Hukum Suami Halang Isteri Keluar Rumah Belajar Agama
Betulkah seorang isteri boleh keluar dari rumah pergi belajar agama sekalipun suaminya tidak benarkan?
Persoalan ini ditanyakan oleh seorang netizen dan dirungkai oleh Ustaz Azhar Idrus (UAI) dalam laman media sosial beliau baru-baru ini.
Menurut UAI dalam Islam, seorang isteri memang wajib mendapat izin suami untuk keluar rumah.
Namun, apabila ia berkaitan dengan perkara wajib seperti menuntut ilmu agama, maka suami tidak boleh sama sekali menghalang isterinya.
Ini kerana ilmu agama adalah asas yang wajib dikuasai oleh setiap mukallaf – sama ada lelaki atau wanita.
Ads
Wajib Belajar Ilmu Yang Berkaitan
Sheikh Khatib As-Syarbini dalam kitab Al-Iqna’ menyebut:
“Dan wajib atas perempuan belajar perkara yang dia perlukan daripada segala hukum haidh, istihadhah dan nifas. Maka jika suaminya alim maka wajib suaminya mengajarnya, dan jika suaminya tidak alim maka wajib bagi isterinya keluar pergi belajar dengan ulama. Bahkan, wajib isteri tersebut keluar belajar dan haram atas suami menghalang isterinya keluar.”
Ini bermakna, jika suami mampu mengajar isterinya ilmu agama asas seperti hukum haid, nifas, istihadah, cara solat, puasa dan lain-lain, maka isteri tidak perlu keluar rumah.
Ads
Tetapi jika suami sendiri tidak berilmu atau tidak mampu mengajarkan perkara tersebut, maka isteri berhak keluar menuntut ilmu, dan suami berdosa jika menghalang.
Menuntut Ilmu Itu Fardu Ain
Nabi SAW bersabda:
“Menuntut ilmu itu wajib atas setiap Muslim (lelaki dan perempuan).” (HR Ibn Majah, hadis sahih)
Ads
Ilmu yang dimaksudkan ialah ilmu fardu ain, iaitu ilmu yang berkaitan dengan akidah, ibadah dan hukum asas kehidupan. Tanpa ilmu ini, seorang Muslim tidak akan mampu melaksanakan agama dengan sempurna.
Kesimpulannya, seorang isteri tidak boleh keluar rumah tanpa izin suami. Namun apabila ia berkaitan dengan ilmu agama yang wajib, maka suami tidak boleh menghalang.
Bahkan, menjadi kewajipan bagi suami untuk memastikan isterinya memahami hukum-hakam agama, sama ada diajarkan oleh dirinya sendiri jika berilmu, atau membenarkan isterinya menuntut ilmu daripada guru yang dipercayai.
Perkataan ruju’ dalam Bahasa Arab bermaksud ”kembali kepada asal sesuatu, sama ada asal itu bertempat, perbuatan atau perkataan. Begitu juga dengan kesemua perbuatan atau sebahagian atau satu perbuatan sahaja.”
Di dalam undang-undang keluarga Islam maksud “Rujuk isteri yang telah ditalak,iaitu mengembalikan isteri yang ditalak kepada nikah yang asal tanpa akad yang baharu.”
Dalam perihal rujuk ini berlaku ada beberapa persoalan, antaranya seperti yang diajukan kepada Mufti Wilayah Persekutuan ini.
Soalan : Assalamu’alaikum ustaz, jika pasangan suami isteri itu bercerai talak satu, kemudian suami itu menyentuh isterinya tersebut dengan syahwat, adakah perbuatan tersebut dikira sebagai rujuk?
Jawapan : Islam amat menggalakkan supaya dikekalkan hubungan perkahwinan di antara suami isteri. Meskipun begitu, kadangkala boleh berlaku perselisihan dan salah faham sesama pasangan dalam bentuk yang sukar untuk dipertahankan ikatan perkahwinan.
Maka Islam memberikan jalan keluar untuk sekalian umatnya menerusi pensyariatan talak (cerai). Dalam masa yang sama, syariat Islam menjadikan asal bagi talak adalah merupakan talak raj’ie (yang boleh dirujuk semula) yang tidak memutuskan ikatan perkahwinan secara menyeluruh.
Kerana itulah syarak memberikan hak kepada seorang suami untuk merujuk semula dengan isterinya selama dalam tempoh iddah.Iddah bagi wanita yang diceraikan adalah selama tempoh tiga kali suci.
Ini berdasarkan firman Allah S.W.T :
وَالْمُطَلَّقَاتُ يَتَرَبَّصْنَ بِأَنفُسِهِنَّ ثَلَاثَةَ قُرُوءٍ Maksudnya: Dan wanita-wanita yang diceraikan itu maka mereka ‘mengurung’ diri mereka selama tiga kali suci. Surah Al-Baqarah (228)
Justeru, dalam tempoh tiga kali suci tersebut seorang suami itu boleh untuk merujuk semula kepada isterinya yang telah diceraikan.
Berbalik kepada persoalan yang dikemukakan, suka kami menjelaskan beberapa nas yang menunjukkan kepada pensyariatan ruju’.
Ini adalah berdasarkan firman Allah S.W.T :
وَبُعُولَتُهُنَّ أَحَقُّ بِرَدِّهِنَّ فِي ذَٰلِكَ إِنْ أَرَادُوا إِصْلَاحًا Maksudnya : Dan suami-suami mereka (orang perempuan) berhak meruju’ semula dengannya dalam tempoh masa (iddah) tersebut, sekiranya mereka (para suami) berkehendakkan kepada kebaikan. Surah Al-Baqarah (228)
Imam Al-Syafie dalam mengulas ayat di atas beliau berkata : Memperbaiki talak adalah dengan cara melakukan ruju’.Rujuk Al-Umm, Al-Syafi’e (5/260)
Manakala nas daripada sunnah adalah berdasarkan perbuatan Nabi S.A.W yang meruju’ semula kepada isterinya Ummu al-Mu’minin Hafsah. Ini seperti yang disebutkan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Umar Ibn al-Khattab R.A beliau berkata :
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم طَلَّقَ حَفْصَةَ ثُمَّ رَاجَعَهَا Maksudnya : Sesungguhnya Rasulullah S.A.W pernah menceraikan Hafsah kemudian baginda meruju’ semula. Riwayat Abu Daud (2283)
Persoalan yang utama dalam isu ini adalah, apakah kayu ukur yang diambil kira untuk seseorang suami itu merujuk semula kepada isterinya? Maka kami menyatakan bahawa para ulama berbeza kepada beberapa pendapat yang utama dalam isu ini.
Para ulama al-Syafi’eyyah berpendapat bahawa tidak sah perbuatan ruju’ (rujuk) seorang lelaki melainkan hanya dengan perkataan. Sekiranya dengan perbuatan seperti seorang suami itu menyetubuhi isterinya dalam tempoh iddah, maka ia tidak dikira sebagai ruju’.
Maka tidak sah merujuk menerusi perbuatan yang melibatkan berpelukan, menyentuh, dan sebagainya selama mana seseorang itu mampu untuk mengucapkan lafaz rujuk. Kata Imam Al-Nawawi: Tidak sah meruju’ melainkan dengan ucapan.
Sekiranya seseorang itu menyetubuhinya maka hal tersebut tidak dianggap sebagai ruju’. Maka tidak sah (ruju’) dengan perbuatan sekiranya seseorang mampu untuk mengucapkan (lafaz ruju’). Kemudian beliau berkata lagi :
فأما إذا وطئها أو قبلها أو لمسها فلا يكون ذلك رجعة، سواء نوى به الرجعة أو لم ينو Maksudnya : Sekiranya seseorang lelaki itu menyetubuhi isterinya (dalam tempoh iddah raj’ie), menciumnya, atau menyentuhnya, maka yang demikian itu tidak berlaku padanya ruju’. Sama ada dia melakukannya dengan niat ruju’ atau pun tidak. Rujuk Al-Majmu’, Al-Nawawi (7/266).
Manakala di sisi mazhab Hanbali, ada dua pendapat dalam isu ini. Pertama, ruju’ tidak berlaku melainkan dengan ucapan sahaja.
Manakala pendapat yang kedua menyebutkan bahawa ruju’ itu terhasil dengan persetubuhan, sama ada dengan niat ruju’ atau pun tanpa niat. Rujuk Al-Mughni, Ibn Qudamah (7/523).
Imam Ibn Qudamah menambah lagi : Sekiranya seorang lelaki itu mencium isterinya (dalam tempoh iddah), menyentuhnya dengan syahwat, menyelak kemaluan lalu melihatnya, maka pendapat yang dinaskan daripada Imam Ahmad adalah kesemuanya itu tidak dianggap sebagai ruju’.
Manakala menurut Ibn Hamid : Ada dua pendapat dalam isu ini. Pertama : Ia dianggap sebagai ruju’, kerana perbuatan ini dianggap sebagai berseronok-seronok yang hanya diharuskan menerusi perkahwinan. Maka terhasil ruju’ dari perbuatan tersebut sama seperti persetubuhan.
Manakala pendapat yang kedua menyatakan bahawa ia tidak dianggap sebagai ruju’. Ini kerana ia (perbuatan-perbuatan tersebut) adalah perkara yang tidak ada kaitan dengan ijab iddah dan juga mahar. Maka tidak terhasil ruju’ dari perbuatan tersebut. Rujuk Al-Mughni, Ibn Qudamah (7/53).
Syeikh Dr. Muhammad Al-Zuhaili menyatakan: ‘’(Ruju’) adalah lafaz yang ringkas maka tidak sah ruju’ melainkan dengan perkataan. Hendaklah ia merupakan lafaz yang sarih dan ia tidak memerlukan kepada niat. Seperti ucapan ‘aku ruju’ kamu’, dan lain-lain’’.
Begitu juga beliau berkata : ‘’Dan haram istimta’ (bermesraan) dengan wanita yang ditalakkan dengan talak raj’ie menerusi persetubuhan, bersentuhan, dan melihat ke arahnya meskipun tanpa syahwat, ini kerana dia telah berpisah dengan suaminya..’’ Rujuk Al-Mu’tamad, Al-Zuhaili (4/185 – 190).
Penutup Sebagai kesimpulan, kami menyatakan bahawa kami cenderung kepada pendapat mazhab Al-Syafi’e dalam isu ini.
Dari sudut ruju’ antara pasangan yang bercerai tidak boleh berlaku dengan perbuatan semata-mata sekiranya seorang lelaki itu mampu untuk melafazkan ruju’. Bahkan ia hanya sah dengan ucapan ruju’ dari pihak suami sahaja.
Kami juga menyatakan, dalam kes-kes sebegini hendaklah pasangan tersebut mendaftarkan pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Syariah terlebih dahulu.
Kemudian setelah mendapat perintah mahkamah, proses ruju’ boleh diteruskan selama masih dalam tempoh iddah. Proses-proses ini boleh dirujuk kepada Pejabat Agama Islam Daerah yang berdekatan atau Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing.
Akhir kalam, kami berdoa kepada Allah S.W.T agar memberikan kefahaman yang tepat kepada kita semua dalam beragama. Amin.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Sempena Aidiladha nanti mungkin ada keluarga yang sepakat menumbang lembu untuk melakukan korban.
Dalam masa yang sama ada juga ahli keluarga mahu menyertai bahagian lembu ini tapi bukan untuk niat korban sebaliknya untuk akikah dan seumpamanya. Dalam hal ini apakah hukumnya berlainan niat untuk tujuh bahagian lembu ini.
Menurut penjelasan Mufti Perlis dalam laman web muftiperlis.gov.my, adalah dibolehkan seekor lembu atau unta yang hendak dibuat korban dikongsi tujuh orang dengan niat yang berbeza. Seperti sebahagian mereka bertujuan melakukan korban, manakala sebahagian lain bertujuan membuat akikah. Inilah pandangan majoriti ulama.
Dalam al-Mausu‘ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah 5/91-92 dinyatakan:
Maksudnya: “Ulama mazhab Syafi‘e dan Hambali berbeza dengan ulama mazhab Hanafi. Ulama mazhab Syafi‘e dan Hambali berpandangan harus berkongsi orang yang berniat korban atau ibadah lain dengan orang yang hendaklah daging semata-mata, sekalipun yang berniat korban itu hanya 1/7 dari seekor unta, 1/7 lagi hendakkan hady, 1/7 lagi berniat akikah, dan baki yang lain hendakkan daging semata-mata, lalu disembelih seekor unta dengan niat-niat yang berbeza ini, maka ia adalah harus.
Ini kerana sesuatu perbuatan menjadi ibadah berdasarkan niat setiap orang yang berkongsi. Salah seorang dari mereka yang tiada berniat beribadah tidak merosakkan ibadah mereka yang lain.”
Dalil keharusan ini, antaranya berdasarkan hadis Jabir RA riwayat al-Bukhari dan Muslin yang berkata:
Maksudnya: “Kami diperintahkan oleh Rasulullah SAW untuk berkongsi pada unta dan lembu, setiap tujuh orang daripada kami seekor unta” Dalam riwayat lain di sisi Muslim, Jabir berkata:
Maksudnya: “Kami berkongsi bersama Nabi SAW ketika haji dan umrah bagi setiap tujuh orang daripada kami pada seekor unta.”
Bentuk pendalilan dari hadis ini iaitulah terdapat perintah dan perakuan jelas keizinan berkongsi melaksanakan korban dan hady (Haiwan sembelih yang dikorbankan di Tanah Haram Mekah).
Suatu yang sedia diketahui bahawa orang ramai dalam peristiwa haji wada’ terbahagi kepada kumpulan yang berbagai. Dalam kalangan mereka ada yang melakukan haji Tamattu’, ada yang Qiran, ada yang menyembelih hady wajib mahupun sunat dan ada yang menyembelih kerana dam melakukan tegahan haji.
Nabi SAW membenarkan mereka berkongsi seekor lembu atau unta seramai tujuh orang yang memiliki niat yang berbeza.
Hari Arafah atau juga dikenali Hari Wukuf yang merupakan kemuncak ibadah haji. Hari ini juga sangat istimewa dan mempunyai banyak kelebihan. Hari di mana doa mustajab dan puasa pada hari tersebut ibarat menghapuskan dosa setahun sebelum dan selepasnya.
Namun begitu semua tahu akan hari Arafah antara Arab Saudi dan juga di negara kita berbeza sehari. Menjadi persoalan ramai jika ingin berpuasa sunat dan melakukan ibadah bagi memperoleh ganjaran hari Arafah ini adakah perlu mengikut hari wukuf di Arab Saudi atau pun tarikh setempat?
Persoalan ini dijawab boleh Datuk Zulkifli Mohamad Al Bakri dalam Maktabah Al Bakri.
Sebagaimana diketahui beza hari Arafah di Malaysia dan Saudi sehari lebih lewat. Bagi yang ingin berpuasa hari Arafah hendaklah mengikut tempat masing-masing berdasarkan anak bulan dan hisab.
Daripada Aisyah R.Anha, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
الْفِطْرُ يَوْمَ يُفْطِرُ النَّاسُ وَالأَضْحَى يَوْمَ يُضَحِّي النَّاسُ
Maksudnya: “Hari Raya, maka berayalah juga manusia (mengikut ketetapan di tempat tersebut), dan apabila Raya Korban jatuh pada suatu hari, manusia turutilah berkorban pada hari terbabit.” (Riwayat al-Tirmizi (802)
Daripada Hunaidah bin Khalid, daripada isterinya, daripada sebahagian isteri Nabi SAW, katanya:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَصُومُ تِسْعَ ذِي الْحِجَّةِ وَيَوْمَ عَاشُورَاءَ وَثَلاَثَةَ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ
Maksudnya: “Adalah Rasulullah SAW berpuasa pada Sembilan Zulhijjah, hari Asyura’ dan tiga hari setiap bulan.” Riwayat Abu Daud (2437) dan al-Nasa’ie (2416)
Nas ini dengan jelas menunjukkan kepada kita bahawa Rasulullah SAW berpuasa pada hari 9 Zulhijjah ganti kepada menyebut hari Arafah.
Mengambil contoh Aidiladha tahun 2023 oleh kerana di Malaysia hari 9 jatuh pada hari Rabu iaitu 28 Jun 2023 maka hadith di atas adalah jawapannya dan menjadi hujah bahawa kita berpuasa pada hari tersebut.
Ini berdasarkan hadith Rasulullah SAW, daripada Abdullah bin Abbas RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Tidak ada hari-hari untuk melakukan amalan soleh padanya lebih disukai oleh Allah SWT berbanding pada sepuluh hari ini”. Maka mereka bertanya: Wahai Rasulullah SAW, sekalipun jihad di jalan Allah? Maka Rasulullah SAW bersabda: “Tidak juga jihad di jalan Allah melainkan seorang lelaki keluar dengan dirinya, hartanya kemudian dia tidak lagi kembali dengan membawa apa-apa daripada itu.”
Riwayat al-Tirmizi (688), Abu Daud (2082) dan Ibn Majah (1717)
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Dalam kesibukan kehidupan seharian yang sering menuntut tenaga fizikal dan emosi, waktu sebelum tidur menjadi detik paling sesuai untuk seorang Muslim kembali menenangkan jiwa...