NAMA Khabib Nurmagomedov dikenali sebagai sosok muslim paling dikenali di dunia bintang seni bela diri campuran (MMA). Prestasinya sangat gemilang malah namanya dicatat sebagai juara tidak pernah dikalahkan di Ultimate Fighting Championship (UFC) dengan 29 rekod kemenangan tanpa kalah.
Namun sebagai anak yang menyayangi ibunya, Khabib mengumumkan persaraan dirinya di usia muda, 32 tahun selepas tamat pertarungan UFC 254 selepas mengalahkan Justin Gaethje di Abu Dhabi, United Emirate Arab. Keputusan mengejut dilakukannya itu selepas pemergian jurulatih peribadi yang juga ayahnya, Abdulmanap Nurmagomedov ke rahmatullah.
Mahu terus mengabadikan diri dalam MMA, Khabib meneruskan usaha menjadi jurulatih dalam sukan mencabar ini. Jadi siapa pengganti Khabib. Jurulatih yang pernah mengasuh Khabib Nurmagomedov, Javier Mendez memaklumkan, empat pengganti Khabib sudah ditemui dan kesemuanya adalah muslim. Moga masa depan muslim dalam sukan ini terus bersinar sebagaimana Khabib mencipta legasinya.
Berikut adalah profil ringkas beberapa petarung muslim yang sedia mengikut jejaknya di UFC.
Islam Makhachev merupakan atlet UFC kategori Lightweight. Islam memiliki karier yang cukup menarik di pertarunganUFC. Dia meraih 18 kemenangan dan baru sekali kalah.
Dari 18 kemenangan di UFC itu, Islam Makhachev meraih tiga pukulan KO, 3 TKO pada usianya 29 tahun. Islam Makhachev turut meraih enam kemenangan berturut-turut. Pada Oktober lalu, dia sepatutnya bertarung di UFC 254 tapi lawannya Rafael dos Anjos disahkan positif Covid-19.
Umar Nurmagomedov merupakan petarung yang baru bergabung dengan UFC. Dan lebih menarik dirinya merupakan adik sepupu kepada Khabib sendiri. Usianya sangat muda 24 tahun namun rekod kemenangannya agak hebat.
Dari 12 pertarungan dalam MMA, enam darinya dimenangi dengan KO sekaligus menjadikan dirinya antara disegani lawan.
Ya, legasi keluarga Khabib memang hebat. Jika Umar, adik sepupunya, Usman Nurmagomedov pula merupakan sepupu rapat Khabib. Buat masa ini, Usman memulakan karier di Bellator MMA.
Dalam pertarungan di Bellator MMA, Usman meraih 11 kemenangan termasuk 7 KO, 3 TKO. Dan katanya dia bakal ikut bergabung di UFC di masa akan datang.
Ads
4) Muhammad Mokaev
Sama seperti Khabib, Mokaev juga berasal dari Dagestan (Republik Of Dagestan). Dia datang ke Eropah sebagai penggusti bersama ayahnya. Dilahirkan di Dagestan pada tahun 2000, Mokaev sudah bertarung pada usianya kecil lagi.
CNN melaporkan, Mokaev yang kini berusia 20 tahun, memiliki rekod amatur kemenangan 22-0 dan sekarang memimpin rekod profesional 4-0 setakat ini.
Semoga lebih ramai Khabib dilahirkan dan memiliki budi pekerti sepertinya yang mementingkan agama dalam setiap tindak tanduknya.
SUMBER: CNN | INSIDER
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Jika nak beri sedekah, sebaiknya berilah yang terbaik atau apa yang kita sayang. Pemberian sebegitu lebih bermakna.
Malah siapa sangka asbab beri sedekah barang yang kita sayang dibalas dengan rezeki yang tak disangka. Demikian jugalah pengalaman Myra Fida sewaktu menunaikan umrah tidak lama dulu.
Satu perkongsian cerita di Madinah. Ketika saya selesai solat Subuh, ada seorang makcik ni ambil sejadah saya dan bercakap dia nak pinjam untuk solat (dalam bahasa dia).
Sedangkan kita atas karpet. Saya pun tunggu lah makcik tu solat. Lepas solat, makcik tu solat lagi. Terlintas di hati, “eh, bagi je la makcik ni sejadah ni, nampak dia suka sangat. Tapi sejadah tu saya suka.. Sayang. Tak pe la.. Korban”.
Selepas makcik tu solat, saya cakap bahasa ayam itik. Minta pinjam sekejap. Saya solat sunat, then saya bagi makcik tu balik sebagai hadiah. Makcik tu punya suka, cium tangan saya.
Lepas tu saja lah jalan-jalan dan carikan baju untuk anak. Sedangkan saya hanya bawa duit 90 Rial dan RM50 duit Malaysia (malas nak tukar sebab hari terakhir di Madinah) Kalau convert dan campur lebih kurang 130 riyal.
Saya beli satu baju Abaya dan baju untuk anak satu. Tapi orang kedai minta saya pilih lagi mana yang cantik. Semua yang saya ambil dia bagi PERCUMA. Padahal harga satu jubah Abaya dalam RM140 ke atas.
Alasan dia bagi percuma kerana saya orang Arab yang comel. Dia lipatkan dan beri plastik baju.
Saya pun berfikir sambil menuju ke hotel. Masa nak kemas baju teringat sejadah tadi. Ok, faham. Nampak tak, satu sejadah yang kita sayang bagi pada orang supaya dia gembira tadi, maka Allah gantikan dengan rezeki yang tak disangka-sangka. Begitulah.
Barang-barang yang saya bawa untuk mengerjakan umrah kebanyakan permberian sahabat, adik ipar dan mama bagi. Saya tak guna barang sendiri supaya sahabat dapat keberkatan dan pahala selama saya guna. Semoga sahabat dapat juga doa yang saya kirim.
Kadang-kadang ada orang yang diuji dengan perjalanan duit yang bemasalah. Hadkan sedekah kerana masalah, salah itu. Bila masala itulah kita kena lebihkan sedekah. Yakinlah Allah Maha Pemberi, Maha Pemurah.
Perkongsian ini bukan nak menceritakan sedekah sejadah tadi, tapi nak berkongsi balasan di sebalik sedekah yang tidak seberapa itu. Tapi ikhlasnya.
7 item (3 Abaya, 1 jubah, 2 kurta, 1 jubah ranieya) Alhamdulillah. Kadang-kadang Allah utus untuk menguji kita sahaja. Rajin-rajinlah bersedekah.
Bergelar suami isteri, setiap pasangan itu memang perlu saling bantu membantu antara satu sama. Tidak kiralah ketika berada dalam situasi senang dan susah akan sentiasa bersama.
Tidak timbul soal untuk mencari lain jika sudah berjaya kelak. Seperti perkongsian seorang pengguna laman sosial Facebook yang menceritakan pengalaman dan jalan hidup perlu ditempuhi bersama isteri tersayang.
Kisah ini sedikit sebanyak memberi teladan dan pandan buat pasangan suami isteri yang sedang melayari kehidupan bersama. Cintailah dan setia dengan pasangan kita seadanya dan insza-Allah rezeki akan mengalir laju selepas itu.
Saya bina balik bersama dia, Dan kini bisnes sales beratus ribu setiap bulan berbanding puluhan ribu sebelum berkahwin..
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Jadi suami perlu memain peranan dalam membantu isteri memikul kerja rumah. Dan isteri juga kena sabar dengan kelemahan suami dan sentiasa bersyukur kerana masih mempunyai dia di sisi.
Inilah pesanan yang cuba disampaikan oleh Ustaz Don Daniyal Don Biyajid dalam perkongsian di laman Instgramnya.
Memberi peringatan buat pasangan suami isteri supaya tahu tugas masing-masing. Tambahnya lagi supaya tegur secara baik, doa yang baik dan insya-Allah rezeki yang datang juga nanti akan baik-baik.
Ayuh ikuti perkongsiannya dan hadam kepada semua pasangan yang baru atau sudah lama berumahtangga.
“Abang-abang Nak jadi suami ni senang. Kahwin, terus dapat title suami. Tapi ada apa pada gelaran Kalau kita tidak benar-benar berfungsi Sebagai sebenar-benar suami
“Suami adalah pemimpin rumahtangga Bukan bos kepada isteri & anak-anak Perlu sama ambil tahu tentang isi rumah Bukan sekadar hulur duit lepas tekak
“Suami jangan ego bila ditegur Jangan pula ringan tangan bila marah Lelaki sejati dihormati bila merendah diri Disayang anak isteri bila menyayangi
“Suami, sama-samalah pikul kerja rumah Dulu raja sehari kenapa sekarang macam orang gaji Tak dapat buat semua, jangan tinggal semua Mulianya kalian bila bantu sama-sama
“Isteri, bersabarlah dengan kelemahan suami Bersyukur tatkala masih punya dia di sisi Tegur baik-baik, doa yang baik-baik Insya Allah rezeki yang datang juga baik-baik
“I Love You All my Beloved Brother di luaq sana… Brotherhood forever…
Terdahulu Ustaz Don yang sudah lapan tahun berkahwin dengan isteri tercinta Dr Husna Zahry Rafie dan dikurniakan 3 cahayamata (akan datang empat anak) turut berkongsi tip sepanjang perkahwinannya itu.
Tip Amalan Sepanjang Perkahwinan Buat Kaum Lelaki
“Tips Suami perkahwinan 8tahun yang saya amalkan (P/s: maksud 8 tahun ni, dh lalu fasa first 5/6 tahun ujian rumahtangga. Masuk fasa kedua. Kalau org tua tua kata, lepaih 5 tahun kawin, kalau still pegang tangan berjalan suami isteri, kira terer aaa… ni kata org tua tua… الْحَمْدُ للهِ رَبِّ الْعَالمِين masih lagi jalan pegang tangan.. terima kasih org tua tua ataih nasihat… point di sini, bukan senang ya nak buat… haaaa)
“Petua yang saya amal dan amik dari orang2 lama…
1. Tanggungjawab Tanggungjawab ada 2 perkataan di situ. Satu ‘tanggung’ satu lagi ‘jawab’… Seolah-olah nak kata kat kita, “pandai-pandai tanggung, pandai-pandai jawab”. Point di sini ialah, PERASAAN TANGGUNGJAWAB inilah yang akan membuatkan seorang manusia menjadi manusia yang berjaya dalam semua bidang. Kita biasa buat salah, bertanggungjawablah. Kita biasa salah buat keputusan, bertanggungjawablah. Kita biasa tersilap langkah, bertanggungjawablah. Kita berani ‘buat’, bertanggungjawablah. Kita biasa main msg dengan perempuan lain, bertanggungjawablah. Kita biasa marah anak sampai nangis, bertanggungjawablah. Kita biasa guna duit ‘overspending’, bertanggungjawablah. Last but not least, kita pilih isteri kita, bertanggungjawablah.
2. Sembahyang Berjemaah Ini memang satu miracle laaa… Xtau nak kata mcm mn, tapi yang pasti, buatlah, akan selesai semua masalah. Percayalah!!! Allah kan Maha Mendengar, Maha Melihat, lagi Maha Mengetahui. Tambahan pulak, Allah kan Maha Bijaksana… Amalkan lah… jangan tinggai… Kalau lambat, qadha’. Kalau lupa, peringat. Kalau malas, bantu. Kalau tak reti, ajaq. Kalau tidoq kalu…bagi masa, agak2 lagi 1 jam atau 1/2 jam nak habis waktu, kejut n minta pi sembahyang.
3. Rumah Bagi rumah yang selesa… Sewa pun xpa. Kecik bukaan dia pun xpa. Beli pun xpa. Baguih. Studio style ka, banglow ka, teres ka, xpa. (Alamak, syempoiii… masa dok tulih post ni, keluaq lagi Creed- One Last Breath)
4. Kewangan Abang, please… jangan jadi mcm saya.. umuq 35 baru nak belajaq jaga duit n urus duit.. nnt menyesai tak sudah Abang.. mujuq la rasa tanggungjawab ada, pulun jugak la saya Abang… Abang, jangan lewat mcm saya Abang… maklumat sekarang dh banyak. Buka Youtube, dengaq. Bukak Pinterest, baca. Bukak Instagram, amik manfaat. Bukak Facebook, baca.
5. Kenderaan Mesti kena ada. Moto baguih, xsalah. Ada kereta walaupun kecik, selesa sikit. Saya ada Kancil. Warna biru. Tak kesah. Kadang2 kita buat moto, kira2 dh boleh beli satu Kancil. Saya x kata pun salah buat moto. Buat. Xdak masalah. Asalkan ingat point no 1 n 2 yang kat ataih nu… OK my Brothers…
Ketahui bahagian lembu makruh dimakan menurut Islam termasuk pundi hempedu, testis, kelenjar dan pundi kencing. Fahami hukum, dalil serta kepentingannya ketika menguruskan daging korban Aidiladha.