Sup yang diperbuat daripada bahagian testis lembu jantan ini dikatakan mempunyai khasiat sebagai afrodisiak ataupun khasiat kekuatan seksual untuk lelaki.
Disebabkan khasiat itu ramai yang cuba-cuba memakannya walaupun agak menjijikkan. Ada juga yang dari cuba-cuba akhirnya menu menjadi kegemaran. Walhal sebenarnya memakan zakar lembu ini adalah termasuk dalam kategori perbuatan makruh.
Sup torpedo ialah nama gelaran kepada sejenis sup yang menggunakan sebagai bahan asasnya batang pelir lembu jantan. Zakar lembu jantan termasuk bahagian yang halal dimakan namun makruh hukumnya jika dimakan kerana ia termasuk dalam kategori anggota yang menjijikkan.
Konsep makanan yang halal mestilah suci dan bersih daripada najis. Ini berdasarkan firman Allah SWT:
Maksudnya: “Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa-apa yang ada di bumi yang halal lagi baik”
Imam al-Thabari Rahimahullah menyatakan definisi toyyiban (baik) iaitu suci dan bersih dari najis dan halal.[2]
Haiwan yang halal dimakan, maka keseluruhan bahagian anggota haiwan tersebut halal dimakan. Hal ini bertepatan dengan kaedah fiqh :
التَّابِعِ تَابِعٌ
Ads
Maksudnya: “Sesuatu yang mengikut itu mengambil hukum yang asal.[3]
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa bahagian anggota haiwan yang statusnya halal namun makruh hukumnya untuk dimakan. Hadis yang diriwayatkan daripada Mujahid bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “ Baginda SAW tidak suka tujuh bahagian daripada kambing iaitu darah, pundi hempedu, zakar, dua testis, faraj betina , kelenjar, pundi kencing,
Ads
Riwayat al-Baihaqi
Imam al-Nawawi menilai riwayat Baihaqi tersebut dhaif, seterusnya beliau menukilkan pandangan daripada al-Khattabi yang menyatakan darah adalah haram menurut Ijma’ dan sebahagian anggota yang disebutkan dalam riwayat ini (pundi hempedu, zakar, dua testis, faraj betina, kelenjar, pundi kencing ) adalah makruh.[4]
Tujuh bahagian anggota tersebut tidak disukai kerana ia dianggap dijijik oleh citarasa manusia yang normal. Sementara makruh di sini membawa maksud makruh tahrim kerana enam bahagian haiwan dalam hadis tersebut (pundi hempedu, zakar, dua testis, faraj betina , kelenjar, pundi kencing).
Riwayat daripada Abu Hanifah juga, menyatakan enam bahagian anggota haiwan dalam hadis tersebut iaitu pundi hempedu, zakar, dua testis, faraj betina, kelenjar, pundi kencing adalah makruh kecuali darah yang telah sabit hukumnya haram.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Masuk sahaja ke surau atau bilik solat wanita pada hari ini, akan terlihatlah pelbagai jenis kain dan rekaan telekung yang digayakan oleh jemaah wanita. Ada yang berenda, kain jenis lycra, berwarna-warni dan bermacam lagi. Namun persoalan yang sering ditimbulkan ialah hukum solat orang yang memakai telekung yang kita anggap ‘berfesyen’ ini. Untuk itu, kita perlu melihat beberapa perkara.
Perkara pertama tentang pakaian solat adalah ia perlu menutup aurat secara sempurna. Antara ciri-ciri pakaian yang menutup aurat ketika solat adalah pakaian yang tidak memperlihatkan atau menggambarkan apa di sebalik kain yang menutupi tubuh. Bahkan seharusnya tidak memperlihatkan rupa bentuk atas sebab ketatnya pakaian itu atau jarang serta nipisnya pakaian tersebut sehingga boleh menampakkan warna kulit.
Maka pakaian yang menutup aurat seseorang itu haruslah menutupi keseluruhan tubuh (kecuali muka dan kedua tangan) dan tidak menampakkan anggota tubuh atau warna kulit atas sebab longgar mahupun nipisnya kain. Tidaklah longgar itu dimaksudkan dengan selonggar-longgarnya namun apa yang penting adalah tidak menjelaskan rupa bentuk tubuh terutama pada bahagian tertentu seperti dada dan lain-lain. Di samping, tidak dibolehkan juga memakai pakaian compang-camping (tidak sempurna) yang boleh menampakkan aurat.
Imam Nawawi turut menyatakan bahawa wajib untuk menutupi tubuh daripada penglihatan yang boleh melihat pada warna kulit. Tidak mencukupi hanya dengan kain yang menutup tubuh tetapi dapat pula dilihat warna kulit sama ada putih (cerah) atau hitam (gelap).
Begitu juga dengan pandangan dari Ibnu Qudamah, yang mengatakan wajib untuk menutup aurat dan jika disebabkan kain yang nipis itu menampakkan warna kulit di sebaliknya sama ada putih atau merah maka tidak harus untuk bersolat dengannya. Ini kerana ia tidak mencapai maksud asal tujuan menutup aurat itu.
Selain itu, Imam Saffarini al-Hanbali juga menyatakan di dalam Syarah Manzumah al-Adab bahawa makruh bagi lelaki dan wanita yang memakai pakaian yang menjelaskan warna kulit dan juga yang menampakkan saiz atau bentuk tubuh . Manakala, Imam Dusuqi al-Maliki di dalam hashiyahnya berpendapat bahawa pakaian seperti itu jelas makruh melainkan terdapat pakaian luar maka ia menjadi tidak makruh.
Maka melihatkan perkara-perkara ini, adalah sah solat orang yang memakai telekung berfesyen, selagi ia menutup aurat seseorang itu dengan sempurna.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Penulis yang juga aktivis kemanusiaan dari Amerika Syarikat (AS), Shaun King dan isterinya, Rai King telah memeluk agama Islam pada hari pertama Ramadan lalu.
Shaun yang cukup dikenali dengan kelantangannya berbicara tentang isu yang berlaku di Semenanjung Gaza telah melafaz syahadah bersama isterinya bersaksikan Imam Omar Suleiman.
Kisah Shaun memeluk Islam tersebar luas di seluruh dunia apabila Profesor Khaled Beydoun melakukan siaran langsung ketika sesi melafaz kalimah syahadah berlangsung di sebuah masjid di Texas.
“Saya tidak tahu bahawa saya akan berada di sini (Texas) hari ini tanpa penderitaan dan kesakitan dan trauma selama enam bulan lalu yang kita lihat di Gaza,” kata Shaun.
Selepas melafazkan syahadah dalam bahasa Inggeris dan bahasa Arab, Shaun dilihat menyerahkan mikrofon kepada isterinya yang tampil sopan mengenakan hijab rona hijau lumut dan berpakaian menutup aurat.
Selain lantang mengenai isu yang terjadi di Gaza, Shaun yang pernah menjadi paderi pada tahun 2008, turut terkenal dengan advokasinya dalam pergerakan Black Lives Matter (BLM).
Menerusi satu hantaran di Instagram, Rai berkongsi tentang bagaimana dia boleh terbuka hati untuk memeluk agama suci ALLAH itu bersama suaminya.
“Selepas membaca dan mengkaji untuk diri saya sendiri sejak beberapa tahun lalu, saya percaya dan yakin Islam adalah agama teragung,” ujarnya.
Shaun yang kini berusia 44 tahun berkahwin dengan Rai sejak 2001 dan mereka memiliki lima orang cahaya mata.
Saya berumur 32 tahun mempunyai masalah uban yang agak kritikal. Bolehkah saya mewarnakan rambut menggunakan inai/pewarna hitam. Ada sesetengah ustaz menasihati saya mewarna rambut saya warna merah (inai) tapi saya agak malu jika warna rambut saya berwarna merah.
JAWAPAN:
Perbuatan menghitamkan uban mengandungi unsur-unsur pemalsuan dan mengubah keadaan yang sebenar. Dengan celupan warna hitam, seseorang dewasa kelihatan seperti remaja, orang tua kelihatan muda kepada pandangan orang ramai. Hal ini menyebabkan sangkaan mereka berlainan daripada keadaan yang sebenar. Adapun warna yang lain tidaklah sampai ke tahap pengubahan, penipuan dan pemalsuan.
Inilah pendapat mazhab al-Syafie. Adapun di sisi mazhab Maliki, Hanafi dan Hanabilah, hukum mewarnakan rambut dengan warna hitam adalah makruh dan diharuskan semasa perang. Imam Abu Yusuf daripada Hanafiyyah mengharuskan secara mutlak. Rujuk al-Mausu`ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah (2/281).
Berkata Imam al-Syaukani:
“Sebahagian Jemaah (ulama salaf) mewarnakan rambut mereka dengan warna hitam. Diriwayatkan hal ini daripada (para sahabat seperti) Uthman (bin `Affan), al-Hasan dan al-Hussein anak-anak (Saidina) Ali, `Uqbah bin `Amir dan Ibn Sirin, Abi Burdah dan lain-lain.” Rujuk Nail al-Autar (2/281)
Prof. Dr Yusuf al-Qadhawi dalam karyanya al-Halal wa al-Haram fi al-Islam (hal. 117) menyebut:
“Manakala orang yang tidak setua Abu Quhafah tidak mengapa jiialau dia mewarnakan rambutnya dengan warna hitam. Dalam hal ini al-Zuhri (seorang Tabien) mengatakan: “Kami menginai rambut dengan warna hitam jiikalau wajah masih kelihatan muda. Apabila wajah sudah berkedut dan gigi sudah bergoyang kami meninggalkannya.”
Sekiranya seseorang ingin mewarnakan rambut, hendaklah dia mewarnakan rambut atau uban dengan warna apa pun selain warna hitam, atau warna dan gaya yang menyerupai syiar agama lain. Ini bagi meraikan mazhab al-Syafie yang merupakan mazhab yang diamalkan di Malaysia. Namun begitu, kami tidak mengingkari pendapat-pendapat lain yang memakruhkan bahkan mengharuskan pewarna hitam, khususnya jika tidak melibatkan penipuan.
Sumber: Laman Web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Dalam usaha mencapai khusyuk dalam solat, ada yang memilih untuk memejam mata semasa solat agar lebih fokus. Namun timbul persoalan, apakah hukum memejam mata...