Gempar apabila gula-gula kesukaan ramai White Rabbit yang banyak dijual di kedai murah seperti Kedai RM2 ini rupa-rupanya telah disahkan tidak halal. ini adalah kerana gula-gula ini mengandungi gelatin babi.
Menurut laporan berita di TV Al-Hijrah, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh yang dihubungi secara langsung mengesahkan bahawa gula-gula berkenaan yang dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia mengesahkan mengandungi gelatin babi dan gelatin lembu.
Gula-gula susu kegemaran ramai.
Jadi bagaimana dengan status kita yang telah lama makan gula-gula berperisa susu yang diimport dari China yang mana pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tidak pernah menerima permohonan sijil halal dari gula-gula susu White Rabbit ini.
Ads
Menjawab persoalan dan keraguan pada kita yang telah makan gula-gula ini sejak dulu, menurut Pendakwah Bebas, Ustaz Riza Kamaruddin jika sudah termakan, terasa dan akan terkenyang.
Ads
“Dalam hal ini Nabi ada menyebut, Allah mengangkat dosa orang yang terlupa dan tertidur. Inikan pula sebab seseorang itu tidak tahu sehingga dia diberitahu. Samalah kes dengan kita yang selama ini sedap makan gula-gula susu White Rabbit ini.
Ads
Ustaz Riza Kamaruddin
“Jadi apa yang boleh dilakukan adalah dengan beristighfar sahaja. Dan untuk mengelakkan kita berhadapan situasi ini lagi, tinggalkan terus makanan yang ada keraguan tentang status halal. Kita juga boleh menyokong #BuyMuslimFirst yang sudah tentu status halalnya diyakini,” tambahnya.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
‘Semoga anakanda Kak KM kembali sembuh.’ Bila ada yang meminta, adabnya sesama muslim kita mendoakan. Bukannya memilih untuk mengungkit perkara-perkara lepas yang kurang enak untuk diingati.
Siapa pun kita berhak untuk minta didoakan, ingatlah kita bukanlah manusia sempurna. Semalam kita terlanjur berbuat salah, tidak bermakna selamanya kita mengulangi kesilapan yang sama.
Ikuti perkongsian Ustazah Asma’ Harun tentang adab kita semasa muslim, apalagi di saat orang lain berdepan kesusahan serta kesulitan.
Sekiranya ada yang meminta doa, maka adabnya sesama Muslim kita mendoakan.
“Semoga anakanda Kak KM akan kembali sembuh sepenuhnya, semoga ujian ini menjadi asbab Rahmat Allah buat Kak KM sekeluarga, menjadi sebuah keluarga yang diredhai Allah SWT”.
Hanya Allah yang Maha Menyembuhkan dan berkuasa atas sekalian MakhlukNya. Segala nikmat dunia tidak akan mampu menandingi besarnya nilai sihat yang selama ini Allah berikan secara percuma.
Kasih sayang Allah buat hamba-Nya begitu jelas, dengan segala nikmat yang tidak pernah putus, walau kita semua sentiasa melakukan kesilapan, melupakan dan menjauhkan diri daripada-Nya.
Tiba masanya pula kita membalas kebaikan Allah SWT dengan mentaatiNya dan meninggalkan laranganNya. Allah sangat menantikan kepulangan kita kembali padaNya saat hidup sebelum saat mati.
Daripada Saidatina Aisyah RA, beliau menceritakan, apabila Rasulullah SAW menziarahi pesakit lantas memohon perlindungan kepada sebahagian mereka sambil menyapu dengan tangan kanannya seraya berdoa:
Maksudnya:
“Hilangkanlah kesakitan wahai Tuhan manusia, sembuhkanlah kerana Engkau Maha Penyembuh, tiada kesembuhan kecuali kesembuhan engkau, sembuh yang tidak membawa kepada sebarang sakit.” (HR Bukhari, hadis sahih)
DOA PESAKIT ATAU AHLI KELUARGA PESAKIT :
Daripada Sa’ad bin Abi Waqas RA bahawa Nabi SAW bersabda:
Maksudnya:
“Nabi Yunus ketika baginda berdoa di dalam perut ikan paus:
“Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau! Maha Suci Engkau, Sesungguhnya aku adalah daripada orang-orang yang menzalimi/menganiaya (dengan dosa) diri sendiri”.
Maka sesungguhnya tidak seorang muslim itu apabila berdoa dengannya untuk sesuatu perkara (masalah) melainkan Allah SWT akan memustajabkan baginya”. (HR Al-Tirmizi)
Janganlah pula kita menuliskan kata-kata yang menambahkan kesedihan orang yang ditimpa musibah, kerana kita semua juga ada kesilapan dan aib yang disembunyikan.
Berdoalah dalam sembunyi buat saudara kita, kerana ia adalah doa yang Mustajab dan akan didoakan kembali oleh Malaikat kepada kita.
Mati itu sudah pasti, cuma kita tidak tahu bila dan di mana. Urusan rezeki, ajal dan maut ini terletak di tangan Allah. Hanya Dia yang Maha Mengetahui. Dan sangat beruntung jika seseorang itu meninggal dunia pada hari Jumaat nan mulia.
Tidak kiralah seseorang itu masih kanak-kanak, dewasa atau orang tua. Sangat beruntungnya dijemput Illahi pada Jumaat mulia dan juga penghulu segala hari.
Seperti perkongsian di laman sosial SR Islam Al-Irsyad Balok memberitahu bahawa hari ini adik Ahmad Daniel Muhammad Ahmad Suhairi telah bertemu Illahi pada jam 4 pagi tadi.
Adik Ahmad Daniel sebelum ini telah di sahkan menghidap kanser otak jenis Diffuse Diffuse Intrinsic Pontine Glioma (DIPG) tahap empat pada Mac yang lalu.
Malah kisahnya juga menjadi viral kerana hasrat untuk mengenakan pakaian seragam anggota bomba lengkap dengan tanda nama tercapai.
Pada awal Oktober lalu, hasrat arwah telah ditunaikan apabila berpeluang menyarung baju uniform itu dan turut menaiki jentera bomba.
Menurut bapanya, arwah Danial memang sangat berhajat untuk menjadi angota bomba. Malah setiap kali melihat jentera atau aksi anggota bomba, dia akan teruja dan beritahu bomba adalah wira penyelamat yang hebat.
Innalillahi Wainna Ilaihi Raajiun
اِنَّالِلَه وَاِنَّااِلَيْهِ رَاجِعُوْن
Pagi Jumaat yang hening. Pihak @SR Islam Al Irsyad Balok mendapat perkhabaran duka perginya anak didik kami yang tercinta, Adik Muhammad Daniel b Muhammad Suhairi bertemu Ilahi lebih kurang pukul 4 pagi tadi.
Allah menjemputnya pulang di hari Jumaat yang mulia. Almarhum Ahmad Daniel disahkan menghidap DIPG iaitu sejenis kanser otak pada Mac yang lalu.
Semoga keluarga almarhum Ahmad Daniel tabah dan sabar menghadapi ujian ini.
Jenazah akan dibawa pulang ke rumah neneknya di Beserah untuk disemadikan di sana.
Tenanglah kamu di sana wahai anak syurga.. 02022012-25102019
KASHOORGA: Semoga Adik Daniel tenang dan berehatlah di sana. Dan kepada ahli keluarga bersabarlah dalam menghadapi dugaan ini. Ternyata Tuhan lebih menyayangi arwah dan semoga ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Siapa tidak mengenali Pencetus Ummah PU Amin. Beliau merupakan salah seorang Pendakwah Bebas yang menyampaikan dakwah dengan cara tersendiri. Menggunakan medium media sosial untuk berkongsi ilmu dengan warganet di luar sana.
Walaupun ada kalanya teguran dibuat mendapat kecaman, namun PU Amin tetap berpegang teguh dengan caranya menyampaikan nasihat dengan cara tersendiri. Biarpun ada yang mengecam, tetapi ramai juga mengkagumi pendakwah kecil molek ini.
Di sebalik ketegasan menegur, PU Amin juga sebenarnya seorang suami yang romantik. Baru-baru ini beliau ada muat naik status mengucapkan selamat hari lahir buat isteri tersayang yang sanggup bersama-sama dengannya membina kehidupan.
Dalam catatannya itu, PU Amin memberitahu mereka berkenalan ketika berada di Tingkatan 3 lagi sebelum keduanya melanjutkan pengajian di Universiti Al Azhar.
Oleh kerana keduanya sudah kenal sejak sekolah menengah dan lama berhubungan melalui surat, keduanya mengambil keputusan berkahwin walaupun belum habis pengajian.
Biarpun ketika itu hidup susah kerana hanya ada motor terpakai dan juga sedikit duit biasiswa, namun keduanya tetap tabah hadapi dugaan.
Selamat Hari Jadi buat kekasih hati, kawan hidup abang didunia hingga akhirat . Semoga terus sihat , panjang umur dan murah rezeki sepanjang hidup mu . Terima kasih kerana sanggup bersama sama membina kehidupan dan berkongsi rasa cinta dengan diri ini walaupun pada awal nya abang tidak memiliki apa apa..
Berkat perkahwinan ini Allah Swt tambah rezeki kita dari hari ke hari . Alhamdulillah . Semoga Allah terus melindungi mu sampai ke Syurga . Semoga Allah turunkan kasih sayang Nya pada keluarga kita..
Ini gambar kahwin saya masa umur 22 tahun tahun 2012 . Waktu ni kami dalam pengajian tahun 3 di Universiti Al Azhar . Belajar tak habis lagi tapi dah nak kahwin . Hanya ada motor kriss second hand dan sedikit duit biasiswa pengajian . Tapi sebab kenal dari form 3 , lama sangat main surat surat last last kahwin je lah senang..
Muka saya pun masa ni sangat remaja . Alhamdulillah selepas guna collogen kurma , muka jadi berseri dan matang sikit . ..
Pasangan bahagia ini sudah tujuh tahun berkahwin dan sudah dikurniakan tiga cahayamata. Dalam posting terdahulu PU Amin juga turut berterima kasih pada Allah kerana hubungan mereka suami isteri masih kekal hingga kini.
Dia turut mendoakan agar hubungan terus diberkati, dijauhi segala keburukan serta mudahkan urusan keduanya untuk bercinta hingga ke jannah.
Alhamdulillah . Hari ini genap 7 tahun perjalanan hidup kami sebagai suami isteri . Doakan agar hubungan ini terus diberkati , dijauhkan dari segala keburukan dan dimudahkan urusan untuk terus bercinta ke Syurga . Terima kasih Ya Allah atas nikmat kehidupan ini . Doakan juga agar isteri dan anak anak saya terus diberikan kesihatan yang baik . Terima kasih semua . Semoga doa yang baik baik ini akan dikembalikan juga kepada kalian semua . #Anniversary7#Super7#Alhamdulillah
Dalam kesibukan kehidupan seharian yang sering menuntut tenaga fizikal dan emosi, waktu sebelum tidur menjadi detik paling sesuai untuk seorang Muslim kembali menenangkan jiwa...