Hidup berumah tangga adalah detik terindah dalam hidup setiap pasangan bercinta. Lagi-lagi apabila baru berkahwin, rasa rindu sentiasa bertandang dalam hati.
Malah kalau boleh setiap masa mahu melihat pasangan di depan mata. Kata orang bercinta selepas nikah itu lebih indah dan manis.
Namun kesibukan kerja dan urusan masing-masing menyebabkan rasa rindu hanya bertandang seketika.
Gambar sekadar hiasan.
Jadi bagi memastikan pasangan sentiasa merindu, amalkan doa ini dan sebut namanya ketika mengucapkannya.
Doa Ikat Hati Pasangan, Sebut Namanya Dalam Doa Ini
Ads
Perkongsian hari ini adalah tentang cinta suami. Mahukah anda mejadi isteri yang sentiasa dikasihi? Tentu mahukan? Sapa lah…. yang tidak ingin cinta dari suami. Tahukah anda bahawa cinta antara suami isteri adalah tunjang utama sebuah keluarga.
Doa ini adalah yang terbaik, selain dapat cinta suami, pahala baca Quran pun dapat!!
Ads
Caranya; 1. Al-Fatihah 2. Al-Insyirah 3. Hembus ke ruang tengah kening sambil usap perlahan. 4. Pastikan ketika itu, suami sudah tutup mata dan tidur lena 5. Niatkan – Ya Allah, lebarkanlah cinta suamiku padaku.
ok! Selamat mencuba.. ! Amalkan selama seminggu.. dan lihatlah hasilnya!
AMARAN!!!! Hanya untuk yang telah sah bernikah dan suami isteri yang halal sahaja!!! Yang tengok mabuk cinta, bertunang dilarang sama sekali… Sebab tak boleh tidur sekali pun lagi kan… Jangan dan jangan haram ye…
Kashoorga: Jika sayangkan isteri, dapatkan segala keperluannya di sini
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Isma Halil fokus amal ibadat dalam penjara. “Makin lancar baca al-quran, yasin & jadi bilal.’ Benarlah setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Kadang-kadang daripada kesilapan, manusia belajar sesuatu dan mula mendekatkan diri dengan Allah. Begitu juga yang dilalui oleh penyampai radio dan pengasas Bapakku FM, Isma Halil Hamzah, 49.
Isterinya, Nor Haslinda Abdul Manaf memaklumkan suaminya berada dalam keadaan baik ketika ditemui baru-baru ini. Jelas Haslinda, 50, dia bertemu suaminya di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur, pada 9 Januari lalu dan gembira melihat suaminya sihat.
“Kali ini dia sangat gembira sebab ramai kawan-kawan datang memberikan sokongan di mahkamah. Setiap minggu dia akan hubungi saya dari penjara Sungai Buloh. Selain itu, saya dan anak-anak melawatnya di penjara dua kali sebulan.
“Setiap kali berjumpa, macam-macam diceritakannya kepada saya. Boleh dikatakan kalau tiada aral, hari-hari dia akan berpuasa bersama kawan-kawan. Dari sudut positif banyak pelajaran yang dia dapat di dalam sana,” katanya lagi.
Menurutnya, Isma Halil semakin fokus dengan amal ibadat, semakin lancar membaca al-Quran dan surah Yasin, menjadi bilal dan sebagainya.
“Katanya, petugas-petugas penjara yang dipanggil cikgu pun sangat-sangat baik. Di dalam sana, dia juga berpeluang bekerja dan bersukan.
“Dia selalu pesan mohon doakan dia. Dia tak sabar-sabar nak jumpa keluarga dan sahabat-sahabat. Juga dia tak sabar nak cerita pengalamannya kepada semua,” katanya.
Pada 21 Februari tahun lalu, Isma Halil mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi atas pertuduhan mengedar dadah selepas pengakuan direkodkan buat pertama kali.
Mengikut pertuduhan, Isma Halil didakwa mengedar dadah jenis kanabis seberat 374.6 gram di sebuah rumah di Jalan Semarak, Wangsa Maju, jam 5.35 petang pada 27 Ogos 2021.
Dia didakwa mengikut Seksyen 39B (1) (A) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.
Keputusan lanjut kes ini akan diketahui pada 27 Februari ini di Mahkamah Tinggi.
“Setiap jiwa pasti akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari Kiamat sahajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa yang dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga, maka sungguh dia telah berjaya. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdaya” (Ali-Imran 3: ayat 185).
Mati atau disebut saat sakaratul maut adalah detik penghujung hidup manusia menghembuskan nafas terakhirnya.
Sakaratul maut itu pedih. Dalam satu hadis disebut,
“Sakaratul maut itu sakitnya sama dengan tusukan tiga ratus pedang” (HR Tirmidzi)
Bahkan Nabi Muhammad SAW yang kita cintai juga merasakan hal itu menjelang wafatnya sebagaimana diceritakan dalam kitab-kitab Sirah Nabawiyah.
Sekilas gambaran kepedihan sakaratul maut diungkap dalam Al-Quran:-
“…Alangkah dahsyatnya sekiranya kamu melihat di waktu orang-orang yang zalim berada dalam tekanan sakratul maut, sedang para Malaikat memukul dengan tangannya, (sambil berkata): “Keluarkanlah nyawamu”. Di hari ini kamu dibalas dengan siksa yang sangat menghinakan, karena kamu selalu mengatakan terhadap Allah (perkataan) yang tidak benar dan (karena) kamu selalu menyombongkan diri terhadap ayat-ayat-Nya.” (QS Al-An’am Ayat 93)
Dalam Kitab Sirah Nabawiyah, Ibnu Hisyam menceritakan detik-detik wafatnya Nabi Muhammad SAW. Nabi yang mulia berkata kepada puterinya, Fathimah Az-Zahra, yang duduk di sisinya. Baginda berkata: “Wahai puteriku Fatimah, dia adalah pengusir kelazatan, pemutus keinginan, pemisah jemaah dan yang meramaikan kubur.”
Ketika Malaikat maut datang, Malikat Jibril pun datang lalu duduk di samping Rasulullah. Malaikat Maut meminta izin kepada Rasulullah untuk menjalankan tugasnya. Ketika ruh sampai di bahagian perut, Rasulullah SAW berkata: “Wahai Jibril, alangkah pedihnya maut.”
Rasulullah SAW merasa kesakitan. Padahal, Malaikat Maut sudah melembutkan caranya saat mencabut roh yang mulia itu. Jibril memalingkan wajahnya kerana tidak sanggup melihat Rasulullah merasakan kesakitan saat menghadapi sakaratul maut.
Di tengah sakit tak tertahan itu, Rasulullah SAW berkata: “Ya Allah, dahsyat saat maut ini. Berikan saja semua seksa maut ini kepadaku. Jangan kepada ummatku.”
Begitulah sekilas gambaran sakitnya sakaratul maut yang dialami Nabi Muhammad SAW. Lantas, bagaimana dengan dengan sakaratul maut kita sebagai umatnya?
Dalam satu hadisnya, Rasulullah SAW memerintahkan umatnya agar insan terdekat yang menyaksikan ahli keluarga yang sedang menghadapi sakaratul maut agar membisikkan kalimat ‘Laa ilaha ilallah’ di telinga orang yang sedang nazak.
لقنوا موتاكم لااله الا الله
“Bantulah orang yang akan meninggal dunia untuk mengucapkan kalimat ‘Laa ilaha illaallah’”. (HR Muslim)
Disebabkan sakaratul maut itu sakit, Ustaz Zulkifli Muhammad Ali, Lc. sebagaiamana dikutip dari Sindonews, mengajarkan satu doa agar dimudahkan ketika sakaratul maut.
Doa ini dinukil dari beberapa riwayat hadis. Berikut lafaznya:
Ramai ibu bapa ragu dan bimbang memukul anak yang belum baligh dalam urusan mendidik mereka. Sebagai ibu bapa, didikan anak cara Rasulullah SAW memang menjadi rujukan.
Tentunya kita mahu anak itu nanti menjadi anak soleh dan solehah; sempurna semua ibadatnya apabila dewasa kelak. Tapi jika didikan hanya bicara di mulut dan niat di hati namun tiada kesedaran menyegerakan untuk diterjemahkan menerusi perbuatan harian, maka lupakan lah impian tadi.
Mendidik anak kena dari usia muda. Bak kata pepatah Melayu, melentur buluh, biarlah daripada rebungnya. Selagi mana suruhan itu tidak memudaratkan kesihatan dan keselamatan anak yang masih hijau, maka ibu bapa harus istikomah mendidik anak cara Rasulullah SAW.
Kita ikuti penjelasan ringkas oleh pendakwah terkenal tanahair; Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid berkenaan cara mendidik anak di peringkat usia muda.
Hendaklah seseorang itu bermula daripada dia itu (anak) apabila sudah mula untuk berbicara. Diajar dan diingatkan kepada si anak untuk menyebut nama Allah. Agar supaya anak tersebut terbiasa menyebut nama Allah SWT. Dan menyebutkan nama Allah dengan benar dan nama Rasulnya Muhammad SAW.
Demikian berterusannya tanggungjawab pendidikan kepada anak. Bermula dari usia tamyiz, usia anak itu sudah matang. Berfikir walaupun belum baligh. Perintahkan anakmu untuk solat pada usia 7 tahun. Umur 7 tahun kebanyakan anak-anak belum baligh.
Usia baligh minimum dalam ASWJ adalah usia 9 tahun qamariah. Kalau ada orang nampak tanda-tanda baligh sebelum umur 9 tahun qamariah, ia tidak dikira baligh kerana ia lain dari kebiasaan.
Bila dikatakan baligh? Dia (anak) dikatakan sudah baligh apabila nampak tanda pada usia 9 tahun qamariah dan maksimum usia baligh ialah 15 tahun.
Kalau sampai usia 15 tahun tidak nampak tanda-tanda baligh seperti air mani, haid bagi perempuan pada usia 15 tahun. Maka dia dianggap sudah baligh. Dalam kes ini, anak itu baligh bukan disebabkan tanda-tanda tadi tapi kerana lengkapnya usia 15 tahun.
Maka seseorang memiliki tanggungjawab mendidik anaknya sebelum baligh. Pukullah ketika meninggalkan solat sebelum baligh juga supaya terbiasa menjaga solat sebelum diwajibkan solat kepadanya dengan baligh.
Kalau sudah baligh, baru di suruh solat? Mungkin dia tidak akan dapat ilmu itu dengan sempurna kerana masih belajar tetapi kalau dibiasakan sebelum baligh, lama -kelamaan dia faham dan dapat hayati cara dan kepentingan solat 5 waktu.
Pisahkan pada mereka pada alas tidurnya atau tempat tidurnya. Ini merupakan didikan awal batasan pergaulan walaupun antara ahli keluarga sendiri.
Anak itu bilamana sudah selesai atau berhenti daripada menyusui, maka kita akan dapati dia suka makan coklat, biskut. Pada tahap ini. Perlu ajarkan kepada anak agar makan dengan tangan kanan dan mengucapkan bismillah sebelum makan dan dalam setiap keadaan.
Baginda duduk dan hidangkan makanan, di depan Nabi ada budak kecil makan juga bersama dengan Nabi, tapi makan tak ikut aturan, dia ambil sana, dia ambil sini. Sebahagian orang mengatakan masih budak-budak tak apa. Mana dia faham dia tak faham. Justeru kepada budak-budak tu mesti diajarkan pada awal.
Suatu hari Al Habib Abdul Qadir bin Muhammad As Seggaf rahimallah. Ada seorang datang kepada beliau, guru kepada Habib Umar. Bawa anak perempuan masih kecil mungkin umurnya 2 tahun 3 tahun dan masih kecil sangat. Pakai baju panjang tapi tidak memakai seluar panjang.Kalau budak kecil pakai baju begitu memanglah kelihatan comel.
Maka orang tuanya bawa kepada Habib Abdul Qadir. Habib doakan saya agar dianugerahkan anak, kemudian Habib Abdul Qadir berpesan kepada orang tuanya. Pakailah pakaian yang sempurna, tutup bahagian bahunya dan pakaikan seluar kerana bajunya kelihatan terangkat. Ya mungkin kerana memakai pampers.
Maka Habib Abdul Qadir mengatakan pakaikan pakaian yang menutup badannya dan pakai seluar. Kata orangtuanya, anak ini masih kecil. Lantas Habib Abdul Qadir berkata, justeru itulah anak masih kecil amat mudah untuk engkau bentuk dan pantau.
Pokok kalau masih hijau, bengkok sana bengkok sini. Nak bagi lurus letak kayu dan terus kayunya lurus ke atas. Apa sebabnya? Masih hijau. Kalau sudah kering sudah tua nak luruskan? Kemudian patah. Kholas!
Batas aurat Muslimah di hadapan wanita bukan Islam sering menjadi persoalan. Ketahui pandangan jumhur ulama, penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan serta panduan menjaga aurat mengikut syariat Islam.