Sebagai isteri dan ibu kepada sebuah rumahtangga, pastinya kita lelah dalam menguruskan segalanya.
Apatah lagi jika wanita itu seorang yang bekerja, keletihan jadi berganda sebaik pulang ke rumah setelah selasai urusan di pejabat.
Bukan saja menguruskan keperluan keluarga dan dalam masa sama memenuhi tuntutan batin suami.
Ads
Jika mempunyak seorang dua anak, keletihan tidak terasa. Akan tetapi jika lebih dari itu pastinya lelah sebelum mampu berehat selepas itu.
Jangan anggap sebagai beban.
Namun sebenarnya perlu diingat, itulah tanggungjawab sebagai ibu. Kita tidak boleh mengeluh menjaga rezeki pemberian Tuhan ini.
Ads
Walau berapa bilangannya, terima dengan senang hati dan bersyukurlah dengan segala nikmat yang ada.
Ketahuilah kehadiran anak yang ramai bukan beban sebaliknya pembawa rezeki yang kita tidak nampak.
Ads
Malah kehadiran anak-anak yang soleh dan solehah ini akan mendoakan kita apabila sudah tiada kelak.
Ayuh, dengarkan perkongsian pengguna laman sosial Najmi Nawawi di Facebook ini tentang rezeki anak-anak.
Kita dapat beli kereta. Boleh jadi ia rezeki anak-anak. Kita dapat beli rumah. Boleh jadi ia rezeki anak-anak. Kita dapat naik gaji. Boleh jadi ia rezeki anak-anak. Kita dapat makan cukup. Boleh jadi ia rezeki anak-anak.
Kita dapat kerja baik. Boleh jadi ia rezeki anak-anak. Kita dapat bonus. Boleh jadi ia rezeki anak-anak. Kita dapat networking luas. Boleh jadi ia rezeki anak-anak. Kita dapat naik pangkat. Boleh jadi ia rezeki anak-anak.
Kita hidup bahagia. Boleh jadi ia rezeki anak-anak. Kita banyak masa lapang. Boleh jadi ia rezeki anak-anak. Kita tidak dibeban hutang. Boleh jadi ia rezeki anak-anak. Kita tidak putus duit. Boleh jadi ia rezeki anak-anak.
Anak adalah rezeki.
Hakikatnya kita yang sebenarnya menumpang rezeki anak-anak. Bukan anak-anak yang menumpang rezeki kita.
Semuanya boleh jadi rezeki anak-anak yang datang melalui kita.
p/s : Jangan sesekali anggap anak-anak dan pasangan sebagai beban. Mereka inilah pembawa rezeki yang sebenar-benarnya.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Meraikan tetamu tidak kiralah daripada kalangan ahli keluarga sendiri, rakan atau jiran sangat dianjurkan dalam Islam. Aktiviti itu dapat mengeratkan tali silaturrahum dan ukhuwah.
Bagaimanapun, sebagai orang yang nak bertandang, kita pun tidak boleh lah datang tanpa memaklumkan tuan rumah terlebih awal atau dalam bahasa mudahnya, sesuka hati sahaja nak datang bertamu, terus terjah!
Bukan tak boleh datang, tetapi kena lah ada ‘SOP’nya juga. Kita inginkan satu pertemuan yang disenangi kedua-dua pihak; baik tetamu dan tuan rumah. Takut-takut ada yang tak selesa dan hubungan bertukar dingin. Bukan tak tahu, cuma kita terlupa bahawa sebenarnya dalam Islam ada adab bertamu yang perlu kita amalkan.
Kalau dulu tak buat, sekarang ni kena lah buat sebagaimana saranan berikut:
Adakah yang bertamu memasang niat buruk? Jika ada, hentikanlah perangai hodoh itu ya. Kita nak datang ke tempat orang kena bawa aura positif. Niat dan tujuan perlu baik; bagi menyambung silaturrahim dan ukkhuwah. Kalau niat nak bergosip atau mengumpat, maka batalkan sahaja hasrat itu.
Adab ini bukan bermaksud supaya kita perlu membeli pakaian mahal dan baharu. Bukan juga bermaksud kita wajib berdandan untuk kelihatan tampan atau mantap. Cukup sekadar penampilan diri enak dipandang mata.
Ertinya:Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat. (QS al-A’raaf : 26)
Kita kena pilih waktu tepat untuk berkunjung, kerana perlu juga fikirkan masa-masa aurat tuan rumah dan situasi mereka. Waktu aurat yang tidak digalakkan dalam Islam untuk bertamu ialah pada waktu tengah malam, subuh dan saat istirahat.
Selain itu, pastikan tuan rumah tidak ada aktiviti bersama keluarga atau saat yang tidak mengizinkan mereka terima kita sebagai tetamu. Untuk mudah, hubungi tuan rumah lebih awal untuk temujanji, itu lebih baik dan terancang.
Apabila telah sampai, jangan terus terjah masuk ke rumah tuan rumah. Sila beri salam, mengetuk pintu atau menekan loceng kediaman.
Rasulullah saw bersabda; “Apabila seorang bertamu lalu minta izin (mengetuk pintu atau mengucapkan salam) sampai tiga kali dan tidak ditemui (tidak dibukakan pintu), maka hendaklah dia pulang.” (HR Bukhari)
Ketika bertamu, bersalaman atau berjabat tanganlah dengan tuan rumah yang sesama perempuan atau sesama lelaki untuk menunjukkan hormat dan mengerat tali silaturrahim.
Hal ini sesuai dengan anjuran Nabi saw dalam sebuah hadis yang ertinya: “Apabila kamu saling jumpa, maka saling mengucapkan salam dan bersalam- salaman, bila saling berpisah, maka berpisahlah dengan ucapan istighfar”. (HR At Tahawi).
Ikhtilat atau fitnah akan terjadi saat seorang lelaki bersama dengan seorang wanita yang bukan mahramnya.
Jika ingin berkunjung sekalipun, pastikan di rumah tersebut ada ayahnya atau suaminya atau seorang lelaki dewasanya untuk menghindari ikhtilat dan ‘fitnah’. Kerana ikhtilat adalah perkara yang mendekatkan kita kepada zina dan maksiat.
Ertinya:Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk. (QS al-isra’ : 32)
Jaga pertuturan kita ketika bercakap sebagai tanda kita menghormati dan menyenangkan hati tuan rumah.
Selain itu bersikap sopan santun ini akan menghindarkan kita dari perbuatan yang dapat menyinggung atau menyakiti hati tuan rumah.
Ramai yang suka duduk lama ‘lepak’ di rumah tuan rumah. Ingat ya, selain memerhatikan waktu kunjungan, tempoh masa kunjungan juga harus diperhatikan. Kita kena letakkan diri kita sebagai tuan rumah juga.
Jika terlalu lama kita bertamu, ia akan menyebabkan tuan rumah tidak selesa. Ya, mungkin kita nampak seperti tak ada apa-apa, tetapi cara kita itu akan membebani tuan rumah juga.
Rasulullah SAW pernah bersabda: “Masa bertamu adalah tiga hari dan sesudah itu sedekah. Tidak halal bagi tetamu tinggal lebih lama sehingga menyakiti hati tuan rumah”. (HR Baihaqi).
Setelah mengetuk pintu, berdiri lah ke sisi kiri atau kanan pintu, bukannya tegak betul-betul di hadapannya, dan sabar menanti pintu dibuka. Perkara ini bagi memberi ruang tuan rumah mempersiapkan diri.
Rasulullah SAW dalam sebuah hadis ada diriwayatkan;
Adalah Rasulullah SAW jika mendatangi suatu pintu dan akan meminta izin, baginda tidak menghadap depan pintu. Akan tetapi, baginda berada di sebelah kiri atau kanannya. Jika diizinkan , baginda baru masuk, jika tidak baginda pun akan beredar.” (HR Bukhari)
Apabila nak bertamu, kita perlu buat cara sebagai tetamu yang terhormat. Mata tidak perlu melilau ke sana sini atau sibuk mengintip melalui tingkap atau pintu gelangsar.
Tahukah kita bahawa tuan rumah berhak mencungkil mata tetamu berbuat perkara buruk ini?
“Andaikan ada orang melihatmu di rumah tanpa izin, engkau lemparkannya dengan batu kecil lalu cungkil matanya, maka tidak ada dosa bagimu.” (HR Bukhari Kitabul Isti’dzan)
Sila jaga tatatertib saat berada di rumah orang. Setelah diizinkan masuk, duduklah di tempat yang telah disediakan dan dipersilakan oleh tuan rumah.
Ketika tuan rumah bertanyakan khabar serta mengajukan persoalan lain, jawablah dengan jelas, tersusun kata dan sopan.
Jangan menjawab soalan yang membingungkan tuan rumah kerana cara itu sangat menyakitkan hati. Lain yang ditanya, lain yang dijawab!
Tunjukkan kita sebagai tetamu yang berakhlak baik. Sepanjang bertamu, tunjukkanlah wajah ceria dan manis. Lemparkan senyuman kerana ia amat menyenangkan hati tuan rumah.
Setelah tuan rumah menjawab salam dan mempersilakan kita masuk, menjamu kita dengan hidangan lazat dan banyak, hendaklah kita membalasnya dengan doa kebaikan.
Di antara doa yang diajar oleh Rasulullah SAW ialah:
“Ya Allah ampuni dosa mereka dan kasihanilah mereka serta berkatilah rezeki mereka”
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
‘Dah menyesal, tapi ulang buat maksiat.’ Sengaja permainkan agama atau taubat kita tidak diterima Allah kerana walaupun telah bertaubat tapi tetap mengulangi perbuatan maksiat.
Taubat yang berasal daripada perkataan bahasa Arab membawa maksud kembali. Seseorang dikatakan kembali atau bertaubat apabila dia menjauhi segala perbuatan dosa.
Ini bermakna, kembali kepada Allah SWT dengan melepaskan seluruh hubungan hati dengan dosa, kemudian kembali mengerjakan kewajipannya kepada Allah SWT.
Menurut syariat pula, taubat bermaksud meninggalkan seluruh perbuatan dosa dan menyesali semua perbuatan maksiat yang telah dikerjakannya kerana Allah SWT.
Kemudian berusaha untuk tidak mengulanginya bila-bila dan di mana saja, walaupun dia mampu dan tahu akan kemungkinan untuk mengulanginya.
Namun begitu, ada di kalangan kita yang sudah bertaubat namun kembali berbuat dosa. Apakah yang menjadi punca perkara ini berlaku.
Kongsi Husna Ghani, pernah tak kita buat maksiat, kemudian kita taubat. Tidak lama kemudian, kita ulang lagi maksiat itu dan kita taubat lagi.
Adakah kita sedang permainkan agama dan adakah taubat kita tak akan diterima, jawapannya tak.
Kita ni manusia biasa, iman kita turun dan naik. Masa iman kita turun, segala jenis maksiat kita pulun dan Maha Baiknya Allah, pintu taubat-Nya sentiasa terbuka untuk hamba-Nya.
Ada satu kisah tentang seorang lelaki, dia telah bunuh 99 orang kemudian dia hendak taubat, dia pergi menemui seorang rahib dan dia bertanya,
“Aku telah bunuh 99 orang, layakkan aku bertaubat? Maka jawab rahib tadi. “Tidak.’ Maka dibunuh rahib itu.
Kemudian, dia ingin bertaubat lagi. Maka dia pergi bertemu dengan seorang alim yang soleh dan dia tanya, “Aku sudah bunuh 100 orang, layakkah aku untuk bertaubat?’
Maka jawab alim tadi, ‘Tiada apa yang boleh menghalang kamu untuk bertaubat!’ – HR Muslim.
Subhanallah daripada kisah ini, kita boleh ambil iktibar . Walaupun dosa kita setinggi gunung, walaupun maksiat yang kita buat sebesar lautan tapi percayalah.
Taubat Allah lebih luas daripada itu. Jadi jangan pernah malu untuk sentiasa bertaubat walaupun kita ini orang yang banyak dosa.
Kashoorga : Pintu taubat sentiasa terbuka untuk hamba-Nya.
‘Tak terfikir nak berubah, ia datang tiba-tiba.’ Zila Bakarin kongsi rasa lebih selamat selepas berhijab. Benarlah bila hidayah itu datang, kita sendiri tidak menyedarinya.
Malah menurut empunya dirinya, segalanya datang secara tiba-tiba. Mungkin setiap orang berbeza mendapat hidayah daripada Allah SWT, paling penting Dia akan beri tepat pada waktunya.
Pelakon yang pernah dikenali dengan imej seksi, Zila Bakarin kini lalui kehidupan lebih tenang dan selamat selepas mengambil keputusan untuk berhijrah ke arah yang lebih baik sejak 2020.
Berkongsi tentang penghijrahannya menerusi video di TikTok, jelas Zila dirinya terdetik untuk menutup aurat sepenuhnya selepas berlaku satu kejadian ketika mahu mengambil anaknya pulang dari sekolah.
“Saya rasa sekarang ini, saya rasa lagi tenang, rasa macam ‘kenapa aku tak macam ini dulu’. Saya rasa lebih selamat, kejadian itu pada hari yang esoknya nak ambil anak sekolah.
“dulu Saya ini terkenal dengan pakaian saya, dengan rambut. Tak pernah ada dalam almari itu pakaian bertutup, demi ALLAH. Sehinggakan esok nak ambil anak sekolah, saya rasa keluar tak ada seurat benang pun.
“Saya rasa macam ‘eh aku pakai baju ini kenapa macam sejuk saja, macam takut je’, betul, saya takut, rasa macam tak selamat. Keluar masuk rumah rasa gelisah, saya ambil tudung dan pakai, baru rasa selamat,” ujarnya.
Dalam pada itu, pemilik nama sebenar Rosmawati Bakarin itu turut mengakui perubahan itu berlaku secara spontan dan bukan paksaan daripada diri sendiri atau mana-mana pihak.
“Ibaratnya saya hari ini adalah Zila Bakarin dulu. Esoknya itu saya ambil tudung dan pakai, pelik kan, sebenarnya saya pun tak tahu. Benda itu tiba-tiba saja berlaku.
“Benda itu berlaku dengan saya tak terfikir pun tentang lepas ini tak ada job, orang ini tak suka, saya tak pernah fikir dan saya fikir ‘oh aku nak berubah, nak berhijab, aku nak ubah semua yang dulu aku pernah buat, tak nak jadi macam dulu’.
“Dan terus la benda itu jadi macam itu saja. Tak ada perkara atau benda yang boleh membuatkan saya ‘oh kalau benda ini, aku nak pakai tudung’, tidak. Benda itu datang sendiri,” jelasnya.
Hong Leong Islamic Bank memperkenalkan halatuju baharu berasaskan prinsip Syariah, memfokuskan pengurusan kekayaan holistik dan nilai berteraskan amanah. Ketahui lima tonggak utama dan inisiatif terkini HLISB.