Mereka yang berkahwin lewat cenderung untuk menjadi lebih cerewet dan sukar bertoleransi dengan pasangan masing-masing. Setiausaha Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA), Dr Firdaus Abdul Gani berkata, sikap sedemikian tercetus disebabkan mereka telah terbiasa hidup dengan cara serta kebiasaan untuk satu jangka masa yang lama.
“Mereka juga risau disebabkan risiko tidak subur dan sukar mendapat anak disebabkan umur yang meningkat. Mereka akan tergesa-gesa untuk mengejar mendapatkan anak yang boleh menyebabkan berlakunya stres di kalangan pasangan.
“Perasaan kegagalan juga mungkin tercetus terutamanya di kalangan wanita akibat kesukaran mendapat anak.
“Dari aspek positif, wanita yang berkahwin lambat ini mempunyai fikiran yang lebih matang serta keadaan kewangan yang kukuh yang menyumbang kepada perkahwinan yang stabil,” katanya.
Menurut Dr Firdaus, senario wanita berkahwin lewat kerana berpendidikan tinggi sebenarnya bukan sesuatu yang luar biasa tetapi dikhuatiri memberi impak negatif terhadap kehidupan sosial masyarakat .
“Pertumbuhan penduduk pada 2030 nanti dijangka menjunam hingga 0.7 peratus berbanding 2 .6 peratus sekitar tahun 90-an dan berkahwin lewat dikenal pasti sebagai punca utama penurunan tersebut,” jelasnya.
PENINGKATAN UMUR UNTUK BERKAHWIN
Mengikut kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia ke 5 (KPKM-5) yang dijalankan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) pada tahun 2014, didapati bahawa 86.8 peratus responden yang berumur 25 sehingga 49 tahun mempunyai keinginan untuk berkahwin di mana 31 tahun merupakan umur minimum untuk berkahwin.
Ads
Kata Dr Firdaus, ini berbeza dengan hasil penemuan pada tahun 2010, di mana sumber dari Jabatan Perangkaan Malaysia mendapati bancian statistik purata umur perkahwinan di kalangan lelaki ialah 28 tahun dan perempuan ialah 25.7 tahun.
Ini sekali gus, ujarnya, menunjukkan terdapat peningkatan dari segi umur di mana mereka ingin berkahwin berbanding sebelumnya.
“Penakrifan umur perkahwinan lewat pula adalah sekitar 37 tahun kepada lelaki dan 33 tahun kepada wanita pada tahun 2014. Terdapat 56 peratus responden lelaki berpandangan masalah kewangan menjadi punca utama mereka lewat berkahwin manakala majoriti wanita iaitu 35.7 peratus mengatakan tiada calon sesuai.
Ads
“Apabila dilihat secara spesifik mengenai tumpuan pada kerjaya, lebih ramai wanita memberikan sebab tumpuan pada kerjaya iaitu 18.1 peratus berbanding 9.4 peratus di kalangan lelaki.
“Bagaimapun, antara faktor lain yang mendorong wanita berkahwin lewat adalah disebabkan masalah kewangan yang dihadapi (26 peratus) disebabkan peningkatan kos sara hidup dan mahu memiliki kehidupan yang stabil terlebih dahulu dikuti oleh mendahulukan kemajuan kerjaya,” katanya.
PENTINGKAN KESTABILAN KARIER DAN KEWANGAN
Berdasarkan statistik, kadar penyertaan buruh wanita di negara ini meningkat daripada 46.8 peratus pada 2010 kepada 54.7 peratus pada tahun 2015.
Ads
Jelas Dr Firdaus, ini membuktikan wanita kini mementingkan kestabilan karier dan kewangan.
Katanya, dari aspek psikologi, terdapat beberapa kesan terhadap emosi dan tingkah laku di kalangan mereka yang lambat berkahwin.
“Antara kelebihan berkahwin ialah mempunyai peneman untuk berkongsi suka duka kehidupan serta memenuhi keperluan emosi dan fizikal untuk hidup berpasangan dan berkasih sayang.
“Terdapat banyak kajian yang mendapati bahawa perkahwinan banyak memberikan impak positif terhadap individu, tetapi ia turut bergantung kepada umur ketika berkahwin.
“Mereka yang berkahwin terlalu muda (kurang dari 18 tahun) didapati mempunyai banyak masalah emosi disebabkan usia yang tidak matang serta ketidaksediaan memikul tanggungjawab menyebabkan adaptasi yang sukar kepada kehidupan berkahwin,” katanya
Sumber kredit: Astro Awani
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
“Finding the right man for marriage is the second challenge. The first challenge is to be the right woman that a right man wants to marry.”
bila dah semakin matang, yuyu selalu impikan lelaki yang baik lagi soleh. tak kisahlah kalau kalau dia pernah nakal dulu. dan yuyu yakin, bukan yuyu saja impikan lelaki macam tu, tapi, mungkin hampir semua perempuan.
tapi, terfikir tak layakkah kita semua (perempuan) untuk lelaki yang kita selama ni idamkan? lelaki baik lagi soleh. lelaki yang pandai menjaga agamanya. pandai pulak jaga nama. hmm. macam nak simpan dalam almari. sayang. takut nanti perempuan lain ambik.
hikhik.
pernah dengar ayat ini dari Surah an-Nur ayat ke 26? Allah S.W.T berfirman: “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.”
walaupun, ayat ini bukan lah satu janji dari ALLAH, tapi ia adalah satu peringatan dari-Nya, semua orang melakukan kesalahan, dan semua orang berhak untuk berubah dan berhak mendapat yang terbaik.
quote dan potongan Surah an-Nur atas tu, ada kaitan. sebagaimana yuyu takda la bagus mana sangat dalam bab agama, tapi, yuyu nak sangat kongsi dengan semua, apa yang lecturer yuyu pernah cakap dulu di kelas subject Jurisprudence. Ustaz Yusef Niteh nama ustaz yuyu tu.
Gambar sekadar hiasan.
kata ustaz ;
“kalau nak pilih pasangan, pilih yang yang baik baik. InsyaALLAH selamat dunia akhirat. tapi sebelum mencari pasangan yang baik, diri sendiri pun kena jadi baik. perempuan baik untuk lelaki baik, lelaki baik untuk perempuan baik.
kalau berubah, berubah kerana ALLAH, jangan kerana “Z” (ustaz suka guna Z untuk ganti nama laki) . kalau kamu berubah sebab Z, Z suruh suka perempuan pakai tudung, kamu pakai tudung, buat baik sebab nak dapat Z, nanti bila tak dapat Z, kamu mula la nak nangis nangis, nak berubah la.
sebab kamu tak ikhlas lagi.
tapi, bila kamu berubah untuk ALLAH, nanti kamu takkan sedih bila ALLAH beri ujian kat kamu kalau dapat lelaki tak berapa baik. insyaALLAH, ALLAh juga jaga kamu dan tolong kamu untuk berubah. pahala pun kamu dapat.
selalunya, lelaki baik akan dapat perempuan baik. tapi kalau kita dah baik, tapi dapat lelaki tak berapa baik tu, anggaplah tu ujian.”
betul bukan? :’)
untuk cari pasangan yang betul memang susah. tapi lagi susah untuk betulkan diri. kalau nak lelaki yang jaga solat, terlebih dahulu, kita sendiri yang patut jaga solat kita. kalau nak lelaki yang pandai jaga duit bagai, sepatutnya, kita sendiri yang betulkan diri kita untuk pandai jaga diri.
yuyu pernah. berubah untuk lelaki. sekali lelaki tu ada perempuan lain, yuyu down sangat sangat. sebab bagi yuyu, dialah lelaki yang paling bagus yuyu pernah jumpa. hampir sempurna kepada ciri ciri lelaki yang yuyu suka. (cis.. -.-‘ terpaksa bagitau semua ni)
tapi, makin lama yuyu cuba betulkan diri yuyu sendiri. ikhlaskan diri berubah kerana ALLAH. bukan senang, sungguh susah. tapi Alhamdulillah. ALLAH akan selalu bantu hamba hambanya yang berubah ke arah kebaikan dan selalu berdoa.
dan yakinlah pada ALLAH, ALLAH tak pernah salah memberi sesuatu kepada hamba-Nya.
dan yuyu selalu ingatkan diri yuyu, perkahwinan, bukanlah sesuatu yang suka suka. penuh dengan tanggungjawab, amanah, ujian, dan bukanlah untuk jangka masa yang pendek, tapi selama kita hidup dan InsyaALLAH akan diteruskan hingga ke generasi infiniti.
dan yuyu faham, kenapa perkahwinan selalu dikaitkan dengan ‘Bina Masjid’ dan bukan Kem Bina Negara ataupun Bina Rumah bukan juga Bina Supermarket -.-‘
sebab musabab, dengan harapan, dengan berkahwin, kita seperti membina Masjid. yang suatu hari nanti kita akan penuhi masjid kita dengan jemaah yang soleh dan solehah. yang selalu dekatkan diri dengan ALLAH. jemaah kita yang penuhkan masjidkan kita tu adalah Anak Anak kita seterusnya.
sweetkan
semoga kita semua sudah bersedia untuk berubah ke arah kebaikan dan terus istiqamah. dan semoga kita semua akan ditemukan dengan pasangan idaman kita semua. amin
Jodoh itu rahsia ALLAH. dan ALLAH telah pun tertulis jodoh terbaik untuk kita di luh mahuz.
Selain busana indah digayakan Raja Sehari yang menjadi bualan, majlis memotong kek perkahwinan juga jadi salah satu momen manis untuk dikenang.
Ada pelbagai rekaan yang cuba dihasilkan untuk kek di majlis perkahwinan dan paling mendapat perhatian adalah kek tergantung atau Chandelier Cake di majlis resepsi pasangan Zahirah Mac Wilson dan Aiman Hakim Redza.
Kek yang dipotong oleh pasangan ini nyata jadi bualan sebab julung-julung kali melihat rekaan sebegini terutama di majlis perkahwinan.
Kek gantung atau chandelier cake ini direka oleh Lily Lola Cakes dan pemiliknya Lily Osman 28 tahun, berkata dia selama tiga tahun menyimpan idea untuk membuat kek seperti ini sebelum merealisasikan idea berkenaan.
Menurutnya, proses pembuatan kek tersebut tidaklah terlalu sukar namun apa yang mencabar ialah proses untuk menggantung kek setinggi lapan tingkat itu.
“Idea nak buat kek gantung ini sudah difikirkan sejak tiga tahun lalu, cuma kami mencari majlis yang sesuai. Rezeki saya dan Zahirah apabila kebetulan semua konsep ini kena dengan majlis mereka, jadi kira realisasikan idea itu.
“Kek itu dihasilkan dalam masa seminggu tapi nak menggantung agak sukar dan mengambil masa lebih sejam.
“Kek ini perlu dipastikan benar-benar kukuh supaya tak jatuh kerana graviti dan memerlukan beberapa orang untuk menggantungnya.
“Macam mana teknik buat suaya kek kukuh dan tidak jatih itu ada caranya. Apa pun mujurlan pihak perancang perkahwinan Mahligai Creative banyak membantu dan memudahkan proses persiapan di dewan tersebut.
“Apabila kek ini viral secara tidak langsung dapat membuka mata orang ramai mengenai bakat orang malaysia,” ujarnya kepada Mstar Online yang memberitahu setiap kek memiliki harga berbeza mengikut kepada bajet dan permintaan pelanggan.
Tiga tahun simpan idea untuk realisasikan kek bertingkat.
Ternyata persembahan kek bertingkat atau Chandelier Cake ini memukau bukan sahaja mereka yang hadir di majlis resepsi berkenaan tetapi juga warganet. Masing-masing terpukau dengan keindahan ciptaan kek berkenaan.
zaireenzafirah Probably beyond imagination 😂 this is incredible
zahira.bakar The first chandelier cake I have ever seen…actually first time tgok cake
terbalik 😂. This is so amazing. Lucky couple to kicked off wedding cake terbalik. Love it
Perkahwinan adalah sunnah Rasulullah SAW dan juga ibadah. Ia dapat memelihara diri seseorang daripada maksiat. Apabila sesebuah perkahwinan itu ‘dilangsungkan’ hanya untuk tujuan kerana Allah semata-mata dan ingin hidup dalam peliharaan Allah maka berbahagia dan rukunlah rumah tangga.
Namun bagi mereka yang masih hidup sendiri, belajarlah untuk terus memantapkan peribadi diri.
Berikut perkongsian The Muhammad Shafri di laman Facebooknya.
Tulisan ini saya dedikasi khas buat mereka yang belum berkahwin.
Masa belum nikah ini teman. Jagalah diri kalian baik-baik. Letak iman dalam diri kalian itu setinggi langit. Jadikan Allah itu number satu dalam hidup kalian tapi bukan manusia. Masa hidup sendiri ini jangan mudah jatuh cinta atau mudah memberi hati pada seseorang yang belum tentu jodoh kalian.
Tapi kalau kalian sudah berpunya bagaimana? Lagi-lagi mereka yang sudah ‘bertunang’ Jagalah batasan Agama. Biar yang menjadi pendinding antara kalian itu adalah Allah, segalanya serah bulat-bulat kepada Allah, kerana Allah lebih Maha Mengetahui apa yang baik buat kita dan apa yang tak baik buat kita.
JAGA HUBUNGAN DENGAN ALLAH
Andai benar cinta kalian itu kerana Allah segerakanlah untuk menikah kerana tiada jalan yang lebih baik bagi dua orang yang bercinta selain menikah. Tapi kalau belum mampu untuk menikah bagaimana? Jawapannya maka berpuasalah kerana syaitan tak akan pernah berhenti untuk menjauhkan kita daripada reda dan Rahmat Allah.
Jagalah hubungan dengan Allah sebelum kita mahu membina hubungan dengan manusia. Kerana teman. Bagaimana kita nak membina hubungan dengan manusia kalau hubungan dengan Allah kita tak jaga? Kalau sebelum nikah kita tak jaga hubungan dengan Allah, tak menjaga solat dan sebagainya lepas dah nikah nanti kita tetap tak akan menjaga menjaga solat tak menjaga hubungan dengan Allah.
Dan begitu juga kalau sebelum nikah kamu tak usaha untuk menundukkan pandangan. Suka melayan lelaki/perempuan sana-sini. Berbalas komen penuh emoji lagi berbunga-bunga. Mesej lelaki/perempuan tanpa kepentingan apapun. Konon hanya untuk suka-suka atau saja nak test market. Orang lelaki terutama sekali.
NIKAH BUKAN BAHAN MAGIK
Percayalah lepas dah nikah nanti kamu akan berbuat hal yang sama. Sebab waktu belum nikah dulu kamu tak pernah usaha langsung untuk menjauhinya. Nikah itu bukan bahan magic yang boleh mengubah si iblis menjadi malaikat. Dari jahiliyyah tiba-tiba berubah kepada soleh solehah seratus peratus. Jadi tolonglah wahai lelaki dan perempuan. Jaga batas pergaulan kalian dengan bukan mahram. Sebaiknya lelaki berkawan dengan lelaki dan perempuan berkawan dengan perempuan.
Kepada mereka yang sudah berkira-kira hari menanti hari bahagia selamat menempuh alam perkahwinan. Semoga kalian di kurniakan pasangan yang soleh solehah lagi menyejuk mata. Dan semoga rumah tangga kalian di kurniakan Mawaddah, Rahmah wa Sakinah.
Sumber kredit: FB: The Muhammad Shafri
WEBINAR JODOH 💖: SUAMI KIRIMAN ILAHI
✨Jom Sis semua yang masih single terutamanya sejenis yang pemalu! Kita belajar ilmu menjemput jodoh💘
Dengan ilmu menjemput jodoh, Sis akan..
✅ Tak tertanya-tanya lagi “Dimana atau ada ke bakal imamku❓❓” 🤷🏽♀
✅ Jelas ✨ dan yakin 💪🏻 dengan langkah-langkah mudah ikhtiar mencari jodoh 💘 (Tip: Islam itu Mudah dan Indah)
✅ Akan dijauhi heartbreak 💔 dan lelaki yang tak serius 👻
Yang sudah berstatus ‘Dimiliki’, ambillah manfaat ilmu ini untuk memudahkan dan percepatkan lagi jodoh Sis 💞
Keluar pejabat pada waktu bekerja untuk melakukan urusan peribadi ibarat satu kebiasaan. Ada yang memberitahu majikan tapi ramai juga yang keluar senyap-senyap hingga berjam-jam...