Kecoh di media sosial kisah pensyarah dari UiTM Seri Iskandar, Perak yang dilihat melontarkan kata-kata agak kasar terhadap golongan B40 atas insiden pelajar tidak mempunyai komputer walau sudah di semester 5. Walau pelajar itu dikatakan sudah tamat pengajian, ada pro dan kontra dalam isu ini dan ia mengikut apa yang kita fikirkan, sama seperti penciptaan manusia yang agak unik dengan pelbagai pemikiran.
Ini kerana penciptaan manusia berbeza dengan maklukNya yang lain kerana dilebihkan dengan pengurniaan akal fikiran dan banyak lagi. Allah SWT berfirman:-
Maksudnya: “Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya).” (Surah al-Tin: 4).
Bahkan manusia itu juga dibahagi kepada tiga iaitu mereka yang berilmu, yang belajar dan yang tidak berilmu dan tidak belajar.
Maksudnya: “Manusia ada tiga jenis: Seorang alim rabbani (yang takut kepada Allah SWT) dan seorang murid (pelajar) yang ingin selamat, dan selain itu rakyat jelata pengikut tiap suara seruan, condong mengikut arah angin.
Justeru, di sebalik insiden yang terjadi ini, ia mengikut apa yang kita fikirkan sama ada berilmu atau tidak.
Ads
Dalam pada itu, Pensyarah Hadis yang juga penulis terkenal, Dr Kamilin Jamilin di fbnya berkongsi satu kenangan ketika belajar di Riyadh dahulu dan bagaimana sikap Profesor yang terlalu baik di mana menyelitkan wang di dalam sampul secara diam-diam di sebalik kesusahan dilaluinya dahulu.
Ya, betapa indahnya akhlak tanpa memalukan sesiapa. Baca perkongsiannya:-
Masa saya belajar di Riyadh dulu, pernah ada masa-masa kita rasa terhimpit dengan kesempitan wang, sebab perlu menyara keluarga, bayar sewa rumah yang mahal dan sebagainya.
Ads
Beberapa kali masa saya rasa sebegitu, tiba-tiba lepas habis kelas, pensyarah saya Prof. Dr. ‘Ali al-Sayyah diam-diam meletakkan satu sampul di meja saya. Di dalamnya ada 2500 riyal! Bukan sekali! Seolah-olah beliau macam tahu apa yang pelajarnya ini rasai walaupun saya tidak pernah meminta apa-apa.
Pernah juga beliau memanggil saya ke pejabatnya dan memberikan saya beberapa peralatan komputer untuk kegunaan pengajian saya dan kata sambil tersenyum: “Ini hadiah untuk pelajar yang rajin”.
Beliau tidak pernah merendahkan sesiapa, sebaliknya sentiasa membantu dan memberi galakan yang terbaik. Akhlaknya itu membuatkan saya pernah berkata di dalam hati: “Suatu hari nanti, aku ingin menjadi pembimbing kepada pelajarku seperti guruku ini dan usaha buat kepada pelajarku seperti apa yang beliau buat kepada diriku!”.
-Dr. Kamilin Jamilin-
** Gambar laptop hadiah daripada insan istimewa di Riyadh pada tahun 2010 yang masih elok saya gunakan sampai hari ini.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Tidak dinafikan perbuatan sihir itu memang terjadi dalam masyarakat kita. Walaupun perbuatan itu melanggar perintah Allah tetapi masih ada yang sanggup melakukannya pada orang lain semata-mata untuk kepentingan dan kepuasan diri sendiri.
Perbuatan sihir yang secara, terang-terangan adalah haram dan berdosa ini adalah berpunca dari sikap atau perasaan hasad dengki, dendam dan cemburu hingga sanggup membelakangkan agama.
Perkongsian usahawan yang juga Instafamous popular Aisyah Hijanah, 21 tahun yang terpaksa menanggung derita selama setahun akibat perbuatan sihir ini.
Berkongsi di laman Instagramnya bagaimana dia berdepan dengan masalah sihir ini yang dialami sebelum berkahwin lagi.
Bismillahirrahmanirrahim, I dont know where to start, but let me thank family, followers, friends sama ada yg kenal ataupun tidak & semua yg tak putus beri nasihat, tips & kata semangat.
Okay jom kita start. Firstly, kepada rakan-rakan perempuan, Aisyah nasihatkan kalian utk berjaga-jaga dgn siapa kalian berkawan. Before this, I went through a lot of relationships.
Sebelum hijrah, Aisyah kenal dgn beberapa org lelaki utk dijadikan suami. Tapi, semuanya tak menjadi, mungkin bukan jodoh. Perkahwinan Aisyah & Alif pun bukan disebabkan Aisyah yg suka, tapi dgn redha Ummi Aisyah.
Hati-hati dgn sesiapa yg kalian berkawan. Tak kira perempuan atau lelaki. Sebaiknya ambil tahu siapa keluarga & insan yg kalian kenal. Mungkin ini pengajaran yg Allah nak Aisyah belajar & sebarkan.
‘Benda’ yg dihantar kpd Aisyah ni actually sudah hampir setahun lebih. To be exact, sebelum kahwin lagi dia dah hantar. Cuma, Aisyah sendiri tak perasan. Okay, girls, get ready kalau petanda ni ada pada korang.
Drpd sebelum kahwin, Aisyah ada masalah haid & istihadhah yg terlampau extreme. Kadang tu, Aisyah pun pening mana satu haid, mana satu istihadhah. Bila jumpa doktor, mesti doktor bagi pil perancang, utk smooth kan balik kitaran haid. Walaupun dah makan pelbagai jenis ubat, kitaran haid masih tak teratur & darah makin menjadi-jadi
Aisyah tak pernah kena rasuk ataupun buatan org sebelum ni, so sgt mudah benda halus ni nak masuk dlm badan. Satu lagi perangai Aisyah, Aisyah sgt suka tgk cerita hantu. Tak takut langsung. Aisyah dpt tahu yg kena buatan org pun lepas tgk wayang cerita Makmum. Setiap kali tgk cerita seram, Aisyah akan tunggu part hantu. Teringin nak tgk mcm mana rupa hantu. Kadang tu, tak tahu kenapa teringin sgt nk tgk hantu.
Ramai yg ingat benda ni dihantar lepas kahwin, tapi rupanya drpd sebelum kahwin lagi dah bersarang dalam rahim. Selama ni ingatkan masalah hormon, rupanya ada benda yg bersarang dlm rahim. Dah 5 kali Aisyah try check kehamilan , dan semuanya gagal. Of course, Aisyah pun rasa sedih sbb kawan lain semua dah pregnant, Aisyah ni masih ada masalah lagi.
Korang bayangkanlah, macam mana nak pregnant kalau dah darah keluar 2 bulan non stop? Waktu subur pun tak boleh nak estimate. Kebetulan sebelum ni Alif dah 2 kali mimpi ular hitam. Aisyah pun pernah mimpi ular sekali Kitaorg dah pelik, tapi husnudzon lagi
Then, makin lama Aisyah rasa macam badan makin sakit. Tak tahulah kenapa. Just think positif, mungkin Aisyah yg selalu sibuk, sbb tu badan sakit-sakit. Dah hampir setahun lebih, Aisyah rasa tak selesa pakai tudung kalau terlalu lama. Kepala Aisyah akan sakit teramat.
Nak kata anak tudung ketat, tak pula. Kadang tu, baru je pakai tudung, tapi bila keluar rumah, terus sakit. Setiap kali pening tu mesti rasa nak muntah. Banyak kali Aisyah nak termuntah sbb pening kepala yg terlampau.
Before pergi China utk Hijanah Haul, Aisyah memang byk sgt kerja. Meeting tak habis, pergi talk lagi. Pinggang Aisyah rasa mmg sakit sgt. Mcm nak tercabut! Aisyah belum pernah kena lagi sakit pinggang mcm ni. sampai kan, nak duduk pun rasa tak sedap.
Setiap kali bangun tidur, belakang badan mesti rasa lebam & kesan kena cubit kuat. Setiap masa rasa mcm ada org perhati. Masa kat China ni la kawan Aisyah nampak ada kelibat hitam dekat Aisyah sepanjang masa. Waktu ni Aisyah x percaya, tapi kawan Aisyah memang paksa suruh berubat. Badan Aisyah pun makin hari makin sakit
Dulu masa awal kahwin, rasa mcm semuanya indah. Tapi lama kelamaan, Aisyah ni jadi org yg kuat marah & mesti ada benda yg tak kena. Mesti rasa nak marah, mengamuk. Even, Alif sibuk whatsapp sbb kerja pun kadang tu boleh buat Aisyah marah.
Sometimes, Aisyah sendiri pun pelik. Kenapa teruk sgt Aku rasa marah ni? Padahal dia cuma balas whatsapp. Kadang tu dia pergi dobi pun Aisyah rasa mcm nak marah. Tapi, syukur, Allah jadikan sifat Alif ni seorang yg sgt penyabar.
Dia selalu sabar dgn Aisyah, selalu pujuk, selalu puji & always try utk buat Aisyah happyWaktu lepas berubat, Alif & Ummi sgt banyak jaga Aisyah. Alif sanggup tunggu sampai tengah malam utk tgk Aisyah tidur dulu.
Dia takut kalau ada benda yg kacau Aisyah waktu tidur. Ummi pula sibuk jaga pemakanan Aisyah. Aisyah mmg totally lemah sehari lepas berubat. Alhamdulillah getting better day by day.
Salah satu kesan kena buatan yg org hantar ni juga, Aisyah makin jauh drpd kwn. Kadang tu terasa diri mcm terpinggir, rasa nak jauh drpd org. Business partner Aisyah yg dulu mmg Aisyah rapat pun jadi mcm dah jauh. Dia tak buat salah pun, tapi Aisyah mesti akan mengelak kalau nak jumpa dia. Aisyah pun tak tahu kenapa rasa mcm tu.
For now, Alhamdulillah semuanya dah kembali normal. Cuma kena banyakkan zikir & amalan. Akhir kata, hati-hati dgn sesiapa yg korang kenal. Kalau korang baca drpd part 1, korang akan faham apa yg Aisyah maksudkan. Aisyah nak minta tips kalau ada yg pernah kena gangguan ke, boleh share tak apa amalan korang? Doakan Aisyah sentiasa sihat & berjaya dunia Akhirat.
‘Dapat tawaran haji, risau nak tinggalkan anak-anak.’ Selama ini kita lupa, Allah yang ‘menjaga’ siang dan malam. Sedangkan anak itu adalah pinjaman yang kita besarkan atas lindungan Allah SWT.
Tidak dinafikan pasangan atau ibu bapa yang mempunyai anak yang masih kecil berkira-kira untuk terima atau tidak tawaran haji kerana risau siapa yang akan tengokkan atau jaga anak-anak kelak.
Ikuti perkongsian Dr Muna Soleh apabila dia sendiri berbelah bahagi apabila menerima tawaran untuk menunaikan haji tahun ini.
Masa dapat mesej ini, aku terkejut.
Namun perkara pertama terlintas di fikiran, “scammer ke?”
Sebab masa ini, keputusan tawaran haji sudah dikeluarkan 3 minggu sebelumnya.
Kakak aku dapat panggilan alhamdulillah. Masa itu aku sudah check dan tak terpilih.
Jadi aku pun langsung tak ada mindset untuk dapat tawaran kemudiannya sebab aku tak buat rayuan.
Dan sejak keluar keputusan tawaran pertama tu memang aku tak pernah sudah buka apps THijari.
Tiba-tiba dapat mesej ini. Untuk pastikan bukan scammer, aku pun buka apps THijari.
Berdebar. Login, masuk. Buka bahagian perkhidmatan haji.
MasyaAllah, mata bagaikan tak percaya.
Aku dapat tawaran menunaikan haji. Betul bukan scammer.
Cuma masa tu aku jadi blank. Fikiran aku jadi kosong.
Betul ke dapat ini? Betul ke nak pergi ni? Aku diamkan tawaran ni selama 2 hari sebelum beritahu orang terdekat.
Jujur masa tu, aku masih ragu-ragu. Anak adalah antara yang paling aku fikirkan sekali. Bila diberitahu suami. Dia terus jawab.
“Awak pergilah… Saya boleh cuba buat rayuan tapi kalau saya tak dapat, saya boleh jaga anak.”
Hati lega sikit bila dengar suami hendak jaga anak. Masa itu aku doa, andai yang terbaik adalah suami jaga anak, maka mudahkanlah.
Namun jika yang terbaik adalah suami ikut bersamaku menunaikan haji, maka Kau dorongkanlah.
Selepas beberapa hari buat rayuan (mengikuti isteri) terus suami dapat panggilan.
Aku gembira. Dia pun nampak gembira. Namun hati aku mula gusar, anak macam mana? Rupanya begitulah cara Allah membersihkan hati manusia.
Kalau selama ini aku rasa aku yang jaga anak itu sebab aku yang masak untuk dia makan, aku yang pakaikan dia pakaian, aku yang mencuci dan juga mandikan.
Kali ini Allah hendak beritahu aku yang bukan aku pun yang jaga anakku sebenarnya. Tapi Dia.
Kali ini aku akan berpisah dengan anak ku (buat pertama kali selepas 3.5 tahun), dengan jarak ribuan kilometer atas satu seruan. Satu perintah Tuhan.
Di saat ibu bapa itu jauh dari anaknya, siapa yang akan jaga dia?
Allah. Sejak hari itu hari-hari aku berdoa, sehinggalah hatiku tekad,
dan keyakinan dibulatkan.
Aku menyambut seruan Mu ya Allah. Dengan penuh ketaatan.
Kecintaan. Kerendahan.
Lalu aku menyerahkan urusan ku pada Mu ya Allah.
Aku menyerahkan anakku pada Mu.
Aku menyerahkan segala-galanya pada Mu.
Kerana aku yakin Engkau yang Maha menjaga,
Dan kali ini, Engkau yang menjemput ku untuk melengkapkan rukun Islam ku…
Engkau yang mengajarkan aku erti sebuah pengorbanan, untuk hakikat kecintaan dalam sebuah perasaan..
Hari ini merupakan hari ke-4 aku di tanah suci. Melewati dan memaknai setiap baris kata yang Allah ingin aku fahami..
Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu ya Allah.
Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu.
Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Tuhan yang tiada sekutu bagi-Mu.
Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu.
Sesungguhnya segala puji dan nikmat dan kerajaan adalah kepunyaanMu, tiada sekutu bagi Mu
22062023
4 Zulhijah 1444H
5 hari menuju arafah #catatanHaji1444H
Kashoorga: Semoga ibu ini dipermudahkan urusan dalam menunaikan ibadah haji di samping suami tercinta.
‘Allah beri bila tiba masa yang tepat.’ Rezeki miliki zuriat selepas 14 tahun menanti, tiada kata yang dapat diungkap, melainkan rasa syukur tidak terhingga apabila doa selama ini dimakbulkan.
Setelah mendirikan rumah tangga, pasti setiap pasangan mendambakan untuk memperoleh cahaya mata. Namun manusia hanya merancang dan Allah juga sebaik-baik perancang.
“Sepanjang 14 tahun perkahwinan, saya tidak pernah hamil dan tak tahu nak gomol (peluk dan cium) anak siapa tetapi akhirnya rezeki memihak kepada kami untuk memiliki anak sendiri. Dapatlah gomol puas-puas,” kata Nurashhyikin Abd Latip.
Nurashhyikin, 36, mendapat perhatian di TikTok selepas berkongsi videonya bersama suami, Ridhuan Ramli, 44, dan anak tunggal mereka, Muhammad Tariq El Aiman yang kini berusia lima bulan dengan keterangan penantian 14 tahun untuk menimbang cahaya mata sendiri.
Jelas Nurashhyikin, kehadiran Muhammad Tariq El Aiman dianggap seperti rezeki terindah yang tidak disangka kerana impiannya untuk memiliki anak sendiri akhirnya tercapai.
Menurutnya, sepanjang 14 tahun dia banyak memendam rasa berhadapan pertanyaan orang sekeliling mengenai zuriat, namun mengakui tidak mengambil hati dengan perkara itu sebaliknya dia dan suami sentiasa berlapang dada.
“Saya ambil pendekatan kalau ada, adalah kalau tidak itu bukan rezeki kami tetapi kami tetap berusaha dan sepanjang tempoh berdua kami kerap ditanya mengenai anak tetapi keluarga sentiasa beri sokongan.
“Tak sangka Allah SWT hadirkan rezeki dalam sekelip mata dan 14 Februari lalu anak yang dinanti selama 14 tahun selamat dilahirkan dengan sihat.
“Saya dan suami sangat gembira dengan rezeki ini terutama suami apabila dia akhirnya mempunyai zuriat sendiri ketika berusia 44 tahun,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Katanya, dia tidak pernah berasa rezekinya lambat biarpun tempoh perkahwinan melebihi satu jangka masa yang lama kerana baginya rezeki Allah SWT akan tiba tepat pada masanya mengikut perancang terbaik untuk hidup mereka.
“Anak ini juga saya anggap seperti pengganti arwah ayah kerana berita kehadirannya kami terima selepas dua minggu ayah meninggal dunia.
“Ketika ayah sakit saya yang menjaga dan menguruskannya di hospital tetapi tak sangka rupanya anak sudah berada bersama saya ketika itu.
“Saya tahu saya hamil ketika kandungan berusia empat bulan dan dalam kesedihan kehilangan ayah tersayang Allah hadirkan zuriat yang sekian lama ditunggu-tunggu,” katanya.
Bukan mahram tinggal serumah di homestay sering menimbulkan persoalan. Ketahui penjelasan tentang khalwat, aurat dan batas pergaulan yang perlu dijaga.