“Larang Salah Guna Kuasa” – Padu Jawapan Ustaz Azhar Idrus Bila Ditanya Dr Zulkifli Kalau Dilantik Jadi Menteri Agama

Share

Buat masa ini ramai di kalangan selebriti atau personaliti popular membuat perbincangan mengenai sesuai isu secara langsung di media sosial.

Aktiviti ini turut menjadi pilihan Menteri Agama, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri untuk mengadakan perbincangan secara santai dengan Penceramah Bebas, Ustaz Azhar Idrus di media sosialnya malam tadi.

Dengan tajuk ‘Deme wak mende PKP ning?’, beliau penuh merendah diri dan tidak kekok bertanya kepada UAI soal agama walaupun pernah membawa gelaran sebagai Mufti Wilayah Persekutuan sebelum ini.

Namun paling menarik perhatian adalah apabila Dr Zulkifli memberi soalan berbentuk cepumas kepad UIA iaitu berkenaan soalan apa ingin dilakukan sekiranya beliau dilantik menjadi Menteri Agama.

Menurut UAI lagi, kita perlu sentiasa mengambil peluang dengan menggunakan kuasa (peluang) dan yang dilarang pula adalah salah menggunakan kuasa.

“Bila kita ada kuasa, bermakna kita duduk di satu keadaan yang sangat berpeluang besar. Bila kita Menteri Agama, maknanya kita berkuasa.

“Agar agama Allah menjadi tinggi dan dimuliakan. Sebab apa? Aku jadi Menteri Agama tiga atau lima tahun, aku sempat buat benda ni dan aku dapat jawab di akhirat.

“Jadi, guna kuasa Datuk. Allah akan tanya di akhirat nanti, kamu buat apa Datuk? Saya yakin Datuk faham kat mana Datuk nak buat supaya agama jadi tinggi, Datuk lebih arif,” katanya.

Dan diakhir penutup siaran langsung berkenaan, UIA turut mendoakan agar Dr Zulkifli dan seluruh kakitangan kementerian diberi kekuatan dan bantuan dari Allah bagi menaikkan lagi syiar agama Islam.

SUMBER: INSTAGRAM DR ZULKIFLI

ARTIKEL BERKAITAN: Lepas Dilantik Menteri Agama, ‘Sempoi’ Teruskan Kuliah

IKLAN