‘Dia kerja, tak perlulah aku bagi duit.’ Nafkah isteri mesti suami tunaikan walau pendapatan dia lebih tinggi suami. Nafkah memang menjadi tanggungjawab suami, jadi jangan lari dari tanggungjawab.
Isteri bekerja kerana ingin kurangkan beban suami dan membantu apa yang patut. Jadi janganlah mengambil kesempatan.
Masa kini ramai isteri bekerja dengan niat ringankan beban suami. Pun begitu keperluan memberi nafkah tetap menjadi tanggungjawab suami. Masa nikah memang digalakkan dipermudahkan. Tapi itu bukan maksudnya soal nafkah pun kita nak pandang enteng jugak.
Kita tak boleh kata, “Owh isteri aku ada kerja. So, tak perlu lah aku bagi duit bulan-bulan. You, you dan I, I”
Nafkah mereka sebagai isteri mesti ditunaikan walau pendapatan mereka lebih tinggi dari kita.
Tak Perlulah Aku Bagi Duit
Ada isteri yang tidak diberi nafkah langsung oleh suami disebabkan:
1) suami beranggapan tidak perlu bagi nafkah kerana isterinya berkerja dan punyai wang sendiri.
2) suami beranggapan tidak perlu bagi nafkah kerana isterinya bergaji lebih besar.
Ads
3) suami perlu tanggung keluarganya sendiri (ibu bapa, adik beradik), jadi wang gajinya tidak cukup untuk diberikan kepada isteri.
4) tidak ada ilmu tentang rumah tangga dan tidak mahu belajar tentangnya. Take for granted.
Nafkah Isteri
Ini silap besar sahabatku.
Wahai para suami, bacakan ini. Ada 7 jenis nafkah yang wajib kita beri kepada isteri iaitu:
1. Menyediakan rumah dan keperluan rumah.
Tak kira lah rumah sewa atau beli sendiri, asalkan mengikut kemampuan suami. Kalau suami mampu beli rumah teres sahaja untuk isteri, ia jauh lebih baik dari rumah banglo atas bukit yang dibeli isteri.
2. Makan Minum
Ramai isteri yang berkerja membeli barang makanan minuman dengan duit gajinya sendiri. Puan, gunakan duit belanja dapur yang diberikan suami.
Jika tak cukup, barulah top up dengan duit gaji puan. Jangan ambil hak suami iaitu hak untuk dia bagi nafkah makan minum.
Kalau suami puan mampu beli kangkung dan ikan kembung, makanlah itu. Berkat insyaAllah.
Suami beri nafkah wang walaupun sedikit untuk makan minum isteri, anak setiap bulan. Kalau mampu RM100 pun, itulah yang perlu diberikan.
Beritahu pada isteri, “Ini yang abang mampu, kalau ada rezeki lebih, abang akan tambah.” Isteri, hargailah keikhlasan suamimu itu.
Ads
Mesti Suami Tunaikan
3. Pakaian
Wajib beli 2 persalinan setiap tahun. Belilah jubah longgar dan pakaian menutup aurat kepada isteri. Kita dapat pahala sebab sediakan pakaian ikut syariat. Isteri pun dapat kebaikan sebab jaga aurat ikut syariat.
Suami dipertanggungjawabkan atas dosa yang mereka lakukan di dunia ini. Isteri, kena faham dan tahu. Kami bukan hanya pikul tanggungjawab nafkah zahir tapi dosa kamu juga kami pikul.
Ini perkara paling sweet yang banyak isteri lupa.
Justeru, tanam azam dalam diri untuk ikut suruhan dan tinggalkan perkara dilarang oleh baginda Rasulullah saw. Bukan pasal ikhlas atau tak ikhlas.
Masa dicabut nyawa tak ada tanya ikhlas tak nak mati. Hehe!
4. Perubatan
Kalau isteri sakit, suami perlu bawa isteri jumpa doktor dan biayai perbelanjaan ini. Kalau zaman sekarang, takaful untuk isteri dan anak-anak perlu disediakan oleh suami.
5. Perhiasan
Wanita memang tidak asing dengan perhiasan. Suami perlu menyediakan perhiasan untuk isteri.
Encik A selalu beli perhiasan untuk isterinya. Dia belikan mengikut taste nya.
Katanya, “Isteri ini adalah perhiasan untuk suami. Mestilah saya beli perhiasan mengikut taste saya supaya menyejukkan mata dan hati saya. Barulah isteri saya dapat pahala, saya pun dapat pahala.”
Isteri pula, kalau suami mampu beli Zhulian, pakailah. Jangan minta diluar kemampuan suami pula.
6. Pembantu
Kalau isteri biasa ada pembantu rumah sebelum berkahwin, suami mesti menyediakan pembantu untuknya selepas berkahwin.
Zaman sekarang ini kalau suami tak mampu, cukuplah sediakan wang untuk penjagaan anak dan paling penting sekali pembantu semasa isteri berpantang selepas melahirkan anak.
Dia Lebih Tinggi
7. Peralatan mandian
Jangan gelak! Iya, sabun mandi dan syampu rambut itu termasuk dalam nafkah ye. Jangan ambil ringan!
Wahai suami isteri sekalian, suami wajib bagi nafkah pada isteri dan anak anak. Ini adalah ajaran Islam dan kita patut mengikutnya. Sebab apa?
Supaya ada keberkatan dalam rumah tangga. Bila ada keberkatan, harmoni dan sejahteralah rumah tangga itu. Begitulah.
Ilmu agama dan dunia juga sebenarnya tanggungjawab suami. Ramai terlepas pandang.
Kalau isteri nak belajar mengaji al-Quran, belajar memasak jangan dihalang. Kita sokong dan belikan buku untuk mereka.
Saya doakan agar diri saya dapat memenuhi keperluan keluarga dan anda yang membacanya sehingga ke ayat ini beroleh kebaikan yang sama. Aamin!
Isu hutang memang ramai yang sensitif. Kerana ramai yang mulut manis sebelum mendapatkannya dari kita. Namun bila sudah memperoleh wang dihajati, dari kawan boleh menjadi lawan malah ada terus bermusuhan.
Pernah berhadapan dengan kawan yang suka meminjam tapi liat nak bayar? Lebih sakit hati, dia media sosialnya dia suka post makan sedap-sedap, pergi melancong ke sana sini tapi bila kita minta bayar hutang, dia block nombor telefon kita.
Kalau inilah yang terjadi, jangan halalkan hutang walau satu sen kerana di akhirat kelak, orang yang berhutang dengan kita akan merangkak ingin berjumpa dengan kita. Mereka ini akan menanggung dosa-dosa kita. Malah mereka ini adalah saham kita di akhirat.
Perkara di atas khusus untuk mereka yang sengaja tidak mahu membayar hutang kita, lain bagi yang belum betul-betul mampu. Nampak seperti kejam tapi dosa kita dengan Allah, kita hanya perlu meminta keampunan Allah tapi dosa kita sesama manusia, selagi tidak diampun dan dihalalkan, dosa itu akan terus dipikul olehnya.
Ini bersesuaian dengan hal di bawah ini.
"Kerana hutang berkaitan dengan hak manusia, maka ia tidak boleh ditebus dengan meminta maaf, taubat atau pun istighfar. Ia juga tidak boleh ditebus dengan solat ataupun haji. Hutang hanya boleh dibayar sama nilai dengan hutangnya. Selagi belum dibayar, maka hutang itu akan terus mengikat seseorang bahkan selepas dia mati." – Tidak Masuk Syurga Kerana Hutang, Ustaz Umar M. Noor hlmn 111-112, Solusi Isu No. 46-
Isu sengaja tidak membayar hutang ini juga dalilnya ada disebut menerusi dalil di bawah ini.
Sayyidina 'Imran bin Husain berkata Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa yang ada apa-apa hak ke atas seseorang yang lain (seumpama hutang dan sebagainya) dan dia memberi penangguhan pembayaran kepada saudaranya itu , maka dia mendapat pahala sedekah bagi setiap hari yang dia tangguhkan."(Musnad Ahmad).
Bila sebut tentang berhutang, ada pemberi yang menderita seumur hidup tambah lagi jika mereka menjadi penjamin hutang yang besar dan masa yang sama pemiutang lepas tangan. Ada bermacam-macam penderitaan dialami oleh pemberi hutang.
Jadi ingatlah, sentiasalah berusaha membayar hutang kita walau sedikit dan insya Allah jika terus istiqomah membayar, hutang akan habis. Jangan sengaja larikan diri tidak membayar kerana kita tidak tahu ajal kita sampai bila.
Kena tahu juga, waris atau anak tidak diwajibkan membayar hutang kita kerana itu bukan tanggungjawab mereka. Tapi kalau kita mati meninggalkan harta, beritahulah anak supaya langsaikan hutang yang belum habis dibayar agar ruh kita tak tergantung di akhirat atau kita merangkak-rangkak mencari orang yang kita berhutang untuk meminta maaf.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Memasuki 10 malam terakhir Ramadan sebaiknya kita gunanya untuk melakukan pecutan ibadah sebagaimana yang dilakukan oleh Nabi Muhamad SAW. Terdapat sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Aisyah R.Anha, katanya:
Maksudnya: “Nabi SAW apabila masuknya sepuluh hari terakhir (bulan Ramadhan) Baginda akan mengetatkan ikatan di pinggangnya, Baginda menghidupkan malam harinya, dan Baginda membangunkan ahli keluarganya (untuk beribadah).” Riwayat al-Bukhari (2024) dan Muslim (2015)
Dipetik dari laman Maktabah Al Bakri oleh Datuk Dr Zulkifli Mohammad Al Bakri berikut adalah beberapa amalan yang boleh kita dilakukan dan digandakan sepanjang sepuluh malam terakhir Ramadan.
1.Melakukan Qiyam
Qiyam yang dimaksudkan di sini ialah dengan menghidupkan malam hari di bulan Ramadhan dengan beribadah kepada Allah SWT lebih-lebih lagi di sepuluh malam yang terakhir di mana di dalamnya terdapat malam yang lebih baik daripada seribu bulan.
Dalam bulan Ramadhan, kita disunatkan untuk menunaikan solat sunat yang dikenali dengan Solat Tarawih secara berjemaah ataupun bersendirian. Terdapat sebuah hadis yang menceritakan tentang ganjaran bagi mereka yang menunaikan qiyam. Hal ini adalah sepertimana sabda Rasulullah SAW:
Maksudnya: “Sesiapa yang solat qiyam bersama imam sehingga selesai, maka Allah telah memberikannya ganjaran qiyam sepanjang malam.” Riwayat al-Tirmizi (806), al-Nasa’i (1605) dan Ibn Majah (1327)
Selain itu, alangkah baiknya sekiranya di sepuluh malam yang terakhir ini, kita gandakan lagi usaha kita dengan solat-solat sunat yang lain di samping solat sunat Tarawih yang kita kerjakan secara berjemaah.
Sekurang-kurangnya dua rakaat sebelum bersahur atau dua rakaat sebelum Fajar. Mudah-mudahan Allah menemukan kita dengan Lailatul Qadar dalam keadaan kita sujud kepada-Nya.
2. Memperbanyak Bacaan al-Quran
Seperti yang diketahui, istimewanya bulan Ramadhan adalah kerana terdapat pelbagai ganjaran yang boleh kita perolehi daripadanya.
Dalam sebuah hadith riwayat Abdullah bin Mas‘ud R.A, Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Barangsiapa yang membaca satu huruf di dalam al-Quran maka baginya satu kebaikan dan setiap kebaikan itu digandakan menjadi sepuluh kebaikan yang semisal dengannya. Aku tidak mengatakan “الم” satu huruf akan tetapi Alif satu huruf, Laam satu huruf dan Miim satu huruf.” Riwayat al-Tirmizi (2910) Hadith ini dinilai Hasan
Justeru, kita mengetahui bahawa amalan membaca al-Quran pahalanya dilipatgandakan oleh Allah SWT. Pada masa yang sama, kita juga mengetahui bahawa semua amal kebajikan di bulan Ramadhan turut dilipatgandakan oleh Allah SWT.
Maka sebaiknya, kita perbanyakkan bacaan al-Quran lebih-lebih lagi di sepuluh akhir bulan Ramadhan.
3.Bersedekah dan Infaq
Bulan Ramadhan juga adalah merupakan bulan di mana kita digalakkan untuk banyakkan bersedekah dan infaq. Terdapat sebuah hadith riwayat daripada Ibn ‘Abbas R.Anhuma, bermaksud
“Nabi SAW adalah manusia yang paling pemurah. Kemuncak sifat pemurahnya di bulan Ramadhan, ketika Jibril bertemu dengan Baginda SAW. Adapun Jibril AS menemuinya pada setiap malam bulan Ramadhan dan saling bertadarus al-Qur’an dengan Baginda. Sungguh Rasulullah SAW sangat pemurah dalam hal kebaikan daripada angin yang bertiup kencang.” Riwayat al-Bukhari (3554)
Hadis ini turut menjadi dalil betapa pemurahnya Nabi SAW dan betapa rajinnya Nabi SAW bersedekah pada bulan Ramadhan. Dinyatakan dalam hadith, yakni Rasulullah SAW menjadi lebih pemurah daripada hembusan angin adalah kerana Baginda sangat cepat dan ringan dalam memberi. Ia juga sebagai isyarat kepada berterusannya rahmat dan umumnya manfaat disebabkan oleh sifat pemurahnya Nabi SAW. (Lihat Irsyad al-Sari, 1/72)
Banyaknya Nabi SAW bersedekah pada bulan Ramadhan menunjukkan bahawa bersedekah pada bulan ini terdapat kelebihannya yang tersendiri.
Justeru, banyakkanlah sedekah dan infaq dalam bulan Ramadhan khususnya di sepuluh akhir Ramadhan ini, antaranya kepada tabung masjid, anak-anak yatim, fakir miskin, orang-orang tua, ibu bapa, kaum keluarga dan lain-lain.
4.Menjamu Orang Berbuka Puasa
Dalam bulan Ramadhan, kita sebagai umat Islam digalakkan untuk mengikuti satu sunnah Baginda SAW iaitu memberi makan orang yang berpuasa. Galakan untuk memberi makan orang yang berpuasa ini adalah perkara yang thabit daripada hadith Nabi Muhammad SAW. Ini berdasarkan sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Zaid bin Khalid al-Juhani R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Siapa yang menyediakan makanan berbuka buat orang yang berpuasa, maka dia mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan tidak dikurangkan sedikit pun dari pahala orang yang berpuasa itu.” Riwayat al-Tirmizi (807) dan beliau mengatakan hadisini hasan sahih.
Oleh yang demikian, seseorang itu sekiranya dia memberikan makanan kepada orang yang berbuka puasa sama ada dengan sebiji tamar, segelas air, dan sebagainya maka sudah terhasil baginya pahala memberi makan kepada orang yang berbuka sebagaimana zahir hadith.
5.Iktikaf
Terdapat banyak riwayat yang menjelaskan akan keutamaan beriktikaf, antaranya riwayat daripada Ibn Umar R.Anhuma di mana beliau berkata:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَعْتَكِفُ الْعَشْرَ الأَوَاخِرَ مِنْ رَمَضَانَ.
Maksudnya: “Rasulullah SAW biasa beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.” Riwayat al-Bukhari (2025)
Oleh itu marilah sama-sama kita berazam dan bertekad untuk menggunakan malam-malam yang berbaki di bulan Ramadhan ini dengan mengisinya dengan ketaatan dan ibadah kepada Allah SWT.
Tahun ini seluruh umat islam di seluruh dunia menyambut Syawal dalam situasi berbeza.
Dan kali ini sambutannya agak berbeza berbanding tahun sebelumnya kerana diraikan secara sederhana disebabkan pandemik COVID-19.
Dan seperti kebiasaanya umat Islam memulakan Syawal dengan menunaikan solat Aidilfitri di kediaman masing-masing.
Tetapi di Jerman situasinya agak berbeza apabila masyarakat Muslim yang berada di sana mahu menunaikan solat Aidilfitri tetapi dalam masa sama mengamalkan penjarakkan sosial.
Oleh kerana tiada kapasiti keluasan masjid yan boleh memuatkan ramai orang untuk dilakukan penjarakan sosial ini jadi mereka telah bertanya kepada pengurusan Gedung Ikea bagi membenarkan mereka menggunakan ruang parking yang luas untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri.
Dan jawapan yang mereka terima daripada pengurusan Gedung Ikea adalah ‘Ya’ dan membenarkan ruang parking digunakan untuk solat Aidilfitri yang lalu.
Ternyata perkognsian ini di laman sosial Twitter mendapat respon baik daripada warganet.
Beri izin menggunakan parking lot untuk solat sunat Aidilfitri
Terima kasih Ikea
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Masuk masjid nampak soket plug terus kita cas telefon bimbit yang kebetulan hampir kehabisan bateri.Mungkin ramai yang biasa melakukan perkara ini tanpa memikirkan bahawa...