Mufti Wilayah Jelaskan Hukum Wanita Berkemampuan Tunai Haji Seorang Diri

Share

Adakah wajib haji bagi seorang wanita yang menunaikan haji secara bersendirian. Secara umumnya seorang wanita adalah diwajibkan untuk menunaikan fardhu haji sekiranya dia berkemampuan.

Hal ini berdasarkan umumnya firman Allah SWT:

وَلِلَّـهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلًا

Maksudnya: “Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya.” (Surah Ali Imran: 97)

Daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW bersabda:

لاَ يَحِلُّ لاِمْرَأَةٍ تُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ أَنْ تُسَافِرَ مَسِيرَةَ يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ لَيْسَ مَعَهَا حُرْمَةٌ

Maksudnya: “Tidak dihalalkan bagi seorang wanita yang beriman kepada Allah dan hari akhirat melakukan perjalanan jauh (safar) sejauh perjalanan sehari semalam tanpa bersamanya mahram”

Riwayat Bukhari (1088)

Walaubagaimanapun, sekiranya terdapat halangan-halangan yang membawa kepada keadaan tidak berkemampuan terhadap seseorang, maka gugurlah kewajipan tersebut ke atasnya.

Berdasarkan persoalan di atas, tidak wajib bagi wanita tersebut untuk menunaikan haji dan dia disyaratkan pergi bersama-sama dengan suami atau mahramnya atau perempuan yang tsiqah iaitu yang dipercayai sekurang-kurangnya dua orang.

Akan tetapi harus baginya pergi dengan seorang perempuan tsiqah atau seorang diri sekiranya dia yakin terjamin keselamatan dirinya.

Sumber Kredit: Mufti Wilayah Persekutuan

VIDEO KASHOORGA:

IKLAN