Siapa yang tidak mengenali Penceramah Bebas popular. Dato’ Ustaz Mohd Kazim Elias yang sangat aktif menyampaikan dakwah dengan cara tersendiri.
Dikatakan beliau sudah mula mengalami masalah tidak boleh tidur dan berlarutan sejak dua bulan lalu sehingga kini.
Dalam posting dimuat naik laman sosial Facebook, Pembantu Peribadi beliau memberitahu tahap kesihatan Ustaz Kazim yang merosot hingga terpaksa dimasukkan ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.
Bagaimanapun katanya, selepas balik ke rumah Mohd Kazim masih mengadu sakit pada bahagian belakang dan perutnya juga masih kembung.
Ads
Sebelum itu, beliau turut muat naik posting di laman sosial Facebook, beliau memberitahu tahap kesihatannya yang agak merosot sejak kebelakangan ini.
Dalam posting itu beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua sahabat yang telah memberi nasihat dan petua. Namun begitu setakat ini tiada laporan doktor mengenai apa masalah kesihatan sebenar yang dialami oleh beliau.
Ads
Sebaik mendapat tahu kesihatan Ustaz Kazim yang tidak baik, ramai turut mendoakan beliau agar diberi kesembuhan seperti sebelumnya.
Dilanim Ibrahim Alhamdulillah semoga Dato’ ustaz Kazim Elias terus beransur sembuh dan di bawah perlindungan allah swt..sihat seperti biasa dan dpt menjalankan tugasan berdakwahnya sebagaimana yg di amanahkan…Aamiin aamiin ya robbal alamiin
Ads
Hazrol Afza Hj Hamzah Moga Allah SWT sentiasa merahmati Dato dan mberi kesembuhan pd setiap penyakit..dioermudahkan urusan perubatan.aamin
Rusmi Wan Abdullah Alhamdulillah.Semoga Allah permudahkan segala urusan ustaz diberi kesihatan dan kekuatan yang baik cepat sembuh sentiasa dlm rahmat dan lindungaNya dijauhi dari penyakit yg merbahaya. In Syaa Allah Aamiin 3 Ya Rabbal A’lamiin
Dinaa Ismail InsyaAllah, bulan ramadhan bulan mulia dan bulan yg baik neh…..sesiapa yg buat sesuatu yg tidak baik moga Allah tunjukkan kebenarannya dan Allah insafi dia untuk berhenti menganiaya sesiapa saja……Allahuakbar….., nauzhubillahiminzhalik…..dan semoga Allah angkat segala kesakitan dan penyakit Ustaz dan dpt berdakwah semula serta menjadi ustaz2 yang disayangi semua…..
Aziddin Ahmad Besar dugaan seorang yang bergelar pendakwah. Dipanjatkan doa semoga DUKE sentiasa dalam lindungan Allah, diberi kesembuhan tanpa mengembalikan penyakitnya yang asal… Aamiin ya rabb
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Pulau Dayang Bunting yang terletak kira-kira 17.6 km dari Pekan Kuah sememangnya antara destinasi pilihan pelancong.
Walau berdekatan dengan laut namun air di tasik ini tidak masin dan menjadi tumpuan pelancong melakukan aktiviti air seperti berenang, berkayak, bermain bot kayuh selain menikmati spa fish di pulau lagenda ini.
Di sebalik mempunyai tarikan pelancongan, ada suatu yang lebih istimewa kerana Tasik Dayang Bunting ini mempunyai lagenda dan misterinya sendiri.
Pulau ini mendapat nama daripada kisah dongeng seorang dayang bernama Mambang Sari yang ditipu oleh Mat Teja sehingga membuatkan dia mengandungkan anaknya kerana terlampau mencintainya.
Namun setelah 7 hari anaknya lahir, bayi tersebut menderita dengan penyakit yang penyakit misteri. Mambang Sari kemudiannya meletakkan anaknya di tasik itu lalu menyebabkan terjadinya lagenda tasik dayang bunting.
Tidak dinafikan, pulau ini kelihatan menyerupai seorang wanita sedang mengandung dan tak hairanlah ia menjadi tumpuan hingga ramai mempercayai mitos ini tanpa sedar boleh menjadi syirik apabila mempercayai berendam di pulau ini boleh membuatkan pasangan mengandung.
Tular di Tik Tok yang mana seorang pengguna menulis “orang kata, kalau tengah usaha nak dapat zuriat boleh cuba berendam dalam tasik ini.
Kongsinya lagi, “Balik je dari sini, seminggu lepas tu saja test. Alhamdulillah, lekat seorang baby Langkawi.
Perkongsiannya menarik perhatian warga net yang mempetikaikan kandungan tak boleh terbentuk dalam tempoh seminggu kerana janin barangkali sudah ada. Malah ramai menasihatinya agar berhati-hati agar tidak sampai syirik.
Berhati-hati dengan apa kita tulis dan percayai kerana ia boleh menjadi syirik khususnya malapetaka lisan kerana ia boleh membinasakan kita dia di dunia dan akhirat.
Di antara malapetaka lisan yang paling dahsyat, yang dapat membinasakan di dunia dan akhirat adalah mengucapkan perkataan syirik. Hati-hatilah, terkadang kalimat syirik keluar dari lisan kita sementara kita tidak sedar.
Di antara bahaya syirik di dunia adalah:-
1 Allah tidak akan mengampuni yang mati di atas kesyirikan
“Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa mempersekutukan (sesuatu) dengan Dia, dan dia mengampuni dosa yang selain syirik bagi siapa yang dikehendakiNya. Barang siapa yang mempersekutukan (sesuatu) dengan Allah, maka sesungguhnya ia telah tersesat sejauh-jauhnya.” [QS. An-Nisaa: 116].
“Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu dan kepada (Nabi-Nabi) yang sebelummu. Jika kamu mempersekutukan (Tuhan), niscaya akan hapuslah amalmu dan tentulah kamu termasuk orang-orang yang merugi.” [QS. Az-Zumar: 65].
Jadi berhati-hatilah dengan apa kita fikirkan dan tulis, jangan sampai jatuh syirik.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Setiap kali 17 Ramadan umat Islam di seluruh dunia pasti akan mengenangkan satu peristiwa yang amat penting dalam sirah Islam iaitu bermulanya penurunan al-Quran ke atas Rasulullah melalui perantaraan malaikat Jibril.
Ayat yang mula-mula sekali diturunkan adalah lima ayat pertama daripada surah Al-Alaq. Ketika itu Rasulullah berada di Gua Hira’.
Sejak daripada peristiwa itu al-Quran diturunkan secara beransur-ansur selama 23 tahun iaitu 13 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah sebelum lengkap sepenuhnya pada 10 Hijrah.
Secara umumnya al-Quran mempunyai 114 surah dan 6,666 ayat. Namun begitu pendapat yang paling masyhur tentang jumlah ayat al-Quran adalah lebih daripada 6,200 ayat cuma bilangannya secara tepat berbeza antara satu ulama dengan ulama yang lain.
Dari segi susunan pula al-Quran dimulai dengan surah al-Fatihah dan berakhir dengan surah an-Nas. Surah yang terpanjang pula adalah surah al-Baqarah (287 ayat) dan terpendek surah al-Kauthar (tiga ayat).
PETUNJUK BUAT UMAT MANUSIA
Penurunan al-Quran berlaku dalam dua bentuk iaitu secara sekali gus dan beransur-ansur. Bagaimanapun terdapat perselisihan pendapat tentang berapa kali berlakunya penurunan al-Quran secara sekali gus.
Al-Suyuti dalam kitabnya ‘al-Itqan fi Ulum al-Quran’ berdasarkan tiga riwayat oleh Ibn Abbas, Hakim dan al-Nasaie hanya membahagikan kepada dua peringkat sahaja.
Pertama, al-Quran diturunkan sekali gus dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah. Dari Baitul Izzah, al-Quran diturunkan secara beransur-ansur kepada Rasulullah SAW melalui perantaraan Jibril selama 23 tahun dan kemudian disampaikan kepada semua sahabat dan umat baginda.
Sesungguhnya terlalu banyak keistimewaan dan kelebihan yang terdapat dalam al-Quran. Kitab suci itu adalah petunjuk bagi semua umat manusia daripada segala kesesatan. Al-Quran juga menjadi penyuluh daripada sebarang kegelapan.
Malah kitab suci itu juga adalah pelengkap kepada kitab-kitab terdahulu yang pernah diturunkan kepada para nabi dan rasul sebelum Rasulullah seperti Zabur, Taurat serta Injil.
Bagaimanapun agak malang apabila keaslian kitab-kitab tersebut seperti Injil dirosakkan serta dicemar oleh pindaan yang dilakukan oleh manusia berkepentingan hingga wujud beberapa versi.
Berbanding al-Quran, kitab suci itu tidak pernah diubah walaupun satu titik huruf kerana Allah telah memberi jaminan untuk memeliharanya. Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya.” (Al-Hijr: 9)
HEBATNYA AL-QURAN
Keaslian al-Quran tetap terpelihara dan kekal sehingga akhirat meskipun penurunannya telah berlaku sejak lebih 1,400 tahun yang lalu. Inilah hebatnya al-Quran. Al-Quran adalah kalam Allah yang tiada tandingannya.
Dalam membicarakan tentang al-Quran kurang lengkap jika kitab suci itu tidak dikaitkan dengan kedatangan Ramadan. Selain berpuasa, umat Islam juga dituntut untuk memperbanyakkan membaca al-Quran.
Bahkan ada di antara kita yang berusaha khatam 30 juz al-Quran dan itulah yang menjadi kebiasaan setiap kali kedatangan Ramadan sama ada secara bersendirian atau berkumpulan.
Tidak kurang juga masjid atau surau yang melantik imam-imam hafiz jemputan untuk memimpin solat tarawih sepanjang bulan ini. Tujuannya adalah agar mereka mengalunkan bacaan al-Quran lengkap 30 juzuk dalam solat tersebut.
Semuanya ini bertujuan membudayakan al-Quran pada sepanjang bulan Ramadan. Sejajar dengan firman Allah yang bermaksud;
“Bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah.” (Al-Baqarah: 185)
Hakikatnya, inilah suasana yang berlaku sepanjang bulan Ramadan. Bagaimanapun keadaan yang serupa tidak berlaku sebaik sahaja Ramadan pergi meninggalkan kita. Sepatutnya dalam bulan-bulan yang lain juga al-Quran perlu sentiasa dibaca dan tidak boleh ditinggalkan.
Malangnya budaya itu tidak berterusan selepas Ramadan melabuhkan tirainya. Al-Quran hanya dibuka setahun sekali iaitu apabila tibanya Ramadan manakala dalam 11 bulan yang lain, kitab suci itu hanya disimpan rapi dalam almari.
Justeru, marilah budaya ini diubah dengan menjadikan al-Quran sebagai teman paling rapat. Perubahan itu boleh dilakukan bermula Ramadan ini.
AL-QURAN AKAN TOLONG KITA
Mungkin ramai yang tidak sedar bahawa al-Quran mampu menolong kita sebaik sahaja meninggalkan alam yang fana ini. Pada masa itu tiada apa yang dapat membantu kita kecuali amal ibadat yang dilakukan sepanjang hidup kita di dunia ini termasuk membaca al-Quran.
Cuba kita lihat corak kehidupan Rasulullah dan para sahabat. Asas kehidupan baginda dan para sahabat adalah al-Quran. Kitab suci itu bukan setakat dibaca malah segala pengajaran dan perintah yang terdapat di dalamnya dilaksanakan dengan penuh taat.
Dalam khutbah terakhir Rasulullah dalam haji wida, baginda ada berpesan:
“Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah al-Quran dan Sunnahku.”
Semoga kita sama-sama dapat menghayati dan mengambil iktibar dari peristiwa Nuzul Quran ini dan memperoleh keberkatan dariNya.
VIDEO KASHOORGA:
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
‘Tak jujur sebab nak claim banyak.’ Ini hukum bayar zakat lebih daripada jumlah yang patut dibayar. Segelintir orang dengan sengaja membayar zakat lebih daripada amaun yang ditetapkan kerana ingin mendapat lebih banyak claim atau rebat cukai pendapatan.
Namun begitu, adakah niat kita ini menghalalkan cara. Maklumlah niat sebenar adalah untuk dapat claim banyak rebat. Ikuti penjelasan Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkaitan isu ini.
Bolehkah kita bayar zakat lebih daripada jumlah yang patut kita bayar, sebab nak claim rebat cukai pendapatan? Contoh gaji RM 100 ribu, kita bayar zakat RM4000 walaupun nilai zakat ialah RM2500 supaya dapat claim banyak rebat? Sebab ada kata tak jujur dalam claim sebab lebihan itu hanya dikira sedekah, bukan zakat.
Jawapan:
Pertama:
Hendaklah kita betulkan niat dalam apa jua amalan dan perbuatan yang kita lakukan.
Diriwayatkan daripada Umar bin al-Khattab R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda :
وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَـوَى
Maksudnya: “Sesungguhnya setiap orang memperolehi apa yang diniatkan.”
Riwayat al-Bukhari (1)
Begitu juga kaedah fiqh menyebutkan:
الْأُمُوْرُ بِمَقَاصِدِهَا
Maksudnya:
“Setiap perkara bergantung kepada niatnya.” (Lihat al-Asybah wa al-Naza’ir oleh al-Suyuti, halaman 30)
Kedua:
Perbuatan melebihkan bayaran zakat daripada kiraan yang sepatutnya adalah merupakan amalan yang baik dan termasuk dalam perkara sunat yang digalakkan.
Hal ini sepertimana yang dinyatakan menerusi firman Allah SWT:
فَمَن تَطَوَّعَ خَيْرًا فَهُوَ خَيْرٌ لَّهُ
Maksudnya:
“Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan lebih daripada yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya.”
(Surah al-Baqarah: 184)
Begitu juga, dalam hadith, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya:
Jika seseorang mempunyai kambing saa’imah 39 ekor, maka dia tidak wajib membayar zakat, kecuali jika si pemilik rela hati dan suka membayarnya (maka dia boleh mengeluarkan zakat dan pihak amil boleh menerimanya).”
Riwayat al-Bukhari (1454)
Selain itu, terdapat juga kaedah fiqh yang menyebut:
مَا كَانَ أَكْثَرَ فِعْلًا كَانَ أَكْثَرَ فَضْلًا
Maksudnya:
“Perkara yang lebih banyak perbuatan atau pengorbanan, maka lebih banyak fadhilatnya (kelebihan).” (Lihat al-Asybah wa al-Nazha’ir, hlm. 143)
Justeru, kami katakan bahawa apa yang saudara lakukan itu adalah boleh dan tiada masalah. Bahkan, perbuatan saudara adalah sesuatu yang terpuji di mana bayaran zakat mengikut kiraan Syarak adalah wajib, manakala melebihkan bayaran zakat adalah termasuk ibadah sunat yang digalakkan dalam agama Islam.
Begitu juga kami berpendapat, terkadang-kadang kita terlupa dan terkurang dalam membayar zakat. Justeru, dengan berlaku lebihan seperti ini, kita mengharapkan apa yang kita lupa dan kurang itu dapat menampung kelemahan dan kecuaian kita dalam menunaikan zakat.
Keduanya, pastikan niat kita semata-mata kerana Allah SWT untuk melaksanakan hukum Islam, iaitu membayar zakat dengan sesempurnanya. Bukan bertujuan melarikan diri daripada cukai atau apa-apa tujuan yang lain.
Kashoorga: Sebenarnya kita sememangnya digalakkan untuk melebihkan bayaran zakat kerana bimbang terkurang di mana-mana.
Hong Leong Islamic Bank memperkenalkan halatuju baharu berasaskan prinsip Syariah, memfokuskan pengurusan kekayaan holistik dan nilai berteraskan amanah. Ketahui lima tonggak utama dan inisiatif terkini HLISB.