“Kehidupan Mereka Sangat ‘Humble’ & Islami “- Rahsia Kejayaan Gadis Yang Raih 7 Kali Anugerah Diraja

Share

Sebaik kaki melangkah ke menara gading, pastilah kita akan menanam tekad serta azam untuk berjaya menghabiskan pengajian dengan keputusan cemerlang.

Bukan senang untuk mendapatkan keputusan cemerlang dan jika memperoleh sekali atau dua kali sudah memadai.

Namun gadis manis ini sangat istimewa. Nur Athirah Rushami Zien, 23 tahun telah memperoleh bukan sekali dua tetapi sehingga tujuh kali  PMK 3.99 (4flat) dalam setiap keputusan akhir pengajiannya.

Dia yang memulakan pengajian di Universiti Utara Malaysia sebagai pelajar angkatan pertama Program Asasi Pengurusan UUM pada 2014 dan kemudiannya meneruskan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Falsafah, Undang-Undang dan Perniagaan.

Malah lebih membanggakan Nur Athirah juga telah mendapat Anugerah Dekan pada setiap semestar pengajiannya.

Dalam satu artikel di Harian Metro Nur Athirah berkata, dia tidak mempunyai resipi kejayaan yang luar biasa kecuali sentiasa fokus ketika kuliah.

Kredit Foto: Harian Metro

Katanya, biarpun program pengajian yang diikutinya baru diperkenalkan, namun dia sentiasa gigih untuk cemerlang setiap semester meskipun sibuk dengan aktiviti kokurikulum.

“Ia kursus baharu, sukar juga buat saya. Apatah lagi, hanya 13 orang mengikuti kursus ini.

“Syukur, dengan kerjasama baik daripada rakan sekelas serta pensyarah, segalanya dipermudahkan,” katanya yang berasal dari Perlis ini.

Dalam video yang tural sejak kelmarin yang dimuat naik di laman sosial twitter ini memaparkan kisahnya yang mendapat 4flat telah mendapat perhatian ramai termasuk pelakon serta pengacara popular, Neelofa.

Menerusi kapsyen yang dimuat naik oleh pengacara terkenal itu di laman twitternya, Neelofa mengucapkan tahniah berhasrat untuk meraikan kejayaan yang diperolehi graduan daripada UUM kerana telah benar-benar memberi inspirasi.

Justeru itu, dia meminta warga Twitter untuk membantunya dengan memberi tanda tag bagi akaun Twitter gadis berkenaan di rungan komen.

Warganet juga melalui retweet dari Neelofa juga turut meningggalkan komen yang sangat positif.

Kehidupan mereka sekeluarga sangat ‘humble’ dan Islami

Seorang gadis yang sangat bersopan santun

Pelajar terbaik dalam Jurusan Perniagaan, UUM

Sama sekolah dengan kakaknya yang juga kini seorang doktor

Meremang bulu roma, moga terus berjaya dunia akhirat

 

IKLAN