Ibu adalah insan yang paling mulia di dunia ini. Kerana dirinyalah kita dilahirkan, dibesarkan dan diberi didikan yang cukup. Malah ibu juga adalah sekolah pertama anak-anak kerana darinya kita banyak belajar erti kehidupan.

Namun hari ini, dapat dilihat ada anak-anak yang sibuk dengan bekerja, membiarkan ibu tua duduk bersendirian di kampung bahkan ada yang yang sudah tidak mahu menguruskan ibu yang mungkin sudah uzur.

Dan tahukah, hal-hal ini adalah salah satu dari tanda-tanda kiamat iaitu ketika seseorang derhaka kepada ibunya dan lebih menggusarkan ramai yang takut kepada isteri hingga mengenetepikan ibu sendiri. Dan fenomena ini bukan asing kerana ia pernah dilaporkan di media sosial selain drama-drama tv.

Nabi SAW mengatakan bertuahlah bagi sesiapa yang ada ibu bapa yang menyebabkan mereka ke syurga tetapi apa yang berlaku menyebabkan mereka ke neraka kerana derhaka dengan ibu bapa.

Dalam satu hadith Nabi SAW bersabda: Tiga orang yang Allah tidak mahu melihat mereka pada hari Kiamat: Orang yang derhaka kepada ibu-bapanya, perempuan yang menyerupai lelaki dan lelaki dayus. [HR Ahmad, Nasa’I dan Hakim] dan hadith ini merujuk kepada suami yang menurut kemahuan isteri dan isteri bersikap queen control sedangkan suami adalah ketua keluarga.

Ada isteri yang kurang senang dengan ibu mentua sendiri hinggakan melarang anak balik menjengah ibunya. Pada hal anak-anak dan menantu hidup dalam kesenangan, kemudahan dan juga kekayaan. Tapi orang tua dibiarkan sendirian di rumah.

Abu Hurairah meriwayatkan, bahwa Rasululah SAW bersabda, “Apabila harta pampasan perang (al-Fai’) hanya dibagikan di kalangan orang-orang kaya, seorang suami takut kepada istrinya dan durhaka terhadap ibunya, dan seseorang lebih dekat kepada temannya daripada ayahnya sendiri.”

Ya banyak dapat dilihat, ramai suka membelanja kawan-kawan makan namun berkira membelanjakan rezeki yang ada untuk ahli keluarganya. Dan tunggulah bala menanti semua perbuatan-perbuatan buruk ini dalam kehidupan kita.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI