Pintu taubat sentiasa terbuka untuk hamba-Nya.

‘Dah menyesal, tapi ulang buat maksiat.’ Sengaja permainkan agama atau taubat kita tidak diterima Allah kerana walaupun telah bertaubat tapi tetap mengulangi perbuatan maksiat.

Taubat yang berasal daripada perkataan bahasa Arab membawa maksud kembali. Seseorang dikatakan kembali atau bertaubat apabila dia menjauhi segala perbuatan dosa.

Artikel Berkaitan: ‘Tanda Kecil Terlalu Banyak, Segeralah Bertaubat.’ Keringnya Sungai Furat, Petanda Hari Kiamat Sudah Dekat

Dah Menyesal

Ini bermakna, kembali kepada Allah SWT dengan melepaskan seluruh hubungan hati dengan dosa, kemudian kembali mengerjakan kewajipannya kepada Allah SWT.

Menurut syariat pula, taubat bermaksud meninggalkan seluruh perbuatan dosa dan menyesali semua perbuatan maksiat yang telah dikerjakannya kerana Allah SWT.

Kemudian berusaha untuk tidak mengulanginya bila-bila dan di mana saja, walaupun dia mampu dan tahu akan kemungkinan untuk mengulanginya.

Tapi Ulang Buat Maksiat

Namun begitu, ada di kalangan kita yang sudah bertaubat namun kembali berbuat dosa. Apakah yang menjadi punca perkara ini berlaku.

IKLAN

Kongsi Husna Ghani, pernah tak kita buat maksiat, kemudian kita taubat. Tidak lama kemudian, kita ulang lagi maksiat itu dan kita taubat lagi.

Adakah kita sedang permainkan agama dan adakah taubat kita tak akan diterima, jawapannya tak.

Kita ni manusia biasa, iman kita turun dan naik. Masa iman kita turun, segala jenis maksiat kita pulun dan Maha Baiknya Allah, pintu taubat-Nya sentiasa terbuka untuk hamba-Nya.

Sengaja Permainkan Agama

Ada satu kisah tentang seorang lelaki, dia telah bunuh 99 orang kemudian dia hendak taubat, dia pergi menemui seorang rahib dan dia bertanya,

IKLAN

“Aku telah bunuh 99 orang, layakkan aku bertaubat? Maka jawab rahib tadi. “Tidak.’ Maka dibunuh rahib itu.

Kemudian, dia ingin bertaubat lagi. Maka dia pergi bertemu dengan seorang alim yang soleh dan dia tanya, “Aku sudah bunuh 100 orang, layakkah aku untuk bertaubat?’

Maka jawab alim tadi, ‘Tiada apa yang boleh menghalang kamu untuk bertaubat!’ – HR Muslim.

Baca Di Sini:

IKLAN

Taubat Diterima Allah, Ini Tanda-Tandanya

‘Tak Boleh Tengok Orang Hidup Senang.’ Jangan Jadi Manusia Busuk Hati, Banyakkan Istighfar & Bertaubat

Atau Taubat Kita Tidak Diterima

Subhanallah daripada kisah ini, kita boleh ambil iktibar . Walaupun dosa kita setinggi gunung, walaupun maksiat yang kita buat sebesar lautan tapi percayalah.

Taubat Allah lebih luas daripada itu. Jadi jangan pernah malu untuk sentiasa bertaubat walaupun kita ini orang yang banyak dosa.

Kashoorga : Pintu taubat sentiasa terbuka untuk hamba-Nya.

Sumber : Instagram Husna Ghani

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI