Lima tahun pertama usia sesebuah perkahwinan adalah tempoh yang paling mencabar dalam sesebuah rumah tangga yang dibina. Inilah waktunya suami isteri berdepan banyak konflik rumah tangga, masam muka, merajuk dan sebagainya. Namun sebenarnya melalui cara inilah kita mengenali diri pasangan.

Perkahwinan bukan hanya berdasarkan cinta semata-mata, mencari keseronokan atau memenuhi tuntutan naluri sahaja.

Sebenarnya pengertian perkahwinan dalam Islam mempunyai matlamat dan tujuan yang lebih luas lagi, sebahagian dari tujuan dan matlamatnya adalah memenuhi tuntutan fitrah selain memenuhi tuntutan ibadah.

 

5 tahun pertama di alam perkahwinan, orang tua pesan, ini fasa yang paling susah sekali, kalau kita mampu harungi 5 tahun yang pertama ni, maka insyaAllah, tahun2 selepas itu akan menjadi mudah…

Apa yang bakal kita tempuhi dalam 5 tahun pertama ni…

Ujian 1 – Kenal mengenali antara satu sama lain

IKLAN

Walaupun dah bercinta bertahun-tahun, selagi tak duduk serumah, sekatil, sebantal, selagi tu kita tak kan betul-betul kenal siapa pasangan kita yang sebenar…adakah perangainya masa bercinta itu adalah perangai yang sebenar? Ataupun dibuat-buat? Masa ni kita akan kenal…

Then, kita bukan setakat berkahwin dengan pasangan, kita “berkahwin” jugak dengan keluarga pasangan…ibu bapa dia, adik beradik dia…sebulan dua berkahwin, xde hal lagi, masih dibulan orientasi, suai kenal dengan ibu bapa pasangan, adik beradik pasangan…selepas tu? Kalau dapat yang akhlak baik, insyaAllah, aman dan tenteram hidup…kalau dapat yang jenis suka cari salah, kena ragging la seumur hidup…selagi pegang title menantu…

Ujian 2 – Kewangan…

Bab duit ni plak, ada banyak benda yang nak kena beli…klu xdduk s3kali dengan mertua, duduk menyewa atau dah beli umh, maka akan kena beli peralatan elektrik, perabot, kelengkapan dapur, barang-barang mentah dan sebagainya which is masa bujang xbeli, xde pun xpe, but after married, its a need to have those things…

IKLAN

Ujian ni yang ramai pasangan failed…sanggup berhutang untuk nak melengkapkan rumah…ada yang  all out bawak keluar saving semata-mata nak semua peralatan dan kelengkapan ada…u baru kawin, u baru spend a lot untuk majlis, so balance dah xbyk, maka be wise…gaji bulan ni, share dengan pasangan, beli satu peralatan atau kelengkapan…then next month or next 2 month, share lagi, beli lagi satu…month by month, jangn beli one shot sekaligus…klu x, merangkak nak membayar unless u have a lot of cash…

5 Tahun Pertama Perkahwinan, Fasa Paling Menduga Suami Isteri. Laluinya Dengan Istiqamah Kalau Nak Jodoh Berpanjangan!

5 Tahun Pertama Perkahwinan, Fasa Paling Menduga Suami Isteri. Laluinya Dengan Istiqamah Kalau Nak Jodoh Berpanjangan!

IKLAN

Ujian 3 – Peraturan

Orang perempuan ni ada peraturan-peraturannya sendiri…sebagai contoh, kalau nak makan, makan satu tempat, jangan makan merata nanti nak kemas susah…then, sampah buang dalam tong smpah, jangan tinggal sesuka hati…baju, seluar, tuala xbleh longgok, kena sidai atau sangkut…klu keluar malam, kena balik sebelum pukul berapa and etc…masa ni kita boleh tengok, berapa ramai suami yang boleh ikut, yang xbleh ikut…untuk yang bleh ikut, maka xkan ada masalah, untuk yang xbleh ikut, yang ni akan memberi beban pada isteri…isteri akan terbeban dengan sikap suami yang kurang memberi kerjasama…dan akhirnya, daripada berterusan bercakap dengan orang yang x paham bahasa, maka dia terpaksa buat sendiri…

Ujian 4 – Kesefahaman dan tolak ansur

Isteri baru sampai umah selepas balik keje, then suami sqmpai…suami terus tanya, kenapa xmasak lagi? perlu tengok keadaan isteri, perlu tengok situasi isteri, then lebih baik cari altenatif lain daripada nak tanya macam tu…its better to ajak dia makan di luar or keluar tapaukan makanan…perlu faham keadaan tersebut dan perlu bersikap tolak ansur before demand what we needs from our wife…kena waras dalam menuntut isteri melakukan tugas sebagai seorang isteri..

Sumber kredit: Firdaus Shakirin

https://www.youtube.com/watch?v=sTruS15fJk4

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI