Waktu raya ini anak-anak selalunya akan meriah menerima duit raya. Bagi yang ada ramai anak kecil biasanya duit raya ini akan diserahkan kepada ibu bapa.
Bila dah banyak sangat sampul, ada yang terus mengumpulkan semua duit raya yang diterima dan kemudian membahagikannya sama rata untuk anak-anak.
Mungkin biasa dilakukan ibu bapa tapi menurut Ustaz Hafiz Al Za’farani yang juga penceramah bebas tindakan ini sebenarnya salah dan tidak sah dari hukum syarak.
Setiap duit raya yang anak-anak dapat lebih atau kurang maka ia milik masing-masing.
Ibu bapa tidak boleh ambil hak abang untuk diberikan kepada adik supaya sama banyak kerana duit raya abang adalah hak abang. Duit raya adik adalah hak adik,”tegasnya.
Ads
Sambung Ustaz Hafiz mungkin ada yang berkata, sudah memaklumkan atau minta izin kepada anak-anak untuk dibahagikan sama rata.
“Jawapannya tetap tidak boleh bagi anak-anak yang belum baligh kerana anak-anak yang belum baligh tidak mempunyai kelayakkan yang cukup dari segi syarak untuk membuat sebarang pengeluaran harta atau pelepasan hak hartanya seperti sedekah, hebah, memberi pinjam dan seumpamanya.
Ads
“Dr. Wahbah al-Zuhaili dalam kitab al-Fiqh al-Islami Wa Adillatuh menyebutkan kanak-kanak belum baligh tidak sah melakukan tindakan mengeluarkan harta miliknya seperti hebah dan sedekah walaupun dengan izin ibu bapa atau wali,”terangnya.
Oleh itu kata beliau, tindakan ibu bapa yang menyama rata duit raya anak-anak dengan mengambil hak anak yang lain adalah salah dan tidak sah dari sudut syarak.
Ads
“Cadangan saya, jika mahu menyama rata duit raya anak-anak, guna duit sendiri untuk ditambah pada duit raya anak yang dapat kurang tersebut.
“Jika duit raya anak dah tercampur dalam beg ibu, pertama asingkan mengikut sampul raya yang sama. Kedua kumpul duit raya daripada sampul yang tak sama.
“Ketiga, tambah duit ibu bapa bagi sama banyak nilai dengan duit daripada sampul yang tak sama tersebut. Terakhir, bahagi sama rata kepada anak-anak. Kaedah ini adalah ijtihad sendiri sahaja. Ambil jalan berhati-hati lebih baik daripada bermudah-mudah,”jelas Ustaz Hafiz.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Kesempurnaan membaca surah al-Fatihah dalam solat sangatlah dituntut kerana ianya adalah salah satu daripada rukun yang wajib dalam solat. Surah ini sangat mulia sehingga dikatakan bahawa seluruh ilmu-ilmu al-Quran, iaitu tauhid, ibadah, nasihat serta peringatan terkandung dalam surah yang pendek ini.
Memandangkan surah al-Fatihah ini mudah dihafal dan dibaca, adakalanya faktor inilah yang mengakibatkan sebilangan orang memandang ringan akan kesempurnaan pembacaannya.
Beriku empat jenis kesalahan ketika membaca surah Al-Fatihah yang boleh membatalkan solat.
Imam al-Baijuri ada menyebutkan secara ringkas sebelas syarat yang perlu dijaga ketika membaca surah al-Fatihah dalam sembahyang, iaitu:
1. Bacaan yang dapat didengar dengan jelas oleh telinganya sendiri (bagi yang sihat pendengaran).
2. Membaca dengan tertib (tersusun mengikut susunan ayat-ayatnya).
3. Membaca secara berterusan (muwalah), iaitu bacaan yang tidak terputus-putus kecuali pada kadar untuk bernafas.
4. Menjaga segala hurufnya, termasuk sabdunya yang empat belas. Tiga daripadanya terdapat pada Basmalah(بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ).
5. Tidak melakukan kesilapan dalam bacaan yang boleh menukar makna.
6. Tidak membacanya dengan bacaan yang ganjil (syadz) yang merubah makna.
7. Tidak menukar perkataan-perkataannya.
8. Membaca setiap ayatnya termasuk Basmalahnya, kerana ianya adalah sebahagian daripada surah al-Fatihah.
9. Membacanya dalam bahasanya yang asal iaitu bahasa Arab dan tidak menterjemahkannya ke dalam bahasa lain, kerana jika diterjemahkan akan hilanglah mukjizat al-Qur‘an itu.
10. Khusus bagi orang yang tidak mampu membaca surah al-Fatihah, hendaklah membaca penggantinya dari surah-surah lain juga dalam bahasa Arab. Lainlah halnya jika gantiannya itu terdiri daripada zikir ataupun doa, kerana ianya boleh diterjemahkan jika tidak mampu membacanya dalam bahasa Arab.
11. Membacanya dalam keadaan qiyam (berdiri). Jika tidak mampu berdiri, maka hendaklah dibaca dalam keadaan duduk, berbaring dan sebagainya.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Betapa sukarnya untuk kita mendapat solat yang khusyuk. Mengapa kita jadi begini? Sedangkan matlamat kita di muka bumi ini untuk beribadah kepada Allah SWT. Contohnya, paling lama kita bersolat selama lima minit tetapi dalam tempoh masa itu kita masih gagal untuk khusyuk dan lebih mengutamakan hal duniawi dalam beribadah.
Mengapa jadi begitu ya? Sanggupkah kita membiarkan keadaan ini terus berlarutan? Ikuti perkongsian Ustaz Hasnan tentang bagaimana untuk menghadirkan kusyuk dalam solat. Moga ia bermanfaat untuk kita semua.
Ramai orang hadapi masalah ni.. Time kita tak solat, takde pulak pikir pasal apa2.. Time baca Fatihah, baca Surah, time Tahiyyat, time tu jugak la teringat baju kat ampaian, kasut kat luar, keter dah nak mati roadtax.. Benda merepek2 yg masuk dlm kepala.. Abes je bagi salam, takde pulak pikir pasal benda2 ni semua.. Bila dah khayal ingat benda2 ni semua, kita pun terlupa rakaat ke berapa.. Ada tu, kita rasa mcm kentut, tapi betul ke kentut? Kalau kentut, batal wudhu.. Batal ler solat.. Ishhh.. Camne nak buat ni? Camne la nak khusyuk solat ni??
IBLIS YANG GANGGU SOLAT
Meh sini atok habaq sat… Bila kita solat, akan hadir Iblis bernama Khanzab.. Dia ni kejenya memang mengacau orang solat.. Kita akan teringat benda2 tak penting, pastu terlupa rakaat, pastu dia timbulkan keraguan kita kentut ke tak.. macam kentut, macam tak..
Nabi SAW ada berpesan yg diriwayatkan oleh Imam Ahmad pasal benda ni.. Kalau kentut, pastikan telinga kita dengar bunyi dan ada bau.. Kalau takde, tu si Khanzab nyer kejer le tu.. Kalau teringat benda2 kat luar solat, tu kejer si Khanzab jugak.. Jahat kan dia ni? Samseng sungguh! Memang dia nak lalaikan kita.. Nak kita tak khusyuk dalam solat.. Bila kita khayal teringat benda2 ni, tapi mulut kumat kamit baca bacaan dlm solat, si Khanzab ni berdekah-dekah ketawakan kita.. Cis!!!
Cara nak lawan si Khanzab ni
[1] Baca Ta’awuz (a’uzubiLLaHiminassyaitonnirrojim) sebelum solat pastu ludah ke kiri 3x (syarat meludah je.. Bukan ludah dgn kahak-kahak sekali keluar)
[2] Baca Ayatul Kursi 1x
[3] Baca Surah an-Nas 1x
Pastu boleh niat dan teruskan solat.. Cuba fahami maksud ayat2 bacaan solat tu.. Sebab tu kita kena belajar.. Apa tafsiran al-Fatihah, surah2 yg kita baca, bacaan waktu ruku’, i’tidal, sujud dan lain2.. Jadi sambil kita baca, kita faham.. Bukan hafal dan baca tegak je.. makin senang ler si Khanzab ni nak mengacau.. Ok, pasni cuba taktik ni.. Tengok siapa menang, kita atau syaitan?
Sumber kredit: FB: Ustaz Hasnan Fan Club
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Ulamak berbeza pendapat dalam memberikan hukum terhadap sambutan tahun baru masihi. Secara ringkasnya, ianya terbahagi kepada dua pendapat:
Pertama:Pendapat yang mengatakan haram bagi menyambut tahun baru masihi. Dalil yang digunakan adalah berdasarkan sabda Nabi Muhammad SAW, dari Ibn ‘Umar R.Anhuma:
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم : مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ
Maksudnya: Telah berkata Rasulullah SAW: Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka mereka tergolong dalam golongan itu”. Riwayat Abu Daud (4031)
Al-Imam al-San’ani Rahimahullah berkata bahawa hadis di atas menunjukkan barang siapa yang menyerupai orang-orang fasiq ataupun kafir ataupun orang yang melakukan bid’ah dalam apa jua perkara yang dikhaskan padanya dari segi pemakaian, tunggangan ataupun gerak-geri tingkah laku maka dirinya tergolong dalam kalangan mereka.
Disebutkan juga pendapat lain yang mengatakan bahawa tasyabbuh itu juga berlaku dalam perkara-perkara dalaman bersifat i’tiqad, iradat (kemahuan dan kehendak) dan perkara-perkara luar dari segi perkataan, perbuatan yang boleh menjadi ibadat dan adat.
Kebiasaan sambutan tahun baru ini dimonopoli oleh golongan bukan Islam yang mana kita ketahui di dalam sambutan tersebut berlakunya perkara-perkara mungkar seperti pembaziran, meminum arak, ikhtilat, konsert nyanyian dan sebagainya. Ianya menjadi adat kebiasaan bagi golongan ini dan setiap hadirnya tahun baru, maka perkara-perkara mungkar ini akan berulang.
Berdasarkan hadis inilah, sebahagian ulamak mengharamkan umat Islam dari menyambut dan juga menyertai majlis-majlis sambutan tahun baru yang mana pertamanya adalah meniru golongan kuffar dan yang keduanya dengan melihat perkara-perkara mungkar yang terdapat pada sambutan tersebut.
Kedua:Pendapat yang mengatakan harus bagi menyambut tahun baru. Ianya berdasarkan bahawa kalendar Gregorian yang digunakan pada masa kini, meskipun bukan ciptaan Islam, penerimaan terhadap kalendar moden ini tiada bersangkut paut dengan agama malah masyarakat awam tidak lagi mengetahui dan mengambil endah tentang asal-usulnya dan kaitannya dengan mana-mana agama. Oleh itu, penggunaan kalendar moden ini lebih kepada adat dan kebiasaan yang berlaku.
Ianya juga melihat kepada Islam yang menerima sesuatu adat setempat yang mana jika tidak bercanggah dengan syara’, maka ianya boleh diterima dan dijadikan sebagai satu hukum. Kaedah fiqhiyyah ini disebutkan sebagai:
العَادَةُ مُحَكّمَةٌ
Maksudnya: Adat (yang tidak bercanggah dengan syara’) boleh menentukan hukum sesuatu perbuatan dan tindakan.
Dalam satu kaedah fiqhiyyah yang lain ada menyebut:
Maksudnya: Sesungguhnya (sesuatu itu) diiktiraf sebagai adat (yang tidak bercanggah) apabila ianya berterusan dilakukan atau dilakukan oleh majoriti.
Sambutan ini, meskipun hukumnya diharuskan, namun perlulah diberikan garis panduan yang sewajarnya agar tidak berlaku perkara-perkara kemungkaran. Antara yang perlu diberikan perhatian adalah seperti berikut:
Sambutan Tahun Baru mestilah disambut dengan asas ianya adalah uruf dan adat kebiasaan dan bukannya dianggap sebagai upacara keagamaan. Tidak berlaku percampuran di antara lelaki dan perempuan. Tidak dihidangkan arak dalam majlis sambutan tersebut. Tidak diadakan program-program yang melalaikan dan sebagai satu inisiatif yang lain, pihak penganjur perlulah memikirkan program-program yang baik dan dapat mendidik jiwa masyarakat yang menyertai sambutan tersebut. Tidak berlakunya pembaziran.
Kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan
Saya tertarik dengan satu pendapat yang telah dikemukakan oleh Syeikh Abdullah bin Bayyah Hafizahullah, antara lain menyebut:
“Memperingati hari-hari bersejarah tertentu bukanlah satu hari raya yang berbentuk keagamaan. Ia hanyalah satu sistem duniawi yang digunakan untuk tujuan memperingati dan mengambil pengajaran daripada sejarah serta bersyukur dengan nikmat Allah. Bukan semua perkara yang kita lakukan dan dalam masa yang sama ia juga dilakukan oleh ahli agama lain maka ia menjadi haram. Tidak. Yang haram adalah menurut mereka dengan niat (al-tashabbuh) bukannya semata-mata wujud persamaan (al-mushābahah) Abū Yūsuf pernah disoal tentang pemakaian selipar yang sama dengan selipar agama orang Kristian.
Beliau menjawab: Nabi Muhammad pernah memakai selipar yang berbulu yang menyerupai golongan rahib. Maknanya al-mushābahah tidak sama dengan al-tashabbuh. Nabi tidak memakai selipar itu dengan niat untuk menyerupai mereka, bahkan ia hanyalah satu bentuk persamaan biasa sahaja,”
Justeru, dalam kita menyambut Tahun Baru, marilah sama-sama kita mengubah ke arah yang lebih baik dalam lainnya dengan menghadirkan diri ke masjid dan kelas-kelas pengajian agama untuk belajar tentang solat, berzikir bersolat dan berdoa serta bermunajat agar tahun baru yang mendatang ini lebih diberkati dan juga sebagai titik perubahan buat kita ke arah yang lebih baik.
Elakkan sama sekali aktiviti-aktiviti yang membazirkan masa, maksiat dan juga meniru cara orang-orang yang lalai ketika menyambut tahun baru. Ingatlah bahawasanya waktu yang kita miliki ini amat terhad dan terbatas. Marilah kita isikannya dengan perkara-perkara dan perbuatan-perbuatan yang akan dipahalakan oleh Allah SWT dalam mizan hasanat kita kelak.
Maksudnya: “Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun,”Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik); (Al-Syu’ara’: 88-89)
Saya berdoa kepada Allah SWT semoga tahun baru ini dapat memberikan sinar bahagia dan menghilangkan kabus kesusahan dalam kehidupan kita dan seterusnya kita sentiasa berada rahmat, taufik, hidayah dan inayahNya.
Sumber kredit: Mufti Wilayah Persekutuan. Sahibus Samahah Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Dalam keheningan Ramadan yang sarat dengan rahmat dan keberkatan, inisiatif “Pot of Hope” oleh Nu Ideaktiv bersama Rasa tampil sebagai satu gerakan yang bukan...