Setiap hari kita ada 24 jam dan dari 24 jam itu biasanya sekurang-kurangnya 6 jam akan dihabiskan untuk tidur. Setelah penat bekerja seharian, mesti badan pun perlukan rehat.
Tapi tahukah anda bahawa anda boleh dapat pahala ketika tidur?
Caranya mudah saja, iaitu dengan berwuduk!
Ads
Tanpa wuduk, anda hanya akan baring dan tidur mengikut rutin harian anda. Walau bagaimanapun apabila anda berwuduk sebelum baring untuk tidur, in shaa Allah anda akan mendapat pahala dengan sangat mudah.
Rasulullah SAW bersabda;
Ads
“Bersihkanlah badan-badan ini, dan Allah akan menyucikan kamu. Tak ada seorang hamba yang menghabiskan malamnya dalam keadaan suci kecuali malaikat menghabiskan malam itu bersamanya. Dan apabila hamba itu berpusing di waktu malam, malaikat itu berkata: “Ya Allah, ampunkan hambaMu, kerana dia tidur dalam keadaan bersuci.” (HR Tabarani, al-Mu`jam al-Kabir)
Hadis ini merupakan satu peringatan yang mudah tapi berkuasa. Ia menunjukkan bagaimana Allah SWT memberikan kita pelbagai peluang dan cara untuk mendapat pahala dan keampunan.
Ramai di antara kita yang minta orang lain doakan kita di saat kesusahan, tapi sayangnya kita tidak ambil peluang untuk malaikat mendoakan kita setiap malam ketika kita tidur.
Marilah kita hidupkan semula Sunnah yang semakin dilupakan ini. Jadikan ia sebahagian daripada rutin harian kita dan jadikan masa rehat kita sebagai masa malaikat mendoakan kita dengan izinNya.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Hari ini genap 15 Ramadan 1439 Hijrah. Ini bermakna sudah lebih dua minggu umat Islam menjalani puasa dan ibadah dalam bulan mulia yang mulia ini. Namun dari segi pemerhatian, masyarakat kita seakan-akan melebih-lebihkan ‘acara’ berbuka puasa. Hidangan berbuka puasa penuh terhidang di atas meja, tidak seperti di hari-hari biasa.
Hari pertama Ramadan sudah berpusu-pusu orang ramai pergi ‘membeli-belah’ mencari juadah buka puasa di bazar Ramadan. Kini boleh dikatakan setiap kawasan perumahan atau pekan kecil dan besar sudah ada bazar Ramadan. Bagaikan bukan bulan Ramadan jika sesuatu tempat tiada pusat jualan juadah berbuka puasa.
Sepatutnya dalam bulan Ramadan, kita mengawal nafsu makan, tapi lain pula amalan kita sekarang. Kita semua faham syarat berpuasa. Waktu puasa bermula masuk waktu Subuh hingga Maghrib, umat Islam diwajib menahan nafsu makan dan perkara yang membatalkan puasa.
Satu perkara lagi, kita dapat lihat pada bulan Ramadan, ramai berebut-rebut peluang untuk menambah rezeki dengan berniaga. Banyak orang kata Ramadan bulan pemberi rezeki kepada peniaga. Masa sebulan puasa inilah banyak bazar Ramadan, up town atau down town diwujudkan khas untuk memberi peluang kepada peniaga. Bagus untuk golongan umat Islam menambah rezeki.
Dalam keghairahan mencari rezeki, usah kita lupa bahawa di bulan Ramadan, kita memperbanyakkan amalan untuk menambah pahala yang disediakan pada bulan Ramadan seperti bertadarus, bersedekah, memberi makan kepada anak yatim dan golongan miskin.
Walau bagaimanapun lebih ramai orang tertumpu ke bazar Ramadan berbanding masjid untuk solat Tarawih. Tak kurang juga mereka yang sibuk mencari barang hari raya daripada cari pahala Ramadan.
Lihat sahaja di masjid-masjid. Hari pertama penuh sampai tak cukup-cukup tempat hendak solat Masuk 15 hari di bulan Ramadan, ruang dalam masjid yang penuh sebelum ini akan beransur-ansur kurang kepada separuh dan 10 hari terakhir Ramadan tinggal tiga saf jemaah yang menunaikan solat Tarawih.
Suasana sebegini memang lumrah berlaku. Tidak dapat dinafikan godaan untuk membuat persiapan menyambut Aidilfitri di pusat membeli belah mungkin lebih kuat daripada tarikan ke masjid atau surau. Kebanyakan ustaz yang berceramah berulang kali mengingatkan perkara ini saban tahun, tetapi hampir kebanyakan kita masih terleka.
Menyentuh tentang peniaga-peniaga di bazar ramadan, mereka sanggup bayar sewa mahal untuk mendapatkan tapak berniaga. Malangnya mereka hanya mementingkan keuntungan jangka pendek. Langsung tidak menjaga kualiti (bukan semua) barang yang dijual. Peniaga yang muncul ‘setahun’ sekali ini hanya menjadikan berniaga di bazar Ramadan sebagai kerja sampingan untuk menambah duit raya semata-mata.
Memanglah berniaga pada bulan Ramadan ini, keuntungannya berlipat ganda daripada biasa. Tapi jangan lupa, pahala Ramadan yang begitu banyak yang dilepaskan ketika berada di bazar Ramadan dan juga pusat beli-belah. Kita tidak pasti sama ada Ramadan akan datang kita masih ‘ada’ atau tidak. Jadi gunakan peluang di bulan Ramadan yang datang setahun sekali ini untuk menambah rezeki.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Kaum wanita memang cerewet mengenai kecantikan wajah, dan tidak mahu wajahnya mempunyai cacat cela. Untuk mengatasi sebarang kekurangan kaum hawa ini akan berusaha untuk memperbaikinya. Sehingga kadang-kala mengenepikan tuntutan agama demi kepuasan diri sendiri tanpa mempedulikan apa kata agama dalam persoalan mencukur dan membentuk kening yang tajam, atau dicukur kening yang asal kemudian diganti dengan kening yang dilukis dengan pencil celak.
SOALAN:
Apakah hukum seorang wanita mencukur kening yang kemas, tetapi tebal dan lebat bagi mengelak daripada dihina oleh orang sekeliling?
JAWAPAN:
Terdapat hadis yang diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Allah SWT melaknat wanita-wanita yang mencabut bulu kening atau bulu muka (al-namisah) atau meminta orang lain mencukur atau mencabut bulu kening (al-mutanammisah), wanita yang mengasah gigi supaya kelihatan cantik. Perbuatan itu telah mengubah ciptaan Allah SWT. (Riwayat al- Bukhari).
Berdasarkan hadis di atas menunjukkan perkataan al-namisah merangkumi semua pengertian iaitu mencabut bulu-bulu di muka untuk kelihatan cantik dan berseri. Majoriti fuqaha berpendapat, mencabut atau mencukur bulu kening sehingga halus adalah diharamkan sama ada kepada lelaki atau wanita kerana perbuatan itu termasuk dalam istilah mengubah ciptaan Allah SWT.
Namun demikian, bagi wanita yang mempunyai bulu kening yang terlalu panjang atau terlalu lebat sehingga mengaibkan, adalah harus mencabut atau menggunting sekadar menghilangkan keaibannya.
Sumber: Jabatan Mufti Selangor
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Kirim doa kepada jemaah umrah atau haji merupakan amalan yang harus dalam Islam. Ketahui hukum, dalil hadis serta adab mengirim doa tanpa membebankan para jemaah.