Lelaki berpakaian wanita, jika dulu sesatu yang asing namun hari ini seakan menjadi perkara biasa. Malah mereka berani tampil di khalayak tanpa rasa bersalah.
Lihat saja dalam satu majlis anjuran sebuah stesen televisyen kelmarin lelaki berpakaian wanita hadir dan tak segan silu memperagakan penampilan wanita. Lebih malang ada juga yang memuji penampilan ini walaupun hakikatnya ia adalah perbuatan terlarang dan Allah SWT melaknat golongan lelaki yang menyerupai wanita dan juga sebaliknya.
“Allah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki. (HR al-Bukhari).
Usah iktiraf kemungkaran
Situasi yang berlaku ini mendapat turut ditegur oleh beberapa ahli agama antaranya Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi, Fakulti Pengajian Quran Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Profesor Madya Dr Ahmad Sanusi Azmi.
“Andai berpakaian dengan pakaian dengan jantina yang bertentangan dengan jantina asal pun telah dilarang, apatah lagi cubaan menormalisasi dan mengiktiraf ‘elgeebitee’ yang jelas bertentangan dengan syarak.
“Adalah menjadi tanggungjawab seorang Muslim untuk mencegah tindakan mengiktiraf kemungkaran. Ini sesuai dengan sabda Rasulullah:
ما من قومٍ يُعْمَل فيهم المعاصي، ثم يقدرون على أن يغيِّروا ثم لايغيروا؛ إلا ويوشك الله أن يعمَّهم بعقابٍ
“Tiada satu kaum yang melakukan maksiat, sedangkan ada dikalangan mereka yang mampu mencegahnya, melainkan akan dibimbangi keseluruhan mereka akan ditimpa azab ke atas kesemuanya” (HR Abu Daud).
Lelaki berpakaian wanita bimbang dinormalisasi
Dalam pada itu Ustazah Asmak Husin juga dalam nada yang sama turut bimbang dengan trend lelaki berpakaian wanita yang dinormalisasi oleh masyarakat.
” Dulu, orang kita malu dan segan, tapi sekarang ia dilihat seperti fesyen dan trend. Ada juga yang saya tengok asalnya tidaklah nampak perempuan sangat pakaiannya tetapi semalam ada yang melebih-lebih dengan cara jalannya dan lain-lain.
“Inilah yang dinamakan normalisasi. Lebih parah apabila masyarakat mula rasa biasa dan industri mengiktirafnya.
Jangan sesat dalam cahaya rasa seronok dan bahagia sebegini. Ia hanya sementara lama kelamaan hati jadi kosong dan semakin kusut. Kami tegur bukan sebab angkuh tetapi sayang. Saya tengok ramai anak muda kita berpotensi tetapi sebagai orang tua kami patut tegur sebelum terlambat,”ujarnya.
Antara sebab rezeki kita susah nak masuk sebabnya ialah kita tidak bersungguh hendak bayar hutang. Apabila dapat gaji, kita sibuk nak beli itu ini tapi tak sibuk pun hendak bayar hutang. Sedangkan hutang yang sepatutnya dibayar ditangguh-tangguh. Janji hanya tinggal janji semata.
Pelengkap membayar hutang sudah tentulah dengan kemurahan rezeki. Setiap masa berharap Allah memurahkan rezeki. Oleh itu jika mahu rezeki murah dan diberkati oleh Allah, janganlah berlengah-lengah untuk membayar hutang.
Berikut perkongsian Mohd Fadli Salleh mengapa kita perlu segera membayar hutang.
Aku rasa, hampir semua orang pernah rasa hidup dalam kesempitan. Terpaksa menahan diri membeli apa yang mereka nak.
Bahkan ada yang mengira duit syiling untuk membeli beras, membayar sewa rumah. Walau pelbagai cara dibuat, walau pelbagai tips diikuti, kadangkala masih tidak dapat keluar dari kesempitan ini.
Lega sekejap, sempit pula yang banyak. Sedangkan tips utama seperti solat sunat dhuha, bersedekah dan menyantuni ibu ayah kita sudah ikuti. Doa minta murah rezeki tidak terkira banyaknya. Apa lagi yang terkurang?
Cuba renung balik. Cuba ingat balik. Apa kita masih punya hutang dengan orang?
PENUTUP REZEKI
Hutang ini salah satu penutup rezeki, kawan-kawan. Tolong ingat dan selit dalam hati kejap-kejap.
Seorang kawan baik aku, pernah terhutang dengan orang lebih RM76k. Orang kirim beli kereta dengan dia, dia bayarkan kat pembekal kereta. Dan pembekal itu membawa lari RM76k duit itu.
Dia sebagai orang tengah tersepit. Niat nak buat sedikit duit dah jadi bebanan yang sangat berat pula. Dia ditipu, dan orang menagih kembali duit dengan dia.
Apa dia lakukan?
Dia tidak lari tuan puan. Gigih dia berusaha, bekerja dalam hujan dan panas terik. Setiap hasil usahanya dibayar hutang kawan-kawan. Hampir dua tahun, akhirnya hutang RM76k itu langsai jua.
“Cikgu, sebaik dapat selesaikan hutang tersebut terasa ringan sangat kepala. Lega sungguh.
Dan benarlah cikgu, bila kita bayar hutang ini rezeki mencurah-curah pula yang masuk,” ceritanya pada aku di suatu ketika.
REZEKI SEMPIT BILA LIAT BAYAR HUTANG
Aku sendiri melihat dan menyaksikan kejayaan demi kejayaan dia perolehi selepas langsainya hutang orang. Dia berjaya menyimpan RM200k kurang dari setahun selepas langsainya hutang tersebut.
Kita ini, hidupnya dalam doa ibubapa, doa orang-orang alim, doa kita dan doa kawan-kawan.
Jadi jangan hairan jika ada yang mendoakan rezeki kita sempit kerana kita liat membayar hutang.
“Harap-harap perniagaan Mamat tu bankrup cepat lah. Hutang aku yang RM50 tu dah bertahun-tahun tak bayar.”
“Bukan main melancong sana sini, makan restoran mahal-mahal sedangkan hutang aku tak bayar pun. Aku tak halalkan satu sen pun duit yang kau pinjam.”
Kata-kata begini sering bermain di bibir pemberi hutang. Dan jangan lupa, kata-kata itu merupakan satu doa.
DOA ORANG TERANIAYA TIADA HIJAB
Hari demi hari ramai orang mendoakan kejatuhan kita, tidak mustahil ada doa orang teraniaya ini Tuhan makbulkan.
Bukankah Tuhan ada mengatakan, doa orang teraniaya itu tiada hijab?
Maka tidak hairan walau si pemiutang itu kaya, tetapi hidupnya tidak berkat. Anak-anak menjadi nakal dan liar. Hisap dadah, masuk kelab malam dan bersosial hingga sering bertukar pasangan.
Hubungan suami isteri mulai renggang. Pergaduhan dan pertengkaran berlaku dan hidup tidak bahagia. Bahkan ada yang sampai bercerai berai pula.
Ada kemungkinan tiadanya keberkatan dalam hidup. Hanya kerana hutang tidak dilangsaikan. Hanya kerana doa-doa orang yang teraniaya.
Antara satu lubang murahnya rezeki dan berkatnya hidup adalah dengan melangsaikan hutang.
Ada hutang? Cubalah langsaikan secepat mungkin. Kerana kita hidup dalam doa.
Sumber kredit: Mohd Fadli Salleh
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Melalui perkongsian Fedtri Yahya di akaun Instagramnya, dia berkongsi tentang kelebihan orang yang membaca At Taubah ayat 128-129.
Dikatakan bahawa barangsiapa yang membaca ayat ini sebanyak 7 kali setiap kali selesai solat fardhu, dengan izin Allah – jika dia seorang yang lemah, maka akan menjadi kuat. – jika dia seorang yang hina, maka akan menjadi seorang yang mulia. – jika dia seorang yang kalah, maka akan segera mendapatkan pertolongan. – jika dia seorang yang berkesempitan, maka akan mendapat kelapangan. – jika dia seorang yang berhutang, maka akan segera dapat membayar. – jika dia seorang yang berada dalam kesusahan, maka akan hilang kesusahannya. – jika dia seorang yang sulit dalam penghidupan, maka akan segera mendapat kelapangan kehidupan.
“Andai kakimu tidak pernah membawamu kepada solat, bagaimana mungkin kau harapkan kaki yang sama akan membawamu ke Syurga?”
Apa lagi nikmat yang mahu didustakan? Lengkap anggota fizikal namun masih lagi enggan solat. Nikmat yang diterima terus-terusan tidak digunakan untuk mengingati Allah. Langsung tiada sekelumit perasaan untuk ‘berterima kasih’ kepada Allah ke atas nikmat yang telah diberikan.
KAGUM, SEDIH, HIBA.
Allahuakbar…
Kekurangannya tidak membuatnya surut dalam beribadah menunaikan kewajipan solat 5 waktu.
KAGUM – dia kurang upaya, namun jiwanya bersungguh mencari cinta Tuhannya.
SEDIH – Kita yang kelihatan lebih sempurna dari segi fizikal namun tidak setabah dia dalam mengejar rahmat Allah.
HIBA – Mungkin berkat doa insan-insan seperti dia, kita semua umat islam masih mampu menunaikan solat dan ibadah kepada Allah.
Hong Leong Islamic Bank memperkenalkan halatuju baharu berasaskan prinsip Syariah, memfokuskan pengurusan kekayaan holistik dan nilai berteraskan amanah. Ketahui lima tonggak utama dan inisiatif terkini HLISB.