Tular di media sosial, seorang suami yang menggelarkan dirinya Abe Pink mengakui hidup bahagia bersama isterinya, Yana biarpun dia mengubah penampilan dirinya sebagai maknyah.
Menggunakan akaun Tik Tok @abe_pink86 lelaki berusia 35 tahun ini mendedahkan dirinya masih bahagia bersama isteri dan turut menceritakan perubahan penampilannya menerusia beberapa buah video di aplikasi berkenaan.
Jelas dari penampilannya, lelaki ini telah mengubah keseluruhan cara berpakaiannya termasuk mengenakan alat solek, berambut blonde malah dirinya dilihat seperti kawan karib kepada isterinya malah mereka juga sering tampil berdua dalam setiap video berkenaan.
Malah pasangan dari Kelantan ini turut mengakui bahawa isterinya Yana tidak pernah terfikir untuk berpisah dan mereka masih menjadi suami isteri yang sah. Malah Yana dilihat tetap setia bersama dan menerima segala kekurangan yang dimiliki oleh si suami dengan redha.Malah pasangan ini dilihat turut menyambut ulangtahun perkahwinan di Tik Tok milik mereka.
KASHOORGA mendapatkan pandangan dari Ketua Penolong Mufti Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Syed Shahridzan Syed Mohamed mengenai perkara ini.
Menurut Dr Syed Shahridzan dari segi hukum perkahwinan, perkahwinan pasangan ini masih sah kerana perkahwinan mereka itu memenuhi syarat-syarat akad nikah antaranya pasangan ini berlainan jantina. Iaitu masih seorang lelaki dan wanita.
Ads
“Biasanya pembubaran perkahwinan atau faraq akan dilakukan oleh hakim jika seorang individu itu didapati murtad, keganasan rumahtangga atau atas sebab lain yang dirasakan sesuai oleh hakim mahkamah syariah.
Dalam kes suami menjadi maknyah dan isteri terus setia, jelas beliau, dari sudut hukum agama, mana-mana lelaki yang menyerupai wanita atau berketerampilan seperti wanita hukumnya adalah haram dan perbuatan begini dilaknat oleh Allah seperti mana yang dinyatakan dalam hadis yang sahih.
“Mengubah kejadian Allah itu hukumnya berdosa besar. Lelaki harus berpenampilan seperti lelaki dan bukan menukar jadi wanita.
“Tapi isterinya juga berdosa besar jika menyetujui perbuatan suami begini (berpenampilan seperti wanita). Redha dan setia dalam perkahwinan itu perkara lain tapi dosa kerana bersetuju suami berpenampilan begitu hukumnya dosa besar. Isteri seharusnya menegur jika perbuatan suami salah dan bukan menyokongnya. Apatah lagi suaminya berpenampilan seperti maknyah. Kita tak mahu perkara begini menjadi budaya. Dikhuatiri ianya menjadi ikutan dalam masyarakat.
Ads
Bagaimana dengan hubungan batin? Berapa lama tempoh isteri boleh minta cerai?
Dari sudut fitrah perkahwinan, pastinya wujud hubungan batin antara lelaki dan perempuan. Kalau suami sudah berpenampilan sebagai wanita, masih adakah lagi keinginanan batin?
Bagaimana jika si suami mak nyah tidak lagi bernafsu kepada isterinya sehingga mengabaikan tanggungjawab batin ini? Berapa lama tempoh nafkah batin tidak diberi isteri boleh tuntut cerai?
Menjawap persoalan ini dari pihak Kashoorga, Dr Syed Shahridzan menjelaskan, selama mana seorang isteri itu redha tiada hubungan batin, setahun, dua atau berbulan, ianya tidak jadi masalah. Asalkan ISTERI REDHA.
Ads
Tapi kalau isteri tak redha, isteri boleh buat tuntutan fasakh di mahkamah. Jelas beliau lagi, ia samalah seperti suami isteri bekerja hari ini.
“Tanggungjawab itu semuanya di pihak suami. Suami harus bayar bil, beri makan minum, tempat perlindungan dan sebagainya. Tapi hari ini, ramai suami isteri bekerja untuk sama-sama menampung perbelanjaan keluarga. Paling penting isteri redha dengan sumbangannya itu. Kalau isteri redha, tiada masalah. Sama dengan hubungan batin tadi, kalau isteri tiada masalah,” katanya lagi.
Tapi tambah beliau lagi, hukum akan berubah jika isteri melakukan onani secara diam-diam, cari lelaki lain untuk penuhi batinnya kerana ketidakupayaan suami memberi nafkah batin.
“Kalau ini terjadi, maka jelas perkara ini tidak boleh dibiarkan kerana objektif perkahwinan untuk menghalang perbuatan maksiat. Oleh itu isteri harus pergi ke mahkamah syariah untuk menuntut cerai kerana ketidakupayaan batin suami dari dia terus melakukan dosa besar melakukan perbuatan haram itu,” katanya memberi penjelasan.
Diharap dengan penjelasan ini, tiada lagi keraguan dari masyarakat. Malah diharap ia tidak dibudayakan kerana berdosa mengubah ciptaan Allah.
Kematian Ustazah Taslimah dicemburui. ‘Guru mengaji, meninggal ketika memimpin bacaan Surah Al-Baqarah.’ Guru mengaji ini di dalam sebuah majlis dan dia pergi di saat berbuat kebaikan. Allahuakbar!
Pemergian seorang guru mengaji ketika sedang membaca al-Quran disifatkan kematian dicemburui apatah lagi ketika melakukan ibadah dan amal soleh.
Itu yang berlaku kepada Ustazah Taslimah dari daerah Tebet, Jakarta Selatan Indonesia.
Menerusi video yang tular, seorang wanita tiba-tiba rebah ketika sedang membacakan ayat suci al-Quran.
Okezone dalam laporannya menyatakan, hasil semakan mendapati, wanita tersebut adalah Taslimah yang rutin menjadi guru mengaji di Masjid Al Barokah As Syafi’iyah Tebet, Jakarta Selatan setiap pagi Khamis.
Difahamkan Taslimah sedang menjayakan Majlis Taklim As-Syafiyah Ummahat, pada pagi kejadian.
Guru Mengaji
Berdasarkan video yang dimuatnaik Assalam TV, Ustazah Taslimah dirakam sedang membacakan ayat suci al-Quran Surah Al-Baqarah ayat 5-6 di hadapan peserta majlis taklim menggunakan mikrofon.
Namun selang beberapa minit, wanita itu terjatuh dan kelihatan beberapa orang berusaha untuk menolong guru tersebut.
“Astaghfirullah.., Astaghfirullah,” suara jemaah yang dapat didengar dalam video di akaun Youtube tersebut.
Sementara itu, CNN Indonesia melaporkan, Pengerusi Masjid Al Barkah As Syafiiyah, Alwy Rasyid mengesahkan kejadian tersebut.
“Allahyarham meninggal pada pagi antara jam 7.30 (waktu tempatan). Dirinya sedang bertugas membaca khatam al-Quran dan tahlil.
“Sebelum itu, dia telah pun membacakan surah-surah lain. Namun pada minit ke 22 menjelang minit ke 30, suaranya sedikit bergetar dan mulai melemah. Tetapi dia tetap berusaha,” kata Alwy kepada CNNIndonesia.com.
Bacaan Surah Al-Baqarah
Alwy memberitahu, Taslimah merupakan salah satu ustazah yang kerap bertugas memimpin doa dan pengajian di masjid tersebut.
Sebelum meninggal, Alwy menjelaskan bahawa keadaan tubuh badan dan kesihatan Taslimah kelihatan dalam keadaan baik-baik saja.
Taslimah, tambahnya sudah datang ke Masjid As Syafiiyah sebelum jam 6.00 pagi lagi.
Allahyarham juga sempat berziarah ke makam orang tua Alwy yang berada di sekitar masjid sebelum memulakan majlis tersebut.
“Jemaah pada awalnya menyangka beliau pengsan, lalu ikhtiar bawa ke hospital namun dimaklumkan sudah meninggal,” katanya.
Kashoorga : Menjadi harapan setiap orang muslim meninggal dalam keadaan husnul khatimah dan di saat berbuat kebaikan. Al-Fatihah buat Ustazah Taslimah.
Tiada daya upaya kita sebagai hamba untuk menolak takdir yang telah dijanjikan Allah. Masa yang sama, usaha tetap dilakukan bagi memastikan keajaiban terjadi.
Usaha seorang anak kecil mengalunkan azan mengharap pertolongan Allah agar bapanya, Francis Awi yang terjatuh ke dalam laut berdekatan Pulau Burong, Sebuyau pada Isnin lalu ditemui segera mengundang rasa sedih orang ramai menyaksikan videonya.
Dalam kejadian Isnin lalu, Francis Awi terjatuh ke dalam laut selepas perahu dinaikinya berlanggar dengan sebuah tongkang dan dirinya terjatuh ke dalam laut dan gagal ditemui hingga kini pada jam 6.30 pagi.
Memetik Utusan Borneo Online, Pengarah Maritim Sarawak Laksamana Pertama Maritim Zin Azman Md Yunus berkata, operasi mencari dan menyelamat (CARILAMAT) dilancarkan selepas laporan diterima sekitar jam 12 tengah hari Isnin.
“Sejurus menerima laporan tersebut, Maritime Rescue Sub Center (MRSC) Kuching mengatur gerak Bot Kilat 22 ke lokasi kejadian untuk CARILAMAT.
“Pangkalan hadapan CARILAMAT (PHC) ditubuhkan di jeti awam Sebuyau dan MRSC Kuching turut memaklumkan insiden kepada agensi sahabat serta menyalurkan maklumat kepada persatuan nelayan berhampiran,” katanya menerusi satu kenyataan.
Tidak hanya laungan azan dari anaknya namun usaha juga dilakukan oleh ibunya dalam video dikongsikan oleh sepupu mangsa @Anira Tulyina Daniel di Tik Toknya.
Dapat dilihat ibunya meletakkan botol dan bekas makanan ke dalam laut, seolah-olah memanggil anaknya itu balik ke rumah untuk makan dengan harapan anaknya itu timbul.
Bahkan mereka turut berusaha mencari di laut berkenaan dan mengharapkan andai dirinya sudah tiada, adalah kubur untuk diziarahi kelak.
Semoga Ramadan ini memberikan berita bahagia buat keluarga yang diuji ini. Moga kita sama-sama berdoa agar dirinya dipertemukan segera.
Sepanjang tempoh Perintak Kawalan Pergerakan (PKP) ini bermacam-macam bantuan yang kita terima, terutama untuk golongan B40 dan juga M40.
Semua ini adalah hasil keprihatian kerajaan sedia ada dalam membantu meringankan beban rakyat dalam menghadapi musibah COVID-19.
Dan terbaru pihak YTP Foundation memberikan telefon bimbit percuma beserta data untuk golongan B40 yang juga penerima Bantuan Sara Hidup (BSH).
Bantuan untuk golongan B40.
Keprihatinan pihak YTL ini adalah sebagai menyahut seruan kerajaan bagi menggalakkan terutamanya golongan pendidikan dan pelajar untuk sentiasa berada di rumah dan berterusan untuk menikmati sesi pembelajaran.
Walau bagaimana ada cata tertentu yang boleh digunakan untuk memohon bantuan telefon percuma ini.
Bagi yang nak tahu cara memohonya, boleh ikuti langkah di bawah.
Tawaran ini khas kepada golongan B40 atau penerima BSH sahaja. Kalau parents korang kategori M40, ia tak dibenarkan memohon sama sekali la kerana penerima B40 lebih memerlukannya. Untuk memohon korang perlu sediakan beberapa butiran seperti dibawah:
1. Nombor MyKad/MyKid murid
2. Nombor MyKad ibubapa
3. Status B40 ibubapa di portal BPN (https://bpn.hasil.gov.my) masukkan nombor kad pengenalan ibubapa, kemudian klik ‘Semak’.
Kalau dah keluar begini iaitu LULUS DAN PENERIMA BANTUAN, korang teruskan ke step ini.
Kemudian korang perlu isi borang secara online di pautan di bawah ini. Kalau ada niat nak tolong orang lain iaitu penerima B40, boleh isi cara yang sama juga. MOHON DISINI
Sekiranya permohonan itu pihak YTL Foundation terima dan luluskan, parents yang menerima akan menerima e-mel dengan pautan untuk mendaftar. Apa yang diperlukan lagi sekali ialah:
1. Salinan MyKad/MyKid murid
2. Salinan MyKad ibubapa
Jika anda layak, pihak YTL Foundation akan menghantar telefon percuma ke rumah di alamat yang dinyatakan dan boleh terus meneruskan aktiviti pembelajaran di rumah.
SUMBER: FACEBOOK YTL
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Bayar Deposit Beli Barang Tapi Tak Jadi Ambil, Duit Pendahuluan Ini Hak Pembeli Atau Penjual?Dalam urusan jual beli hari ini, bayaran pendahuluan atau deposit...