Sambutan tahun baru bagi masyarakat Cina adalah sambutan perayaan yang terbesar bagi mereka. Pada waktu inilah akan berkumpulnya sanak-saudara ahli keluarga untuk menyambutnya bersama-sama.
Melihat kepada hakikat sambutan tahun baru Cina, ianya merupakan satu perayaan adat yang tidak ada kaitannya dengan permasalahan akidah. Ianya semata-mata menyambut tahun baru mengikut kalendar lunar Cina.
Ini menjadi kayu pengukur buat seorang muslim dalam bermuamalah dan bergaul bersama orang bukan Islam dengan melihat adakah tindak-tanduknya itu menjurus kepada sikap reda terhadap akidah mereka ataupun hanya perbuatan yang dilakukan atas dasar kemasyarakatan dan hubungan sosial.
Islam tidak pernah menafikan hak agama yang lain bahkan pada zaman Rasulullah SAW sendiri, Baginda hidup bersama masyarakat Yahudi, Nasrani dan juga kaum musyrikin. Secara asasnya Islam menyuruh umatnya berwala’ kepada Islam dan barra’ dari kekufuran serta merasa bangga dengan pegangan Islam serta menampilkan jati diri muslim sehingga keperibadian dan corak kehidupan dapat dibezakan dari golongan kafir.
Maksudnya: Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: “Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!”. (Fussilat: 33)
Ads
Kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan
Dalam sebuah negara yang mempunyai kepelbagaian agama, bangsa yang majmuk, adat dan budaya yang berlainan seperti Malaysia, sudah tentu ia menjadikan kita lebih terbuka dan bertolak ansur (tasamuh dan toleransi) tanpa menggadaikan prinsip-prinsip utama Islam.
Berikut merupakan beberapa garis panduan yang kami cadangkan kepada semua umat Islam yang ingin terlibat dalam sambutan perayaan bangsa lain untuk sama-sama diteliti dan diaplikasikan:
Ads
1.Majlis tersebut tidak disertakan dengan upacara-upacara yang bertentangan dengan akidah Islam.
Maksud “bertentangan dengan akidah Islam” ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan menyebabkan tercemarnya akidah umat Islam.
2.Majlis tersebut tidak disertakan dengan perbuatan yang bertentangan dengan syarak.
Maksud “bertentangan dengan syarak” ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan akan bertentangan dengan ajaran Islam yang diamalkan oleh masyarakat Islam.
3.Majlis tersebut tidak disertakan dengan “perbuatan yang bercanggah dengan pembinaan akhlak dan budaya masyarakat Islam” di negara ini.
Maksud “bercanggah dengan pembinaan akhlak dan budaya masyarakat Islam” ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan akan bertentangan dengan nilai dan norma kehidupan masyarakat Islam Negara ini yang berpegang kepada ajaran Islam berdasarkan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Ads
4.Majlis tersebut tidak disertakan dengan perbuatan yang boleh “menyentuh sensitiviti masyarakat Islam”.
Maksud “menyentuh sensitiviti masyarakat Islam” ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan akan menyinggung perasaan umat Islam tentang kepercayaan dan amalan mereka.
5.Pihak penganjur dan orang ramai diminta mendapatkan pandangan pihak berkuasa agama sebelum menganjur atau menghadiri majlis perayaan orang yang bukan beragama Islam.
Kami dapati sambutan Tahun Baru Cina yang dilakukan oleh kebanyakan pemimpin masyarakat Cina dan juga disertai oleh pemimpin negara atau negeri yang beragama Islam, masih di ruang lingkup yang dibenarkan oleh Islam. Ini kerana, ia bertujuan untuk menjaga dan memelihara hubungan masyarakat dan lebih kepada hidup dalam kontrak sosial yang diraikan tanpa menggadaikan prinsip agama.
Akhir kalam, semoga Allah SWT sentiasa memberikan taufik dan hidayah-Nya kepada kita semua dan juga supaya diberikan kefahaman yang baik dalam beragama seterusnya dapat diaplikasikan di dalam kehidupan seharian.
Meraikan suasana masyarakat majmuk di Malaysia menjadikan kita satu komuniti yang cintakan akan keamanan, penuh dengan rasa hormat-menghormati, tulus dan ikhlas dalam membina persahabatan serta teguh mempertahankan keamanan negara. Sesungguhnya, nikmat keamanan dan keharmonian yang Allah SWT telah berikan kepada kita semestinya sama-sama kita kekalkan dan memeliharanya demi keharmonian bersama.
Sumber kredit: Mufti Wilayah Persekutuan S.S Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Dalam kemeriahan kita menyambut Syawal, ada juga ali keluarga yang dalam saat berduka.
Ini apabila kisah tragis meyaksikan tiga beradik yang meninggal dunia disebabkan lemas di Sungai Terengganu, Kampung Kuala Telemong Hulu Terengganu 5 Syawal lalu menarik perhatian ramai.
Malah ketiga-tiga jenazah juga selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam, kampung Alor Limbat, Bukit Payung, Marang.
Tenyata kisah sedih ketika bulan Syawal ini mengundang simpati ramai pihak termasuk pendakwah selebriti, PU Azman.
Malah beliau turut menitipkan doa buat tiga anak muda yang telahpun pergi mengadap Illahi.
Sambil memetik sepotong hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari Muslim yang dikongsikan di laman Instagramnya.
Kejadian tiga beradik mati lemas di Sungai Terengganu Kampung Kuala Telemong.
Mereka ialah Khalif Naim, pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Imtiaz, Kuala Berang dan dilaporkan baru sahaja menghafaz 30 juzuk al-Quran pada 10 Mac lepas. Khairil Firdaus pula ialah pelajar tingkatan lima Sekolah Agama Mahmudiah, Kuala Berang manakala Umar Iskandar adalah pelajar Universiti Malaya.
Semoga arwah ketiga-tiga mereka diampuni dan dirahmati Allah.
Takziah buat ibu dan ayah serta seluruh ahli keluarga.
Maksudnya : “Orang yang mati syahid 5 golongan, iaitu mati kerana taun (wabak), mati kerana penyakit perut, mati lemas, mati dtimpa runtuhan dan mati syahid di jalan Allah”.
Dikhabarkan juga tiga adik beradik ini baru sahaja selesai afaz 30 juzuk Al-Quran pada Mac lalu sebelum ketiga-tiganya ditemui lemas di sungai berkenaan.
Terdahulu Sinar Harian melaporkan tiga beradik berusa dalam 16 hingga 21 tahun dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus di muera Sungai Terengganu dekat Kampung Kuala Telemong, Hulu Terengganu.
Kejadian yang dioercayai berlaku pada 6,30 petang apabila ketiga-tiga remaja ini Khalif Naim, 16, Khairil Firdaus, 17 dan Umar Iskandar 21 tahun dipercayai mandi di lokasi berkenaan.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Dalam pengumuman lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin telah mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat dengan pemberian Bantuan Sara Hidup kepada golongan yang layak.
Ini adalah bagi membantu setiap rakyat Malaysia untuk membeli barangan keperluan yang terjejas sumber pendapatan sejak wabak COVID-19 melanda negara.
Kesemua pembayaran BPN ini dibuat dalam dua fasa iaitu pada akhir bulan April dan Mei 2020.
Dan setelah hampir seminggu dalam bulan April, pasti ada antara kita yang sudah menerima bantuan BPN ini.
Bagi memastikan duit telah dimasukkan, kita tidak perlu pergi ke bank, sebaliknya boleh melihat melalui online wang sudah dimasukkan dalam akaun atau tidak.
Ini bagi mengelakkkan diri anda terdedah kepada jangkitan COVID-19 yang dikatakan agak kritikal ketika ini.
Jadi anda boleh semak status bayaran hanya melalui cara ini.
2) Kemudian, sila jawab captcha yang diberikan dan tekan butang semak.
Diingatkan, untuk anda yang tidak pernah menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) sebelum ini, anda perlu membuat permohonan baru untuk memohon BPN di sini.
Jika status permohonan anda diluluskan, anda akan dapat melihat jumlah amaun yang bakal dikreditkan ke dalam akaun iaitu sebanyak RM500, RM800, RM1,000 atau RM1,600.
Sekiranya duit sudah berjaya masuk ke dalam akaun, status pada paparan skrin anda adalah seperti contoh gambar di atas.
Untuk makluman, bagi fasa pertama pembayaran wang BPN ini, ia didahulukan kepada pemohon yang layak secara automatik iaitu penerima BSH dan juga pembayar cukai sedia ada.
Dan bagi pemohon baru BPN pula, anda dijangka akan mendapat bayaran penuh pada bulan Mei depan.
Walaupun begitu, bagi permohonan yang telah lulus namun bayaran belum masuk ke akaun bank, status ‘BERJAYA KREDIT’ belum terpapar dan anda hanya perlu bersabar sehingga wang dimasukkan ke dalam akaun anda.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Medium sosial menjadi perantara untuk mengetahui perkembangan terkini ataupun menyampaikan dakwah kepada mereka di alam maya.
Apatah lagi ketika musim COVID-19 ini ramai yang menggunakan medium ini untuk mendapatkan pelbagai maklumat terkini disampai pihak kerajaan.
Cara ini (menyampaikan dakwah) juga dianggap berkesan, lebih-lebih lagi orang yang membacanya menekan butang share disampaikan kepada orang lain. Secara tidak langsung dakwah tersebar dengan lebih cepat dan selamat.
Dalam perkongsian di laman sosial Instagram Bazli UNIC ada memberitahu kelebihan jika mengamalkan zikir Astaghfirullah yang boleh diamalkan setiap masa.
Bukan sahaja untuk melapangkan rezeki, tetapi juga kelebihannya mudah mendapat zuriat, menyembuhkan penyakit juga mampu menyejukkan hati isteri yang sedang marah.
1. Barangsiapa yang beristighfar pada pagi hari Jumaat sebelum menunaikan solat pagi. Dengan mengatakan “Aku memohon ampun kepada Allah, Tiada Tuhan melainkan-Nya, yang Maha Hidup, Maha Kekal Mentadbir dan aku bertaubat kepada-Nya sebanyak tiga kali. Maka Allah Taala akan mengampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan.” [Riwayat Ibn al-Sunni (83)] 2. Barangsiapa yang melazimi (sentiasa) istighfar, Allah SWT menjadikan untuknya bagi setiap kesempitan itu jalan keluar, setiap kebimbangan itu kelapangan dan Allah juga mengurniakan kepadanya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka”
3. Dimakbulkan Permintaan & Hajat
4. Bertambah Kekuatan Jiwa dan Emosi
5. Mudah Mendapat Zuriat
6. Menyembuhkan Penyakit
7. Menyejukkan Hati Isteri yang Sedang Marah
8. Dijauhkan dari Azab & Bala
9. Ditambah Nikmat & Kekayaan
10. Memberatkan Timbangan Akhirat & Diangkat Ke Syurga
Sewaktu Ramadan yang lalu mungkin ramai yang berjaya khatam al-Quran. Ada yang khatam lebih dari sekali. Alhamdulillah..Tapi ada juga yang selepas menamatkan bacaan sebanyak...