jadi taw. Jom cekidaut.
Bahan A
– 1 peket yis
– 2 sudu gula kasar
– 2 sudu susu pekat
– 1 cawan air suam
Bahan B
– 4 cawan tepung gandum
– 2 sudu margerin
– 1 sudu teh soda bikarbonat
– 1 sudu teh garam ( Yana letak sikit je)
Cara – cara
1. Campur kan kesemua bahan2 A (yis / gula / susu / air suam) . Biarkan sampai kembang. Sementara nk tunggu bahan A kembang tu boleh la buat bahan B.
2. Dalam bekas lain. Satukan semua bahan B (tepung / soda bikarbonat / garam / marjerin). Ramas- ramaskan sampai sebati.
3. Lepas bahan A dah kembang satukan dengan bahan B. Gaul rata dan tutop kan. Nak pakai wrap boleh. Pkai kain pon boleh. Yana pkai kain jer. Senang.
4. Tunggu 1 jam. Nanti adunan tu naik dua kali ganda. Tumbuk2 bagi keluar angin. Lepas tu boleh la terap kan atau buat bentuk.
5. Adunan ni tak payah uli pon tak pe. Kalau rajin boleh je uli. Lagi lembut taw. Lepas tu boleh la goreng dgn api sederhana.
6. Dah siap goreng boleh la salut kan dengan gula atau coklat atau sambal.
7. SEDIA DI MASUK KAN DALAM PERUT COMEY.
Nampak macam panjang kan. Tp senang jer step dia. Tersangat lah mudah taw. Kalau dh buat share2 la sini. Hehehe. Nak share sgt2 dialukan. Yana halalkan. Sama2 kongsi kan.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Diuji Kanser Perut Stage 4, Menanti Hari Dijemput Illahi, Ustaz Ebit Lew Pohon Doa Buat Ayah Kesayangannya
Setiap orang akan melalui ujian kehidupan dan ia pastinya berbeza-beza. Namun ia satu cara Allah mempertingkatkan keimanan kita.
Menerima ujian ahli keluarga sakit dan hanya menunggu masa kembali ke pangkuan Allah, pastinya amat berat.
Namun sebentar tadi di fbnya, pendakwah yang disayangi ramai Ustaz Ebit Lew berkongsi keadaan terkini kesihatan ayahnya yang sebelum ini dimasukkan ke hospital kerana keuzuran. Memohon doa dari ramai, Ustaz Ebit Lew memaklumkan ayahnya disahkan mengidap kanser perut perut peringkat akhir dan hanya menunggu masa dijemput Illahi. Dilihat lengkap dalam sut PPE kerana dirinya masih menjalani kuarantin 14 hari kerana baru balik dari Gaza, Palestin dan sudah pun menjalani ujian Covid-19 dan didapati negetif, dirinya dilihat menziarahi ayahnya buat kali pertama dan terahir di hospital.
Ya Allah, moga diberi kekuatan buat Ustaz menghadapi ujian ini.
Tulis Ustaz Ebit:-
“Pohon doakan buat ayah saya ya. Dr kata kanser perut last stage. Menanti hari. Kanser dah merebak semua. Semoga Allah mudahkan buat ayah saya. Dapat izin tengok sekali je dan sekejap tapi full ppe dan test covid negatif. Terima kasih KKM. Lama lagi kuarantin. Maafkan Ebit ye bapak. Ebit tak dapat jaga di saat begini. Terima kasih adik beradik semua yang menjaga. Terima kasih semua yang mendoakan.
Hari tu masa sedar ayah saya cakap. Teruskan kerja sempurnakan misi membantu. Ya Allah angkatkanlah sakit dari ayah saya. Berilah yang terbaik buatnya. Ebit sayang mak. Ebit sayang bapak sampai bila-bila. Mak dah pergi dulu. Rindu mak. Rindu bapak. Terima kasih bapak atas segalanya. Ya Allah jika ada pahala atas sedikit kebaikan yang kulakukan. Aku hadiahkan semuanya buat bapak. Hilangkanlah sakitnya. Janganlah bapak rasa sakit tu. Terima kasih ya Allah.
WEBINAR JODOH 💖: SUAMI KIRIMAN ILAHI
✨Jom Sis semua yang masih single terutamanya sejenis yang pemalu! Kita belajar ilmu menjemput jodoh💘
Dengan ilmu menjemput jodoh, Sis akan..
✅ Tak tertanya-tanya lagi “Dimana atau ada ke bakal imamku❓❓” 🤷🏽♀
✅ Jelas ✨ dan yakin 💪🏻 dengan langkah-langkah mudah ikhtiar mencari jodoh 💘 (Tip: Islam itu Mudah dan Indah)
✅ Akan dijauhi heartbreak 💔 dan lelaki yang tak serius 👻
Yang sudah berstatus ‘Dimiliki’, ambillah manfaat ilmu ini untuk memudahkan dan percepatkan lagi jodoh Sis 💞
Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-jodoh-suami-kiriman-ilahi/
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Rejab Bulan Yang Mulia, Bacalah Doa Ini Agar Kita Sempat Sampai Ke Ramadan
Semalam bermulalah permulaan hari bagi bulan Rejab, 2 Februari 2022. Dikatakan, ia satu malam yang mustajab doa. Walau sudah berlalu namun doa ini masih boleh dibaca agar usia kita dapat sampai ke bulan Ramadan, bulan penuh keberkatan.
Apabila bermulanya Rejab, insya Allah jika dipanjangkan usia, kita akan memasuki ke bulan Sya’aban dan seterusnya Ramadan.
Para Sahabat dan Salaf As-Soleh dahulu telah melakukan persiapan untuk bertemu Ramadan beberapa bulan sebelumnya lagi. Kita pula bagaimana? Sudahkah bersedia untuk menyambut kedatangan bulan yang mulia ini?
Sabda Rasulullah Sallahu ‘alaihi wa sallam :-
والله إني لاستغفر الله وأتوب إليه في اليوم أكثر من سبعين مرة
“Demi Allah, aku beristighfar kepada Allah dan bertaubat kepadaNya lebih daripada 70 kali dalam sehari.” (Riwayat Imam Al-Bukhari)
Dan dalam hadis yang lain :
طوبى لمن وجد في صحيفته استغفاراً كثيراً
“Beruntunglah bagi yang didapati lembarannya itu istighfar yang banyak.” (Riwayat Imam An-Nasai’ dan Imam Ibn Majah).
Kata para ulama’ :-
“Rejab bulan Istighfar, Sya’aban bulan Selawat, Ramadan bulan Al-Qur’an.”
Hikmah :-
Dimulakan dengan Istighfar adalah kerana sebelum kita menerima limpahan cahaya dan nafahat serta rahsia-rahsia Al-Qur’an pada bulan Ramadan, maka hendaklah kita mempersiapkan hati kita dengan membersihkannya terdahulu iaitu dengan istighfar. Kerana cahaya itu tidak masuk ke hati yang tertutup dengan kegelapan.
Bulan Sya’aban pula dikhaskan untuk banyak berselawat adalah kerana untuk memperbaiki hubungan kita dengan Rasulullah. Sesungguhnya tanpa melalui lisan Rasulullah As-Syarif, kita tidak akan dapat menikmati nikmat Al-Qur’an itu.
Perbanyakkan berdoa malam ini. Moga-moga Allah menerima permintaan-permintan kita.
اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِى رَجَبٍ وَشَعْبَانَ وَبَلِّغْنَا رَمَضَانَ
.
“Ya Allah, berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya’aban, serta sampaikanlah kami dengan bulan Ramadan.”
Rejab antara bulan yang mulia.
Dalam kalendar bulan islam terdapat 12 bulan. Dan dalam 12 bulan tersebut terdapat 4 bulan yang dimuliakan. Iaitu Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab. Secara ringkas, dalam ke empat-empat bulan tersebut kita dilarang melakukan perkara-perkara yang dilarang seperti peperangan, penganiayaan dan lain-lain perbuatan yang diharamkan.
Bacalah doa bulan Rejab ini( dalam rumi) :-
Allahumma bariklana fii rajab, wasya’baan, wabaalighna ramadhan
Maksudnya:-
Ya Allah Ya Tuhanku, berkatilah kami pada bulan rejab, dan Sya’ban dan sampaikan (hidupkanlah) kami ke bulan Ramadan.
Kenapa rejab dikatakan bulan mulia?
Rejab secara bahasa bermaksud mengagungkan atau memuliakan. Bulan Rejab merupakan bulan yang ke tujuh dalam kalendar hijrah. Ia dinamakan Rejab kerana orang-orang Arab pada zaman jahiliah memuliakan bulan ini lantas mengharamkan apa jua bentuk peperangan pada bulan ini. Di antara kabilah Arab yang ekstrem dalam mengagungkan bulan Rejab ini adalah bani Mudhar.
Di dalam kalendar umat Islam terdapat dua belas bulan yang mana Allah S.W.T. telah memuliakan empat bulan darinya. Firman-Nya:-
“Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar larangan-Nya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa.” (al-Tawbah (9) : 36)
Imam al-Qurthubi berpendapat tafsiran : Maka janganlah kamu menganiaya diri kamu-di dalam ayat di atas bermaksud jangan seseorang itu menjadikan apa yang diharamkan pada bulan ini halal dan janganlah mengharamkan apa yang halal.
Jika firman-Nya di atas hanya menunjukkan terdapat empat bulan yang dihormati dalam setahun maka sabda Nabi SAW ini memperincikan lagi tentang nama bulan-bulan tersebut:
Sesungguhnya zaman itu akan terus berlalu sebagaimana saat Allah menciptakan langit dan bumi. Setahun itu ada dua belas bulan. Empat di antaranya ialah bulan-bulan yang haram, tiga di antaranya ialah berturut-turut, iaitu bulan-bulan Dzulqaedah, Dzulhijjah dan Muharram. Bulan Rejab adalah bulan Mudhar (nama satu kabilah) yang terletak di antara Jamadilakhir dan Sya’ban. (Hadis riwayat Imam al-Bukhari, no: 4662).
Sumber : Kisah Zakat Malaysia
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Purata Kes 2 Orang Sehari, Jenayah Bunuh Diri Adalah Haram
Polis Diraja Malaysia dalam satu kenyataan akhbar hari ini menjelaskan purata kes bunuh diri di Malaysia mencecah dua orang setiap hari.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata dari 2019 sebanyak 609 kes dilaporkan diikuti 631 kes bagi 2020.
“Secara purata bagi tempoh Januari hingga Mei 2021 kes direkodkan adalah sebanyak 468 orang. Ia bersamaan dua kes bunuh diri setiap hari antara 2019 hingga Mei 2021,’” katanya.
Datuk Seri Abd Jalil berkata, bagi tempoh itu seramai 1,427 melibatkan wanita manakala lelaki pula seramai 281 lelaki orang.
Dari segi usia pula, remaja berusia antara 15-18 tahun paling tinggi iaitu seramai 827 orang manakala mangsa berusia 19 hingga 40 tahun pula seramai 668 orang.
Tambahnya lagi, dalam kes berkaitan, Johor mencatatkan kes bunuh diri tertinggi pada 2019 dan 2020 iaitu sebanyak 101 kes. Manakala bagi tahun ini, Selangor mencatat kes tertinggi iaitu sebanyak 117 kes.
Tiga faktor utama melibatkan kes bunuh diri ialah mangsa menghadapi masalah keluarga, tekanan perasaan dan kewangan.
“Statistik PDRM mendapati cara paling popular ialah gantung diri sebanyak 75.1 peratus, terjun bangunan (13.6 peratus) dan minum racun (5.7 peratus),” katanya lagi.
Jelas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, ini lagi, semua pihak harus bertanggungjawab dan masyarakat perlu memainkan peranan penting bagi membendung gejala ini.
“Mereka yang mengalami masalah kewangan, kesihatan, tekanan perasaan, kemurungan, keluarga dan sebagainya haruslah diberi bantuan serta sokongan keluarga serta rakan terdekat.
“Masa yang sama, PDRM menyeru individu yang mengalami masalah dan tekanan seperti yang dinyatakan di atas supaya mendapatkan bantuan serta sokongan daripada ahli keluarga, rakan terdekat dan pihak yang menyediakan khidmat nasihat,” katanya.
Jenayah Membunuh Diri adalah Haram
Firman Allah SWT:
وَلَا تَقْتُلُوا النَّفْسَ الَّتِي حَرَّمَ اللَّهُ إِلَّا بِالْحَقِّ
Maksudnya: “Dan janganlah kamu membunuh diri seseorang manusia yang diharamkan oleh Allah membunuhnya kecuali dengan alasan yang benar. (Surah al-Israa’: 33)
Jelas dinyatakan dalam Surah al-Israa’ secara umum bahawa membunuh tanpa alasan yang benar adalah haram, dan ini juga termasuk dengan perbuatan membunuh diri sendiri. Malah, orang yang membunuh diri diberikan ancaman azab di akhirat.
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, Rasululah ﷺ bersabda:
مَنْ قَتَلَ نَفْسَهُ بِحَدِيدَةٍ فَحَدِيدَتُهُ فِي يَدِهِ يَتَوَجَّأُ بِهَا فِي بَطْنِهِ فِي نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا، وَمَنْ شَرِبَ سُمًّا فَقَتَلَ نَفْسَهُ فَهُوَ يَتَحَسَّاهُ فِي نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا، وَمَنْ تَرَدَّى مِنْ جَبَلٍ فَقَتَلَ نَفْسَهُ فَهُوَ يَتَرَدَّى فِي نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا
Maksudnya: “Sesiapa yang membunuh diri dengan besi, maka di neraka jahanam nanti besi itu selalu di tangannya, ia menusuk-nusukkannya ke perutnya selama-lamanya. Dan barangsiapa bunuh diri dengan meminum racun, maka di neraka jahanam nanti ia akan terus meminumnya selama-lamanya. Dan barangsiapa bunuh diri dengan menjatuhkan diri dari gunung, maka di neraka jahanam nanti, ia akan menjatuhkan (dirinya) selama-lamanya.” (Sahih Muslim no. 109)
Imam al-Nawawi menyatakan bahawa orang yang membunuh dirinya dengan sesuatu, maka dia akan diazab seperti mana dia membunuh dirinya di dalam neraka, dan dia tidak akan masuk ke syurga melainkan dirinya muslim. [Rujuk: al-Minhaj 2/118]
Terdapat tiga bahagian membunuh diri dari sudut niat pelaku iaitu:
- Membunuh diri dengan sengaja (القتل عمدا): melakukan sesuatu perbuatan yang boleh membunuh dirinya dengan niat membunuh diri, seperti mengambil racun.
- Membunuh diri dengan separa/hampir sengaja (القتل شبه العمد): melakukan sesuatu perbuatan tanpa niat membunuh dengan mengunakan alat yang kebiasaannya tidak membunuh tetapi menyebabkan kematian, seperti memukul badan dengan kayu yang kecil.
- Membunuh diri dengan tidak sengaja (القتل خطأ): tidak berniat melakukan perbuatan yang boleh membunuh diri atau pembunuhan yang tersilap, seperti termasuk perangkap sendiri. [Rujuk: al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah 6/282 dan 32/327-328]
Majoriti fuqaha’ (Hanafiyah, Syafi’eyah, Hanabilah) berpendapat bahawa tidak dianggap sesuatu pembunuhan dilakukan dengan sengaja kecuali pembunuh berniat untuk membunuh atau menggunakan alat atau senjata yang boleh membunuh. Hal ini kerana niat merupakan sesuatu yang tersembunyi, maka ia boleh diketahui dengan qarinah yang zahir, contohnya dengan melihat alatan atau cara yang digunakan sebagai miqyas kepada niatnya. Seperti yang sedia maklum bahawa pembunuh akan menggunakan alatan yang sesuai untuk membunuh seperti pisau. Maka, sekiranya alatan atau cara yang digunakan ialah sesuatu yang kebiasaannya tidak membunuh seperti memukul atau menggunakan batu yang kecil namun menyebabkan kematian, pembunuhan itu dianggap pembunuhan hampir sengaja. [Rujuk: al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh 7/5658]
Kesimpulan
Tuntasnya, untuk membezakan sama ada pembunuhan itu sengaja, hampir sengaja atau tidak sengaja adalah berdasarkan niat seseorang apabila melakukan perbuatan tersebut, kemudian dilihat jenis alat atau cara yang digunakan sehingga menyebabkan pembunuhan.
Berbalik kepada soalan, kami simpulkan beberapa perkara:
- Melanggar peraturan jalan raya dengan apa-apa alasan adalah berdosa kerana telah membuka ruang kepada sebarang mafsadah yang bakal berlaku.
- Sekiranya seseorang dengan sengaja meletakkan dirinya di tengah jalan raya atau memandu dalam keadaan yang berbahaya dengan tujuan membunuh diri atau membahayakan dirinya sehingga menyebabkan kematian, maka dia dianggap membunuh diri.
- Dan sekiranya seseorang itu tidak mematuhi peraturan jalan raya seperti melebihi had laju, dan tiada niat untuk membunuh diri kerana merasakan keadaan masih selamat dan terkawal, maka dia tidak dianggap membunuh diri sekiranya berlaku kematian. Hal ini bertepatan dengan kaedah:
الأمور بمقاصدها
Maksudnya: Setiap perkara dan perbuatan itu dinilai berdasarkan niat.
Oleh itu, sebagai seorang muslim, kita hendaklah sentiasa berhati-hati dan janganlah meletakkan diri kita dan orang sekeliling di dalam sebarang kebinasaan. Firman Allah SWT:
وَلَا تُلْقُوا بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ وَأَحْسِنُوا
Maksudnya: “Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan; dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu” (Surah al-Baqarah: 195)
Semoga Allah SWT sentiasa memberikan kita kebaikan dalam urusan kehidupan kita. Wallahua’la (sumber : Pejabat Mufti Wilayah)
WEBINAR JODOH 💖: SUAMI KIRIMAN ILAHI
✨Jom Sis semua yang masih single terutamanya sejenis yang pemalu! Kita belajar ilmu menjemput jodoh💘
Dengan ilmu menjemput jodoh, Sis akan..
✅ Tak tertanya-tanya lagi “Dimana atau ada ke bakal imamku❓❓” 🤷🏽♀
✅ Jelas ✨ dan yakin 💪🏻 dengan langkah-langkah mudah ikhtiar mencari jodoh 💘 (Tip: Islam itu Mudah dan Indah)
✅ Akan dijauhi heartbreak 💔 dan lelaki yang tak serius 👻
Yang sudah berstatus ‘Dimiliki’, ambillah manfaat ilmu ini untuk memudahkan dan percepatkan lagi jodoh Sis 💞
Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-jodoh-suami-kiriman-ilahi/
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI