Apakah hukumnya bagi lelaki memakai inai? Kita lihat ketika majlis perkahwinan, selalunya pengantin lelaki akan diinaikan jarinya.
Inai adalah perhiasan bagi wanita bukannya untuk lelaki. Dalam sebuah hadith, diriwayatkan daripada ‘Aisyah R.Anha:
Maksudnya: Seorang wanita memberikan isyarat dari belakang tabir bagi menunjukkan pada tangannya ada surat untuk diberikan kepada Rasulullah SAW. Maka Nabi SAW menggenggam menutup tangannya lalu berkata:
“Aku tidak tahu adakah ini tangan lelaki ataupun tangan perempuan?”. Jawab perempuan tersebut: “Perempuan”. Lalu Baginda berkata: “Jikalau kamu ini perempuan, nescaya akan lakukan perubahan pada kuku-kuku kamu (iaitu dengan inai)”.
Ads
Al-Imam al-Nawawi Rahimahullah menyebutkan di dalam al-Majmu’:
Maksudnya: Adapun mewarnakan kedua tangan dan kaki dengan inai, maka digalakkan bagi yang berkahwin dikalangan perempuan berdasarkan hadith-hadith masyhur padanya dan haram ke atas lelaki-lelaki (memakai inai) kecuali untuk berubat.
Ads
[Lihat al-Majmu’. Dar al-Fikr, 1/294]
Ads
Begitu juga al-Imam al-Syarwani Rahimahullah di dalam hasyiahnya bagi kitab Tuhfah al-Muhtaj karangan Ibn Hajar al-Haitami Rahimahullah turut menyatakan perkara yang sama iaitu digalakkan bagi wanita yang telah berkahwin untuk berinai dan haram ke atas lelaki.
Oleh kerana berinai itu termasuk di dalam perhiasan wanita maka tidak boleh bagi lelaki untuk berinai. Sama ada untuk tujuan perkahwinan ataupun atas dasar berhias, agar nampak cantik dan sebagainya, tetap tidak boleh melainkan untuk tujuan berubat yang mana dengan berinai boleh membantu menyembuhkan penyakit-penyakit tertentu. Walau bagaimanapun lelaki boleh mengenakan inai pada rambut, ini kerana terdapat hadis yang membenarkannya.
Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Kembalinya orang tua kita ke pangkuan Illahi bukan bermakna berakhirnya peluang kita sebagai anak berbakti kepada arwah. Allah menunjukkan banyak cara untuk kita dapat terus mengalirkan pahala buat mereka sebagaimana sewaktu mereka masih hidup.
Oleh itu, jangan berduka cita atau ralat atas pemergian ayah dan ibu tersayang. Berikut adalah jalan atau cara untuk kita berbakti kepada arwah ibu dan ayah.
“Wahai Rasulullah, apakah masih ada bentuk berbakti kepada kedua orang tuaku ketika mereka telah meninggal dunia?” Nabi SAW menjawab, “Ya (masih tetap ada bentuk berbakti pada keduanya); mendoakan keduanya, meminta ampun untuk keduanya, memenuhi janji mereka setelah meninggal dunia, menjalin hubungan silaturahim (kekerabatan) dengan keluarga kedua orang tua yang tidak pernah terjalin dan memuliakan teman dekat keduanya.” (HR. Abu Daud no. 5142 )
“Sesungguhnya sebaik-baik bentuk berbakti (berbuat baik) adalah seseorang menyambung hubungan dengan keluarga dari kenalan baik ayahnya.” (HR. Muslim no. 2552).
Saling berhubung bertanya khabar berita dengan sahabat arwah, ahli keluarganya dan orang yang terdekat dengan arwah dan niatkan lah untuk orang tua kita. Berkat rasa hormat kita itu maka semoga pahalanya turut mengalir buat orang tua kita.
“Sesungguhnya sebaik-baik bentuk berbakti (berbuat baik) adalah seseorang menyambung hubungan dengan keluarga dari kenalan baik ayahnya setelah meninggal dunia.” Sesungguhnya ayah orang ini adalah sahabat baik (ayahku) Umar (bin Al-Khattab).
“Sesungguhnya ibu dari Sa’ad bin ‘Ubadah ra meninggal dunia. Sedangkan Sa’ad pada saat itu tidak berada di sisinya. Kemudian Sa’ad mengatakan, ‘Wahai Rasulullah, sesungguhnya ibuku telah meninggal, sedangkan aku pada saat itu tidak berada di sampingnya.
Apakah bermanfaat jika aku menyedekahkan sesuatu untuknya? Nabi SAW menjawab, “Ya, bermanfaat”
Kemudian Sa’ad mengatakan pada Baginda SAW, “Kalau begitu aku bersaksi padamu bahawa kebun yang siap berbuah ini aku sedekahkan untuknya” (HR. Bukhari no. 2756)
“Orang tua adalah pintu syurga paling tengah. Kalian boleh sia-siakan pintu itu atau kalian boleh juga menjaganya.” (HR. Tirmidzi no. 1900).
Teruslah berbuat baik Berbuat baik harus tetap dilakukan ya sobat, sehingga orang tua turut mendapat pahala kebaikan dari sikap baik yang dilakukan oleh sobat misalnya dulu sobat sering menafkahi orang tua setelah menikah maka setelah meninggal lakukan dengan cara lain.
“Sesungguhnya termasuk kebaikan seseorang adalah menyambung tali ukhhuwah kepada teman-teman ayahnya” [Hadis Riwayat Muslim 2552 (13)].
Jangan ragu dan lakukan lah segala amalan baik yang orang tua kita pernah lakukan sewaktu hayatnya terhadap teman-teman mereka. Usaha ini agar dapat mengalirkan pahala jariah untuk mereka.
“Di syurga ada banyak pintu. Yang paling nyaman dimasuki adalah yang paling tengah. Dan sebab untuk membolehkan masuk syurga melalui pintu tersebut adalah melakukan kewajiban kepada orang tua” (Tuhfah Al-Ahwadzi, 6: 8-9).
Sewaktu hayat orang tua, pastinya mereka mempunyai harapan terhadap kita. Maka usaha kan untuk penuhi harapan mereka itu selagi mana ia tidak memudaratkan.
“Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariah (wakaf), ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang berdoa kepadanya (ibu bapaknya)” (HR. Muslim).
Jika sobat pernah mendapat ilmu apa saja tentang kebaikan dan hal yang bermanfaat dari orang tua, hal itu bisa diteruskan ya sobat, sehingga orang tua juga ikut mendapat pahalanya.
“Sesungguhnya cara berbakti kepada orang tua yang paling baik ialah apabila seseorang itu menyambung hubungan dengan orang yang dicintai bapanya setelah meninggal” (HR. Muslim, At-Tirmidzi, dan Ibnu Majah).
“Ya, ada empat perkara: mensolatinya dan memohonkan ampun kepada Allah untuk mereka, melaksanakan janji-janji mereka, memuliakan teman-teman mereka dan menyambung tali kekeluargaan yang kamu tidak memiliki pertalian kecuali dari adanya pertalian itu. Itu perbuatan bakti kepada mereka yang ditinggalkan untukmu agar kamu lakukannya setelah mereka meninggal.” (HR. Ibnu Majah dan Ahmad).
Jika orang tua pernah berjanji namun belum mampu melaksanakannya, maka apabila kita mampu menunaikannya, maka tunaikan lah janji arwah itu. Semoga dengan cara itu, arwah tenag di sana.
“Apabila seseorang meninggal dunia, maka terputuslah segala amalnya, kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang solah yang selalu mendoakannya.” (HR. Muslim).
Doa anak yang soleh InsyaAllah akan diterima Allah.
Rasulullah SAW dalam sebuah hadis Qudsi: “Diangkat darjat seseorang yang sudah meninggal, kemudian berkata: “Ya Rabb, apa (penyebab) ini?” kemudian Allah SWT menjawab: “Anakmu memohonkan ampun untukmu.”
“Dari Ibnu Abbas, sesungguhnya seorang wanita dari Juhainah datang kepada Rasulullah SAW, lalu dia berkata: “Sesungguhnya ibu saya telah bernazar melakukan haji, dia meninggal sebelum melaksanakan nazar hajinya, apakah boleh melakukan haji menggantikannya?” Rasulullah SAW menjawab: “Lakukan haji untuknya.” (HR. Bukhari)
“Dari Abu Hurairah ra dia berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Ruh seorang yang beriman tergantung dengan hutangnya, sampai ditunaikan hutangnya”. (HR. Tirmidzi).
Memang hutang orang tua itu bukan kewajiban anak sepenuhnya, namun jika kita berusaha melangsaikannya, ia dapat meringankan urusan orang tua di akhirat kelak.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Bayangkan bagaimana situasinya apabila satu air kotak disedut empat orang anak-anak tahfiz yang kehausan, sekadar untuk membasahkan tekak namun tidak mampu menghilangkan dahaga. Bagi kita yang mampu, apalah sangat nilai harga sekotak air kotak namun bagi anak-anak tahfiz yang serba kekurangan, setiap sen yang ada perlu dikongsi dengan rakan-rakan senasib.
Aku menangis hari ini
Dalam perjalanan pulang ke pejabat lepas Jumaat, aku singgah di Shell Kepong hala Manjalara untuk membeli air. Masuk sahaja aku nampak sekumpulan anak anak lengkap berjubah dalam keadaan kuyup. Dalam ramai ramai mereka, seorang minum air kotak dan di pas kepada 4 kawan lain untuk merasa.
“Dari mana ni?” tanya aku pada seorang yang kelihatan lebih tua antara semua”
“Dari Tahfiz Darus Syabab pakcik, balik solat hujan singgah teduh”
“Dah makan? Balik ke sekolah naik apa?”
“Belum lagi. Kami jalan kaki saja pakcik”
Allahu. Melihat mereka minum satu air kotak berkongsi 4 orang sesedut aku sebak.
“Ambillah apa apa nak makan dalam ni. Aiskrim, keropok, roti… ambil lah. Saya belanja.”
Seorang dari mereka meluru dan salam aku sambil cakap terima kasih, kemudian dengan anak anak yang lain. Wajah sugul bertukar gembira. Aku tahu mereka lapar dengan hujan, kuyup dan akan berjalan kaki pulang. Aku tak boleh tengok, minta kaunter kirakan apa yang mereka ambil dan tinggalkan kad debit. Aku menangis. Mereka anak anak tahfiz serba kekurangan.
RM138 yang tiada apa bagi aku tetapi RM138 itu amat membahagiakan mereka
Alhamdulillah, terima kasih Allah memberi aku peluang sebegini
Sumber kredit: FB Mohd Khairul
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Menjadi lumrah setiap kali hari raya, amalan ziarah-menziarahi menjadi satu perkara ‘WAJIB’ dalam masyarakat kita. Malah amalan ini sememangnya dituntut oleh agama. Tujuan kunjung mengunjung adalah untuk merapatkan silaturahim dan saling bermaafan.
Islam memperincikan beberapa syarat atau adab yang perlu diamalkan ketika seseorang Muslim berhasrat untuk menziarah jiran atau sanak saudara, bukan sahaja pada hari raya malah ketika hari-hari biasa.
Adab-adab tersebut diperincikan bermula daripada sebelum berziarah, semasa menziarah, selepas menziarah dan perkara-perkara yang perlu dihindarkan ketika berziarah.
ADAB-ADAB SEBELUM DATANG MENZIARAH
*Memilih masa yang sesuai. Masa yang sesuai dikira berdasarkan keselesaan pihak yang anda kunjungi, bukan keselesaan pihak anda. Sebagai contoh, kunjungan ke rumah seseorang tanpa memberi tahu terlebih dahulu. Datang lewat malam melebihi pukul 10 malam. Waktu begini memang tidak sesuai untuk datang berziarah kerana pada waktu beginilah tuan rumah ingin berehat. Jalan terbaik, khabarkan terlebih dahulu kepada tuan rumah mengenai kunjungan anda.
*Memakai pakaian yang sopan dan menutup aurat. Jangan sesekali memakai pakaian yang menjolok mata sehingga tuan rumah serta tetamu yang ada di rumah tuan rumah berasa tidak selesa.
*Berniat pertemuan dan perpisahan adalah kerana Allah. Niatkan kunjungan itu hanya kerana Allah di samping ingin memperkukuhkan hubungan silaturahim.
ADAB SEMASA MENZIARAH
*Memberi salam dan bersalaman. Ini perkara pertama yang perlu dilakukan semasa anda dating menziarah.
*Meminta izin untuk masuk. Selagi tuan rumah belum mempelawa anda masuk ke rumahnya, ada baiknya anda tunggu. Jangan memandai-mandai masuk ke rumah tuan rumah tanpa dipelawa.
*Memendekkan tempoh ziarah. Tidak berlama-lama di rumah tuan rumah sehingga menimbulkan ketidakselesaan kepada tuan rumah.
*Mengawal pandangan. Mengawal pandangan pula termasuklah mata anda tidak meliar atau merayau-rayau ke segenap ceruk rumah meneliti setiap hiasan atau susun atur kelengkapan rumah yang anda kunjungi.
*Merendahkan suara. Kawal suara ketika berbual. Elakkan sama sekali ketawa yang berdekah-dekah dan kuat sehingga menganggu tuan rumah dan keluarga.
ADAB SELEPAS MENZIARAH
*Meminta izin apabila hendak beredar. Jangan terus beredar sahaja tanpa sebarang kata.
*Memberi salam dan bersalaman sebelum beredar. Ia sebagai tanda yang anda dan tuan rumah akan ‘berpisah’ buat sementara waktu. Panjang umur, boleh jumpa lagi.
PERKARA YANG PERLU DIHINDARI SEMASA MENZIARAH
*Enggan memberi salam
*Masa yang tidak bersesuaian
*Mengaibkan tuan rumah
*Mengumpat
Mungkin nampak mudah dan agak remeh namun jika tidak diberi perhatian, kunjungan anda mungkin boleh menimbulkan kebencian dan permusuhan. Ziarahlah dengan hati yang suci.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Hong Leong Islamic Bank memperkenalkan halatuju baharu berasaskan prinsip Syariah, memfokuskan pengurusan kekayaan holistik dan nilai berteraskan amanah. Ketahui lima tonggak utama dan inisiatif terkini HLISB.