Bukan menidakkan qada&qadar Allah.’ Anak 2 tahun meninggal kanser, ibu terharu dapat lihat wajah ‘remaja’ anak.
Kehilangan insan tersayang bukanlah sesuatu yang mudah, apatah la gi seoran g ibu kehilan gan anaknya. Bukan sesuatu yan g mudah tapi sebagai hamba-Nya kita harus reda, walaupun pedihnya Allah saja yang tahu.
Ibu ini kehilangan anaknya. Disebabkan rasa rindu yang mendalam, dia meminta grup Edit Apa Hari Ni membantu mengedit gambar anaknya.
‘Sebagai ibu bukan menidakkan qada dan qadar tetapi saya merinduinya, malah rindu ini tiada penghujungnya,” luah Roslina Hanim Ramli.
Kisah Roslina Hanim mendapat perhatian warganet apabila dia meminta bantuan dalam kumpulan Facebook (FB) ‘Edit Apa Hari Ni?’ untuk menyunting gambar anaknya yang sudah meninggal dunia ketika berusia dua tahun.
Qada&Qadar Allah
Dalam hantaran yang meruntun hati itu, dia meminta ahli kumpulan FB menyunting wajah anak perempuannya yang ketika ini berusia 13 tahun jika masih ada.
Menceritakan kisah itu, Roslina Hanim, 43, jelaskan anaknya, Dania Emelda Aqasha Mustaffa meninggal dunia kerana kanser darah pada 2011.
Ads
Menurutnya, kehilangan 11 tahun tidak pernah membuatkan dia lupa pada Dania Emelda Aqasha yang juga satu-satunya anak perempuannya.
Anak 2 Tahun Meninggal Kanser
“Saya ibu yang membawanya sembilan bulan dalam kandungan dan bertarung nyawa melahirkannya jadi sudah pasti rindu itu selalu ada,” katanya yang tinggal di Kampung Baru, Muar, Johor.
Bagaimanapun katanya, permintaannya untuk menyunting gambar itu bukan bermaksud dia tidak reda dengan takdir sebaliknya hanya terlalu teringin melihat wajah anak syurganya itu di usia remaja ketika ini.
“Saya berpeluang melihat anak sulung lelaki membesar dan teringin lihat wajah Dania pula. Saya tak sangka warganet sudi merealisasikan hasrat itu dan berterima kasih kepada mereka.
“Malah, saya terharu dan sebak sangat apabila dapat melihat ‘wajah’ remaja Dania…saya cakap ‘cantik sangat anak ibu’,” katanya.
Ibu Terharu Dapat Lihat
Menurutnya, dia menyimpan semua gambar yang disunting dan ada beberapa yang dicetak sebagai kenangan serta pengubat rindu.
Ads
“Gambar yang disunting itu persis anak saya dan tak sangka dengan teknologi ketika ini saya dapat melihat Dania yang remaja biarpun mereka menyunting gambar ketikanya berusia dua tahun,” katanya.
Bercerita lanjut, Roslina Hanim berkata, anaknya kesayangan itu disahkan menghidap kanser ketika berusia dua tahun dan tujuh bulan berjuang melawan penyakitnya itu.
Wajah ‘Remaja’ Anak
“Dania demam ‘on off’ selama dua minggu dan muka serta tangannya juga pucat sebelum ujian darah mengesahkannya kanser darah.
“Kami banyak habiskan masa bersama di hospital apabila Dania perlu menjalani rawatan kemoterapi. Dania anak yang kuat, petah dan periang.
“Sebelum meninggal dunia Dania diserang sawan dan ditidurkan empat hari di hospital,” katanya. Katanya, ketika itu dia adalah ibu tunggal dan kekuatannya hanya anak sulung serta keluarga kerana tahun pertama kehilangan Dania sangat sukar baginya.
Ads
“Kini saya mempunyai anak ketiga berusia tiga tahun (Danny Amsyar Muhammad Hanis) selepas berkahwin baharu yang menjadi pengubat rindu pada Dania,” katanya.
Sahabat sejati adalah mereka yang sanggup bersusah payah dan bantu membantu antara satu sama lain.
Jika seorang dalam kesusahan sahabat yang lain akan cuba membantu apa yang boleh asalkan masalah dapat diatasi.
Sahabat sejati juga tidak akan berkira dalam apa jua hal berbangkit. Ada juga sesetengah mereka yang bersahabat ini tali ukhwah yang terjalin dibawa hingga ke akhir hayat.
Seperti perkongsian dalam laman sosial Instagram memberitahu tali persahabatan yang terjalin erat antara komposer muzik, Faizal Uzir atau dikenali Lok U yang meninggal dunia semalam selepas balik berjoging.
Menurut pemilik akaun menggunakan nama @cikpuanzee sebelum itu, dua orang sahabat kepada arwah Lok U telah dijemput illahi dan selang empat bulan kemudian arwah pula meninggalkan dunia yang fana ini.
Pemergian ketiga-tiga sahabat ini seperti sudah berjanji dan menanti satu sama lain. malah cara kematian juga hampir sama, iaitu dengan cara mengejut. Sesungguhnya segala yang terjadi itu takdirnya telah ditentukan oleh Allah SWT.
Menurut Harian Metro allahyarham Faizal meninggal dunia akibat mengalami sesak nafas dan rebah di rumahnya di Puncak Jalil, Seri Kembangan selepas pulang daripada melakukan aktiviti bersenam sekitar jam 11 pagi semalam.
Terdahulu jenazah Faizal menjalani proses bedah siasat di Hospital Sedang dan dimandi serta dikafan sebelum disembahyangkan di surau Al- Falah, Puncak Jalil selepas solat Maghrib.
Jenazah kemudian dibawa ke Tanah Perkuburan Islam USJ 22 untuk dikebumikan pada jam 9 malam.
Allahyarham Lok U, 46, meninggalkan isteri, Jamariah Yusof dan empat anak iaitu Adam Danial, 20, Faris Danial,18, Ahmad Firhan Danial, 15, dan Yasmin Damia, 13.
22.1.2020 Lok U – @faizaluzir.
إنا لله وإنا إليه راجعون اللهم اغفر له وارحمه وعافه وعف عنه
وسلم عليه يوم ولد ويوم يموت ويوم يبعث حيا – مريم ١٥ Dan (Kami limpahkan) kepadanya selamat sejahtera pada hari ia diperanakkan, dan pada hari ia mati, serta pada hari ia dibangkitkan hidup semula (pada hari kiamat). semoga arwah ditempatkan dikalangan para solihin.. Aamiin Yarabbal Al’aamiin
Ya Allah.. Menggeletar makcik waktu dapat perkhabaran pemergian Lok U atau nama sebenarnya Faizal Uzir pagi tadi. Arwah Lok U adalah sahabat baik kepada arwah Aji.. Arwah Lok U adalah seorang Music Director yang terkenal di dalam industri muzik Malaysia..
Hibanya hati ini.. Kesedihan yang belum reda.. Disambut dengan tangisan dan rasa terkejut.. Benar.. Allah itu Maha Mengetahui .. Segalanya telah diaturkan olehNYA..
Bersenggang 4 bulan dengan arwah Aji.. Kata² Lok U “…aku akan menyusul nanti..” Sewaktu membuat posting tentang pemergian Aji tempohari.. Lok U ada berkata pada makcik tentang jiwanya yang hiba selepas pemergian arwah Kelly dan arwah Aji.. Arwah Kelly – 4.5.2019
4 bulan selepas itu..
Arwah Aji – 5.9.2019
4 bulan selepas itu..
Arwah Lok U – 22.1.2020
Ketentuan Allah untuk 3 sahabat baik ini..
Melihatkan Lok U menangis dengan penuh syahdu semasa menunggu waktu jenazah Aji dimandikan tempohari.. Hati makcik benar² tersentuh.. Makcik sendiri tak kuat.. Inikan pula sahabatnya yang sama² bekerja dan sangat rapat..
Sebenarnya.. Baru je malam tadi makcik melihat gambar Kelly, Aji dan Lok U.. Tak sangka hari ini.. Perkhabaran duka yang diterima.. Mereka bagaikan berjanji.. Mereka bagaikan menanti di antara satu sama lain.. Cara pemergian juga hampir sama.. Semuanya mengejut.. Terlalu mengejut.. Allahuakbar..
Tenanglah di sana wahai adik² ku semua.. Sesungguhnya semua orang menyayangi kalian.. Semua orang akan terus mendoakan untuk kalian.. Walau berat untuk kami menerima.. Kami tetap redha..
Banyak hadis berkaitan menghormati orang tua dinyatakan di dalam hadis sahih. Malah Rasulullah SAW pernah bersabda, mana-mana anak yang menyakiti hati orang tuanya, mencemuh orang tua yang sudah tidak berdaya, dosa itu Allah akan tunjukkan di dunia ini lagi.
Sabda baginda Rasulullah: Kehinaan, kehinaan, kehinaan. Baginda ditanya: Siapa (yang engkau maksudkan) wahai Rasulullah? Rasulullah menjawab: Siapa sahaja yang mempunyai orang tuanya ketika sudah lanjut usia, salah satu atau keduanya namun tidak (menjadikannya sebab) masuk syurga. – [HR Muslim 2551].
Bahkan sebagai anak kita disarankan menghormati kedua orang tua selagi mereka ada di dunia ini tanpa mengira keuzuran yang mereka alami dan jangan pernah ada rasa terbeban menjaga mereka sekelumitpun.
Ini berdasarkan satu hadis yang menyebut:-
Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada kedua-dua mereka sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka janganlah sesekali kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.
Kisah yang berlaku di Bandung ini wajar kita jadikan pengajaran ketika kita hidup. Hanya kerana harta, ada anak-anak sangggup menyaman bapa sendiri tetapi takdir Allah mengatasi segalanya.
Seorang wanita di daerah Cinambo, di sini, sanggup memfailkan saman terhadap bapa kandungnya sendiri sebanyak tiga bilion rupiah (RM864,000) di Mahkamah Daerah Khas Bandung.
Kompas.com, melaporkan, Koswara, 85, disaman anak ketiganya, Masitoh yang merupakan seorang peguam.
Masitoh dikatakan bersama abangnya, Deden mengemukakan saman terhadap harta peninggalan bapanya itu.
Wanita itu bagaimanapun meninggal dunia sehari sebelum sesi perbicaraan berlangsung di mahkamah.
Masitoh dilaporkan maut akibat serangan jantung dan dikebumikan semalam iaitu tarikh sama bagi perbicaraan kes di mahkamah berkenaan.
Untuk rekod, Koswara memiliki enam anak iaitu yang pertama bernama Imas diikuti Deden, Masitoh, Ajid, Hamidah dan Muchta.
Anak kelimanya, Hamidah yang memimpin ayahnya ke mahkamah berkata, ayahnya baru mengetahui berita pemergian Masitoh selepas mahkamah berhenti bersidang dan tetap menziarahi pusara anaknya.
Peguam Masitoh, Komar Sarbini berkata, saman itu difailkan kerana Hamidah dan Koswara didakwa melanggar undang-undang kerana menafikan kontrak perjanjian berhubung pewarisan tanah.
"Mereka mengingkari perjanjian kontrak (sewa tempat) di Jalan AH Nasution Bandung. Selebihnya, akan diputuskan mahkamah," katanya.
Saman itu berhubung harta warisan seluas 0.3 hektar milik Koswara. Sumber : Harian Metro
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Bercerai atau tidak, keputusan selepas balik umrah.’ Shuk dan Sera berbaik, tunai umrah bersama. Perkara yang baik, apa salahnya diuar-uarkan.
Biarpun kemelut rumah tangga antara Shuk Sahar dan isterinya, Rossa Sera belum berakhir. Kedua mereka nampaknya enggan memanjang sengketa apabila dilihat memilih jalan berbaik dan menunaikan umrah di Makkah bersama.
Berkongsi mengenai perkara itu, Sera mengakui, Shuk mengajaknya ke Tanah Suci Makkah untuk menunaikan umrah.
Kata Sera, pelawaan itu boleh diumpamakan permulaan baru selepas berdepan masalah rumah tangga, sejak beberapa tahun lalu.
“Ia umpama titik permulaan baharu buat kehidupan kami.
“Hanya bersama Shuk dan ada beberapa rakan perniagaan turut bersama. Ia boleh dikira sebagai lawatan umrah bersama rakan perniagaannya,” katanya.
Keputusan Selepas Balik Umrah
Bagaimanapun, mengulas perkembangan isu rumah tangganya, Sera hanya memohon orang ramai mendoakan kebahagiaan sama ada terus bersama atau sebaliknya.
“Keputusan mahkamah akan diketahui selepas kami pulang daripada mengerjakan umrah. Sama ada positif atau negatif, apa yang sudah berlaku, biarlah berlaku.
“Saya mahu melihat ke hadapan bersama anak-anak. Shuk juga mahu fokus pada perniagaannya.
Shuk & Sera Berbaik
“Jadi, saya dan Shuk ingin berubah menjadi lebih baik dan bertanggungjawab kepada anak-anak.
“Sebagai ibu, saya mahu fokus kepada anak-anak dan kerjaya, begitu juga Shuk.
Tunai Umrah Bersama
“Jadi, sekiranya apa sahaja yang berlaku saya mohon doakan kebahagiaan kami walaupun bersama atau tidak,” katanya.
Pada November tahun lalu, Sera telah memfailkan perceraian terhadap Shuk selepas pelawak itu didakwa curang.
Sebelum itu, Shuk dan Sera mendirikan rumah tangga pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata, Nur Qurratu Ain, 6 dan Nur Assyifatu Aimi, 3.
Qada solat atau solat sunat, mana satu yang lebih utama dilakukan? Ini mungkin persoalan buat mereka yang banyak meninggalkan solat satu ketika dahulu namun...