Bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Selepas semalam seorang individu menghina islam dan nabi, hari tular lagi hal yang sama melibatkan seorang lagi individu lain. Jelas ia menimbulkan suasana tidak harmoni dalam negara yang berbilang agama dan bangsa.
Menurut laporan Harian Metro, pihak polis telah menahan lelaki yang didakwa mempersenda dan menghina agama Islam serta Nabi Muhammad SAW melalui hantaran video di media sosial, hari ini.
Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, pihaknya menerima laporan pada 9.15 pagi tadi berhubung seorang individu yang menghina agama Islam melalui satu klip video.
Katanya, suspek berusia 35 tahun yang tidak bekerja kemudiannya ditahan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Machang ketika melakukan serbuan di Kampung Bagan Chekok, Pulai Chondong, Machang, pada jam 11.30 pagi tadi.
Ads
“Hasil soal siasat, suspek mengaku memuat naik video yang menyebut perkataan penghinaan terhadap agama Islam dan Nabi Muhammad SAW.
“Ujian saringan air kencing yang dilakukan ke atas suspek juga didapati positif dadah jenis methaphetamine.
Ads
“Kes disiasat mengikut Seksyen 298 dan 505 (b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia dan juga Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1995,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Ads
Muhamad Zaki berkata, permohonan reman terhadap suspek akan dibuat pada hari esok.
Sebaik sah mendirikan rumahtangga, seorang isteri wajib taat pada suaminya. Jadi seorang isteri yang baik, mendengar kata dan seorang yang setia dalam perhubungan.
Namun ada kalanya ada sesetengah mereka yang bergelar suami ini bersikap sangat ‘kejam’ dalam mendera emosi isterinya sendiri.
Ada antara mereka tidak segan marah isteri depan khalayak hingga boleh menjatuhkan maruah sebagai seorang wanita.
Kadang-kadang perkara ini berlaku di sekeliling kita tanpa disedari. Ada para isteri yang terlalu setia dan takut untuk melawan cakap suami gara-gara tidak mahu digelar isteri derhaka.
Ayuh ikuti perkongsian di laman sosial Facebook Khairul Hakimin Muhammad yang terkesan dengan sikap segelintir suami yang terlalu ego dan sombong pada insan yang melahir dan membesarkan anak-anak mereka.
“Abang tolong sekejap ja bang. 5 minit pun tak sampai. Tolonglah.”
“Kita kerja teruk, kita bagi duit, kita juga nak jaga anak?” Suaminya dah tinggi suara. Berderau juga darah.
Isterinya meletakkan anak kecil yang didukung ke badan suami dan disambut kasar. Kemudian terus si isteri menolak stroller bayi yang juga ada anak kecil dengan laju. Suaminya menengking seorang lagi anak yang mungkin dalam usia 5-6 tahun supaya behave, duduk baik-baik dan jangan main jauh.
Dalam beberapa minit, kami yang masih beratur melihat sahaja isteri bergegas ambil barang kemudian meletakkan di dalam troli barangan. Terus suaminya cakap,
“Puas hati? Ingat senang nak dukung anak kemudian tolak troli barang yang kau teringin semua ni?”
Isterinya jawab, “bukan saya teringin bang, inikan untuk rumah kita.”
“Diamlah, mulut tu belajar diam.”
Terus makcik di belakang barisan kami menjerit, “dari tadi aku perhati je kau ni. Kahwin dah ada anak, nak main-mainkan bini kau. Kalau kau menantu aku memang aku kerjakan. Kau ingat perempuan ni level sama dengan pelacur?”
Semua diam.
Suaminya muka kelat, terus kasi bayi yang dipegang kepada isterinya sambil isteri terpaksa menolak satu stroller lagi.
“Kau jadi perempuan, jangan taat tak bertempat. Lelaki gini patut tak payah jadi suami. Jenis sombong, ego, hei perempuan tu beranakkan anak kau lah! Eee aku tak bolehlah!” Makcik itu menyambung. Udahnya drama tersebut jadi macam menakutkan. Janganlah ada sesi bertumbuk bagai. Debar jadinya.
Terus suami ambil stroller dan tarik anaknya yang seorang lagi keluar dari situ. Tinggallah si isteri dengan bayi dan troli barangan yang dibeli.
Elok semua orang beri beliau laluan ke depan dan dapat bayar. Semasa nak bayar, beliau call suami sebab duit semua di tangan suami. Lalu menangis depan kaunter. Dia cakap “maaf sangat, kena kansel boleh? Duit ada dekat suami saya.”
Dan terus ada magik, 2-3 orang termasuk saya dan barisan kami kasi ja berapa yang ada. Total dalam RM192 gitulah. Dia dapat bayar dan kami suruh tunggu sebab takut nanti suami dia marah pula dapat mana duit.
Kami pergi hantar barang sama-sama ke kereta dan cakap kepada suaminya “bang, ni kami belanja.” Suaminya terkejut besar. Muka serba salah.
Kami pun baliklah ke rumah masing-masing. Sesekali jadi hero begini rasa puas. Seronok dapat bantu.
Kawan-kawan, di luar sana ada ramai wanita yang berusaha berhenti kerja dan jadi ibu kepada anak-anak. Buat berbagai hal dalam rumah dan berkorban kerjaya semua demi nak perhatikan pelajaran dan perkembangan anak.
Kita yang hebat, suami yang bekerjaya, lelaki yang Allah kata bagus menjadi pemimpin, jadilah manusia yang ada timbang rasa.
Wanita yang kalian marah itu adalah ibu kepada anak kalian. Tolonglah ada simpati dengan kelemahan yang dia ada.
Orang yang kita sayang dari awal akad nikah, berubahlah macam mana rupanya, bentuk tubuhnya, apa sahaja pun, sayangilah sebaiknya.
Bak kata seorang Ustazah dalam kuliahnya itu hari saya tak ingat siapa,
“Seorang gadis itu cantik di bawah jagaan ibu bapanya, dan berubah menjadi hodoh sekiranya dapat suami yang tak pandai menjaganya.”
Cantik dan hodoh itu adalah didikan, ajaran, bantuan, pertolongan dan kehormatan dari suami.
Hina, cerca, benci dan meluah marah kepada perkara yang tak perlu adalah keburukan, lebih lagi di khalayak ramai. Dan ia mengundang banyaknya perkara yang tak elok.
Hormati, sayangi dan kasihi isteri kita. Kita terima dia elok-elok, layanlah juga sebaiknya.
Buruk dia, buruk kita juga. Baik dia, baik kita juga.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad, Belajar.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Tidak dinafikan kaum Muslim di Korea adalah golongan minoriti. Walaupun minoriti namun tidak membataskan mereka untuk terus berpegang pada agama yang menjadi pilihan.
Salah seorang yang rakyat Korea yang memeluk Islam adalah model, Ayana Jihye Moon. Dia yang telah diberikan hidayah oleh Allah untuk memeluk Islam pada tahún 2012.
Untuk pengetahuan keputusan untuk memeluk Islam memang mengejutkan ramai kerana semasa kecilnya Ayana mengakui membenci orang Islam.
Kebencian itu lahir kerana pengaruh buruk tentang Islam yang didengar dan diterima di sekelilingnya. Namun hidayah itu datang sedikit demi sedikit di hatinya.
Namun begitu, keputusannya untuk memeluk Islam tidak disukai oleh ahli keluarga kerana satu-satunya yang memilih agama baru ini. Namun begitu, beliau tetap bersemangat untuk terus istiqamah dengan agama barunya.
Oleh kerana penampilannya yang berhijab sukar untuk dia mendapat pekerjaan sesuai dan halal dengan dirinya di Korea.
Justeru Ayana lebih senang mengambil keputusan berhijrah ke Indonesia dan menjadi model di sana di samping berulang alik ke Malaysia.
Dia yang kini menjadi selebriti media sosial mengumpul lebih dua juta pengikut dan bersyukur kerana dapat mencari rezeki halal di Malaysia dan Indonesia.
Penampilan Ayana yang lebih Msulimah ini juga turut mengundang pujian netizen dan menjadikan dirinya sebagai idola dalam berfesyen mengikut Wanita Muslimah.
KASHOORGA: Didoakan semoga Ayana terus isiqamah denna agama barunya. Bukan senang untuk mempertahan tetapi berpandukan ajaran dari kitab suci Al-Quran serca sunnah dan hadis Nabi.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Zaman ini anak-anak semakin bijak. Malah adakalanya soalan-soalan diberi oleh sang anak membuatkan mak ayah pening kepala. Pasti ada di antara mak ayah pernah ditanya dari mana adik keluar bila mereka dapat baby baru. Mahu pening mak ayah nak menjawap dari sudut saintifik. Itu belum ditanya kenapa bulan tinggi, ada ke tak orang duduk di angkasa raya dan sebagainya.
Tapi satu video yang tular baru ini memang rare. Ia hal yang mungkin sensitif bagi seorang isteri bila suami hendak kahwin lain walau ia dibenarkan dalam islam dengan syarat-syarat tertentu.
Pertamanya mesti berkemampuan zahir dan batin, mesti adil dan banyak lagi ciri lain untuk lelaki kahwin dua, tiga atau empat. Tapi banyak yang berlaku hari ini di mana lelaki hanya berkahwin menurut nafsu dan gagal dalam pemberian nafkah kerana duit hanya cukup-cukup saja untuk sebuah keluarga.
Ini kerana Islam itu datang untuk membatasi dan tidak menyuruh berpoligami melainkan hanya memberi kelonggaran untuk menyelesaikan masalah tertentu. Ia diperteguhkan lagi dengan firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu bersungguh-sungguh (hendak melakukannya), oleh itu janganlah kamu cenderung dengan melampau (berat sebelah kepada isteri yang kamu sayangi) sehingga kamu biarkan isteri yang lain seperti benda yang tergantung (di awan-awan), dan jika kamu memperbaiki (keadaan yang pincang itu), dan memelihara diri (daripada perbuatan yang zalim), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah al-Nisa’, ayat 129)
Tapi gelagat anak teruna ini dengan ibunya memang menggelikan hati.
Hah! Baiknya hati anak teruna ini yang bertanya soalan kepada ibunya kenapa tak bagi ayah kahwin lagi sedangkan perkahwinan itu halal seperti didengarnya cukup menggelikan hati.
Dalam satu video Tiktok Yati_Herman, seorang ibu merakam perbualan dengan anaknya yang mana sang anak bertanya:
“Mama, betul ke adik dengar Ustaz kata kahwin nie benda halal dengan bagus.. betul ke”
Mamanya menjawap, “Betullah, kenapa?”
Sang anak menjawap, “kalau macam tu kenapa Mama tak suruh Papa kahwin lagi?
Kan halalll tu, jawapnya terus…
Apa yang lawaknya, jawapan spontan emaknya ialah “kau nak mati keerrr…hahahaha..
Bayangkan kalau anak sebijak ini, memang jenuh mak ayah mahu menjawapnya.
Saskikan video Tik Tok yang viral dan sudah ditonton 1.0 juta orang ini.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Kirim doa kepada jemaah umrah atau haji merupakan amalan yang harus dalam Islam. Ketahui hukum, dalil hadis serta adab mengirim doa tanpa membebankan para jemaah.