Sejak semalam tular di media sosial sepucuk surat dari Kedutaan Arab Saudi Kuala Lumpur kepada pengendali syarikat pelancongan yang hanya membenarkan empat jenis vaksin diberi kebenaran memasuki negara tersebut untuk menunaikan umrah dan haji (untuk musim haji tahun hadapan). Walau surat itu tidak kelihatan tarikh ia dikeluarkan) namun ia dinyatakan tulen kerana Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri sudah mengulasnya dalam siaran berita Tv3 semalam.
Antara jenis vaksin yang diiktiraf adalah Pfizer Bontech, Moderna, Johnson dan AstraZeneca manakala penerima vaksin Sinovac tidak tersenarai dalam senarai dikeluarkan.
Jelas isu ini mendapat perhatian penerima-penerima vaksin jenis ini kerana melihat peluang untuk menunaikan haji dan umrah “tersekat” kerana mereka sendiri tidak mempunyai pilihan ketika menerima suntikan. Ia sesuatu yang sangat menegcewakan kerana ramai yang rindukan suasana damai di bumi barakah itu.
Dalam pada itu, Datuk Dr Zulkifli yang menyedari keresahan hati kalangan penerima vaksin tersebut dalam temuramah di TV3 memaklumkan Malaysia akan membuat rayuan kepada Kerajaan Arab Saudi berkaitan hal ini.
Jelasnya ketika berkunjung ke Arab Saudi pada Ramadan lalu, Kerajaan Arab Saudi hanya memberi kebenaran kepada dua jenis vaksin sahaja iaitu Pfizer dan AstraZeneca tetapi kini jumlah itu sudah naik kepada empat iaitu tambahan dua lagi jenis vaksin selepas merujuk kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia akan vaksin tersebut.
Diharap penerima vaksin jenis Sinovac tidak berasa risau kerana usaha sedang dibuat.
Ads
WEBINAR JODOH 💖: SUAMI KIRIMAN ILAHI
✨Jom Sis semua yang masih single terutamanya sejenis yang pemalu! Kita belajar ilmu menjemput jodoh💘
Ads
Dengan ilmu menjemput jodoh, Sis akan..
✅ Tak tertanya-tanya lagi “Dimana atau ada ke bakal imamku❓❓” 🤷🏽♀
Ads
✅ Jelas ✨ dan yakin 💪🏻 dengan langkah-langkah mudah ikhtiar mencari jodoh 💘 (Tip: Islam itu Mudah dan Indah)
✅ Akan dijauhi heartbreak 💔 dan lelaki yang tak serius 👻
Yang sudah berstatus ‘Dimiliki’, ambillah manfaat ilmu ini untuk memudahkan dan percepatkan lagi jodoh Sis 💞
Hari ini ramai memperakui kebebasan bersuara. Ia dianggap hak peribadi untuk melontarkan sesuatu yang “betul” pada pandangan mereka tetapi tidak barangkali tidak tepat bagi orang lain. Bagi mereka, itu hak mereka tanpa menyedari kesan buruk terjadi seperti perpecahan ummah hanya kerana apa dikongsikan itu menimbulkan perbalahan dalam masyarakat.
Malah Imam Al-Ghazali turut memperingatkan kita semua tentang bahaya tak menjaga lisan.
”Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah ia mengucapkan perkataan yang benar atau (lebih baik) diam.” (HR Bukhari dan Muslim)
Dalam kitabnya Ihya Ulumiddin, Imam Al-Ghazali, menyenaraikan 14 bahaya lidah yang harus kita fahami.
Pertamanya, sering mengucapkan perkataan tidak bermanfaat akan membuatkan hati kita keras.
Kedua, mereka yang banyak borak kosong maka akan banyak berbohong.
Ketiga, cakap kosong padahal ciri-ciri orang beriman (QS 23:3) adalah mereka yang sentiasa mengelak mengucapkan perkataan dan perbuatan tidak bermanfaat.
Keempat, boleh menyebabkan pertengkaran dan dendam kesumat.
Kelima, banyak cakap akan menimbulkan permusuhan antara kelompok dan golongan lain khususnya perpaduan ummah.
Keenam, mereka yang berbohong biasanya akan mengaku sebagai pakar dalam suatu bidang.
Ketujuh, ucapannya biasa mengundang hasutan dan cacian.
Kelapan, ucapan biasanya akan mengutuk seseorang atau satu golongan.
Kesembilan, ungkapan syair atau porno akan membangkitkan nafsu kebinatangan seseorang.
Kesepuluh, senda gurau dengan memperolok-olokkan orang lain. Rasulullah bersabda: ”Sesungguhnya mereka yang mentertawakan kawan-kawannya, akan dimasukkan ke dalam neraka, lebih jatuh dari bintang surya.”
Kesebelas, mengejek orang lain. Allah berfirman: ”Hai orang-orang yang beriman, janganlah suatu kaum merendahkan (metertawakan ) kaum yang lain. Boleh jadi (yang ditertawakan itu) lebih baik dari mereka (yang mentertawakan). Jangan pula sekelompok wanita mentertawakan kelompok wanita yang lain, boleh jadi (yang diperolok-olok itu) lebih baik dari mereka dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri dan janganlah kamu memanggil dengan gelaran yang buruk,” (QS 49: 11).
Kedua belas, membuka rahsia orang lain.
Ketiga belas, berjanji palsu.
Keempat belas, bersumpah palsu. Semua itu akan merosakkan nilai-nilai amanah. Rasulullah bersabda: ”Waspadalah terhadap pembohong! Sebab pembohong dan orang-orang yang dizalim sama-sama dalam neraka.” (HR Ibnu Majah)
Seorang sahabat pernah bertanya kepada Rasulullah: ”Apa penyebab terbesar orang masuk neraka?” Nabi menjawab: ”Kerana lidah dan kemaluannya.” (HR Turmudzi). Mudah-mudahan kita semua dapat mengawal diri.
WEBINAR JODOH 💖: SUAMI KIRIMAN ILAHI
✨Jom Sis semua yang masih single terutamanya sejenis yang pemalu! Kita belajar ilmu menjemput jodoh💘
Dengan ilmu menjemput jodoh, Sis akan..
✅ Tak tertanya-tanya lagi “Dimana atau ada ke bakal imamku❓❓” 🤷🏽♀
✅ Jelas ✨ dan yakin 💪🏻 dengan langkah-langkah mudah ikhtiar mencari jodoh 💘 (Tip: Islam itu Mudah dan Indah)
✅ Akan dijauhi heartbreak 💔 dan lelaki yang tak serius 👻
Yang sudah berstatus ‘Dimiliki’, ambillah manfaat ilmu ini untuk memudahkan dan percepatkan lagi jodoh Sis 💞
Setiap anak wajib memuliakan ibu bapa kerana Allah SWT meletakkan darjat kedua-dua ibu bapa sangat istimewa dalam kehidupan seorang anak. Ibu bapa merupakan insan yang telah menjaga dan membesarkan anak-anak dengan pelbagai karenah tanpa mengeluh penat dan lelah.
Namun di saat umur mereka semakin lanjut, ada kalanya ibu bapa diuji dengan keuzuran. Bagi yang biasa menjaga ibu bapa uzur akan faham betapa “lelahnya” melayan karenah itu tapi bagi yang tidak pernah menjaga orang sakit tambah-tambah lagi yang sudah nyanyuk dan uzur, hanya akan tahu melontarkan pertanyaan tanpa sedar ia menyakiti empunya diri.
Dalam satu perkongsian di Tik Tok@syedlagend1980 atau nama sebenarnya Syed Mohd Rafee bin Syed Ali tanpa segan menangis semasa berkongsi bahawa selepas menerima terlalu banyak pertanyaan dan barangkali kecaman, dirinya berjanji tidak akan membuat apa-apa lagi posting mengenai keuzuran ibunya.
Dalam video dimuatnaik di Tik Toknya @Syedlagend, menjelaskan dia menyedari mungkin ramai yang tidak senang dengan tindakannya yang tidak memakaikan ibunya lampin pakai buang selain mengakui penat membasuh baju-baju dipenuhi najis selain pernah meluahkan dirinya agak tidak sabar menjaga ibunya yang sedang uzur.
Meminta maaf banyak-banyak kerana berkongsi video ibunya terbaring uzur, @syedlagend menjelaskan sama ada dia memakaikan ibunya lampin pakai buang atau lapik plastik, ibunya sendiri akan membuang kesemuanya kembali kerana telah nyanyuk.
Katanya lagi, selama ini dirinya tidak pernah mengeluh, tak bercakap apa pun saat diuji menjaga ibunya yang sudah uzur itu.
Mengakui menjaga ibunya sepenuh masa sejak abahnya meninggal dunia tujuh tahun lalu @syedlagend menjelaskan diriya perlu kuat. Malah dia bertanggungjawab menjaga ibunya sepenuh masa serta berbakti kepada ibunya kerana itulah syurganya. Malah dia perlu sentiasa menukar baju ibunya selain perlu mengemop bilik yang biasanya berbau kencing dan najis saban hari.
Namun tindakannya berkongsi video-video berkenaan menerima pelbagai pertanyaan hingga satu ketika, dalam satu video lain yang dimuat naik beberapa jam selepas dirinya menangis itu @syedlagend berkongsi dia bukan penat atas tanggungjawabnya (menjaga ibunya) tapi penat dengan karenah manusia yang pandai menghukum tanpa memahami keadaan dirinya.
Semoga dirinya diberi kekuatan untuk terus menjaga ibunya yang sedang uzur itu dan semoga Allah mengangkat segala kesakitan ibunya dan diganti dengan lebih baik.
WEBINAR JODOH 💖: SUAMI KIRIMAN ILAHI
✨Jom Sis semua yang masih single terutamanya sejenis yang pemalu! Kita belajar ilmu menjemput jodoh💘
Dengan ilmu menjemput jodoh, Sis akan..
✅ Tak tertanya-tanya lagi “Dimana atau ada ke bakal imamku❓❓” 🤷🏽♀
✅ Jelas ✨ dan yakin 💪🏻 dengan langkah-langkah mudah ikhtiar mencari jodoh 💘 (Tip: Islam itu Mudah dan Indah)
✅ Akan dijauhi heartbreak 💔 dan lelaki yang tak serius 👻
Yang sudah berstatus ‘Dimiliki’, ambillah manfaat ilmu ini untuk memudahkan dan percepatkan lagi jodoh Sis 💞
Wabak Covid-19 yang mengakibatkan ramai ahli keluarga kehilangan orang disayangi terus mengganas tanpa mengira usia. Dari usia sekecilnya hinggalah ke warga emas, saban hari berita mengenai kematian ini dipaparkan di media sosial.
Terkini, sepasang suami isteri warga emas, Ramli Awang 83 dan isterinya, Salmah Shariff, 75 disahkan meninggal selang sehari. Bagaikan menepati janji dibuat, pasangan ini dijemput Ilalhi selang sehari.
“Ibu dan ayah pernah berjanji sehidup semati. Selepas dijangkiti COVID-19, Allah jemput mereka selang 24 jam sahaja dan kami adik beradik reda dengan pemergian kedua-duanya,” kata Zuriyani Ramli, 42.
Dia yang masih dirawat di Hospital Sik akibat positif COVID-19, berkata ibunya, Salmah Shariff, 75, meninggal dunia pada jam 11.50 malam Jumaat lalu, selepas dimasukkan ke wad pada jam 11 malam hari sama. Manakala ayahnya, Ramli Awang, 83, menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di hospital sama pada jam 12 tengah malam kelmarin.
Zuriyani berkata, dia sempat membacakan surah Yasin dan mengajar ayahnya mengucap dua kalimah syahadah kerana mereka berdua dirawat di wad yang sama.
“Sebelum dimasukkan ke wad, saya sudah seminggu demam dan batuk, namun demam sudah kebah dan saya ke hospital untuk mengambil ubat batuk pada Jumaat lalu. Namun doktor meminta saya melakukan ujian saringan dan disahkan positif COVID-19.
“Saya kemudian meminta adik menghubungi ambulans bagi mengambil ibu dan ayah ke hospital kerana mereka menjadi kontak rapat di rumah. Keadaan ayah agak tenat kerana dia menghidap strok sejak beberapa tahun lalu, dan kerap demam.
“Ibu pula tidak demam kecuali batuk dan letih, namun selepeas disahkan positifCOVID-19, keadaan ibu menjadi tidak stabil dan meninggal di Jabatan Kecemasan Hospital Sik,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Anak keempat daripada sembilan beradik itu, berkata dia menjaga ayahnya di rumahnya di Kampung Kota Bukit, Jeneri, sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, manakala ibunya pada awal PKP.
Katanya, sebelum ini, kedua-dua mereka tinggal bersama adik lelakinya Rozainal, 31, yang masih bujang di rumah keluarga di Kampung Batu 9, Jalan Jeniang, dekat sini.
“Bayangkan pada malam pertama saya di wad, saya menerima berita kematian ibu, manakala ayah pula berada dalam keadaan tenat, hanya air mata yang menemani saya selepas tidak dapat melihat dan mengucup dahi ibu buat kali terakhir.”Saya hanya fikir perlu kuat kerana masih ada ayah di wad, saya pergi menjenguknya dan membaca Yasin, namun pada tengah malam semalam, ayah pula pergi selamanya di hadapan saya,” kata ibu kepada lima anak ini.
Zuriyani berkata, sebelum pemergian ibu dan ayahnya, mereka selalu menyebut untuk menyambut Aidiladha bersama anak dan cucu beramai-ramai.
“Namun Allah lebih sayangkan mereka, ibu ayah adalah pasangan yang sangat bahagia dan menjadi contoh kepada anak, mereka selalu beri nasihat agar kami tidak tinggal solat.
“Kini tiada lagi kata nasihat mereka dan jenazah ibu dan ayah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Batu 9 petang semalam,” katanya dalam nada sebak.
Zuriyani memberitahu, dia tidak tahu bagaimana dirinya boleh dijangkiti COVID-19 berikutan hanya berada di rumah menguruskan rumah tangga dan menjaga orang tuanya. “Kelima-lima anak berusia antara enam hingga 20 tahun bersama suami Rasyidi Yaacob, 43, kini sedang dikuarantin di rumah manakala adik beradik saya turut difahamkan akan menjalani ujian saringan COVID-19 hari ini.
“Keadaan saya pula beransur pulih dan tidak mengalami demam lagi kecuali hanya mengalami batuk lagi,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Dr Othman Warijo, ketika dihubungi memaklumkan pasangan suami isteri itu dibawa ke Jabatan Kecemasan Hospital Sikpada Jumaat lalu, dengan gejala jangkitan salur pernafasan dan disahkan COVID-19.
Katanya, kematian pasangan itu adalah disebabkan masalah pneumonia akibat dijangkiti virus COVID-19. Sumber : Berita Harian
WEBINAR JODOH 💖: SUAMI KIRIMAN ILAHI
✨Jom Sis semua yang masih single terutamanya sejenis yang pemalu! Kita belajar ilmu menjemput jodoh💘
Dengan ilmu menjemput jodoh, Sis akan..
✅ Tak tertanya-tanya lagi “Dimana atau ada ke bakal imamku❓❓” 🤷🏽♀
✅ Jelas ✨ dan yakin 💪🏻 dengan langkah-langkah mudah ikhtiar mencari jodoh 💘 (Tip: Islam itu Mudah dan Indah)
✅ Akan dijauhi heartbreak 💔 dan lelaki yang tak serius 👻
Yang sudah berstatus ‘Dimiliki’, ambillah manfaat ilmu ini untuk memudahkan dan percepatkan lagi jodoh Sis 💞
Kekayaan bukan sekadar harta dunia, tetapi amanah daripada Allah yang perlu diurus dengan adil, penuh kasih sayang dan berlandaskan iman. Demikian antara perkara bakal...