Kita biasa mendengar orang miskin ditangkap mencuri susu, berus gigi dan sebagainya. Dan hukumannya dilihat agak memeranjatkan kerana hukuman penjaranya diterima “tidak setimpal” dengan nilai di penjarakan. Walau undang-undang digubal untuk kesejahteraan dan keselamatan negara tapi ada ketika “nilai kemanusiaan” itu mesti diletakkan sama.
Satu perkongsian dari Dr Amirul Amin mengenai satu kes jenayah kecil yang berlaku di Amerika Syarikat, sarat dengan kisah pengajaran yang perlu kita sama-sama nilaikan sebagai manusia.
Ini kisahnya.
Ini berlaku di AS…
Keputusan yang tidak biasa yang diberikan oleh hakim kepada seorang pencuri kecil. Seorang budak lelaki berusia 15 tahun ditangkap merompak sebuah kedai di Amerika. Untuk cuba melarikan diri, budak lelaki itu juga memusnahkan sebuah rak.
Selepas hakim mendengar kes ini, dia bertanya kepada budak lelaki itu:-
"Adakah anda benar-benar mencuri sesuatu? "Adakah anda mencuri roti dan keju dan memusnahkan rak itu? "
Budak lelaki itu, pemalu, menundukkan kepala, menjawab: "Ya."
hakim: "Kenapa awak mencuri? ""Kanak-kanak: "Ia perlu”.
Ads
Hakim: "Anda tidak dapat membelinya daripada mencuri mereka?”
Budak lelaki: "Saya tiada duit"
Hakim: "Anda boleh meminta wang kepada ibu bapa anda"
Budak lelaki: "Saya hanya ada ibu saya yang susah dan sakit dan tiada pekerjaan. "Saya curi roti dan keju untuk dia”.
Hakim: "Kamu tidak melakukan apa-apa, kamu tidak mempunyai pekerjaan?”
Ads
Anak: "Saya pernah bekerja di sebuah pencuci kereta. "Saya mengambil cuti untuk membantu ibu saya dan itulah sebabnya saya dipecat”.
Hakim: "Bukankah anda mencari sesuatu yang lain untuk bekerja di tempat lain?”.
Selepas perbualan dengan budak lelaki itu tamat, hakim mengumumkan keputusan:
Mencuri terutamanya mencuri roti adalah jenayah yang sangat memalukan. Dan di sini kita semua bertanggungjawab atas jenayah ini. Semua orang dalam bilik mahkamah hari ini, termasuk saya, bertanggungjawab atas jenayah ini.
Dengan cara ini semua orang di sini akan didenda $10 tiada siapa yang akan keluar dari sini tanpa memberi $10
Ads
Hakim mengeluarkan nota $10 dari poketnya, mengambil pen dan mula menulis:
Juga, saya mengenakan denda $10,000 ke atas pemilik kedai kerana menyerahkan kanak-kanak yang kelaparan itu kepada pihak polis. Jika denda tidak dibayar dalam masa sejam, kedai akan kekal ditutup”.
Semua orang di sini meminta maaf kepada budak lelaki itu dan memberikannya $10 kembali. Hakim meninggalkan bilik mahkamah menyembunyikan tangisannya.
Selepas mendengar keputusannya, orang di mahkamah menangis di mata mereka.
Saya tertanya-tanya jika masyarakat kita, sistem kita, mahkamah kita boleh membuat keputusan sebegitu?
Hakim menambah: "Jika seorang ditangkap mencuri roti, semua ahli komuniti, masyarakat dan negara ini patut berasa malu!”
Moral dari cerita benar ini:- Budak ini mencuri kerana kemiskinan dan untuk memberi makan kepada ibunya yang sakit tapi " MUNGKIN RAMAI ORANG KAYA" mencuri berbilion ringgit untuk kemewahan dan berpoya-poya. Semoga Allah SWT melindungi kita dan menjauhkan kita daripada sifat mazmumah.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini memang kita hanya duduk di rumah saja bagi mengelak jangkitan wabak COVID-19 ini.
Namun sedarkah kita sebenarnya dalam PKP ini ada antaranya membuat dosa tanpa sedar. Benar, manusia memang ada pelbagai ragam dan karakter masing-masing.
Apabila kita duduk di rumah, segala jenis perwatakan kita dapat dilihat sama ada dari sisi yang positif mahupun negatif.
Sedar atau tidak, sisi negatif itu kadangkala begitu ‘berbahaya’ bukan sahaja kepada diri kita sendiri, malah orang yang ada di dalam kediaman yang sama dengan kita.
Boleh jadi sisi negatif itu perkara yang boleh mengundang kepada dosa walaupun nampak remeh. Natijahnya, seisi rumah boleh menerima tempiasnya.
Gambar sekadar hiasan.
Demikian antara lain mesej yang cuba disampaikan pendakwah, Ustaz Syed Mohd Norhisyam Al-Idrus menerusi kuliah duha di laman sosial Facebook miliknya baru-baru ini.
1. Tidak menjaga batasan aurat sesama ipar-duai di dalam rumah
Bila semua orang berada di rumah, sudah tentulah adik-beradik yang memang duduk serumah ada dalam satu bumbung yang sama. Tambah-tambah lagi mereka yang sudah berkeluarga dan beranak pinak. Barangkali ada yang pulang ke kampung sebelum PKP lagi, makin ramailah ahli keluarga berkumpul di rumah ibu bapa masing-masing.
Dalam keadaan ini, jagalah batasan aurat antara abang ipar dan adik ipar, sepupu dan sebagainya. Tolonglah jaga aurat masing-masing supaya ada keberkatan ALLAH dalam rumah yang didiami itu. Bila ada orang buat maksiat dalam rumah berkenaan, rahmat ALLAH akan terhalang. Ingat tu!
2. Tamak dan pentingkan diri sendiri
Duduk ramai-ramai dalam satu rumah ada masanya makanan tidak cukup. Ada masa makanan banyak sangat. Apalah salahnya kita adik-beradik berkongsi sama-sama. Bila makanan banyak, kita kongsi rezeki bersama. Seandainya sedikit, kita makan sama-sama sedikit. Janganlah berbuat dosa di dalam rumah dengan sikap tamak dan pentingkan diri. Sebaliknya, agihkan secara bersama-sama.
Ingatlah, ada orang lebih susah lagi daripada kita seperti saudara seagama kita di Syria yang tiada rumah dan terpaksa menahan sejuk. Kita beruntung sebab kerajaan sangat prihatin dengan menyediakan bantuan. Sebagai rakyat, bantulah kerajaan untuk memudahkan proses agihan dalam membantu kita.
JANGAN terlalu leka dengan telefon sehingga melalaikan ibadah solat dan tanggungjawab kita yang lain.
3. Lalai menunaikan solat
Walaupun duduk di rumah dan tiada alasan untuk tidak mendirikan solat, namun masih ada juga yang melalaikan Rukun Islam ke-2. Ya, terlalu leka dengan telefon sampai mata pun ‘melekat’ sekali pada gajet hingga terlepas waktu solat.
Bayangkan orang di dalam rumah itu semuanya solat dan berdoa, begitu juga dengan ahli jawatankuasa masjid bertugas. Mereka siap pasang alunan bacaan ayat suci al-Quran, laungkan azan, solat dan doa di masjid. Orang kata, biar ada syiar dalam kampung kita. Namun, kita pula tidak solat. Jangan disebabkan sikap kita yang berbuat dosa ini, doa semua orang tidak dimakbulkan oleh ALLAH.
Ia sebagaimana yang berlaku kepada seorang lelaki Bani Israel yang melakukan maksiat selama 40 tahun pada zaman Nabi Musa AS. Justeru, Ustaz Syed Norhisyam mengajak kita untuk mengambil suri teladan dalam kisah berkenaan. Kisah itu dicoretkan dalam kitab At-Tawwabin yang menghimpunkan kisah-kisah orang bertaubat oleh Imam Ibnu Qudamah.
Ceritanya berbunyi begini. Ketika itu, berlaku musim kemarau yang teruk. Keadaan itu berlaku dalam tempoh yang lama. Bayangkan keadaan kering-kontang, tumbuhan mati, sungai kering dan haiwan ternakan kurus sehingga tidak dapat mengeluarkan susu.
Melihat kepada keadaan itu, Bani Israel datang bertemu Nabi Musa AS. Kata mereka: “Wahai Nabi Musa, bukankah kamu kata kamu seorang nabi. Doalah minta pada Tuhan kamu agar turunkan hujan.”
Lantas, nabi ALLAH itu berdoalah kepada Sang Pencipta. Baginda juga bermunajat dan berdoa meminta agar diturunkan hujan. ALLAH kemudian berfirman dengan memerintahkan Nabi Musa supaya mengumpulkan Bani Israel di suatu padang dan berdoa beramai-ramai minta diturunkan hujan.
Mendengarkan firman YANG MAHA ESA itu, Nabi Musa segera mengumpulkan semua kaum Bani Israel di suatu padang. Mereka pun berdoa meminta agar diturunkan hujan. Namun begitu, hujan masih tidak lagi turun sehingga membuatkan segelintir mereka bertanyakan kepada Nabi Musa tentang hal itu.
Apabila baginda AS mengajukan persoalan berkenaan, ALLAH berfirman: “Wahai Musa, dalam kalangan kamu di padang yang ramai ini, ada seorang lelaki ahli maksiat yang sudah 40 tahun dia melakukan maksiat kepada-KU. Suruh lelaki itu keluar dulu daripada khalayak ramai, baru AKU akan makbulkan doa kamu (turunkan hujan).”
Maka, Nabi Musa AS pun menyeru kepada pemuda ahli maksiat berkenaan supaya keluar. Disebabkan lelaki itulah, musibah kemarau itu berlaku dan kerana pemuda tadi juga menjadi punca doa kaum Bani Israel tidak dimakbulkan-NYA.
Selepas beberapa kali baginda menyuruh lelaki tadi keluar, akhirnya ahli maksiat itu pun ‘menyerah diri’. Sambil menundukkan mukanya, lelaki itu berdoa: “Ya ALLAH, tolonglah ampunkan dosa aku. Selama ini, aku berbuat maksiat, ENGKAU tak pernah dedahkan aku. Tolonglah jangan dedahkan aku di khalayak. Aku nak minta ampun Ya ALLAH.”
Gambar sekadar hiasan.
Belum habis lagi pemuda itu berdoa, dengan kehendak ALLAH, tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya. Subhanallah!
Namun begitu, Nabi Musa begitu hairan dengan keadaan itu kerana baginda tidak nampak lelaki ahli maksiat itu keluar. Lalu, baginda berkata: “Ya ALLAH, pemuda yang buat maksiat tak keluar lagi, tetapi ENGKAU dah turunkan hujan.”
ALLAH berfirman: “Wahai Musa, kerana dia, AKU tak turunkan hujan. Kerana dia ahli maksiat, AKU tidak menerima doa kamu semua. Sekarang, kerana taubatnyalah, AKU turunkan rahmat-KU, kerana taubatnyalah, AKU perkenankan doa kamu semua. Dia telah bertaubat dan kerana itu AKU telah menurunkan hujan.”
Begitulah kebesaran ALLAH. Baginda memohon kepada ALLAH agar diperlihatkan pemuda berkenaan yang dilihat sangat hebat kerana turunnya rahmat ALLAH apabila dia bertaubat. Namun, ALLAH tidak mengizinkan-NYA.
Jelas kisah itu tersirat ibrah yang begitu besar. Dosa menjadi sebab kepada musibah. Maksiat menjadi punca doa tidak dimakbulkan. Sesungguhnya, taubat yang bersungguh-sungguh mengundang rahmat ALLAH SWT sehingga terhenti musibah kemarau tadi.
Keadaan ini hampir sama dengan apa yang kita alami kini. Seluruh dunia sedang ditimpa musibah dan ujian wabak Covid-19. Ambillah iktibar daripada kisah taubat si pemuda maksiat tadi.
Jangan disebabkan sikap kita seorang, seisi rumah kita tidak mendapat rahmat-NYA. Doa ahli-ahli keluarga kita di dalam rumah tidak ‘diangkat’ ke langit. Berubahlah untuk kebaikan bersama.
Ayuh kita bersama-sama istighfar dan tinggalkan dosa. Semoga ALLAH mengampunkan kita serta menurunkan rahmat kepada kita.
Sumber: Sinar Plus Via Facebook Syed Mohd Norhisyam al-Idrus
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Sebagai hambaNya kita perlu tunaikan Rukun Islam dan salah satunya adalah solat. Solat itu tiang agama dan kita wajib lakukannya tidak kira dalam ada jua situasi, lokasi asalkan saja sihat tubuh badan dan waras akal fikiran.
Biarpun kita berada di daratan, lautan atau udara suruhan Allah yang satu ini wajib kita laksanakan.
Seperti perkongsian Pendakwah Bebas Ebit Lew pagi tadi laman instagramnya di mana beliau dan keluarga yang dalam perjalanan ke negara matahari terbit tidak lupa menunaikan solat di dalam kapal terbang.
Menurutnya sebelum tidur beliau memberitahu pada pramugari bertugas untuk solat Subuh dan apabila masuk waktunya beliau telah dikejutkan.
Tanpa membuang masa beliau melaksanakan solat Subuh bersama isteri dan anak-anaknya yang dilayan secara baik oleh pramugari MAS yang bertugas.
Ternyata Pendakwah Bebas ini bersyukur kepada Allah dapat melaksanakan suruhanNya ini dan beliau memberitahu dirinya tenang dapat melakukan solat Subuh berkenaan.
Ustaz Ebit Lew juga turut mengingatkan warganet untuk mengingati Allah tidak kira di mana berada, dalam keadaan sihat, sakit, berdiri dan di mana sahaja dalam apa keadaan dan tempat.
Masa dalam flight Solat Subuh. Sebelum tidur saya kata pada pramugara nanti Subuh saya nak solat yer. Sekali masuk waktu solat Subuh pramugara datang dan kata ustaz dah boleh Subuh. Baiknya beliau ingatkan. Terima kaseh yer
Baik-baik semua pramugara mas ini melayan dan membantu saya, isteri, anak-anak saya solat. Terima kaseh yer. Syukur pada Allah. Dapat berkongsi nasihat dan kebaikan.
Rasa tenang bila dapat Subuh dan ingat Allah dimana sahaja. Dalam keadaan sihat, sakit, berdiri, duduk,dimana sahaja dalam apa keadaan dan tempat. Ya Allah terimalah semuanya jadi asbab hidayah dan kebaikan-ebitlew
Sangat mementingkan pendidikan agama kepada anak-anaknya.
Ternyta perkongsianya di waktu pagi ini sangat menyenangkan dan turut mendapat respon positif dari warganet. Masing-masing
Pada Sabtu lepas, Jepun dilanda gempa bumi berukuran 7.1 magnitud.
Gempa bumi itu menghasilkan gegaran kuat sepanjang pantai timur Jepun dan turut dirasai di Tokyo menurut laporan pihak berkuasa Amerika Syarikat dan Jepun.
Agensi meteorologi Jepun berkata, gempa bumi itu berlaku pada jam 11.08 malam waktu tempatan di kedalaman 60 kilometer (km) Laut Pasifik, tidak jauh dari Fukushima namun tiada amaran Tsunami dikeluarkan. Malah media tempatan melaporkan bekalan elektrik terputus sehingga menjejaskan ribuan kediaman di wilayah Tohoku dekat timur Jepun.
Diberitakan juga seramai 24 orang mengalami kecederaan lapor berita Kyodo.
Di sebalik berita gempa kuat melanda itu, viral satu video seorang pemuda tetap khusyuk solat saat gempa bumi itu terjadi. Hal ini dikongsikan dari rakaman video dari akaun twitter @dikurn.
Dalam rakaman berkenaan, terlihat botol bergoncang kuat sementara pemuda itu tetap kusyhuk menunaikan solat tanpa menghentikannya langsung. Dirinya tetap berdiri tanpa ada rasa khuatir untuk menghentikan solat atau melarikan diri.
Sementara kawannya tetap merakam video tersebut walau pungoncangan jelas kelihatan. Malah rakannya yang meraka sempat beristigfar mengucapkan astagfirullahaladzim beberapa kali.
Di video tular tu, dirinya menulis, “Japan gempa, bangunan anti gempa. Rasanya kayak main wahana digoyang-goyang.”
Atta Halilintar personaliti media sosial yang terkenal di Indonesia malah di Malaysia, meluahkan rasa syukur apabila membina masjid kelima tercapai.Masjid Suffah yang terletak di...