‘Jodoh saya belum sampai.’ Menginjak usia 40, Sherry tumpang gembira dengan rezeki jodoh dan zuriat orang sekeliling. Begitulah wanita yang positif, reda dengan setiap ketentuan Allah.
Namun begitu sebagai wanita dalam usia sebegini pasti akan disoal tentang jodoh apalagi dirinya merupakan seorang selebriti. Pasti sesekali akan ditanya.
“Kalau sudah ada keputusan mengenai ke arah itu (perkahwinan) pasti saya akan berkongsi kepada umum. Saya kurang selesa untuk menjawab mengenai perihal peribadi.”
Demikian ulas pelakon Sherry Ibrahim yang tidak terkecuali diajukan mengenai soal berumah tangga.
Ads
Menginjak Usia 40
Menginjak ke usia 40 tahun, Sherry turut tumpang gembira dengan rezeki jodoh dan zuriat mereka yang berada di sekelilingnya.
“Pada ketika ini memang saya gembira dengan diri saya sendiri. Bukan tidak mahu berkahwin, mungkin jodoh itu belum sampai lagi,” katanya.
Sherry Tumpang Gembira Dengan Rezeki
Berkongsi mengenai perkembangan terkini, Sherry teruja berjaya menurunkan sebanyak enam kilogram dan merancang untuk mengekalkan berat badannya itu.
Ads
“Saya bersenam tiga kali seminggu dan menjaga pemakanan dalam masa yang sama. Memandangkan saya suka makan benda manis, jadi saya mengawal pengambilan karbohidrat.
Jodoh & Zuriat Orang Sekeliling
“Berat badan saya turun secara mendadak sekitar tahun lalu kerana tuntutan kerja. Sudahlah sibuk dengan pelbagai benda, selera makan pun tiada.
“Alhamdulillah, selera makan saya sudah kembali namun harus dikawal. Tidak dinafikan ramai yang ingat saya sakit, namun saya bertenaga untuk beriadah,” cerita Sherry yang turut sibuk mengendalikan perniagaan salun rambutnya selain bakal memulakan penggambaran sebuah drama bersiri dalam tempoh terdekat.
Ads
Kashoorga: Semoga Allah memakbulkan segala impian dan doa Sherry. Amin.
Sharnaaz dan Noor Nabila wajib dicontohi! Sudah berpisah tapi tetap berbaik demi Jebat. Ternyata sikap matang kedua ibu dan bapa Jebat ini meraih perhatian netizen.
Kebiasaannya, bila suami, isteri berpisah sukar untuk mencipta hubungan yang baik. Pasti terselit dendam di hati, apa lagi salah seorang telah memulakan hidup baru dengan orang lain.
Namun berbeza dengan meraka berdua. Biarpun sudah berpisah, pelakon Sharnaaz Ahmad dan bekas isteri, Noor Nabila mengekalkan hubungan baik antara mereka.
Mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 dan berpisah 9 Julai 2020, sikap profesional mereka demi membesarkan cahaya mata, Jebat Jayden, 5, harus diberi pujian.
Bukan setakat itu, Sharnaaz tidak lekang memuji bekas isteri dalam hantaran di laman sosial. Malah juga berinteraksi secara mesra dan bersahaja secara terbuka.
Dalam masa yang sama, jika diimbas kembali, tiada kenyataan negatif dikeluarkan oleh kedua-duanya selepas mereka berpisah dan sentiasa ada bersama Jebat seolah tiada masalah untuk berhubung selepas bercerai.
Di samping itu, ramai yang memuji sikap Sharnaaz yang tidak lepas tangan dalam menjalankan tanggungjawabnya menguruskan jebat walaupun permata hatinya itu tinggal bersama bekas isteri.
Penampilan mereka bertiga dalam sebuah video memasak dan tular di media sosial juga mendapat perhatian warganet. Ramai antara mereka memuji sikap matang Sharnaaz dan Noor Nabila.
Noor Nabila berkahwin dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin pada 19 Mac 2021.
Kashoorga: Perpisahan yang berlaku antara suami dan isteri janganlah memberi impak negatif pada anak. Jangan dipisahkan anak dengan ayah atau ibu kandung mereka.
‘Pulanglah ke pangkal jalan, Allah juga Maha Pengampun.’ Nasihat ibu Syamsul Yusof, buat ramai sebak. Begitulah seorang ibu, hatinya sentiasa memaafkan anaknya yang berbuat salah.
Sebagai ibu biarpun kecewa dengan apa yang berlaku, namun tidak pernah lupa untuk mendoakan kebaikan dan memberi nasihat buat anak tersayang.
Semalam ibu kepada pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah Ismail mencuri perhatian netizen apabila memuat naik hantaran di Instagram Story dengan memaparkan gambar anaknya di muka depan akhbar Harian Metro dengan tulisan kenyataan menyentuh hati.
Dalam hantaran itu, Patimah menitipkan nasihat kepada Syamsul dan memintanya untuk pulang ke pangkal jalan.
“Hidupmu hampir hancur! Pulanglah ke pangkal jalan. Sudah jauh tersesat. Pintu kami sentiasa terbuka untukmu. Allah juga Maha Pengampun,” tulisnya.
Hantaran itu turut dimuat naik dengan lagu Rapuh nyanyian asal penyanyi Indonesia, Opick.
Terdahulu, Harian Metro melaporkan menantu Patimah yang juga pelakon, Puteri Sarah Liyana memaklumkan Patimah dan bapa mentuanya, Datuk Yusof Haslam bakal menjadi pencelah dan saksi membabitkan krisis rumah tangganya bersama Syamsul.
Menerusi prosiding yang berlangsung, Syamsul enggan melepaskan isterinya dan Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur mengarahkan pasangan berkenaan dirujuk kepada Jawatan Kuasa Pendamai (JKP).
Sebelum itu, Sarah mengemukakan bukti baharu yang mendakwa pernah dipukul suaminya itu sekitar tahun 2020, namun tidak membuat laporan polis kerana ketika itu masih menyayangi Syamsul.
‘Tular Arab Saudi umum peraturan baru sempena ramadan.’ Timbul misleading dan bawa naratif buruk kepada umat Islam. Sebenarnya maksud peraturan yang dikeluarkan telah disalahtafsir sehingga membawa maksud buruk.
Masyallah, begitulah yang terjadi apabila terlalu ramai yang mula percaya tanpa usul-periksa dan akhirnya menyebarkan kepada orang lain tanpa rasa bersalah.
Kongsi Abdullah Izat, peraturan baru yang dikeluarkan semata-mata untuk memudahkan dan menyenangkan para jemaah. Tetapi akhirnya timbul fitnah pula, allahuakbar!
Telah tersebar dalam pelbagai media sosial tentang kononnya peraturan baru bulan Ramadan di Arab Saudi. Terutamanya versi Bahasa Melayu telah tersebar dalam group-group WhatsApp.
Kita boleh nampak betapa misleadingnya kesimpulan Sami Hamdi dan betapa ia telah membawa satu naratif yang buruk kepada umat Islam.
Di sini saya lampirkan terjemahan bagi peraturan baru yang dikeluarkan itu:
Terutamanya buat para imam dan bilal:
1. Memberikan komitmen penuh ketika bertugas. Tidak boleh untuk tidak hadir menjalankan tugas dalam bulan Ramadan al-Mubarak, melainkan kerana sangat terdesak dan mempunyai alasan yang boleh diterima setelah melantik seorang pengganti dalam tempoh ketidakhadiran.
Pelantikan sementara ini perlulah disahkan oleh pihak cawangan kementerian di wilayah masing-masing, dan pengganti tersebut hendaklah berjanji tidak akan mengabaikan tanggungjawab. Tempoh ketidakhadiran tidak boleh melebihi kadar yang ditetapkan.
2. Mengikuti takwim Umm al-Qura dalam mengumandangkan azan, terutamanya azan Isyak, ia mestilah dikumandangkan pada waktu yang ditetapkan.
Iqamat pula harus dikumandangkan selepas azan setelah tempoh waktu yang dimuktamadkan bagi setiap solat.
3. Mengambil kira hal ehwal orang ramai ketika solat Terawih. Solat tahajud [terutamanya] pada 10 malam terakhir Ramadan mestilah selesai sebelum waktu Subuh dengan tempoh yang cukup supaya tidak menyusahkan para jemaah [untuk bersahur].
4. Beriltizam dengan petunjuk Nabi dalam doa qunut ketika solat terawih serta tidak memanjang-manjangkannya. Berpada dengan doa-doa yang sahih daripada Nabi.
Elakkan daripada bersajak ketika berdoa dan mengada-ngada membaca doa secara tartil dan tarannum.
5. Pentingnya membaca beberapa kitab yang berfaedah buat para jemaah masjid, berdasarkan bahan bacaan yang diluluskan oleh pihak kementerian.
6. Mematuhi peraturan berkenaan dengan kawalan pemasangan kamera dalam masjid. Tidak menggunakannya untuk mengambil gambar imam dan makmum sewaktu solat didirikan dan tidak menyiarkannya dalam apa-apa bentuk media sekalipun.
7. Imam bertanggungjawab untuk memberikan kebenaran beriktikaf, dan memastikan para jemaah tidak melanggar peraturan, tahu tentang maklumat para jemaah yang beriktikaf dan meminta bukti kelulusan dari penaja yang diluluskan [yang menaja aktiviti iktikaf] bagi bukan warga Saudi.
8. Tidak mengutip derma untuk aktiviti berbuka puasa dan aktiviti yang lain.
9. Aktiviti berbuka (jika ada), hendaklah dilakukan di kawasan yang ditetapkan di pekarangan masjid. Aktiviti ini adalah di bawah tanggungjawab imam dan bilal.
Mereka yang bertanggungjawab dalam aktiviti berbuka ini hendaklah membersihkan tempat tersebut dengan segera setelah berbuka.
Tidak boleh untuk membina bilik sementara atau mendirikan khemah atau yang seumpamanya untuk menjalankan aktiviti berbuka di dalamnya.
10. Imam dan bilal haruslah mengingatkan para jemaah agar tidak membawa anak-anak kecil kerana ini akan mengganggu para jemaah dan menghilangkan kekhusyukan mereka.
Selesai terjemahan.
Tengoklah, tak ada pun istilah yang berkait dengan “no loudspeakers”, “pemendekan solat terawih”, “tidak boleh berbuka di Masjid al-Haram” dan sebagainya.
Tak ada pon naratif kononnya dunia hendak kiamat dari peraturan baru ini.
Malah peraturan baru ini dikuatkuasakan khusus untuk para imam dan bilal yang bertugas demi menjaga kemaslahatan para jemaah.
Kasihan, mereka keluarkan peraturan semata-mata hendak jaga jemaah, sekali mereka pula kena hentam. Moga-moga Allah ganjari kesabaran mereka dan membalas pihak yang mengeluarkan naratif buruk ini.
Sebaiknya buat umat Islam, belajarlah bahasa Arab jika berkesempatan. Supaya boleh akses sumber primer. Ini tidak, tersalah tafsir dan sebarkan info palsu kepada orang lain.
Kekayaan bukan sekadar harta dunia, tetapi amanah daripada Allah yang perlu diurus dengan adil, penuh kasih sayang dan berlandaskan iman. Demikian antara perkara bakal...