Isu seorang youtuber menjadikan tanah perkuburan untuk contentnya semasa pengkebumian allahyarhamah Siti Sarah mendapat perhatian masyarakat baru ini. Walau telah memadam video berkenaan selepas menerima kejian dari orang ramai, ia dilihat tidak sesuai dengan situasi sedih dialami oleh individu yang diuji dengan kesedihan.
Dalam hal ini, pengacara Ahmad Fedtri Yahya telah berkongsi 6 adab kalau ke tanah perkuburan yang perlu anak muda tahu di ignya,@fedtriyahya.
Hormatilah perkuburan. Kubur bukan tempat mencipta sensasi dan populariti…
Sebagai umat Islam kita hendaklah mematuhi dan menjaga adab-adab ketika menziarahi kubur. Antaranya:
Pertama: Sebelum menziarahi kubur, disunatkan kita berwudhu, memakai pakaian yang sopan dan menutup aurat.
Ads
Kedua: Apabila kita sampai ke tanah perkuburan, disunatkan kita memberi salam kepada ahli atau penghuni kubur dengan iringan doa, antaranya:
Assalamualaikum sekalian saudara-saudara penghuni kubur! Mudah-mudahan Allah melimpahkan kesejahteraan kepada kamu saudara-saudara sekalian. Sesungguhnya kami In sya Allah akan menyusuli kamu, kami memohon kepada Allah untuk kita semua yang masih hidup dan yang sudah kembali ke rahmatullah akan beroleh kesejahteraan.
Ads
Ketiga: Tidak berbual dengan percakapan kosong yang tidak berfaedah semasa berada di tanah perkuburan.
Keempat: Haram melakukan perkara khurafat yang menjejaskan akidah seperti mencium kubur, mengusap-usap tanah dengan harapan semoga memperolehi berkat dan sebagainya.
Ads
Kelima: Sunat duduk menghadap ke arah mukanya serta membaca ayat suci Al-Qur’an seperti membaca surah Al-Ikhlas atau membaca surah Yaasin dan menghadiahkan pahala kepada ahli kubur tersebut.
Keenam: Sunat menghadap kiblat ketika berdoa semoga Allah mengampuni dosa dan melimpahkan rahmat ke atas roh ahli kubur. Sumber : IG @fedtriyahya
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Pempengaruh media sosial terkenal, Ayana Moon berkongsi khabar gembira apabila diterima melanjutkan pengajian bagi ijazah kedua di Universiti Oxford, United Kingdom dalam bidang Master of Public Policy (MPP). Perkara itu dimaklumkan menerusi satu hantaran di media sosial miliknya selepas beliau terlebih dahulu berkongsi berita tersebut bersama ahli keluarga serta rakan terdekat.
Menurut Ayana, keputusan untuk menyambung pengajian di institusi berprestij dunia itu dibuat selepas melalui tempoh pertimbangan yang panjang. Katanya, beliau sebelum ini meneliti pelbagai pilihan sebelum akhirnya memilih untuk memulakan bab baharu dalam perjalanan hidupnya di universiti tersebut.
“Alhamdulillah, saya diterima masuk ke Universiti Oxford untuk ijazah kedua. Saya sudah berkongsi kegembiraan ini dengan keluarga dan rakan terdekat sebelum memaklumkannya kepada semua,” katanya.
Tambah Ayana, selepas sekian lama bergerak tanpa henti, beliau merasakan sudah tiba masanya untuk membuka lembaran baharu dalam kehidupan dengan memberi tumpuan kepada bidang akademik.
“Saya sudah lama berlari tanpa henti dan mempertimbangkan pelbagai pilihan. Selepas berfikir panjang, saya akhirnya membuat keputusan untuk memulakan bab baharu di Oxford,” ujarnya.
Dalam masa sama, beliau berharap langkah tersebut dapat memberi inspirasi serta membuka lebih banyak peluang kepada generasi Muslim untuk mencapai kecemerlangan.
“Untuk lebih banyak kecemerlangan dan lebih ramai pemimpin Muslim. Insya-Allah, amin,” katanya.
Ayana Moon atau nama penuhnya Ayana Jihye Moon merupakan pempengaruh Muslimah berasal dari Korea Selatan yang dikenali ramai selepas memeluk Islam.
Beliau menjadi popular khususnya di Malaysia dan Indonesia menerusi kandungan media sosial yang memaparkan kehidupan sebagai Muslimah, perkongsian mengenai hijab serta pengalaman menjalani kehidupan sebagai seorang Muslim di Korea sehingga berjaya meraih jutaan pengikut di platform digital.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
‘Tiada keperluan jamak solat semata-mata nak pergi rumah terbuka.’ Setiap orang tak sama kesulitannya, jadi jangan samakan kesulitan atau keuzuran dengan kita.
Lagi pula Allah memberi kelonggaran atau ruang kecil dalam menunaikan solat dalam beberapa keadaan, oleh itu adalah lebih baik solat jamak daripada meninggalkannya terus.
Sebenarnya, tidak ada masalah untuk solat Jamak ketika kita kunjung-mengunjung di hari raya. Lebih-lebih lagi, ziarah adalah tuntutan agama. Bagi yang tiada anak kecil mungkin tidak ada masalah untuk solat seperti biasa.
Namun bagi yang ada anak kecil,menyusu atau sebagainya, atau berdepan perjalanan jauh. Apatah lagi dengan keadaan jalan sesak di musim perayaan ini, membuatkan ada masyaqqah di situ.
Kalau boleh solat mengikut waktu lebih baik, tetapi sekiranya kita ada masyaqqah seperti di atas bolehlah melakukan solat Jamak. Namun begitu kita ikuti pandangan pendakwah bebas, Ustaz Mohamad Anas Mohamad Naem berkaitan isu ini.
Pertama sekali kita perlu faham asas yang mana disebut dalam Al-Quran yang bermaksud, solat itu adalah sesuatu yang fardu dan telah ditetapkan waktunya.
Sebagaimana solat zohor ada waktunya, asar ada waktunya. Begitu juga maghrib, isyak dan subuh. Jadi di sini kita seharusnya mendirikan solat mengikut waktunya yang telah ditetapkan.
Seterusnya yang kedua, kita kena fahami apa yang didefinisikan sebagai jamak dan juga qasar. Kebiasaannya kita lakukan solat jamak dan qasar ini ketika musafir dan ramai menganggap jamak dan qasar ini adalah dua benda yang sama.
Sedangkan jamak itu perkara yang lain dan qasar itu perkara yang lain, dua benda yang berbeza.
Qasar adalah kita memendekkan atau meringkaskan solat fardu, sebagai contoh solat zohor empat rakaat kita pendekkan dua rakaat. Begitu juga dengan solat asar dan isyak. Manakala maghrib tiada qasar. Hanya musafir sahaja yang layak menqasarkan solat.
Manakala jamak pula membawa maksud menghimpun dan mengumpulkan dua solat dalam satu waktu. Kita kumpulkan solat zohor dan asar dalm satu waktu atau kita himpunkan solat maghrib dan isyak dalam asatu waktu.
Kita dibenarkan untuk jamak solat dalam beberapa keadaan antaranya:
1.manasik haji
2. musafir
3. ketika sakit
4. ketika hujan lebat
5. dalam keadaan ketakutan
6. ketika berada dalam keuzuran
Menerusi status tersebut, tuan tanah kata tiada keperluan untuk jamak solat ketika pergi rumah terbuka. Jadi di sini, bila mana kita hendak meletakkan satu hUkum terhadap sesuatu perkara kepada orang lain kita perlu berhati-hati.
Hukum ini sebenarnya berbeza mengikut keadaan, masa, tempat dan jenis manusia. Oleh itu kita perlu melihat setiap sudut, barulah kita dapat jatuh hukum.
Sebaiknya kita kembali kepada asas, apa hukumnya kita pergi open house atau kenduri. Nabi Muhammad juga menegaskan bahawa jika ada panggilan atau jemputan selayaknya kita hadiri.
Berbalik kepada isu tadi adalah berhubung dengan kesulitan atau keuzuran. Jadi setiap orang kita tak boleh tentukan tahap keuzurannya. Hanya kita dan Allah saja yang mengetahui tahap keuzuran yang dihadapi.
Bila kita melihat fenomena hari ini, ramai yang pergi open house hingga meninggalkan solat. Kalau ramai orang sudah faham kepentingan solat mengikut ketetapan waktunya, sanggup berhenti solat dan luangkan waktu apabila masuk waktu solat adalah bagus dan alhamdulillah.
Tapi untuk kes ini kita melihat orang yang tak faham dan kurang peka dengan kefahaman agama dan seterusnya kita pula menutup ruang-ruang rukshah ini sudah tentu mereka dengan sengaja memilih untuk meninggalkan solat apabila berdepan dengan situasi yang sukar.
Oleh sebab itu kita kena melihat melalui banyak sudut dan Allah telah memberi rukshah untuk kita menggabungkan solat jika ada kesulitan.
Daripada membiarkan seseorang itu meninggalkan solat adalah lebih baik kita mengambil ruksah untuk tetap solat kerana kesibukan dia berhari raya dan sebagainya. Wallahualam.
Kashoorga: Ini adalah ijtihad masing-masing. Jika dia berasa sukar, tidak ada masalah melakukannya. Asalkan tidak menjadi kebiasaan.
Tuhan menyuruh setiap umatnya bekerja kuat demi mencari rezeki yang halal. Jika masih boleh menggunakan kudrat anggota tubuh yang diberi tidak ada sebab malas mencari rezeki untuk menyara keluarga.
Namun, ada juga orang lain tidak tahu bagaimana untuk menghargai susah payah kita mencari rezeki. Kalau sudah bukan Allah kata itu rezeki kita, benda dekan mata pun boleh hilang sekelip mata.
Seperti perkongsian wanita ini Maryam Elyas atau lebih dikenali dengan nama Cik Yam sedih apabila suaminya yang OKU mencari rezeki dengan meniaga makanan menjual burger.
Dia yang mendapat tempahan pelanggan untuk membeli dua bungkus burger, tetapi kemudiannya senang-senang membatalkan tempahan walaupun makanan yang ditempah sudah dibuat.
Biarpun jumlahnya tidak besar, tetapi sebagai isteri dia cukup sayu dan terkesan dengan sikap pelanggan yang membatalkan tempahan dibuat.
Menurut Cik Yam, setiap hari suaminya yang OKU itu tidak pernah gagal memberikan duit nafkah walaupun hanya RM5. Baginya pemberian nafkah itu sangat dihargai walaupun nilanya untuk perjalanan pergi ke pejabat pun tidak lepas.
Namun Tuhan itu Maha Adil, Maha Melihat dan Maha mengetahui. Siapa sangka sehari selepas terlepas rezeki dua burger berkenaan, Allah telah membalas dengan rezeki yang lebih besar dan sangat berharga.
Setelah Cik Yam muat naik status mengenai pembatalan tempahan berkenaan, dia telah dihubungi oleh bekas majikannya dan telah memaklumkan untuk menaja suaminya pergi menunaikan umrah di tanah suci.
Menurut Cik Yam bekas majikannya itu memang sedang mencari OKU untuk dibawa menunaikan umrah dan alhamdulillah rezeki berpihak pada suami Cik Yam.
Biarpun suaminya ada bertanya kenapa dia sering muat naik status mengenai dirinya, tetapi bagi Cik Yam tidak ada apa untuk dimalukan.
Malah tujuan dia berbuat demikian hanya satu, mahu orang tahu suami yang bagus itu bukan suami yang kayan, tetapi yang bertanggung jawab.
Jom baca perkongsiannya yang sangat menyentuh hati di laman sosial Facebook.
Dia dahlah OKU. Kalau keje ngan orang, upah yang dia dapat alahai… RM2.50 sejam pun pernah orang offer dia.
Dia cari duit dengan cara niaga kecik-kecik kat apartment ni jual burger. Dia amik upah buat servis angkut sampah penduduk apartment ni.
Orang yang dapat nafkah riban-riban tiap bulan sebab suami mampu may be tak kan faham perasaan CikYam yang dapat nafkah dengan cara suami kerja bersungguh nak bagi nafkah seadanya dia.
KENA CANCEL 2 BIJI BURGER, ALLAH GANTI DENGAN SESUATU YANG TAK DISANGKA Asbab status CANCEL ORDER malam tadi. Ramai yang komen dan mendoakan kami murah rezeki. Mendoakan ada hikmah di sebaliknya dan ada rezeki lain nak datang. . Terima kasih atas doa semua. Terima kasih tak terhingga. . Doa korang nampaknya dimakbulkan Allah. Kalau Allah nak bagi, macam tu je Allah bagi. .
Asbab status tu jugak, beliau dapat tahu suami Cik Yam OKU. Now nak siapkan segala dokumen secara berperingkat sebelum berangkat hujung tahun nanti. Insya-Allah semoga dipermudahkan. .
Tak kiralah dia banyak kelemahan lain. . Dia Mr Mama, tak banyak duit. Tapi effort dia nak bagi Cik Yam semampunya dia tu yang Cik Yam nak tunjuk kat ramai lelaki di luar sana yang selalunya culas nak bagi nafkah pada isteri yang ada gaji macam Cik Yam ni. Nafkah tu wajib kot! .
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?