Solat adalah ibadat yang menduduki tempat tertinggi. Seandainya seseorang Muslim itu taat mendirikan solat fardu sebanyak lima kali dalam sehari bermakna dia seolah-olah menegakkan agamanya.
Apabila meninggalkan solat, ia umpama seseorang itu tidak mahu berusaha membina agamanya dengan sempurna. Terdapat tidak kurang 100 ayat dalam al-Quran membicarakan mengenai solat.
Allah SWT berfirman dalam Surah al-Mukminun, ayat 1-2 yang bermaksud: “Benar-benar sangat beruntung orang-orang beriman. Yakni mereka yang khusyuk dalam mengerjakan sembahyang.”
Jika kita mahu lihat KEBAHAGIAAN dalam rumahtangga. Lihatlah solat kita. Di mana solat seorang suami. Bagaimana solat subuh seorang suami.
Ads
Bagaimana solat isteri dan anak-anak. Dimana isteri ketika azan dilaungkan terutama solat magrib. Adakah masih di hadapan TV? Atau masih di dapur?
Tuan puan. Jika kita cuai dalam menunaikan solat. Kebahagiaan, ketenangan akan jauh dari kita. Anak-anak akan jadi tidak tenang, anak-anak akan jadi degil susah dengar cakap.
SUAMI KENA BANTU ISTERI
Ads
Wahai para suami. Persiapkanlah isteri untuk mereka solat awal waktu. Jangan hanya isteri sahaja sibuk mandikan anak-anak, kemas pinggan mangkuk di dapur, angkat baju di jemuran menjelang waktu magrib.
Janganlah bebani isteri kita dengan kerja rumah sehingga mereka mengabaikan solat-solat fardhu.
Dinyatakan dalam Al-Quran, di di dalam tafsir Ibnu Kasir ada ditulis berhubung satu hadis bahawa sesiapa yang membaca surah Yasin pada suatu malam, maka waktu subuh dia sudah dapat keampunan Allah SWT. Siapa yang baca surah Yasin pada siangnya pula, maka pada petangnya dia sudah dapat keampunan Allah.
“Namun ini (baca Yasin) tidak khusus pada hari Jumaat. Apa pula hukum baca Yasin pada malam Jumaat? Nabi SAW tidak mengatakan baca pada malam Jumaat sahaja, sebaliknya baca pada setiap malam. Tetapi kerana tidak sanggup setiap malam, maka ramai memilih malam Jumaat kerana ia adalah penghulu hari.
Surah Yasin menjadi satu pedoman luar biasa. Ia juga mengingatkan kita tentang kekuasaan Allah SWT untuk menghidupkan kita kembali setelah melalui saat kematian dengan hanya satu kata iaitu kun fayakun. Maka sangat baik untuk surah Yasin dibaca dan menjadi amalan seluruh umat Islam.
Dulu masa arwah Abah ada, Mak selalu pesan.
“Nak Abah sihat, jangan tinggal Yasīn setiap pagi. Amal dan doa moga Abah diberi kesihatan yg baik.”
Masa tu, amal jer sebab sayang Abah. Nak sangat Abah kembali macam biasa. Gelak-gelak, melawak, ceria, boleh jalan-jalan.
Saya tak pernah tahu apa kelebihan baca Surah Yasīn setiap pagi. Hingga kakak saya Suwaidah Idrus syorkan baca Surah Yasīn. Kebetulan saya memg futur waktu tu dan rasa down sangat². beliau lah yg menceritakan kelebihan-kelebihan baca Surah Yasīn dan keajaiban yg berlaku kepada beliau setelah mengamalkan surah ini.
ALLAH MAKBULKAN SATU PERSATU PERMINTAAN
Dia kata, “duk jauh dengan family elok amal surah Yasīn. Nak apa, niat jer sambil baca Surah ni. In shaa Allah, Allah maqbulkan.”
Ternyata setelah bertahun-tahun saya amalkan, Alhamdulillah satu persatu Allah makbulkan.
Antaranya, walaupun saya selalu mohon pada Allah moga Abah kembali sihat, dalam masa yg sama saya juga mohon untuk Allah beri kesempatan untuk saya berkhidmat untuk Abah.
Dan Alhamdulillah Allah makbulkan doa saya, walaupun baru jer balik cuti tapi saya sempat untuk berkhidmat hingga nyawa abah yg terakhir.
Beberapa doa yg lain saya mohon pada Allah, Allah makbulkan.Walaupun lambat, Alhamdulillah saya perolehinya.
Ayuh sahabat.
Saya nak sangat ajak sahabat² sama² amalkan surah yasīn di awal pagi sebagai permulaan sebelum kita melakukan sesuatu.
In shaa Allah biiznillah jika niat kita baik, Allah akan bantu.
Sewaktu sedang tidur pada waktu malam hari, kita mungkin pernah tiba-tiba terjaga dari tidur di tengah malam. Sebenarnya pada ketika itu ada zikir dan doa khusus yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW untuk kita baca.
Rasulullah SAW menjelaskan bahawa ketika seseorang itu terjaga dari tidur pada malam hari jika ia berdoa maka akan dikabulkan doanya dan jika bangun kemudian solat maka solatnya akan diterima oleh Allah Taala. Hal ini dijelaskan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari berikut ini.
Dari ‘Ubadah bin Shamit Radhiallahu’anhu, dari Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam beliau bersabda: “Barangsiapa yang terjaga di malam hari, kemudian dia membaca:
Laa ilaaha illallaah, wahdahu laa syariikalah, lahul mulku wa lahul hamd, wa huwa ‘alaa kulli syai-in qodiir, alhamdulillaah, wa subhaanallaah, wa laa ilaaha illallaah, wallaahu akbar, wa laa haula wa laa quwwata illaa billaah.
Kemudian dia mengucapkan:
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي
Allaahummaghfir lii.
Ya Allah, ampunilah dosaku.
Atau dia berdoa (dengan doa yang lain), maka akan dikabulkan doanya, jika dia berwuduk dan melaksanakan solat maka akan diterima solatnya.” HR. al-Bukhari 1103, Abu Dawud 5060, at-Tirmidzi 3414 dan Ibnu Majah 3878, shahih.
Imam Ibnu Baththal Rahimahullah berkata, “Bagi orang sampai kepadanya hadis ini, sepantasnya dia berusaha mengamalkannya dan mengikhlaskan niatnya (ketika mengamalkannya) untuk Allah Ta’ala.” (dinukil oleh Imam Ibnu Hajar Rahimahullah dalam kitab Fathul Baari 3/41).
Keterangan:
Imam Ibnu Hajar Rahimahullah berkata, “Perbuatan yang disebutkan dalam hadis ini hanyalah (mampu dilakukan) oleh orang telah terbiasa, senang dan banyak berzikir (kepada Allah), sehingga zikir tersebut menjadi ucapan (kebiasaan) dirinya sewaktu tidur dan terjaga, maka Allah Ta’ala memuliakan orang yang demikian sifatnya dengan mengabulkan doanya dan menerima solatnya.” (Kitab Fathul Baari 3/40).
BACA BILA TERJAGA WAKTU MALAM HARI
Keutamaan mengucapkan zikir ini juga berlaku bagi orang yang terjaga di malam hari kemudian dia mengucapkan zikir ini (berulang-ulang) sampai dia tertidur.
Imam an-Nawawi berkata, “Orang yang terjaga di malam hari dan ingin tidur (lagi) setelahnya, dianjurkan baginya untuk berzikir kepada Allah Ta’ala sampai dia tertidur.”
Di antara para ulama ada yang menjelaskan bahawa peluang dikabulkannya doa dan diterimanya solat pada saat setelah mengucapkan zikir ini lebih besar jika dibandingkan waktu-waktu lainnya (lihat kitab Tuhfatul Ahwadzi (9/254).
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Sememangnya tidak dapat dinafikan, sentiasa wujud di celah hati manusia itu satu penyakit yang bernama kedekut. Hakikatnya juga, kedekut adalah salah satu perangai manusia yang berkaitan dengan harta yang telah menghinggapi manusia sejak dari zaman dahulu kala.
Allah SWT berfirman yang maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad kepada orang-orang kafir): Jika kamu memiliki perbendaharaan rahmat Tuhanku pada ketika itu (segala macam nikmat kehidupan) tentulah kamu akan berlaku bakhil kedekut kerana takut kehabisan dan sememangnya manusia itu bertabiat bakhil kedekut. (al-Isra: 100)
Persoalannya sebagai anak haruskah seorang anak itu kedekut dengan ibunya sendiri? Ikuti perkongsian berikut. Moga ia mampu dijadikan teladan
Seorang ibu ingin meminjam wang dari anak lelakinya .
Dengan suara rendah di sertai rasa malu berkata ;
“Nak, bolehkah ibu meminjam RM300 ? Ibu perlu untuk beli barangan dapur “
Anaknya tidak langsung menjawab , dengan raut muka bersahaja dia berkata ;
“Iya bu , nanti saya tanya isteri saya dulu ya..”
Seakan berat mengiyakan kerana belum tentu isterinya mengiyakan.
TERKENANG ZAMAN KECIL
Ketika si anak masuk ke rumah terlihat bungkusan pampers anaknya yang sudah hampir habis , lalu terfikir ;
Pampers sudah mahal sekarang , lebih kurang RM30 sebungkus.
Sebulan lebih kurang 2 bungkus pampers , RM60 .
12 bulan X 60 = RM720
Sekurangnya 3 tahun anak akan guna pampers = RM2160
Anak tadi terfikir banyak juga pakai duit bulanan untuk membesarkan anak anaknya.
Lalu terkenangkan zaman kecilnya.
Ibunya memberikan sepenuh kasih sayang pada dia tanpa berkira. Di besarkan oleh ibunya sehingga kini sudah berjaya mempunyai keluarga yang boleh di katakan senang.
Apakah ibunya pernah meminta di balas , sekiranya di minta apakah nilai yang perlu di bayar ???
SEMUANYA PERCUMA
Terus si anak keluar semula dan menatap wajah ibunya yang redup di mamah usia. Dirimu telah memberikan semua kasih sayang, harta dan semuanya kepadaku tanpa harap balasan, dan semua itu kuterima dgn PERCUMA.
“Maafkan anakmu ini yang tidak tahu balas budi..”
Segera ia memeluk ibunya dan mengecup keningnya dan memberi wang RM300, sambil menangis ia berkata: “Ibu, jangan berkata pinjam lagi yaa, hartaku adalah juga milikmu, do’akan anakmu ini agar selalu berbakti padamu”.
Sambil berkaca-kaca ada air bening di kelopak mata ibu ia berkata:
“Nak, di setiap keadaan ibu selalu berdo’a agar kita semua selalu dikumpulkan di dunia dan di SYURGA nanti dalam kebahagian..”
Semoga Bermanfaat.
Jangan biarkan bacaan bermakna ini tenggelam di newsfeed anda, jadikan ladang pahala dgn berkongsi ke orang lain.
Bagi PARA ISTERI ingatlah bahawa rezeki dari suamimu adalah juga hak mertuamu. Dan juga perlakukan lah ibu mertua seperti ibu kandung sendiri.
PARA SUAMI pula ingat juga bahawa ISTERI anda juga berkeinginan juga memberi wang kepada ibu bapa mereka walaupun tanggungjawab ibu bapa adalah lebih pada anak lelaki tetapi anak perempuan juga ingin membalas jasa ibu bapa mereka.
BERTOLAK ANSUR DAN BERTIMBANG RASA.
Sumber: Zuhairi Yazid
https://www.youtube.com/watch?v=2GUkdRmPYJE
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Kekayaan bukan sekadar harta dunia, tetapi amanah daripada Allah yang perlu diurus dengan adil, penuh kasih sayang dan berlandaskan iman. Demikian antara perkara bakal...