--:--
--
--

Imsak

--:--

Subuh

--:--

Zohor

--:--

Asar

--:--

Maghrib

--:--

Isyak

--:--
Waktu Solat di:
--

WAKTU IFTAR MALAYSIA

Ramadan - Ramadan 1446 H
Imsak

Imsak -

--:--
Berbuka

Berbuka -

--:--
* "Allow" lokasi untuk ketepatan
Ads

Adab Ziarah Kubur Yang Betul Menurut Islam, Ramai Masih Salah Faham

Dalam masyarakat kita, amalan membawa air bunga untuk disiram di atas pusara sudah menjadi kebiasaan setiap kali menziarahi kubur ahli keluarga. Ada juga yang mencabut rumput panjang, menabur bunga dan membaca surah Yasin ketika berada di tanah perkuburan.

Namun, apakah hukum sebenar di sebalik amalan-amalan ini? Adakah ia termasuk dalam perkara wajib atau sunat ketika menziarahi kubur atau sekadar adat yang diamalkan turun-temurun?

BACA JUGA: Amalan Doa Terbaik Oleh Anak Buat Ibu Bapa Yang Sudah Meninggal Dunia

Hakikatnya, terdapat beberapa salah faham tentang adab menziarahi kubur yang masih berlaku dalam masyarakat.

Siram Air Bunga 

Menyiram air bunga atau menabur bunga di atas kubur merupakan adat yang biasa diamalkan oleh masyarakat. Hukumnya adalah harus, bukannya satu kewajipan atau syarat sah ketika menziarahi kubur.

Air boleh disiram dengan tujuan melembabkan dan memampatkan tanah supaya tidak mudah terhakis. Tumbuhan yang masih hidup juga dipercayai sentiasa bertasbih kepada Allah SWT selagi belum kering.

Bagaimanapun, seseorang tidak boleh beriktikad bahawa air bunga atau bunga yang ditaburkan mampu membantu si mati atau mengurangkan azab kubur. Segala manfaat dan pengampunan hanya datang daripada Allah SWT.

Mencabut Rumput Di Atas Kubur

Mencabut rumput yang terlalu panjang bagi menjaga kebersihan dan kekemasan kawasan kubur adalah dibenarkan.

Namun, elakkan mencabut tumbuhan yang masih hidup tanpa keperluan. Ini kerana tumbuhan tersebut juga bertasbih kepada Allah SWT selagi masih hidup.

Ads

Sekiranya rumput itu mengganggu laluan, menutup batu nisan atau menyebabkan kawasan kubur kelihatan tidak terurus, ia boleh dibersihkan dengan berhati-hati.

Wanita Haid Boleh Ziarah Kubur

Antara salah faham yang sering timbul ialah wanita dalam keadaan haid tidak dibenarkan memasuki kawasan perkuburan.

Hakikatnya, wanita haid tidak haram memasuki tanah perkuburan seperti mana larangan memasuki masjid. Namun, hukumnya adalah makruh dan boleh menjadi haram sekiranya wanita tersebut tidak dapat mengawal emosi sehingga meratap secara berlebihan.

Menurut penjelasan Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan, kebimbangan tersebut termasuk perbuatan menjerit, menampar pipi, mengoyakkan pakaian atau meratap seperti amalan masyarakat jahiliah.

Daripada Abu Malik al-Asy’ari RA, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

Ads

“Bukanlah daripada golongan kami mereka yang menampar-nampar pipi, mengoyak-ngoyakkan baju dan meratap sebagaimana ratapan orang zaman jahiliah.”

Riwayat al-Bukhari (1232)

Oleh itu, wanita haid dibenarkan menziarahi kubur selagi menjaga adab, menutup aurat dan mampu mengawal emosi.

Haram Pijak Atau Duduk Di Atas Kubur

Memijak, duduk atau berdiri di atas kubur secara sengaja merupakan perbuatan yang dilarang.

Larangan ini bertujuan menjaga kehormatan si mati dan menghormati kawasan perkuburan. Ketika berjalan di tanah perkuburan, seseorang hendaklah berhati-hati agar tidak memijak atau melangkah di atas pusara.

Sekiranya keadaan kawasan sempit atau kedudukan kubur tidak jelas, bergeraklah dengan cermat dan pilih laluan yang tidak mengganggu kubur lain.

Ads

Membaca Yasin Ketika Ziarah Kubur

Membaca surah Yasin ketika menziarahi kubur merupakan amalan yang biasa dilakukan oleh masyarakat. Membaca al-Quran adalah amalan yang baik, namun ia bukan syarat wajib bagi ziarah kubur.

Perkara paling utama ketika menziarahi kubur ialah memberi salam kepada penghuni kubur dan mendoakan keampunan serta rahmat buat mereka.

Sekiranya tidak membawa surah Yasin atau tidak menghafalnya, seseorang boleh membaca surah al-Fatihah, ayat-ayat al-Quran yang mudah atau berdoa dengan doa ringkas.

Tujuan utama ziarah kubur bukan sekadar membaca surah tertentu, tetapi untuk mendoakan si mati dan mengingatkan diri tentang kematian serta kehidupan akhirat.

Kesimpulannya,melakukan amalan-amalan yang dinyatakan di kubur adalah amalan yang dibenarkan dan tidak dianggap sebagai kewajipan atau syarat sah ziarah kubur. Dan selagi mana ia juga tidak bercanggah dengan ajaran agama Islam. 

Datanglah ke tanah perkuburan dengan hati yang tenang, menjaga tingkah laku dan menghormati pusara yang ada. 

Berikan salam kepada ahli kubur, doakan keampunan buat mereka dan jadikan ziarah tersebut sebagai peringatan bahawa setiap manusia juga akan kembali kepada Allah SWT.

++Untuk berita dan artikel terkini. Jangan lupa ikuti kami di media sosial rasmi kashoorga, InstagramFacebook & TikTok

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download sekarang ya?

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Inspirasi Lain

Hukum Memakai Baju Bundle Milik Orang Yang Sudah Meninggal Dunia, Ada...

Hukum memakai baju bundle milik orang meninggal dunia sering menjadi persoalan. Ketahui penjelasan Islam mengenai mitos badi mayat, hukum pakaian bundle dan panduan menjaga akidah.