Begitu juga kisah insan ini, Sulaiman Al Rajhi yang tinggal di Arab Saudi mempunyai lebih 200 ribu pokok kurma diwakafkan untuk jalan Allah. Beliau merupakan insan terkaya di Arab Saudi. Dikatakan ladang kurma miliknya merupakan wakaf terbesar di muka bumi ini.
Ayuh, ikuti perkongsiannya yang sangat memberi inspirasi
MULTI BILLIONAIRE DUNIA AKHIRAT
Sebuah ladang kurma di Arab Saudi di kota Al-Qassim mempunyai lebih dari 200,000 pokok kurma dan diwakafkan untuk jalan Allah oleh orang terkaya Arab Saudi – Sulaiman Al Rajhi..
Terdapat 45 jenis kurma di kebun ini, pengeluaran tahunan adalah 10,000 tan buah kurma. Ladang ini adalah wakaf terbesar di bumi.
Pendapatan dari kebun ini digunakan untuk membina masjid di negara-negara lain, untuk kerja amal dan untuk Iftar di masjid Makkah dan Madinah.
Suleiman al-Rajhi lahir dalam kemiskinan. Ketika dibangku sekolah, satu hari sekolahnya merancang lawatan sambil belajar dengan kos 1 riyal. Tetapi orangtuanya tidak mampu berikannya 1 riyal. Beliau menangis kerana mungkin tidak dapat menyertai lawatan. Dalam peperiksaan suku tahunannya, beliau meraih kedudukan pertama di kelasnya dan seorang guru Palestin memberinya 1 riyal sebagai hadiah. Beliau menyertai program lawatan sekolah dengan 1 riyal ini.
Ads
Selepas menamatkan pendidikannya, beliau mulakan kerjayanya sebagai usahawan muda dengan penuh dedikasi dan kerja keras. Allah memberkati usahanya.
Dalam jangka waktu yang singkat, rangkaian banknya yang disebut ‘Al-Rajhi’ tersebar di seluruh Arab Saudi.
Suleiman al-Rajhi pergi mencari gurunya yang sudah pencen dalam keadaan miskin kini, Rajhi membawa guru Palestinnya dengan kereta dan memberitahunya, ” Saya berhutang dengan Cikgu. “
Guru itu berkata, bagaimana mungkin memberi hutang sedangkan dia miskin, Rajhi mengingatkan gurunya bahawa bertahun-tahun yang lalu gurunya memberikan 1 riyal sebagai hadiah. Guru itu tersenyum dan berkata “Jadi kamu ingin mengembalikan satu riyal itu kepada saya?
Rajhi berhenti keretanya di hadapan sebuah banglo dan terdapat sebuah kereta mahal dihadapannya.
Rajhi memberitahu gurunya bahawa banglo dan kereta itu adalah milik cikgu itu sekarang.
Cikgu itu menitiskan airmata dan berkata pemberian ini terlalu mewah baginya.
Rajhi mengatakan bahawa kegembiraannya ketika menerima 1 riyal dulu lebih dari kegembiraan cikgu pada hari ini.
Pada tahun 2010 Suleiman al-Rajhi memanggil anak-anak, isteri dan orang tersayang dan membahagikan harta kekayaannya di antara mereka dan mewakafkan yang lain. Pada ketika ini, nilai wakaf Sulaiman Al-Rajhi lebih dari 60 bilion riyal.
Beliau telah menyumbangkan 170 juta riyal untuk COVID dan menyerahkan dua hotel di Makkah kepada Kementerian Kesihatan.
Ads
Ladangnya disenaraikan dalam Guinness Book of World Records sebagai hasil usahawan yang terbesar.
Majalah Forbes telah menamakan beliau sebagai salah satu daripada 20 dermawan terhebat di dunia.
Kebanyakkan masjid-masjid di kota Arab Saudi adalah hasil keluarga Al-Rajhi, dengan pusat dakwah, badan amal al-Quran, dan lain-lain.
Dalam temu bual beliau berkata: “Setelah kamu meninggalkan kehidupan ini, satu-satunya pelaburan yang penting adalah bekalan kamu bawa untuk kehidupan yang lain. “
“Saya berusia lapan puluhan! Apa lagi yang saya perlukan? Wakaf membayar bil saya, memberi saya penginapan, makanan, perubatan dan pengangkutan.”
Seorang jutawan tanpa wang! “Bagaimana rasanya?”. Dia tersenyum dan berkata, “Saya merasa ringan! Saya berasa bebas! Saya merasa seperti burung … dan ketika Allah memanggil saya, saya dapat menjawab panggilanNya tanpa ikatan harta!
Tidak dinafikan dalam waktu zaman ekonomi yang tidak menentu ini, kita perlu mengamalkan sikap berjimat cermat dalam soal berbelanja.
Simpan dulu keingian untuk membeli belah kecuali barangan keperluan saja. Inilah masanya untuk kita menggunakan wang yang ada secara berhemah selepas menerima gaji bulanan.
Untuk tidak menyesal di kemudian hari, boleh ikuti perkongsian lelaki ini Hilmi Jailani menyimpan wang cara ‘oldschool’ tetapi dengan lebih efektif.
TIPS BIJAK MENYIMPAN!
Gaji baru je masuk seminggu, dah tinggal berapa kerat je lagi dalam bank. Tiap bulan macam tu lah. Bosan juga hadap situasi sama tiap bulan.
Kalau yang sabar, boleh lah hadap megi sebagai pengganti KFC dan Mcd. Tapi kalau jenis gelojoh memang kad kredit lah jawabnya.
Sebelum jatuh terduduk, baik korang cuba benda yang saya nak kongsi ini. Cara ini mungkin nampak old school, tapi inilah yang saya buat sejak 2 tahun lepas.
Ok baik.
Langkah 1: Ajak pasangan duduk bersama. Bincang dan tulis semua perbelanjaan bulanan korang. Rujuk gambar 1 di bawah. Saya ada sertakan contoh yang saya sendiri buat.
Saat ini, jangan nak kelentong lagi. Kalau spend duit untuk kereta pun tulis. Beli tudung hari-hari pun tulis. Lutsinar (transparent) antara satu sama lain.
Langkah 2: Bandingkan perbelanjaan korang dengan gaji yang masuk setiap bulan. Kalau korang ada elaun, side income, bonus, terpulang kalau nak kira sekali pun, okay aje.
Hah macam mana gaji vs belanja? Positif atau negatif?
Kalau positif, syabas dan tahniah. Sesungguhnya anda tergolong dalam golongan yang sabar. Haha
Tapi kalau negatif, sila baca sampai habis.
Langkah 3: Sila jenguk semula pada catatan di langkah (1) tadi. Potong dan kurangkan dekat belanja yang rasa tak perlu. Waktu ini, tepuk pipi dan sedarlah dari mimpi. Yang anda sedang menarah bukit yang tak wujud pun sebenarnya.
Langkah 4: Setiap kali gaji, simpan dulu duit siap-siap sebelum guna. Berapa amaun yang kena simpan?
JUMLAH GAJI – (KOMITMEN + BELANJA) =SIMPAN
Katakan ada bulan yang korang dapat lebihan elaun/bonus. Tempat yang sepatutnya adalah pada simpanan. Bukan pada belanja. Faham eh?
Langkah 5: Cari angpau raya tahun lepas. Then masukkan setiap amaun duit yang dah ditulis pada langkah 1. *1 jenis belanja = 1 sampul.
Wajib tanda besar-besar. Kang takut terseluk sampul yang salah pulak. Rujuk gambar 2. Ini yang saya buat. Awal-awal ni, buat lah cecantik dulu. Nanti dah lama boleh lah hodoh-hodoh macam saya buat tu hahaha
Langkah 6: Tampal kertas untuk catat “duit keluar” dari sampul. Setiap sen yang keluar wajib tulis! Lekatkan ia berdekatan dengan deretan sampul tadi. Pen jangan lupa. Nanti tercari pen sampai lupa nak catat.
Langkah 7: Setiap kali next gaji masuk, check dan audit semua sampul. Tally atau tak dengan catatan keluar masuk.
Bagaimana jika ada duit lebihan dalam angpau?
Haaa.. Yang ini korang boleh tambah lagi 2 tabung special. Tabung derma dan tabung travel. Haa baru lah ada motivasi nak menyimpan lebih. Nak enjoy lebih kena lah berjimat lebih, kan? Hehe
Itu sahaja tips old school saya. Mudah je kan? Apapun, ianya berbalik pada disiplin diri kita sendiri. Ini sekadar salah satu usaha kecil kita. Lebih dari itu kita serah lah pada yang Maha Kaya.
‘Mengucap dua kalimah syahadah, momen terindah dalam hidup.’ Marine El Himer, model, influencer dan bintang TV Perancis peluk Islam.
Sebagai salah satu makhluk ciptaan Allah SWT, tentu manusia sangat bergantung kepada penciptanya. Segala apa yang diupayakan oleh manusia namun apabila Allah tak berkehendak, maka hal tersebut juga tidak akan terlaksana atau terjadi.
Begitu juga sebaliknya meskipun manusia tidak menginginkan sesuatu akan tetapi jika Allah SWT telah menghendaki maka tidak ada daya bagi manusia untuk menolaknya, dan mereka hanya bisa berpasrah menerimanya.
Begitulah dengan hidayah Allah. Siapa sangka seorang model terkenal yang selalu dipuji kecantikannya memilih untuk bergelar seorang muslimah di puncak kemahsyurannya dan dalam usia yang masih muda.
Model yang juga bintang televisyen Perancis, Marine El Himer, telah membuat pengumuman yang dirinya kita telah memeluk Islam dan bergelar seorang muslim.
Bagi Marine, detik dia mengucapkan dua kalimah syahadah adalah momen terindah dan menjadi “hari paling bahagia” dalam hidupnya.
Momen Terindah Dalam Hidup
Marine telah memeluk Islam sejak beberapa bulan lalu tetapi dia tidak menguar-uarkan sehinggalah 2 November lalu dia menceritakan hal yang mengejutkan ini.
Tidak terhenti di situ, dua hari kemudian, sekali lagi Marine El Himer memuat foto di akaun Instagram miliknya dengan penampilan baru iaitu berpakaian jubah yang sangat sopan dan mengenakan hijab sedondon dalam rona hitam.
Gambar tersebut dirakam di sekitar Masjidil Haram. Dalam posting yang sama, model ini berkongsi videonya mengucapkan dua kalimah di sebuah masjid di sana. Masyallah indah sungguh perjalanannya.
Marine El Himer, Model
Jelas Marine El Himer, dia memilih Islam dan menjadi mualaf adalah semata-mata mengikut pilihannya sendiri selain menurut kata hati dan jiwanya.
Sekadar info, Marine El Himer, lahir pada Julai 1993, di Bordeaux, Prancis Selatan, berketurunan Maroko-Mesir dan dia jua memiliki saudara kembar bernama Oceane El Himer.
Sebelum ini, Marine El Himer tampil di program realiti televisyen iaitu, Les Princes et les Princess de l’Amour (Putera dan Puteri Cinta) di Perancis.
Tidak ketinggalan, model Perancis dan dalam masa yang sama seorang influencer terkenal amat berterima kasih kepada pengikutnya atas sokongan dan kebaikan mereka kepadanya selama ini.
Media Perancis melaporkan bahawa Himer selama ini dibesarkan bersama ayah tirinya. Biarpun begitu, dia menhabiskan banyak masa dalam usaha mencari ayah kandungnya dan menjejaki asal-usulnya.
Siapa sangka, selama pencarian ini, Himer berkenalan dengan Islam dan akhirnya kini dia memeluk Islam.
Kashoorga: Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.
“Orang-orang miskin dari kalangan kaum muslimin masuk syurga setengah hari (lebih dahulu) sebelum orang-orang kaya. Dan setengah hari itu 500 tahun lamanya." Hadits Shahih riwayat Tirmidzi, Lihat kitab Shahîh al-Jâmi' karya al-Albâni.
“Dalam sehari yang kadarnya lima puluh ribu tahun” (QS. Al Ma’arij: 4). Ayat ini menunjukkan pengkhususan dari maksud umum yang sebelumnya disebutkan atau difahami bahawa waktu tersebut begitu lama bagi orang-orang kafir. Itulah kesulitan yang dihadapi orang-orang kafir,
“Apabila ditiup sangkakala, maka waktu itu adalah waktu (datangnya) hari yang sulit, bagi orang-orang kafir lagi tidak mudah.” (QS. Al Mudatsir: 8-10).
Analisis usia manusia berdasarkan Al-Qur’an sebagai sumber kebenaran manusia.
1 hari akhirat = 1000 tahun 24 jam akhirat = 1000 tahun 3 jam akhirat = 125 tahun 1.5 jam akhirat = 62.5 tahun
Apabila umur manusia itu rata-rata hidupnya antara 60 ke 70 tahun, maka kehidupan manusia itu hanyalah sekitar 1.5 jam sahaja. Sangat singkat. kata orang hanya senafas sahaja dan jangan persiakan kehidupan ini untuk perkara-perkara tidak bermanfaat ketika nafas masih bersisa. Kerana kelak kita akan rugi di akhirat.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Salah satu anugerah yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada umat Nabi Muhammad SAW ialah walaupun mereka tidak memahami setiap apa yang dibaca daripada al-Quran...