Ads

Kesan Sumpah Palsu Terhadap Rohani & Psikologi: Jangan Jadikan ‘Demi Allah’ Pertahanan Diri

Apabila menghadapi masalah atau pun ingin menegakkan sesuatu yang salah, masyarakat kita selalu menggunakan perkataan ‘sumpah’.

Kadangkala bukan setakat sumpah,lebih membimbangkan ada yang menggunakan ‘demi Allah’ sebagai senjata mempertahankan diri.

Hakikatnya, ‘sumpah’ yang digunakan sewenang-wenangnya terutamanya sumpah palsu, adalah ibarat senjata maut yang akhirnya berpatah balik melukai diri sendiri.

BACA JUGA: Minta Bantuan Di Media Sosial, Ketahui Batas Dan Adab Menurut Islam

Menurut pandangan Islam, sumpah ini terdiri daripada beberapa bahagian iaitu:

1. Sumpah Laghw (Sumpah tidak sengaja/terlepas cakap).

Ads

2. ​Sumpah Mun’aqidah (Sumpah berniat untuk masa depan).

3. ​Sumpah Ghamus (Sumpah palsu yang menenggelamkan pelakunya dalam dosa).

Apabila terlalu mengucapkan sumpah, ia akan memberikan impak terhadap rohani kita. Seperti sumpah palsu yang boleh memadamkan cahaya kebenaran dalam hati kita.

Ads

Ia juga akan mengikis perasaan takut terhadap Allah kerana mempermainkan nama-Nya demi kepentingan duniawi. Akhirnya, rezeki yang diperoleh tidak berkat dan doa sukar dimakbulkan.

Dari sudut psikologi pula, mereka yang bersumpah dengan berbohong perlu sentiasa berwaspada untuk menutup penipuan yang dibuat.

Kita akan diselubungi rasa takut akan musibah yang mungkin menimpa akibat sumpah palsu yang dibuat dan menyebabkan kegelisahan berpanjangan.

Ads

Akhirnya, orang sekeliling akan hilang kepercayaan apabila rahsia kita terbongkar.

Oleh itu, anda haruslah berjaga-jaga dalam berkata-kata. Tersilap kata dan bersumpah akan menyebabkan pelbagai kesannya.

Biarlah bercakap dengan kejujuran dan integriti bukannya dengan ketaksuban bersumpah untuk meyakinkan orang lain. Ingat juga untuk menjaga nama Allah dan hormati keagungan-Nya.

++Untuk berita dan artikel terkini. Jangan lupa ikuti kami di media sosial rasmi kashoorga, InstagramFacebook & TikTok.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download sekarang ya?

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Inspirasi Lain

Hak Wanita Selepas Perceraian: Panduan Penting & Lengkap Mahkamah Syariah

Hak wanita selepas perceraian merangkumi nafkah iddah, mutaah, harta sepencarian, nafkah anak dan hadhanah. Ketahui panduan tuntutan di Mahkamah Syariah.