Nak kahwin tapi duit tak cukup lagi. Alahai. Susah juga ya. Tidak dapat dinafikan antara halangan utama untuk mendirikan rumah tangga ialah masalah kewangan.
Oleh itu jika merancang untuk mendirikan rumah tangga, adalah lebih baik jika tabungan dimulakan seawal mungkin.
Ia bagi memudahkan anda untuk merancang majlis perkahwinan serta menyusun kehidupan selepas berumah tangga.
Berikut perkongsian daripada Harith Faisal ini.
Assalamualaikum En. Harith Faisal. Maaf mengganggu dengan mesej saya ni. Kalau ada masa bolehlah reply. Saya sekarang tengah buntu. Sebenarnya saya dan pasangan bakal berkahwin. InshaAllah tahun depan.
Pasangan sekarang tengah kumpul duit untuk majlis dan hantaran. Masalahnya kitorang tak rasa duit simpnan boleh cukup sampai tarikh majlis nanti. So, dia ada cakap nak buat pinjaman bank untuk persediaan nanti.
Kami memang kurang ilmu nak buat pinjaman peribadi ni. Pendapat Encik HF macam mana? Maksudnya boleh ke kalau kami teruskn rancangan ni atau kami cuba alternatif lain. Sebab memang dah dekat sangat ni dengan majlisnya iaitu bulan Februari tahun depan.
Kami perlukan RM20,000 untuk majlis nanti. Sekarang kami hanya ada RM5,000. Saya boleh saving RM500 sebulan. Bakal suami saya ada juga saving setiap bulan. Tapi sikitlah. Sebab komitmen dia tinggi.
IKLAN
Kami pun silap juga sebab tak rancang kewangan awal-awal lagi. Itu sahaja soalan saya. Just minta pendapat En HF. Terima kasih banyak. Semoga Allah merahmati En HF sekeluarga. – Cik NH
NAK KAHWIN TAHUN DEPAN. TAPI TAK CUKUP DUIT LAGI? JOM BACA NI. LELAKI PALING SUKA POIN NOMBOR 3.
1. Buatlah tabung kahwin walaupun belum ada calonnya. Dengan harapan, bila muncul saja putera idaman atau puteri kayangan, boleh terus kahwin selepas berkenalan.
2. Terlalu ramai yang menyesal sebab tak buat tabung kahwin awal-awal. Ambil iktibar, jangan ulangi kesilapan mereka. Pelik sungguh kalau couple sampai 10 tahun, tapi tabung kahwin RM5,000 pun tak pernah wujud. Contoh.
3. Lelaki atau perempuan, dua-dua kena mulakannya sekarang. Kalau majlis yang anda rancang perlukan RM20,000, setiap seorang kena sediakan RM10,000. Berani? Ajak pasangan baca posting ni sama-sama. Lagi seronok, ajak mertua sekali.
4. Barulah adil, saksama dan sekufu. Dua-dua bijak merancang kewangan. Yang lelaki kumpul duit kahwin untuk membuktikan yang dia mampu dan kuat berusaha. Lepas kahwin nak jadi ketua keluarga kan.
IKLAN
5. Yang perempuan, untuk buktikan yang dia sudi susah senang bersama lelaki tu. Ini kalau sebelum kahwin pun sanggup tengok lelaki bergolok gadai seorang diri, macam mana pula selepas kahwin nanti.
6. Kalau kita terpaksa ambil pembiayaan peribadi untuk beli sesuatu, sebenarnya kita belum mampu memilikinya. Apatah lagi tujuannya untuk berkahwin. Berkahwinlah guna mana-mana duit yang ada saja.
7. Sebelum kahwin kita dah kata yang komitmen kita tinggi, dan tak mampu buat simpanan. Jangan ingat lepas kahwin hidup akan jadi lebih mudah. Baru sebulan kahwin, isteri dah start morning sickness. Faham-fahamlah.
8. Jika sebelum kahwin tak mampu menyimpan RM500 sebulan, jangan pula ambil pembiayaan peribadi dengan ansuran bulanan RM500. Senak nak bayar nanti. Lupakanlah pembiayaan peribadi tu.
IKLAN
9. Jenis yang lepas kahwin baru sedar nak beli rumah, jenuhlah nak kumpul deposit. Hutang kahwin tak habis-habis, bayangan rumah sendiri langsung tak kelihatan. Jauh dan semakin menjauh.
10. Orang kahwin, murah rezekinya insyaAllah. Tapi kita tetap perlu merancang dengan baik. Sama ada yang kita rancang tu menjadi atau tidak, itu rahsia Allah. Kita merancang, Allah jua sebaik-baik perancang.
11. Jom bantu Cik NH. Lagi 7 bulan nak kahwin, tapi belum cukup duit. Cadangan saya, nak tak nak, buatlah simpanan RM1,000 setiap bulan bersama pasangan. Atau kurangkan kos lain yang tak wajib dan tak perlu.
12. Jangan bergantung kepada satu pendapatan yang sedia ada. Buat jualan online yang memerlukan modal kecil atau yang tanpa modal, dropship, affiliate, Uber, Grabcar dan lain lain.
13. Pelamin DIY, kurangkan jenis lauk, tapis jemputan, fotografer tak perlu sampai 3 orang, kalau tak mampu buat 2 majlis asing, buat 1 majlis sekali pun boleh, jimat 50% belanja. Bridesmaid tak payah wujud langsung kalau kita yang kena tanggung.
14. Ada cadangan lain? Saya juga sudah buntu. Saya bukanlah pakar sangat bab kahwin ni. Kalau ikut pengalaman sendiri, baru sekali saja pernah kahwin. Haha. – HF
Jangan bohong dengan mengatakan kita tidak pernah sekalipun mengumpat. Kalau berkumpul bersama rakan lain, ada sahaja topik umpatan yang merancakkan pertemuan itu. Sedar sebenarnya apabila mengumpat hukumnya adalah berdosa dan seakan memakan daging saudara sendiri.
Namun bagi yang dahulunya rajin mengumpat dan kini ingin hapuskan semua dosa-dosa silam hasil mengumpat, ada beberapa cara untuk kita berbuat demikian. Namun sebelum itu, kita amati dahulu apa yang dimakudkan umpat atau ghibah.
اتدرونماالغيبه؟قالوا: اللهورسولهأعلم .قال:الْغِيبَةذِكْركأَخَاكبِمَايَكْرَهقِيلَ : أَفَرَأَيْتإِنْكَانَفِيأَخِيمَاأَقُول؟قَالَ : إِنْكَانَفِيهِمَاتَقُولفَقَدْاِغْتَبْته،وَإِنْلَمْيَكُنْفَقَدْبَهَتّه “Tahukah kalian apa itu ghibah?”
Mereka (para sahabat) menjawab, “Allah dan RasulNya lebih tahu.” Kemudian beliau Baginda bersabda, “Engkau menyebut-nyebut saudaramu tentang sesuatu yang dia benci.”
Kemudian ada yang bertanya, “Bagaimana menurutmu jika sesuatu yang aku sebutkan tersebut itu memang ternyata ada padanya?”
Beliau SAW menjawab, “Jika memang apa yang engkau ceritakan tersebut ada pada dirinya itulah yang namanya ghibah, namun jika tidak bererti engkau telah berdusta atas namanya.” (HR Muslim 2589)
Ghibah atau mengumpat dalam Islam merupakan salah satu dosa yang tak terampunkan sehingga orang yang menumpat perlu melakukan banyak cara untuk mendapatkan keampunan dari Allah SWT.
“Siapa yang pernah menzalimi saudaranya berupa menodai kehormatan atau mengambil sesuatu yang menjadi miliknya, hendaknya ia meminta kehalalannya dari kezaliman tersebut hari ini.
“Sebelum tiba hari kiamat yang tidak akan bermanfaat lagi dinar dan dirham. Pada saat itu bila ia mempunyai amal soleh maka akan diambil seukiran kezaliman yang ia perbuat. Bila tidak memiliki amal kebaikan, maka keburukan saudaranya akan diambil kemudian dibebankan kepadanya.” (HR. Bukhari no. 2449)
Namun beberapa ulama memandang bahawa hal ini hanya dilakukan pada keadaan tertentu yang mana umpatan telah tersebar, Jika umpayan belum tersebar, maka sebaiknya tidak perlu meminta maaf kerana akan menyebabkan kerosakan yang lebih parah, seperti pemutusan hubungan silaturahim.
2. Memohon maaf untuk orang yang diumpati
Beberapa ulama sepakat bahawa untuk mendapatkan keampunan atas dosa mengumpat, maka dia perlu memohon keampunan atas dosa tersebut kepada Allah SWT. Sebagaimana perkataan AL-Hasan Al-Basri,
كفارةالغيبةأنتستغفرلمناغتبته “Kafarah ghibah adalah memintakan ampun untuk yang dighibahi.” (AL-Majmu’ Al-Fatawa 3/291, Darul Wafa’, Syamilah)
3. Menyebutkan kebaikan orang yang diumpati di tempat terjadinya umpatan
Ini adaah salah satu cara bertaubat daripada perbuatan mengumpat. Jika dahulu yang disebutkan adalah keburukannya, maka gantilah dengan menyebutkan banyak kebaikannya. Sebagaimana Fatwa syaikh bin Baz, beliau berkata:
تذكرينبالخيرالذيتعرفينمنهبدلاًمنالسوءالذيذكرتي “Engkau sebutkan kebaikan-kebaikan yang engkau ketahui mengenai dirinya sebagai ganti keburukan yang telah engkau sebutkan.”
4. Taubat nasuha
Rasulullah SAW bersabda :
كُلُّبَنِيْآدَمَخَطَاءٌوَخَيْرُالْخَطَّائِيْنَالتَّوَّبُوْنَ. رَوَاهُالتِّرْمـِذِيُّ Setiap anak adam (manusia) berbuat kesalahan, dan sebaik-baiknya orang yang bersalah adalah yang bertaubat. (HR At Tirmidzi, no.2499 dan dihasankan Al Albani dalam Shahih Al Jami’ Ash Shaghir, no. 4391)
5. Perbanyak zikir
Allah SWT berfirman,
وَالْحَافِظَاتِوَالذَّاكِرِينَاللَّهَكَثِيرًاوَالذَّاكِرَاتِأَعَدَّاللَّهُلَهُمْمَغْفِرَةًوَأَجْرًاعَظِيمًا “… Laki-laki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allâh, Allâh telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar.“[al-Ahzâb/33:35]
Barangsiapa duduk di suatu tempat, lalu tidak berzikir kepada Allâh di dalamnya, pastilah dia mendapatkan kerugian dari Allâh, dan barangsiapa yang berbaring dalam suatu tempat lalu tidak berzikir kepada Allâh, pastilah mendapatkan kerugian dari Allâh. (Shahih: HR. Abu Dâwud (no. 4856); Shahîh Abi Dâwud (III/920, no. 4065) dari Abu Hurairah Radhiyallahu anhu)
6. Perbanyak sedekah
Dalam riwayat lain disebutkan,
أنفقي أَوِ انْفَحِي ، أَوْ انْضَحِي ، وَلاَ تُحصي فَيُحْصِي اللهُ عَلَيْكِ ، وَلاَ تُوعي فَيُوعي اللهُ عَلَيْكِ “Infaqkanlah hartamu. Janganlah engkau menghitung-hitungnya (menyimpan tanpa mau menyedekahkan). Jika tidak, maka Allah akan menghilangkan berkat rezeki tersebut. Janganlah menghalangi anugerah Allah untukmu. Jika tidak, maka Allah akan menahan anugerah dan kemurahan untukmu.” (HR. Bukhari no. 1433 dan Muslim no. 1029, 88)
7. Silaturrahim
Dari Al-Barra berkata, bersabda Rasulullah SAW “ Tidak bertemu dua orang muslim lalu bersalaman, maka pasti diampuni dosa keduanya, sebelum keduanya berpisah.”( HR Ahmad, Abu Daud dan At-Tirmidzi ).
Dari Abi Hurairah ra, bahawa Rasulullah SAW bersabda : “ Pintu-pintu syurga dibukakan setiap Isnin dan Khamis, Allah mengampuni dosa-dosa hamba selama tidak musyrik. Kecuali orang yang antara dia dengan saudaranya ada kebencian, maka diarahkan: Tangguhkanlah kedua orang ini (keampunannya) sampai keduanya berdamai, tangguhkanlah kedua orang ini (keampunannya) sampai keduanya damai. “ (HR. Muslim).
“Setiap amalan kebaikan yang dilakukan oleh manusia akan dilipatgandakan dengan sepuluh kebaikan yang bersamaan hingga tujuh ratus kali ganda. Allah Ta’ala berfirman (yang ertinya), “Kecuali amalan puasa. Amalan puasa tersebut adalah untuk-Ku. Aku sendiri yang akan membalasnya. Disebabkan dia telah meninggalkan syahwat dan makanan keranaKu.
Bagi orang yang berpuasa akan mendapatkan dua kebahagiaan iaitu kebahagiaan ketika dia berbuka dan kebahagiaan ketika berjumpa dengan Rabbnya. Sungguh bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau minyak kasturi” (HR. Muslim no. 1151).
وَأَقِمِالصَّلَاةَطَرَفَيِالنَّهَارِوَزُلَفًامِنَاللَّيْلِۚإِنَّالْحَسَنَاتِيُذْهِبْنَالسَّيِّئَاتِۚذَٰلِكَذِكْرَىٰلِلذَّاكِرِينَ “Dan dirikanlah solat itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada sebahagian permulaan malam. Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat.” [Huud/11: 114]
10. Selalu menjaga wuduk
Dari Tsauban r.a bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Istiqamahlah (konsistenlah) kalian semua (dalam menjalankan perintah Allah) dan kalian tidak akan pernah dapat menghitung pahala yang akan Allah berikan. Ketahuilah bahawa sebaik-baik perbuatan adalah solat, dan tidak ada yang selalu memelihara wuduknya kecuali seorang mukmin.” (HR. Ahmad dan Ibnu Majah)
11. Perbanyak membaca al-Quran
Rasulullah bersabda, “Al Qur’an adalah kitabullah yang berisi sejarah umat sebelum kamu, berita umat sesudahmu, kitab yang memutuskan urusan-urusan diantara kamu, yang nilainya bersifat pasti. Siapa saja orang durhaka yang meninggalkannya pasti Allah akan memusuhinya. Siapa yang mencari petunjuk selain al-Quran, pasti akan tersesat. Al-Quran adalah tali Allah yang sangat kuat, peringatan yang bijaksana dan jalan yang lurus”(HR Tirmidzi)
12. Bersahabat dengan orang soleh
Nak mengelak perbuatan mengumpat setelah bertaubat adalah dengan memperbaiki pergaulan dalam Islam. Rasulullah SAW bersabda dalam hadisnya ;
لَاتَصْحَبإِلَّامُؤْمِنًاوَلَايَأْكُلْطَعَامَكَإِلَّاتَقِيٌّ Janganlah bersahabat kecuali kepada seorang mukmin. Dan janganlah memakan makananmu kecuali orang yang bertakwa. [HR. Bukhari].
13. Perbanyak istighfar
Ada sebuah riwayat dari Aisyah ra berkata : Rasulullah SAW melakukan solat dhuha, kemudian dia membaca
اَللَّهُمَّاغْفِرْلِيوَتُبْعَلَيَّإِنَّكَأََنْتَالتَّوَابُالرَّحِيْمِ Ya Allah, Ampunilah aku, terimalah taubatku, sesungguhnya Engkau Maha Penerima tasubat dan Maha pengasih”. Beliau membacanya hingga seratus kali. [HR. Bukhari dan di shahihkan oleh al Albani dalam adabul mufrad no. 482].
Itulah cara melakukan taubat dari dosa mengumpat. Sungguh mengumpat ini sangat buruk akibatnya, maka dari itu kita harus berhati-hati dalam berkata.
Saya ada mendengar seorang sahabat bagi tahu jika berlaku perceraian sebelum lagi suami isteri duduk bersama maka suami akan mendapat semula mas kahwin yang telah diberikan kepada isteri. Betul atau tidak?
Gambar sekadar hiasan.
JAWAPAN :
Jika pasangan suami isteri bercerai sebelum berlaku persetubuhan dalam pernikahan tersebut dan telah ditetapkan jumlah mas kahwinnya maka suami mendapat kembali separuh dari maskawin yang telah diberikan dan separuh lagi milik isterinya.
Ertinya : “Dan jika kamu sekelian menceraikan isteri-isteri sebelum dari bahawa kamu menyentuh akan mereka dan kamu sekelian telah menetapkan maskawin bagi mereka maka hendaklah kamu bayar separuh dari maskawin yang telah kamu tetapkan itu.” (Al-Baqarah : 237)
Berkata Imam Ibnu Kathir :
عن ابن عباس أنه قال في الرجل يتزوج المرأة، فيخلو بها، ولا يمسها، ثم يطلقها ليس لها إلا نصف الصداق لأن الله يقول { وَإِن طَلَّقْتُمُوهُنَّ مِن قَبْلِ أَن تَمَسُّوهُنَّ وَقَدْ فَرَضْتُمْ لَهُنَّ فَرِيضَةً فَنِصْفُ مَا فَرَضْتُمْ } قال الشافعي بهذا أقول، وهو ظاهر الكتاب.
Ertinya : “Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a. sungguhnya beliau telah berkata pada masalah seorang lelaki yang menikahi seorang wanita dan tidak duduk bersamanya dan tidak menyentuhnya kemudian dia menceraikannya maka tiada bagi wanita itu melainkan separuh dari maskawinnya dari kerana sungguhnya Allah telah berfirman : Dan jika kamu sekelian menceraikan isteri-isteri sebelum dari bahawa kamu menyentuh akan mereka dan kamu sekelian telah menetapkan maskawin bagi mereka maka hendaklah kamu bayar separuh dari maskawin yang telah kamu tetapkan itu.”
Berkata Imam Syafie : Dengan inilah aku berkata dan ialah yang zahir dari Al-Quran.” (Tafsir Ibnu Kathir)
والمراد بالمس المذكور في الآية : الجماع واختلف أهل العلم فيما لو خلا الرجل بامرأته ثم طلقها قبل أن يدخل بها فذهب قوم إلى أنه لا يجب لها إلا نصف الصداق ولا عدة عليها لأن الله تعالى أوجب بالطلاق قبل المسيس نصف المهر ولم يوجب العدة وهو قول ابن عباس رضي الله عنه وابن مسعود وبه قال الشافعي رحمه الله
Ertinya : “Dan yang dikehendaki dengan menyentuh pada ayat ini ialah bersetubuh. Dan bersalahan ulamak pada masalah jikalau suami tidak bersama dengan isterinya kemudian diceraikannya sebelum dari bersetubuh dengannya maka telah berjalan oleh satu golongan kepada bahawa tidak wajib bagi perempuan tersebut melainkan separuh sahaja dari maskawinnya dan tidak ada bagi perempuan itu eddah kerana sungguhnya Allah telah mewajibkan dengan talak sebelum bersetubuh itu separuh maskawin dan tidak mewajibkan eddah. Dan ialah pendapat Ibnu Abbas r.a. dan Ibnu Mas’ud r.a. dan dengannyalah berpendapat oleh Imam Syafie r.a.’ (Kitab Ma’alim At-Tanzil)
Kesimpulannya suami yang belum bersetubuh sekurangnya sekali dengan isteri yang dinikahinya apabila berlaku perceraiannya hanya wajib membayar separuh dari nilai mas kahwin yang telah ditetapkan.
“NAK MENGAJI TAK RETI, JADI DOA INILAH YANG IBU AMALKAN DARI MULA KENA STROK SAMPAILAH ALLAH IZINKAN UNTUK SIHAT SEMULA…’
Allahuakbar, sebaknya saat mendengar luahan wanita tabah ini. Dia suka gelarkan diri sebagai “Ibu”.
Jika dilihat dari luaran, kita tidak akan pernah menyangka bahawa beliau pernah lalui banyak ujian yang sangat hebat dalam kehidupan. Kemudian saya bertanya, “Kenapa ibu menangis?”
Doa Inilah Ibu Amalkan
“Ibu tak pandai mengaji, Ustazah. Tapi bila Allah uji dengan macam-macam dugaan, antaranya saat ibu kena strok teruk beberapa tahun lalu, doa inilah yang ibu sentiasa amal lepas dengar dari kuliah Ustazah.”
Lalu dia pun bacakan doa itu khusyuk sepenuh hati sambil pejamkan mata, dengan air matanya deras berlinangan, tanda terlampau hiba saat menghayati makna doa.
Maksudnya: “Ya Allah berikanlah kami kebaikan di dunia, berikanlah kami kebaikan di akhirat dan lindungilah kami dari seksa api neraka.”
(Surah al-Baqarah: Ayat 201)
Dari Mula Kena Strok Sampai Sihat Semula
Tuan Puan,
Mungkin bagi sebahagian daripada kita, ini doa yang sudah biasa kita baca hari-hari. Kadang kita baca laju tanpa hayati, lalu tak sedar betapa besarnya maksud doa ini.
Namun di sana ada seorang insan, yang tidak tahu pun untuk mengaji. Tapi saat membacakan doa yang kita rasa biasa ini, dia menangis dan membacakannya sepenuh hati. Subhanallah.
Sungguh, sangat banyak pengajaran yang saya sendiri pelajari dari sahabat-sahabat yang hadir, semuanya menjadi sebuah muhasabah dalam menempuhi kehidupan.