Islam itu sebenarnya satu agama yang sangat indah. Malah dalam Islam itu di setiap sisinya mempunyai adab.
Tidak kiralah ketika kira mahu tidur, makan, masuk kenderaan dan sebagainya.
Dengan adab yang diajarkan ini menjadikan kehidupan setiap insan itu jadi lebih teratur dan sempurna. Malah untuk masak nasi pun ada, cara ini boleh kita praktikkan.
Ads
1. Pastikan anda dalam keadaan bersih dan sebaiknya ketika memasak nasi. Satu hal lagi, pastikan anda dalam keadaan tenang dan tidak marah. Ia bertujuan mengelak anda memasak dalam keadaan terburu yang akhirnya mengundang masalah lain pula
2. Gunakan tangan kanan ketika mencuci beras. Walaupun anda seorang yang kidal, usahalah untuk mencuci dengan menggunakan tangan kanan.
3. Cucian dilakukan dalam putaran arah lawan jam atau pusingan tawaf. Kita memang dianjurkan melakukan apa pun pusingan sama ada menyapu ubat, memasak dan sebagainya mengikut pusingan tawaf
Ads
4. Sambil membasuh beras bacalah “Laisa la ha min dunillahi katsyifah” maksudnya “Tiada penyembuhan selain daripada Allah”
5. Ulangi membasuh beras sebanyak tiga kali atau selepas anda yakin beras sudah bersih.
Ads
6. Sambil membasuh beras itu berselawat dan amalkan doa: “Segala puji bagi Allah yang telah memberi kami makanan yang lebih baik darinya.” – At-Tarmizi
7. Satu lagi doa yang bagus diamalkan ketika membasuh beras adalah “Ya Allah, lembutkan hati kami untuk faham agama-Mu sebagaimana Engkau lembutkan beras ini sehingga menjadi nasi.”
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
‘Doa Allah satukan hati anak kita.’ Bergaduh adik beradik itu pasti, jangan sampai melarat jadi api hingga timbul persengketaan, malah lebih buruk seperti tragedi berebut tempat duduk dalam kereta.
Bayangkan daripada isu yang kita anggap kecil dan kadang-kadang dijadikan bahan lawak di kalangan adik-beradik bila berebut tempat duduk, tanpa disangka perkara kecil ini akhirnya meragut nyawa sang adik.
Bukan saja keluarga terkejut dengan insiden tragis ini, orang ramai jua tertampar dengan peristiwa ini. Kongsi Puan Wawa Shauqi, terdapat beberapa punca perkara ini dan berikut adalah cara terbaik untuk atasinya:
Tragedi pergaduhan adik beradik hari ni, banyak faktor boleh buat punca.
Tapi, bukan kerja kita hendak selidik faktor itu. Kerja kita untuk doakan yang baik-baik. Dan renung kes ini jadi pengajaran. Sesungguhnya, anak-anak adalah ujian. Kan?
Takut sangat ujian macam ni.
Sebab kita tak tau, bila sampainya ujian sama kena dekat kita.
Cuma satu pesan dari seorang ‘senior’ dalam parenting,
“Bergaduh adik-beradik itu pasti. Mak ayah hendak lentur pun kena berseni. Tangani dengan hati-hati. Jangan sampai melarat jadi api.”
Tipulah kalau hendak kata kita tak pernah berlaga faham dengan adik beradik dulu. Teruk tak teruk saja.
Saya sendiri, juara gaduh juga. Apa saja aksi dan jurus yang saya tak buka. Bila sudah besar, dan ada anak, banyak yang saya dapat belajar dari childhood sendiri.
Atleast saya faham apa yang buat punca. Tahulah sikit mana hendak elak, macam mana hendak tackle.
Nak groom seni ajak anak berdamai pun, banyak buku perlu saya buka. Banyak guru perlu saya timba ilmunya.
Ini antara resepi kemesraan adik-beradik yang pernah saya belajar dari pelbagai ahli psikologi.
We time.
Cari masa duduk sekali.
– Pilih gambar atau video-video zaman anak-anak masih kecil dan mesra. Tonton bersama.
– Ambil giliran untuk bincang topik positif seperti ‘perkara yang saya sukai pada adik beradik saya.’
– Spark kisah lucu/ kenangan dengan adik beradik.
– Cipta aktiviti yang boleh dibuat bersama. Main board games, main teka-teki, bina lego bersama, main bola bersama.
‘Individual Attention’ Time
Ambil turn untuk ‘dating’ dengan anak. Contoh, minggu ni mama dating dengan anak 1, ayah dating dengan anak 2. Minggu depan ambik giliran untuk anak seterusnya.
Ada masa, suami bawak anak 1 pergi camping, saya bawa sorang lagi pergi skate park. Kemudian, ada hari ke library. Ada hari, sekadar duduk dekat cafe berdua makan aiskrim.
Berkempen dari bayi.
Bolah jadi kebencian anak tua dekat adik, mula dari saat adik lahir lagi.
Yalah. Dulu, yang dapat kasih sayang, attention, puji-pujian, dia seorang saja. Bila dan ada adik, kasih sayang, attention tu semua, dapat dekat adik.
Sejak adik dari perut lagi, kita kempenkan keletah lucu adik. Dan seronoknya dapat ajar adik, main sama adik, dan tolong adik kenal dunia.
Highlight positivity.
Mulut kita ini. Kena jaga-jaga sikit bercakap. Elak highlight permusuhan anak-anak. Sebaliknya, highlight yang indah-indah bab hubungan mereka.
“Mama suka tengok abang makin pandai kongsi mainan dengan adik.”
“I really love to see you guys laugh and play together.”
“Abang tau, masa abang pergi sekolah, adik teringat dekat abang. Siap belikan abang roti.”
Doa
Doa Allah satukan hati anak-anak kita. Saling membantu, mendamaikan dan berkasih sayang.
Setiap risau yang bertandang, kita jadikan reminder untuk kita doa yang baik-baik pada Allah untuk anak.
So far, gaduh teruk mana pun anak-anak saya, bila buat 5 benda ni, Allah izinkan improvement pada hubungan mereka.
Semoga kita mampu didik anak-anak kita semua dengan baik.Saya doakan, kita semua mampu senyum bila dah tua nanti. Sebab anak-anak mampu sepakat, muafakat dan hidup berkat sepanjang hayat.
Kashoorga: Semoga mak, ayah di luar sana mampu mendidik anak-anak meyayangi adik-beradik hingga ke hujung nyawa.
Tidak dinafikan wabak Covid-19 yang melanda dunia hari ini ada hikmah yang tersembunyi. Melihat kepada kes kematian yang tinggi, adakalanya mencecah lebih 300 orang dalam sehari meletakkan nyawa manusia itu sangat “rapuh”. Bila-bila saja boleh dicabut.
Syukur alhamdulillah bagi mereka yang menerima hidayah dari Allah, memilih jalan ke arah kebaikan selain menyebarkan dakwah dalam kalangan rakan-rakan. Dalam industri hiburan tanahair juga, Nabil antara personaliti yang memilih untuk menukar corak kehidupannya dan seluruh ahli keluarganya selepas mengikuti jemaah tabligh. Begitu juga pelakon Amar Asyraf Zailuddin,Datuk Nash, Aliff Aziz, penyanyi rap Mk K Clique, Shahrul Ridzwan dan ramai lagi.
Malah tidak terkeculi penyanyi diminati ramai terutama di kalangan para wanita iaitu Anuar Zain yang turut menyertai jemaah tabligh dan dilihat sedang menuang air teh tarik kepada para jemaah di sebuah masjid di Selangor. Bahkan dalam video yang tular itu, kelihatan Nabil Ahmad yang meminta penyanyi itu menyanyikan lagu popularnya, Lelaki Ini.
Bukan setakat menyertai jemaah tabligh, dilihat ramai lagi barisan pelakon dan penyanyi popular tanahair yang bersama-sama dengan Ustaz Ebit Lew dalam memberikan sumbangan makanan kepada penduduk gelandangan tanpa mengira latar belakang. Mungkin sesuatu yang tidak pernah mereka lakukan sebelum ini ketika dalam industri.
Di perkongsian Ustaz Ebit Lew, dapat dilihat ramai artis popular seperti pelakon Zul Ariffin yang bersama-samanya memberi gelandangan makan baru-baru ini. Begitu juga barisan selebriti lain seperti Suffian Suhaimi, Zahiril Adam, Harris Anuar, Khai Bahar, Syafik Farhain, gaming idola anak muda iaitu Soloz dan Daddy Hood, Syafiq Kyle dan ramai lagi.
Kesemuanya sedang berubah ke arah kebaikan dan membantu umat Islam lain dan ternyata di sebalik wabak Covid-19 ini, ada hikmah yang tersembunyi. Berdoalah agar kita juga menerima hidayah sebegini dan andai sebelum ini sudah istiqomah teruskan perjalanan yang baik ini. Di akhirat Allah tidak kenal kita sebagai orang popular di dunia tapi kita dinilai berdasarkan rahmat Allah dan amalan kebaikan kita lakukan semasa hidup.
Bacalah doa ini agar diri kita diberikan hidayah sesuai dengan firman Allah di dalam surah Al-Baqarah ayat 213 yang bermaksud “Allah memberikan hidayah kepada siapa yang Dia kehendaki-Nya kepada jalan yang lurus”.
Ini doa memohon hidayah Allah
اِهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيْمَ
“Berilah kami petunjuk kepada jalan yang lurus.” (al-Fatihah: 6)
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْهُدَى وَالتُّقَى وَالْعَفَافَ وَالْغِنَى
“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon selalu dari-Mu hidayah, takwa, sikap ‘iffah, dan kekayaan.” (HR. Muslim no. 4898)
Di sebalik hidayah, kita juga harus terus beristiqomah dengan jalan pilihan itu. Bacalah doa memohon istiqomah Allah.
“Ya Rabb kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; kerana sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (kurnia).” (Ali Imran: 8)
Sebagai seorang Islam wajib percaya bahawa setiap penyakit ada ubatnya berdasarkan Al-Quran dan Hadis di bawah.
Firman Allah SWT:
“Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua. (Al-Israa’ 17:82)
Ikuti perkongsian wanita ini yang merupakan penghidap kanser.
Seram juga baca penulisan doktor doktor sekarang yang menulis dengan bahasa yang agak kasar! Sentap! Padu! Hentam!
Kemudian mereka seakan akan serang satu persatu bidang bidang tertentu terutamanya bidang alternatif selain dari perubatan hospital.
Bercakap dari pengalaman sendiri.
Saya adalah pesakit kanser. Selepas rawatan kimoterapi, saya bergantung kepada antibiotik jika diserang batuk. Tanpa antibiotik batuk saya tidak akan baik.
Saya mudah dijangkiti batuk kerana kanser saya menyerang paru paru sebelah kiri saya. Kanser Lymphoma. Hodgkin Disease.
CULAS BUAT RAWATAN KEMOTERAPI
Cerita tentang rawatan chemo, saya adalah pesakit yang acah acah melarikan diri dari meneruskan rawatan chemo. Tetapi ‘cair’ serah diri balik ke hospital selepas dipujuk baik oleh Staff Nurse yang baik lagi syantek, Kak Yati nama dia. Dahulu dia bertugas di Daycare Hospital Ampang. Dia jer yang selalu dapat cucuk tangan saya untuk masukkan branular. Nurse lain tak berani cucuk saya sebab vein saya halus dan tegang macam dawai ampai jemur kain lepas kena chemo.
Berbalik cerita asal, saya adalah seorang yang mudah dijangkiti batuk. Setiap kali batuk kena serah diri di hospital untuk minta doktor prescribed antibiotik. Tak boleh beli sembarang di farmasi.
Saya jadi takut nak dekat dengan orang. Kalau ada yang batuk, mesti saya ‘kena’. Batuk teruk sampai terkencing kencing! Sampai kering tekak! Sampai berdarah kahak.
DOKTOR CADANG AMAL MAKAN MADU
Perkara ini berterusan sehingga saya mengandung anak yang ke dua kira kira 4 tahun selepas rawatan chemo.
Semasa follow up pregnancy dengan doktor pakar di Klinik Ibu & Anak, saya minta doktor prescribed antibiotik sebab saya batuk ketika itu. Doktor tersebut enggan dan berasa tak berapa happy dengan keadaan saya yang bergantung kepada antibiotik. Lagi lagi saya mengandung, ianya tidak baik untuk janin dalam kandungan.
Doktor beri cadangan untuk saya cuba amalkan makan ‘madu’ untuk rawat batuk saya. Saya frust dengan keputusan doktor tersebut.
Sebagai langkah protes, memang saya makan madu setiap kali batuk. Saya dapatkan madu tualang dari kiosk madu tualang yang hanya menjual madu tersebut sahaja.
Batuk! Telan madu! Asal batuk, telan madu. Protes! Protes sebab doktor tak bagi ubat antibiotik. Batuk lagi! Telan lagi! Tengah malam terbatuk! Bangun makan madu. Pagi pagi berkahak, lari pergi dapur telan madu.
Lama juga saya buat amalan makan madu. Sehinggalah saya mengandung anak ke tiga dua tahun kemudian. Tiba tiba saya teringat saya pernah protes dengan doktor yang sama ketika beliau tak nak bagi ubat antibiotik.
GABUNG RAWATAN MODEN & ALTERNATIF
Saya baru perasan yang saya dah tak batuk lagi. Dah tak merentan sibuk nak makan antibiotik setiap kali batuk.
Alhamdulillah, dengan izin Allah, saya dapat pulihkan paru paru saya yang mungkin rosak ketika kanser dahulu.
Ada dua peringkat di sini, saya rawat dengan chemo dan pulihkan organ tersebut dengan madu iaitu sumber dari alam yang Allah jadikan penuh manfaat.
Bagi saya, rawatan hospital rawatan juga, tetapi pengambilan alternatif seperti makanan sunnah, minyak bau bauan semulajadi mungkin adalah usaha untuk memulihkan kembali organ atau anggota yang telah mengalami sakit.
Sebilangan doktor doktor mungkin kendurkan sedikit bahasa atau penulisan yang agak keras bunyinya kerana semua berlaku atas izin Allah. Jika Allah kata baik dengan rawatan hospital, baiklah dia. Jika Allah kata baik dengan ‘do nothing’, baiklah dia. Jika Allah kata baik dengan rawatan homepathi, baiklah dia. Hatta jika dengan izin Allah, sakit pun boleh baik dengan air yang hanya dibaca dengan Alfatihah oleh insan insan biasa yang dipilih Allah.
Jauhkan sikap sombong dan melabel. Kerana syaitan yang pernah duduk di syurga pun akhirnya terkeluar dari sana kerana sifat sombong dan melabel.
Sumber kredit: FB: Rafiza Idayu
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?