Dalam kehidupan berumah tangga menjaga hubungan dengan mentua menjadi antara tanggungjawab besar kepada seseorang yang sudah bergelar suami atau isteri. Islam sendiri turut menyarankan kita agar menghormati dan menyayangi mentua seperti ibu bapa kandung.
Bagi sesetengah orang, ibu mentua sering kali dianggap menjadi penyebab timbulnya konflik dalam rumah tangga. Kata orang tidak kenal maka tak cinta. Jadi, ayuh selami hati budi ibu mentuamu.
Melalui perkongsian di akaun Twitter miliknya, seorang wanita berkongsi tentang tip mengambil hati keluarga mentua atau bakal keluarga mentua. Moga catatan Nurhaniniriani ini bermanfaat untuk dikongsi bersama.
Tip ini juga telah meraih lebih 7k retweets ketika artikel ini ditulis.
Baca perkongsian penuh di bawah:
Ads
Tak semua mampu tinggal di rumah sendiri sama adasewa atau beli.
Jangan bangun lewat. Kenali keluarga dengan lebih mendalam.
Ads
Kalau tak pandai masak, tolong apa yang patut di dapur.
Tambat hati suami dengan cara ‘penuhkan’ perut suami.
Dalam rumah tangga, sikap tolak ansur antara suami dan juga isteri amat penting. Ia bagi memastikan kehidupan berumah tangga berjalan dengan lancar.
Sebagai ketua rumah tangga adalah menjadi tanggungjawab suami untuk memastikan segala keperluan keluarga dipenuhi.
Jika isteri bekerja, pastikan suami ringan tulang untuk membantu isteri melakukan kerja-kerja rumah.
Walau bagaimanapun ini bukan bermakna isteri yang menjadi suri rumah sepenuh masa tidak perlu dibantu oleh sang si suami. Menjadi kewajipan suami untuk membantu isteri.
Baca perkongsian berikut.
Cerita penceramah dan pakar kaunseling rumah tangga Tuan Haji Hussim, sahabat baik Dato Fadzilah Kamsah. Dia mengaku sangat bahagia bersama isterinya…
Katanya,” Saya bangga nak bagi tahu semua, dulu waktu anak-anak kecik, sayalah tukang cuci punggung anak-anak, salin lampin, sampai anak pancut kat muka, sayalah tukang basuh baju lampin semua…tu kerja saya…Isteri saya kata, “abg, malam2 abg ambik alih buat kerja tu semua ok”…kita sama2 kerja.
“Saya nak bagi tahu, dalam rumahtangga, suami kena rajin. Tak boleh malas…Lani dah senang, baru saya cari pembantu kat isteri saya. Tapi saya bangga nak bagi tahu itu yang saya buat dalam rumah tangga selama ini. Jemur baju kat luar, jiran sebelah tegur. Semua tu kerja saya dan saya tak malu mengaku..”
Berforum pula saya dengan Ustaz Nizam Kadir, katanya.. ?suami kena rajin, sampai siapkan makan untuk isteri sampai isteri boleh makan, ?siapkan pakai sampai suami tolong iron baju isteri, ?siapkan rumah sampai suami yang jaga kebersihan rumah, mengemas semua suami,
HABIS ISTERI? Isteri sediakan diri untuk suami, bercantik2, picit2 suami, bermuka manis. Kalau isteri buat kerja rumah, isteri dapat pahala.
Sebab tu kalau sama2 kerja, sama2 buat, tapi suami kena lebih sebab tu memang tanggungjawab suami.
Isteri kalau buat lebih, suami jangan lepas tangan pula, kena ada belas kasihan sebab ni bukan tugas isteri. Tapi hari ini perempuan buat kerja sampai tak ada masa rehat langsung, Mana tak tarik muka, mana muka tak nampak penat. Mana tak komplen suami. Macam mana nak bahagia rumah tangga?
Kita hari ni orang Melayu nampak suami buat lebih sikit, kita kata isteri dia queen control, Padahal itu yang Islam suruh. Orang perempuan buatlah kerja macam2, dalam hati dok menyumpah seranah, dalam hati dok kata nak reda tapi tak ikhlas-ikhlas juga, sia-sia saja. Last2 penat dapat, dosa pun dapat”
USTAZ ZAHAZAN MOHAMAD:
“Menurut pendapat masyhur kalangan EMPAT MAZHAB, seorang isteri tidak diwajibkan melayani suaminya iaitu menyediakan makan, mencuci pakaian dan seumpamanya.
Seandainya isteri melakukannya, ia hanyalah sebagai kesopanan atau akhlak mulia terhadap suami. Bukan kerana kewajipannya.
Oleh itu, jika suami menuntut isterinya atas masalah ini ke pengadilan syariah, maka tetap isteri tidak boleh dipaksa (tidak diwajibkan) melayani suaminya. Maka, sangatlah adil kalau suami bekerja, memeras keringat untuk menanggung kehidupan keluarganya. Sedangkan isteri bekerja di rumah melayani kepentingan keluarga.
Jika isteri bekerja di luar rumah (sama2 mencari nafkah) maka sudah seharusnya suaminya turut membantu menyelesaikan pekerjaan di rumah. Apalagi jika mereka mempunyai anak yang masih kecil.
Jika kita tiada ilmu, jangan kita memandai-mandai menjatuhkan hukum semua urusan rumahtangga adalah kewajipan isteri.
Ikutlah acuan yang Nabi ajarkan. Saidatina Aisyah melaporkan Nabi ketika di rumahnya, bagindalah yang paling banyk senyum pada isterinya, yg paling bnyk khidmat dan buat kerja rumah untuk isterinya….
Menjadi wanita tidak penat. Jika suami faham tanggungjawab. Menjadi suami tidak penat, bila mana semua beban kerja hilang dengan melihat senyuman, kecantikan dan kasih sayang seorang isteri.
Adilnya Islam bila kita sama2 membantu…sama2 memuliakan antara satu sama lain.
SEMOGA ALLAH AMPUNKAN KITA SEMUA
Sumber Kredit: Fb: Via Nor Syazrah
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Kebahagiaan seorang anak terletak pada reda ibu bapanya. Anak yang membahagiakan ibu bapanya, nescaya hidupnya lebih diberkati ALLAH SWT.
Justeru, tergamakkah seorang anak meletakkan ibu bapanya di belakang selepas bertemu kekasih hati?
Memang ada ibu bapa yang tidak bersetuju dengan pilihan hati anak. Mereka kurang berkenan dengan calon menantu yang dipilih oleh anaknya.
Sebagai anak, lebih baik berbincang dari hati ke hati dengan ibu bapa. Usahlah menjadikan hal ini sebagai punca terputusnya silaturahim antara anda dengan orang tua.
1) BINCANG
Semua masalah tentu ada jalan penyelesaiannya. Apabila pilihan hati anda kurang disenangi oleh orang tua, carilah jalan. Seperti menarik rambut dalam tepung. Rambut tidak putus, tepung tidak berselerak. Berbincang adalah jalan terbaik berbanding memendam rasa dan akhirnya mencetuskan rasa marah.
2) ELAK KAHWIN LARI
Kahwin lari perlu dielakkan atas banyak sebab. Antaranya anda berdosa kerana melukakan hati orang tua. Selebihnya banyak manfaat perkahwinan yang terhalang disebabkan tindakan tersebut.
3) KENALI PUNCA
Jika ibu bapa kurang berkenan dengan pilihan hati anda, carilah puncanya. Kemudian perbaiki punca itu dan mintalah si dia cuba ambil hati ibu bapa anda. Insya-Allah segalanya akan jadi yang baik-baik sahaja.
4) BERDOA
Senjata umat Islam ialah DOA. Percayalah kepada kuasa doa. Justeru berdoalah kepada ALLAH SWT supaya pintu hati orang tua terbuka untuk menerima si dia. Berdoalah supaya si dia kuat untuk berdepan dengan pelbagai kemungkinan kerana perhubungan yang tidak mendapat restu orang tua amat sukar untuk dilalui.
Ingatlah, restu orang tua amat penting dalam perkahwinan. Jadilah anak yang membahagiakan ibu bapa. Usah dilukai hati mereka.
Ibu bapa juga perlulah reda dengan pilihan hati anak. Cinta bukanlah sesuatu yang dipaksa-paksa namun hadir secara semula jadi. Sudah pasti anak berada dalam dilema jika anda menolak pilihan hati mereka. Sama-samalah saling memahami dan menuju ke arah silaturahim yang erat.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Kisah anak kesayangannya pernah viral hingga mendapat perhatian meluas di media sosial. Ketika itu ramai yang sangat simpati dengan penderitaan adik Ainul Mardhiah yang menghidap ketumbuhan dalam mulut.
Namun berkat sokongan semua dan pihak terbabit, akhirnya adik Ainul kita sudah sihat dan tersenyum biarpun perlu ada pemantauan setiap masa.
Insan yang paling gembira dengan perkembangan Ainul ini pastilah keluarga terutama ibu yang melahirkan bayi istimewa ini. Sebelum itu, pernah berhasrat untuk memyambung pengajian tetapi disebabkan kesihatan Ainul niat itu tertangguh.
Kini setelah segalanya selesai, ibu muda ini, Nurul Erwani Zaidi boleh menarik nafas lega sekaligus memberi peluang untuknya menyambung pengajian di sebuah institusi pengajian swasta baru-baru ini.
Dalam posting dimuat turun, Nurul Erwani berkata hasrat menyambung pengajian sudah lama dipendam dan telah mendapat sokongan suaminya, Ahmad Safiuddin serta ahli keluarga lain.
Alhamdulillah. Semalam hari kedua attend kelas di OUM. Decision untuk teruskan study memang impian dari dulu lagi. Suami support dan family pun beri sokongan untuk teruskan.
Sebaik muat naik status berkenaan, ramai yang meyokong usahanya itu. Rata-rata pengikut yang telah mengikuti kisah Ainul dari awal turut berharap segala urusan ibu muda ini dipermudahkan.
KASHOORGA: Kashoorga mendoakan agar baby Ainul terus sihat dan berada di bawah lindungan Allah. Percayalah setiap jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan oleh ibu dan bapa pasti akan dibalas dengan sesuatu yang manis dan indah dari Allah SWT.
Maal Hijrah tempat kerja baharu menjadi inspirasi untuk membina mindset positif, hubungan sosial yang sihat dan prinsip yang kukuh ketika memulakan kerjaya dalam persekitaran baharu.