Seluruh dunia menanti penuh debar sama ada anak kecil ini berjaya diselamatkan atau tidak. Doa tidak putus-putus buatnya selepas terjatuh ke dalam lubang sedalam 32 meter.
Pihak berkuasa juga tanpa henti mengorek melakukan kerja menyelamat tanpa henti selama 24 jam. Bahkan pada saat terakhir, pasukan penyelamat perlu menggali secara manual untuk sampai kepadanya pada jarak 80 meter.
Ini kerana mereka bimbang berlakunya tanah runtuhan akibat struktur tanah yang lembut yang mungkin boleh membahayakan nyawanya.
Ads
Masa yang sama, difahamkan, adik Rayan juga mengalami kecederaan di kepala, leher & tulang belakang kesan terjatuh pada ketinggian 32 meter.
Ads
Hampir 5 hari anak kecil ini berjuang, barang kali hanya untuk melihat wajah ibu dan ayahnya untuk kali terakhir, selepas berjaya diselamatkan pada jam 4.34 pagi (waktu Malaysia), kegembiraan menarik nafas lega apabila anak kecil ini berjaya dikeluarkan berakhir dengan kesedihan apabila adik Rayan menghembuskan nafas terakhirnya.
Ya barang kali, hanya untuk memberi peluang ibu ayahnya menatap wajahnya buat kali terakhir, adik Rayan seindah namanya bermaksud Pintu Syurga, pergi untuk selama-lamanya.
Ads
Selain mengorek tanah, pada percubaan menyelamatkan anak kecil ini, dapat dilihat orang dewasa turun melalui tali namun pada hanya mampu bertahan beberapa minit sahaja sebelum dinaikkan kerana kesukaran bernafas sebelum dinaikkan kembali ke permukaan.
Benarlah, Allah bersama anak kecil ini selama hampir 5 hari dirinya terperangkap tanpa sebarang makanan dan mengalami kecederaan. Syurgalah buatmu.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Alhamdulillah! Sekian lama terbelenggu dengan polemic solat Jumaat yang wajib ke atas lelaki, semalam negeri Terengganu dan Melaka menjadi dua negeri terawal membenarkan jemaah bersolat di saat negara masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Dalam satu kenyataan rasmi, Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), Datuk Osman Muda berkata kerajaan negeri Terengganu membenarkan solat Jumaat di masjid serta surau dengan bilangan jemaah seramai 40 orang sahaja. Bagaimana pun jumlah itu tidak termasuk pegawai dan ahli jawatankuasa masjid dan surau tersebut,”katanya sambil menambah, kebenaran ini diberi setelah mendapat perkenan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berdasarkan situasi semasa COVID-19 namun mestilah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Tidak hanya solat Jumaat, Terengganu juga membenarkan solat sunat Aidiladha tidak lama lagi, syaratnya sama seperti pelaksanaan solat Jumaat. Kesemua 40 jemaahnya mestilah lelaki, ahli kariah yang bermastautin kecuali individu yang mendapat kebenaran khas dari Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Bagi solat fardhu secara berjemaah di masjid dan surau pula, masih kekal hanya 12 orang dibenarkan.
Selain itu, semua aktiviti keagamaan di masjid dan surau masih tidak dibenarkan kecuali mendapat kebenaran MAIDAM.
Dalam pada itu, Osman berkata, pelaksanaan ibadah korban dan akikah adalah dibenarkan sama ada di rumah penyembelihan Jabatan Perkhidmatan Veteriner Terengganu (JPV) atau rumah penyembelihan ruminan swasta yang dilesenkan JPV, perkarangan masjid, surau dan di kawasan lapang seperti padang dengan kebenaran Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu.
“Jumlah haiwan korban dihadkan kepada lima ekor haiwan sahaja sehari di sesuatu kawasan kecuali di rumah penyembelihan yang dibenarkan.
“Jumlah petugas hendaklah tidak melebihi 10 orang dan kesihatan mereka memuaskan. Aktiviti korban dan akikah perlu membuat permohonan dengan mengisi borang yang disediakan oleh JHEAT,” katanya.
Bagi kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) pula, solat Jumaat, solat sunat Aidiladha dan pelaksanaan ibadat korban adalah tidak dibenarkan.
Begitu juga dengan mana-mana masjid atau surau yang dikenakan arahan penutupan di bawah Seksyen 18 (1) (d) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), sebarang aktiviti adalah tidak dibenarkan sepanjang tempoh penutupan, katanya.
Melaka turut beri kebenaran dengan jumlah jemaah 250 orang
Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) membenarkan kehadiran maksimum 250 orang jemaah bagi solat Jumaat di tujuh masjid kerajaan iaitu masjid yang berada di bawah pentadbiran agensi itu.
Pengarahnya Datuk Che Sukri Che Mat berkata, bagi masjid kariah dan masjid institusi pula, ketetapan dibenarkan adalah 100 orang jemaah manakala untuk surau, had bilangan masih dikekalkan iaitu 50 orang.
“Jumlah maksimum bagi untuk solat fardu lima waktu berjemaah dan solat jenazah pula masih kekal 12 orang,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.
Katanya, jumlah maksimum yang ditetapkan tidak termasuk pemantau daripada agensi penguat kuasa dan JAIM.
“Ahli Jawatankuasa masjid dan surau yang dibenarkan hadir diingatkan agar sentiasa mematuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan dalam pekeliling JAIM Bil. 11/2021,” katanya. Sumber : Bernama
WEBINAR JODOH 💖: SUAMI KIRIMAN ILAHI
✨Jom Sis semua yang masih single terutamanya sejenis yang pemalu! Kita belajar ilmu menjemput jodoh💘
Dengan ilmu menjemput jodoh, Sis akan..
✅ Tak tertanya-tanya lagi “Dimana atau ada ke bakal imamku❓❓” 🤷🏽♀
✅ Jelas ✨ dan yakin 💪🏻 dengan langkah-langkah mudah ikhtiar mencari jodoh 💘 (Tip: Islam itu Mudah dan Indah)
✅ Akan dijauhi heartbreak 💔 dan lelaki yang tak serius 👻
Yang sudah berstatus ‘Dimiliki’, ambillah manfaat ilmu ini untuk memudahkan dan percepatkan lagi jodoh Sis
Adam Corrie berkahwin 10 tahun tiada zuriat. ‘Usaha dulu cari jalan, kalau gagal minta petunjuk Allah.’ Setiap pasangan ujiannya tidak sama dalam mendapatkan zuriat.
Ada yang berkahwin sebulan, dua sudah dikurniakan zuriat namun ada juga bertahun-tahun masih belum menimang cahaya mata. Adam Corrie dan pasangannya adalah antara insan yang diuji Allah lambat dikurniakan anak.
Namun begitu, menurut perkongsiannya dia reda dengan Ketentuan Allah dan berusaha bermacam cara untuk mendapatkan sepanjang 10 tahun pertama perkahwinannya.
Hendak kahwin lagi sebab tidak ada anak? Sudah usaha pergi jumpa doktor check suami isteri?
Kadang-kadang suami yang ada masalah bukan isteri. Kalau suami ada masalah pun, boleh berubat. Begitu juga kalau isteri ada masalah, tetap boleh berubat..
Ini pengalaman saya. Usaha dulu, positif… bukan nak perli sesiapa. Ambil yang positif ya!
Usaha dahulu, cari jalan sama-sama. Usaha itu kena sungguh-sungguh. Ia bukan esok lusa boleh dapat anak, makan masa.
Ada cepat dan ada yang makan tahun. Dalam dunia perubatan sekarang dah canggih, macam-macam cara boleh buat dengan mengikut syariat.
Jika dah usaha semuanya dan gagal. Cuba lagi, jika gagal juga, berdoalah kepada Allah SWT sekali lagi.
Minta petunjuk..
Adakah dengan adanya zuriat itu membuatkan aku, isteri aku bahagia bahagia berikanlah petunjuk..
Boleh ambil anak angkat jika berkemampuan, tapi jika nak ada zuriat sendiri dengan berkahwin lain… adakah perkahwinan itu akan membahagiakan isteri kita sekarang dengan harapan perkahwinan lagi boleh dapat zuriat?
Jika hendak juga kahwin, itu pilihan hidup masing-masing. Tepuk dada tanya iman..
Kita hendak bahagia sekeluarga, qanaah, asal punya rasa cukup. Hidup ini pasti indah.
Nasihat untuk diri sendiri
Pengalaman sendiri, tiada zuriat selama 10 tahun. Sekarang sudah 15 tahun usia perkahwinan kami. Dapat zuriat ketika saya 50 tahun. Isteri 40tahun. Sekarang Fateh sudah 5 tahun. Alhamdullilah
Poligami adalah halal di sisi agama Islam. Kebahagian di tangan masing-masing.
Posting saya tentang zuriat. Bukan halang orang lain orang berpoligami dan peril-perli orang.
Situasi ini ramai orang lalui. Bukan dituju khas kepada orang tertentu sahaja. TTC , sudah kahwin lama tapi tiada zuriat.
Sengaja atau tidak untuk nikah senyap-senyap di negara jiran itu adalah urusan peribadi masing-masing. Cuma paling utama ialah daftar nikah. Pernikahan itu perlu didaftarkan sesegera mungkin.
Jika gagal akan dikenakan tindakan undang-undang. Tak kiralah di negara mana sekalipun dinikahkan, ia tetap perlu didaftar mengikut perundangan Malaysia.
Walaupun mengikut hukum syarak perkahwinan itu sah, namun isu besar akan timbul dalam tuntutan hak atau menghadapi banyak implikasi undang-undang Malaysia.
Jangan terkejut pula apabila isteri baharu tiada hak penggiliran, tiada hak pusaka, sulit untuk daftar persekolahan anak-anak dan lain-lain. Boleh perang dunia ketiga jadinya jika tiada dokumen hitam putih mengikut lunas undang-undang yang telah ditetapkan.
Bagi pasangan yang telah berkahwin senyap-senyap tetapi masih kabur tentang cara pendaftaran pernikahan mengikut lunas undang-undang, maka disarankan membaca catatan ringkas peguam Suriati Ab Ghani untuk kebaikan bersama.
Ada 2 cara yang boleh diambil oleh pasangan ‘pengantin baru’ ini, tapi kedua-dua cara tersebut ada kesan yang berlainan dari segi rekod bermulanya tarikh pernikahan serta kesan kepada pendaftaran kelahiran anak yang lahir.
CARA 1:
Memfailkan Kes Pengesahan Nikah Di Mahkamah Syariah Di Malaysia
CARA 2:
Melakukan Akad Nikah Semula Di Malaysia
Pandangan dan nasihat saya, adalah lebih baik buat pengesahan pernikahan di Malaysia, bukannya akad nikah semula. Daftar nikah lebih mustahak. Mengapa? Kerana kesannya bukan sahaja kepada anak, malah turut memberi kesan kepada isteri.
Jika berlaku perceraian, tuntutan mut’ah turut mengambil kira tempoh perkahwinan, tuntutan nafkah tertunggak isteri juga jika ada tidak boleh diambilkira dari tarikh pernikahan sebenar di Thailand.
Jika ada harta yang dibeli dalam tempoh perkahwinan iaitu dibeli selepas tarikh pernikahan di Thailand, tidak dikira harta sepencarian jika pasangan melakukan akad nikah semula di Malaysia.
Kashoorga: Komplikasi sangat besar terutama sekali buat isteri baharu. Oleh itu, pastikan ikut saranan peguam atau pejabat agama bagi mengelakkan masalah lebih rumit.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Dalam kesibukan kehidupan seharian yang sering menuntut tenaga fizikal dan emosi, waktu sebelum tidur menjadi detik paling sesuai untuk seorang Muslim kembali menenangkan jiwa...