Nak jadi suami yang dihormati dan ditaati oleh isteri dan anak tak perlu jadi garang. Ada cara lain yang boleh digunakan untuk seorang suami untuk memperoleh hak tersebut.
Suami yang terlampau garang sehinggakan membuatkan isteri serta anak-anak sentiasa berasa takut maka ia boleh mendatangkan keburukan kepada keluarga. Ketua keluarga perlu dihormati tetapi bukan ditakuti.
Ikuti perkongsian disampaikan oleh Ustaz Wadi Annuar tentang sikap suami garang yang dimuat naik di Tiktok oleh @mfzzy.
Suami garang jejaskan keluarga
“Antara perangai suami yang boleh menjejaskan keluarga ialah bila suami terlalu garang. Bila isteri dia masak kurang garam, dia lempar pinggan.
“Dah lah aku balik kerja lapar, hang buat tawar pula’ lempar pinggan. Suami saya boleh kata macam itu kepada saya.
“Ustaz dia lempar makanan saya masak, suami saya ini ustaz perangai daripada sebelum kahwin sampailah kahwin tak ubah perangai.” katanya dalam video berkenaan.
Ads
Kisah Saidina Umar
Ustaz Wadi juga turut berkongsikan kisah tentang Saidina Umar yang merupakan antara manusia paling garang, tetapi bila dengan isterinya, Saidina Umar hanya mendengar sahaja.
“Antara manusia yang paling garang dalam dunia ini ialah Saidina Umar Bin Al-Khattab. Saidina Umar garang, tegas. Tapi apabila isteri dia berleter, Saidina Umar hanya mendengar sahaja.
“Dia tak taip masej, dia tak baca surat khabar, dia tak tengok televisyen, dia tak main game. Dia hanya mendengar, dia kata sebab isteri inilah yang telah melahirkan anak untuk aku, menyusukan anak aku dan membesarkan anak-anak aku.
Ads
“Apalah kiranya, apabila isteri-isteri kita meluahkan perasaan mereka untuk kita dengar. Itu kira luah perasaanlah berleter itu.” jelasnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata wanita tidak menyukai sifat suami yang melemparkan makanan tersebut. Malah, ada juga yang berkongsi pengalaman sendiri mengalami situasi yang sama seperti mana yang dikongsikan oleh ustaz itu.
Rayakan sebulan. Inilah sering kita dengar dalam bentuk gurauan. Pastinya tahun ini menjadi kenyataan kerana umat Islam meraikan Syawal genap 30 hari selepas kedudukan bulan tidak memenuhi Kriteria Imkanurrukyah.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan semalam di fb Jabatan Mufti Selangor, berdasarkan data-data kedudukan bulan dan matahari ketika matahari terbenam pada hari ini iaitu hari Isnin (semalam), 29 Syawwal 1443H mendapati kedudukan bulan tidak memenuhi Kriteria Imkanurrukyah. Maka, keeesokan hari, 31 Mei 2022 iaitu hari Selasa adalah bersamaan dengan 30 Syawwal 1443H.
Penelitian pada 30 Mei 2022 bersamaan 29 Syawwal 1443H. Ijtimak bulan dijangka berlaku pada 30 Mei 2022 jam 7:32 malam.
“Berdasarkan data-data kedudukan bulan dan matahari ketika matahari terbenam pada hari ini iaitu hari Isnin, 29 Syawwal 1443H mendapati kedudukan bulan tidak memenuhi Kriteria Imkanurrukyah. Maka, keeesokan hari, 31 Mei 2022 iaitu hari Selasa adalah bersamaan dengan 30 Syawwal 1443H. Oleh itu, 1 Zulqa’dah 1443H ditetapkan pada hari Rabu, 1 Jun 2022.
Jadi hari ini adalah hari terakhir bagi yang hendak melengkapkan puasa enam masing-masing dan meraikan kegembiraan hari raya hari ini. Semoga segala memori, melekat dalam jem selepas dua tahun tidak beraya akan kekal menjadi ingatan manis buat semua.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Penularan wabak COVID-19 yang semakin serius dan sangat membimbangkan bukan sahaja di Malaysia tetapi juga seluruh dunia.
Kebimbangan ini disuarakan oleh semua golongan termasuk alim ulamak yang yang turut memberikan pandangan mereka di laman Instagram berhubung pandemik yang berlaku.
Perkara ini dikongsi oleh pelakon, pengacara Mira Filzah yang turut menyertakan posting oleh pendakwah terkenal dunia, Mufti Menk yang memberitahu wabak ini akan menyebabkan dunia kehilangan banyak keturunan generasi.
Bukan itu sahaja, malah jelas beliau yang merupakan Tokoh dari Zimbabwe berkata lebih ramai manusia akan meninggal dunia sebelum menjelang Ramadan ini.
Katanya lagi, dunia akan berubah sepenuhnya akibat wabak ini. Dia turut menggesa negara yang masih tidak menganggap wabak ini sebagai isu serius untuk melihat kesan yang berlaku kepada negara maju seperti United Kingdom dan Amerika Syarikat yang kian lumpuh.
Dan bagaimana kesannya kepada negara dunia ketiga. Jelasnya, bersedia untuk lebih banyak kematian.
Dalam pada itu, Mufti Menk turut menjelaskan dia mengalami sakit tekak dan mengambil keputusan untuk tidak mengimamkan solat Jumaat atas alasan tidak mahu membahayakan umat Islam yang lain.
Malah, dia mengakui baru sahaja pulang dari Australia dan mula mengasingkan diri daripada keluarga kerana tidak mahu mereka turut berisiko terkena jangkitan, malah jelasnya, dia tidak menyapa kedua ibu bapa yang sudah lanjut usia untuk keselamatan mereka. Dan tidak menjejakkan kaki ke masjid kerana situasi semakin memburuk seluruh dunia.
“Saya melihat banyak negara masih tidak melihat ia satu isu yang besar dan serius. Jadi saya mahu memulakan langkah untuk mengumumkan kepada seluruh muslim di dunia, jangan pergi ke masjid.
“Saya tidak mahu berbicara sama ada masjid perlu ditutup atau tidak, ia hanya menyekat dahulu sementara kedatangan ke masjid. Negara saya baru sahaja mengumumkan kes pertama semalam namun saya percaya ramai yang sudah ada simpton jangkitan.
“Sama ada masjid masih dibuka atau tidak, jangan ke masjid terutama golongan tua dan kanak-kanak. Dan saya rasakan tidak masuk akal apabila kita diberitahu, hanya periksa jika ada simptom. Jujurnya, tiada simptom dan kita sudah terlambat apabila mengetahuinya. Saya sendiri merasakan sudah dijangkiti,” jelasnya lagi.
Tokoh Islam itu turut menyatakan pihak pengurusan jenazah perlu membuat persediaan untuk menerima lebih ramai kematian selepas ini. Saya percayakan Allah sepenuhnya, saya percaya kita akan mati. Orang berkata mengapa perlu menangguhkan solat di masjid, namun kita hanya menangguhkan buat sementara waktu untuk mengelakkan wabak ini.
“We’re going to lose a lot of generation, we’re going to lose a lot of our loved ones before Ramadhan. I have a feeling the whole world is gonna change completely, totally. We have to embrace this whole new way of looking at things” . . “I’m talking about the countries that have not yet taken it seriously. These are the first world countries (US, UK) who are saying “we cannot cope”, i really don’t want to see two to three weeks from now when the third world countries forget abt when not being able to cope, its going to be worst than we can imagine. Prepare for many more deaths” . . Something to ponder. Wallahu’alam. Takut, sedih, semua ada lepas tgk video ni. Bayangkan, orang yg berilmu agama tinggi bgtahu apa yg dia rasa, “prepare for more deaths”. Are we ready for that?! My dear 6M followers, please stay at home, muhasabah diri, dekatkan diri dgn Allah, banyakkan berdoa, agar semua akan reda dan jadi spt biasa. This is not something can vanish within 2 weeks time. It’s gonna be longer.. This time around, bukan setakat jaga kebersihan shj, tetapi jaga hubungan kita dgn Allah. We never know when is our turn. Lets do the best and have faith in Allah. #stayathome
Jika banyak hutang dan kita tak selesaikan semasa masih hidup memang akan menyusahkan waris. Lebih utama orang yang berhutang juga akan tak lepas di walau sudah di alam sana.
Nabi SAW bersabda yang bermaksud : “Jiwa (atau roh) orang beriman itu akan tergantung sehinggalah seseorang menyelesaikan bagi pihaknya.”
Antara perkara awal yang akan dihitungkan oleh malaikat adalah hutang-hutang kita yang belum lunas. Namun seandai seseorang itu mati tapi tak sempat selesaikannya siapakah yang wajib menguruskannya hingga selesai, supaya arwah damailah di sana.
Ikuti nasihat daripada Ustaz Azhar Idrus ini.
Jika seseorang itu meninggal dunia dan dia ada banyak hutang dengan seseorang siapakah yang wajib bayar hutangnya?
Apabila ada bagi mayat itu hutang maka hendaklah dibayar hutang tersebut dari harta yang ditinggalkannya sekali pun waris tidak bersetuju kerana waris tidak ada hak ke atas harta melainkan setelah dijelaskan segala hutang mayat.
Ertinya: “Masalah. Telah mati seseorang dan atasnya ada berhutang dan meningggalkan akan harta kadar membayar hutang atau lebih banyak tiadalah terlepas dari tanggungannya sampailah dibayar daripadanya.” (Kitab Ghayatul Talkhis)
Yakni apabila digunakan harta peninggalannya itu buat membayarkan hutang tersebut maka terlepas mayat itu dari hutangnya.
Dan berkata Dr Wahbah Az-Zuhaili : إنقسمةالمواريثكلهابينالورثةمقدمعليهأولاإيفاءالديونالمتعلقةبالتركة،وتنفيذالوصايا التفسيرالمنيرللزحيلي (4/ 276)
“Sesungguhnya pembahagian segala harta pusaka sekaliannya antara segala waris didahulukan atasnya pada permulaan dengan menunaikan segala hutang yang bergantung dengan harta peninggalan dan diluluskan segala wasiatnya.” (Kitab Tafsir Al-Munir)
Maksudnya hendaklah diselesaikan dulu hutang mayat dan segala wasiat jika ada sebelum dibahagikan antara segala warisnya.
Ertinya: “Dan dengan ijmak jikalau mati seseorang dan atasnya ada hutang nescaya tidak wajib atas walinya menunaikannya dari hartanya.
Maka jika sukarela membayar oleh wali dengan demikian itu nescaya telah terbayar hutang itu daripada mayat.” (Jami’ Li Ahkam Al-Quran)
Walhasil bila mayat ada meninggalkan hutang dan harta maka wajib dibayar hutang tersebut menggunakan harta mayat bukan harta waris atau orang lain.
Waris disunatkan membayar hutang mayat andainya mayat tidak meninggalkan harta yang cukup buat membayar hutang supaya lepaslah mayat itu dari berhutang.
Hong Leong Islamic Bank memperkenalkan halatuju baharu berasaskan prinsip Syariah, memfokuskan pengurusan kekayaan holistik dan nilai berteraskan amanah. Ketahui lima tonggak utama dan inisiatif terkini HLISB.