Individu yang telah berbuka awal tiga minit selepas mendengar laungan awal azan Maghrib dari Masjid Al-Khairiyah, Taman Sri Gombak dalam kejadian Isnin lalu harus menggantikan puasa semula kerana puasa mereka sudah terbatal.
Dalam pada itu itu, Pengurusan Masjid Al-Khairiyah, Taman Sri Gombak memohon maaf atas kesilapan melaungkan azan Maghrib tiga minit sebelum waktu sebenar.
Memetik laporan Sinar Harian, Nazir masjid berkenaan, Wan Nawawi berkata, situasi itu berlaku disebabkan oleh masalah teknikal pada paparan digital waktu azan di masjid terbabit.
Menurutnya, ibadah puasa bagi jemaah yang bergantung semata-mata kepada laungan azan Maghrib dari masjid terlibat adalah terbatal pada hari tersebut.
Ads
"Puasa pada hari itu wajib diqada. Jemaah boleh ikuti syarah hukum melalui Bayan Linnas Siri ke-97 Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan bertarikh 18 Jun 2017.
"Sekali lagi kami mohon maaf dan Insya-ALLAH perkara sebegini tidak akan berlaku lagi," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Ads
Dalam pada itu, Mufti Wilayah Datuk Dr Zulkifli Albakri yang kini merupakan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menulis dari sudut beberapa mazhab selepas ditanya apakah hukumnya seseorang yang berbuka puasa sekitar 5 minit sebelum azan disebabkan DJ radio tersalah mengumandangkan azan Maghrib lebih awal?
Cari solusi terbaik, isteri jangan perlekeh kemampuan suami. ‘Bimbang pasangan jauhkan diri dan tak mahu bersama.’
Sebenarnya dalam perkahwinan komunikasi adalah elemen terpenting dalam memastikan kebahagiaan rumah tangga berkekalan.
Tidak kiralah isunya apa, yang penting komunikasi dan bincanglah baik-baik agar masalah yang membelenggu dapat diselesaikan dengan baik dan tiada pihak berkecil hati termasuklah isu berkaitan hubungan intim.
Kongsi Imam Muda Hassan, sebaiknya seorang isteri jangan perlekehkan kemampuan suami, begitu jua dengan suami. Jelasnya:
Bolehkah seorang isteri memperlekehkan keperluan batin suami? Sebagai contoh bagi kes suami yang tidak dapat memenuhi kehendak seksual isteri. Lalu isteri pun memperlekehkan kemampuan suaminya.
Perkara ini sebenarnya perlu diperhatikan baik-baik. Dalam rumah tangga ini, bila seorang lelaki dan wanita telah berkahwin, terdapat beberapa hikmahnya.
1. Pernikahan terjadi bagi memenuhi keperluan fitrah manusia iaitu setiap lelaki dan perempuan memiliki fitrah seksual masing-masing. Jadi perkara ini adalah sesuatu yang sangat baik dan disebabkan itu digalakkan untuk berkahwin.
2. Malah, berkahwin juga secara tak langsung memberi ketenangan jiwa dan rohani. Melalui hubungan intim, apabila suami dan isteri dapat mencapai kepuasan bersama, tanpa sedar ia memberi ketenangan.
3. Manakala hikmah perkahwinan juga adalah menjadi hubungan yang sah untuk mengembangkan generasi manusia iaitu proses mendapatkan anak, melahirkan keturunan dan sebagainya.
Di sini kita dapat fahami bahawa salah satu hikmah perkahwinan adalah untuk memenuhi keperluan fitrah manusia, jadi suami tak boleh ego dan hanya pentingkan dirinya saja. Sebaliknya dia perlu memenuhi keperluan isteri juga.
Tetapi seandainya suami tidak dapat memenuhi kehendak pasangan, isteri tak boleh menjatuhkan maruah suami atau memperlekehkan suami.
Ini disebabkan kerana ada kes seorang isteri memperlekehkan kemampuan suami, akhirnya suami menjauhkan diri dan kesannya bertahun-tahun pasangan ini tak bersama.
Oleh hal demikian, sebaiknya masalah ini seharusnya dibincang baik-baik, cuba cari solusi, suami buangkan ego dan bincang baik-baik apa yang sepatutnya dilakukan.
Malahan untuk menyelesaikan masalah ini perlukan komunikasi dua hala, pergi buat rawatan, berikhtiar dan jangan pentingkan diri semata-mata.
Setiap pasangan yang berkahwin berkeinginan untuk mencapai maksud kebahagiaan rumah tangga iaitu keluarga yang sakinah, mawaddah dan warahmah termasuklah salah satunya dalam menjaga hubungan intim ini.
Bagi suami jangan menganggap perkara ini tak penting. Kebanyakan lelaki merasa yang penting bagnya ialah dia puas dan dia sendiri mencapai kepuasan sudah mencukupi. Sebenarnya tak boleh dan tak adil sebegitu. Dalam Al-Quran ada menyebut,
‘Isteri adalah pakaian bagi suami dan suami juga pakaian bagi isteri.
Bermakna di sini, suami dan isteri perlu mencapai maksud kepuasan bersama.
Begitu juga disebut dalam Al-Quran, “Hendaklah kamu menggauli isteri kamu dengan cara yang baik’.
Tetapi jika isteri berhadapan dengan isu seperti ini dan telah berbincang dengan suami tetapi tiada jalan penyelesaian dan suami tak memberi kerjasama yang baik.
Maka dibenarkan seorang isteri dibenarkan berjumpa dengan kadi atau mengadu kepada pihak yang berautoriti dan dia boleh menceritakan apa yang berlaku untuk mendapatkan solusi.
Diingatkan juga, jangan bertindak tidak sepatutnya seperti meluahkan di Facebook dan sebagainya. Mudah-mudahan Allah pelihara rumah tangga kita
Kashoorga : Semoga Allah mempermudahkan urusan suami, isteri yan berdepan dengan masalah rumah tangga. Insyallah.
Setiap yang hidup pasti akan mati. Itu janji Allah kepada setiap makhlukNya. Cara bagaimana atau bila hanya Allah yang tahu. Tugas kita sebagai hamba adalah terus memperbanyakkan amalan, amal ibadat, perbuatan yang baik dan selebihnya Allah yang menentukan.
Dalam satu perkongsian di Tik Tok atas nama Sakinah Muhammad, @sakinah4779, wanita cekal ini berkongsi kisah sebak di sebalik pemergian suami tercinta, Zasali Ismail yang dijemput Allah pada 13 Julai lalu akibat kanser usus.
Hanya mampu bertahan setahun setengah saja berjuang melawan kanser ganas di mana dari beratnya 78 kg, tubuh arwah menyusut ke 39 kg dan hanya tinggal tulang. Walau seorang yang kuat semangat namun kanser dialaminya cukup ganas. Berulang alik menerima rawatan ke Institut Kanser Nasional (IKN) demi memastikan dirinya bebas, namun takdir Allah mengatasi segala-galanya.
Selepas mengharungi eddah lebih 40 hari, Sakinah baru mempunyai kekuatan berkongsi video kenangan tujuh hari sebelum suaminya meninggal dunia. Sakinah mengakui hubungan mereka sangat akrab bagaikan belangkas membuatnya dia hampir rebah bila suami tiada di sisi. Namun sebagai hambanya dirinya redha biarpun masih perit. Namun apa yang lebih menyedihkan suaminya siap meninggalkan pesan akhir buatnya ketika mereka di dalam kereta selepas balik dari IKN. Malah arwah bagaikan tahu ajalnya sudah mendekat sebelum menitipkan pesanan akhir ini.
Kata arwah, ajal maut itu di tangan Allah.
“Kullu nafsin zaikatal maut. Setiap yang bernyawa itu pasti akan mati.
Di saat dirinya menangis, suaminya menyatakan sudah bersedia dengan takdir hidupnya.
“Abang dah bersedia dah. Sambil menambah ajal maut, jodoh, rezeki bukan di tangan kita. Rezeki bukan di tangan kita. Kerja kita, kita buat. Kerja Allah, jangan fikirkan,”katanya yang terus mengucapkan perkataan syukur..syukur.
Apa yang lebih sebak, di saat isteri memaklumkan sudah sedaya upaya melakukan yang terbaik di saat suaminya diuji sakit, arwah suami menambah kata-kata yang cukup meninggalkan kesan dan diharapkan oleh semua isteri iaitu redha seorang suami.
“Segala dosa-dosa Ina, sebesar zarah abang dah ampunkan. Tak ada dendam. Abang dah redhakan semuanya,”katanya yang kedengaran sebak.
Beruntung isteri ini, mendapat redha sang suami kerana itulah diperlukan oleh seorang suami untuk memasuki syurga Allah. Al Fatihah buat arwah Zasali Ismail dan semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang beriman dan beramal soleh.
‘Percayalah doa anak istimewa akan diangkat.’ Ramai tersentuh dengar bacaan doa anak Adi Putra. Dengar alunan suaranya membuatkan warganet sebak, bersungguh dia membaca doa buat ayahanda tercinta.
Malahan kemunculan anak perempuan pelakon Datuk Adi Putra iaitu Zara Adelia, 11, membaca doa ketika tayangan filem Syaaban yang berlangsung pada malam Sabtu menyentuh hati tetamu yang hadir pada acara tersebut.
Sebenarnya Zara merupakan orang kurang upaya (OKU) bisu dan pekak dilihat bersungguh-sungguh cuba membaca doa sebelum memeluk erat bapanya usai menghabiskan doa.
Memetik laporan mStar, di peringkat awal, tidak ramai yang mengetahui keadaan anaknya. Namun Adi atau Mohamed Hadi Putra Halim, 42, akui dia menyedari kelainan pada anak kesayangannya itu sejak Zara berusia enam bulan.
Sejak awal, dia merasakan ada sesuatu tidak kena apabila Zara tidak terjaga daripada tidur meskipun ada bunyi bising di sekelilingnya.
‘Ketika itu saya sedang tidur bersamanya dan tiba-tiba ada bunyi bising motosikal di luar rumah yang membuatkan saya terjaga tapi dia tetap tidur dengan lena.
‘Saya bawa dia untuk buat pemeriksaan dan dari situ saya tahu dia istimewa,’ katanya lagi.
Malah, Adi juga berkongsi anaknya itu mengalami masalah pendengaran dan terpaksa menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi.
Agak menyedihkan apabila alat bantuan pendengaran juga tidak dapat membantu Zara untuk mendengar dengan baik.
‘Alhamdulillah saya tahu menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi dengannya. Kalau berada di luar pun kami boleh berbual menerusi panggilan video atau WhatsApp.
‘Kadang-kadang kalau tak guna bahasa isyarat pun dia tahu apa yang saya nak cakap kepadanya,’ jelas Adi satu-persatu.
Dalam pada itu, jelas Adi, dia dan Zara sangat akrab dan menyifatkan anak perempuannya itu seorang yang berdikari.
Meskipun ada kekurangan namun Zara seorang kanak-kanak yang patuh selain peka dengan keadaan sekelilingnya.
‘Kami sangat rapat…dia seorang yang berdisiplin, berdikari dan teliti dalam pelbagai aspek kehidupan harian,’ ujarnya.
Untuk rekod, Adi dan isteri Datin Zuhaida Yusof mendirkan rumah tangga pada 2006 namun berpisah pada 2017 sebelum kembali bersama setahun kemudian.
Selain Zara, pasangan ini turut mempunyai seorang lagi anak angkat iaitu Azzhara yang juga berusia 11 tahun.
Ternyata ramai warganet mendoakan yang baik-baik buat Adi dan anaknya, Zara Adelia.
Ummibugis Aamiin Ya Mujib. Anak istimewa doanya diangkat. Percayalah. Sebab saya seorang guru anak istimewa. Sudah menyaksikan beberapa keajaiban, rezeki dan dipermudahkan urusan ketika mengajar mereka.
asheritagespa Amin. Doa si anak yang istimewa pasti akan makbul. Amin yaa rabbal alamin. Terharu dan bangga atas didikan dato dan datin..
hwa.zhe.fa Aamin yarabbalalamin. Masyaallah, sungguh istimewa Zara Adelia, sudah besar tak sedar masa berlalu. Semoga mereka sekeluarga sentiasa dalam kerahmatan Allah Taala. Amin. Keluar air mata tengok.
sue_hj_saharin Masyallah Tabarakkallah. Alhamdulillah. Sesungguhnya anak-anak yang soleh dan solehah itu baiknya akhlak mereka daripada didikan kedua ibu, bapa mereka… Tahniah bro Datuk Haji @adpadiputra
Hukum ubat kuat menurut Ustaz Azhar Idrus adalah harus jika digunakan untuk tujuan kesihatan dan nafkah batin, dengan syarat produk halal, selamat serta tidak memudaratkan pengguna.