Banjir yang melanda beberapa daerah di Pahang mencetuskan simpati ramai. Paras air mencecah bumbung yang banyak dikongsikan di media sosial menunjukkan bencana banjir kali ini agak teruk berbanding pasca banjir yang berlaku di Kelantan pada tahun 2014.
Banyak penempatan sementara dibuka bagi menyelamatkan nyawa penduduk yang terperangkap. Jika minggu lalu hujan turun begitu lebat, pastinya dalam minggu ini keadaan cuaca agak baik dan banjir mulai surut di beberapa buah daerah.
Ads
Namun Kashoorga yakin, dan bagi penduduk yang dilanda musibah ini mungkin patah hati ialah saat kembali ke rumah masing-masing kerana banyak barangan keperluan termasuk barangan elektronik rosak akibat banjir kerana tidak sempat diselamatkan berikutan air naik mendadak dalam masa singkat dan memaksa penduduk menyelamatkan nyawa masing-masing, bukan barangan keperluan.
Ads
Dalam perkongsian di media sosial di kawasan Gali, Dong, Benta dan beberapa kawasan lain, dapat dilihat rumah terjejas ini dipenuhi lumpur serta selut. Malah banyak sampah sarap termasuk kayu-kayu balak kecil hanyut tersadai di depan rumah di kawasan terlibat.
Ads
Allah, nak membersihkannya pasti sukar. Kerugian harta benda juga pastinya banyak. Bagi yang dilanda musibah banjir ini, semoga anda semua dikuatkan semangat untuk menempuh ujian. Bagi kita yang mungkin kelapangan masa dan waktu, boleh mengikut Ngo-ngo bagi membersihkan rumah mangsa terlibat. Gambar sumber :Lipan Bara
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Ajal maut, jodoh pertemuan. Selepas melalui ujian demi ujian termasuk diuji kehilangan suami dan anak dikasihi, Allah memberikan sinar bahagia buat penyanyi Datuk Nora Ariffin apabila dirinya selamat mendirikan rumahtangga.
Selamat dinikahkan bersama Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh & Usul, Universiti Malaya, Dr Rushdi Ramli, 55, baru-baru ini yang juga merupakan rakan baik kepada arwah suaminya, Johan Nawawi.
Berkongsi berita gembira ini di instagramnya, Nora atau nama sebenarnya, Wan Norafizah Ariffin berkata, perkahwinan adalah satu ibadah dan ianya terlalu peribadi untuk dirinya kongsikan, bukan ingin bermegah- megah, jauh sekali untuk mencari publisiti.
Ini berita gembira dikongsi di ignya semalam.
Bismilahirahmanirahim.
Wa Sallallahu ala Sayyidina Muhammad wa Baaraka wa Sallam,
حسبنا الله و نعم الوكيل
ولا قوة الا بالله
Dengan nama Allah yg Maha pemurah lagi Maha mengasihani.
Bersempena dengan mlm jumaat yg merupakan sayyidul ayyam, saya dengan rendah hati dan bersyukur ke hadrat Allah SWT ingin memaklumkan bahawa saya kini telah bertemu jodoh dgn seorang hamba Allah yg merupakan sahabat baik arwah Johan sejak dari kecil lagi.
Beliau adalah saudara Rushdi Ramli.
Saya ingin meminta maaf kerana dari awal lagi saya memang berniat untuk tidak menghebah-hebahkan ikatan ini. Cukuplah sekadar melaksanakan perkara wajib & mengikut hukum sahaja.
Saya berpegang pada prinsip bahawa perkahwinan adalah satu ibadah dan ianya terlalu peribadi untuk saya kongsikan, bukan ingin bermegah- megah, jauh sekali untuk mencari publisiti.
Jodoh, rezeki & ajal adalah rahsia Allah yang telah ditentukan. Saya menerimanya dengan penuh sabar, redha & syukur. Hanya kebaikan yang saya harapkan.
Saya juga memohon agar semua insan yang mengenali saya dan para peminat, sudi menitipkan doa buat saya mendapat keluarga sakinah mawaddah warahmah, dipermudahkan segala urusan, diberkati, diredhai Allah SWT dunia akhirat.
In Shaa Allah.
Jutaan terima kasih buat anak-anak & menantu mama yg amat disayangi, adik beradik tersayang, seluruh saudara mara, sahabat handai, JNSB team, FANORATIK, rakan- rakan media & semua yg telah banyak memberikan doa, semangat, sokongan & nasihat pada saya selama ini. Allah saja yang mampu membalas segala jasa baik kalian semua.
Salam sayang dari saya Nora Ariffin.
Sumber IG : Nora Ariffin & Gambar kahwin : BH
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
‘Ramai artis buka tudung, semoga dibuka kembali hidayah.’ Ini peringatan ikhlas Nookhiriah untuk semua dan diri sendiri. Sedih dengan situasi yang berlaku, artis ini tampil meluahkan rasa.
Ternyata keputusan membuka hijab di kalangan selebriti dan pempengaruh media sosial kini seakan menjadi satu fenomena. Masing-masing memberikan pelbagai alasan ‘buka tudung’ dan tampil dengan gaya sendiri.
Ada yang merasakan selama ini tidak menjadi diri sendiri, jadi sekarang tiba masanya membuka tudung untuk tidak mahu menjadi hipokrit lagi. Allahuakbar!
Oleh itu Nookhiriah berasa terpanggil untuk menyampaikan pesan dan menasihati agar trend tersebut tidak menjadi kebiasaan dalam masyarakat.
“Assalamualaikum, bukan tugas akak untuk menilai. Akak pun jahil lagi cuma itulah, di zaman media sosial ini semua orang berlumba untuk cantik.
“Nak jadi macam yang itu, yang ini. Sebolehnya hati kena kental dik. Kalau tidak, kita tidak akan bersyukur dengan apa yang ada. Sedih juga sebenarnya apabila melihat semakin ramai yang membuka tudung, tetapi itu pilihan masing-masing.
“Akak cuma berdoa dan berharap semoga umur yang tua ini tidak diduga sebegitu. Tak ada apa yang hendak ‘dikepuk-kepukkan’ lagi,” titip pemilik nama Noorkhiriah Mohd Shapie.
Dalam masa yang sama, terus terang pelakon ini tidak berniat untuk melukakan hati, namun pelakon berusia 44 tahun itu berharap wanita tidak terleka dengan perhiasan dunia dan berdoa agar hidayah memakai tudung dengan sempurna kembali.
“Cuma pesan akak, bila sudah puas ‘kepuk-kepukkan’ cinta dan baju belahan dada, berdoalah semoga dibuka kembali pintu hidayah yang pernah diberi dulu.
“Sebab tidak semua dicampakkan (hidayah) oleh Allah,” ujarnya.
Dalam pada itu. Noorkhiriah menegaskan bahawa hantaran tersebut hanyalah satu peringatan ikhlas untuk semua dan dirinya sendiri.
“Maaf andai tulisan akak mengguris tetapi akak sebagai saudara sesama Islam, menjadi tanggungjawab supaya apabila ditanya ALLAH nanti.
“Sekurang-kurangnya ALLAH tahu akak dah pesan di sini. Maaf sekali lagi yer,” ujarnya.
Rata-rata menyokong pendapat beliau dan mendoakan agar perkara tersebut tidak menjadi kebiasaan dalam masyarakat.
“Demi masa sesungguhnya manusia tu di dalam kerugian kecuali mereka yang berpesan-pesan untuk kebenaran dan kebaikan. Well said @khiriah17.”
“Terima kasih kak atas teguran. Memang sedih bila ada yang mempersendakan tudung yang dari kecil kita tahu wajib dipakai untuk menutup aurat. Ia bukan pilihan.”
“Wahai Zat yang membolak-balikkan hati, teguhkan hati kami di atas agama MU.”
“Menutup aurat itu wajib, bukan pilihan, ia tuntutan agama. Berhijab dan menutup aurat dengan sebenarnya. Tapi sedih zaman sekarang ramai jadikan hijab atau menutup aurat sebagai fesyen.
Terkini, Noorkhiriah merupakan aktivis masyarakat yang menyediakan perkhidmatan van jenazah secara percuma. Pertubuhan Amal Nur By Khiriah bersama suaminya, Azfaizul Ahtan.
Bukan itu sahaja, Pertubuhan Amal Nur By Khiriah menguruskan proses memandikan, kafan, solat jenazah sehinggalah ke tanah perkuburan tanpa sebarang caj.
Tidak dinafikan pasti ramai yang terkesan apabila kerajaan mengumumkan langkah Perintah Kawalan Pergerakan selama dua minggu ini dan akan berkahir hujung Mac nanti.
Ramai perlu bekerja di rumah sahaja, kebanyakan premis turut ditutup bagi mengelak penularan wabak COVID-19 ini.
Justeru sejajar dengan itu, kerajaan mengambil langkah bijak apabila memberi diskaun bil elektrik kepada semua pengguna bagi tempoh 6 bulan bermula 1 April hingga 30 September.
Perkara ini dimaklumkan oleh Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah. Beliau berkata pemberian diskaun sebanyak dua peratus ini bagi membantu meringankan beban rakyat akibat kesan penularan wabak koronavirus ini.
Katanya selain itu kerajaan turut bersetuju memberi diskaun 15 peratus bagi penggunaan elektrik kepada enam sektor perniagaan terpilih iaitu hotel, agensi pengembaraan dan pelancongan, kompleks beli-belah, pusat konvensyen, taman tema dan pejabat syarikat penerbangan tempatan.
“Diskaun 15 peratus ini membabitkan kira-kira 10 ribu pemilik akan daripada enam sektor perniagaan terpilih yang mengguna pakai Tarif Perdagangan sahaja.
“Pemberian diskaun bagi tempoh ini juga akan memberi impak pengurangan bil elektrik RM40 juta bagi Semenanjung, RM20 juta bagi Sabah dan RM8.5 juta bagi Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan.
Pemberian diskaun ini diumumkan secara berperingkat melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Negara 2020 (PRE 2020) dan juga melalui pengumuman dibuat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas mesyuarat pertama Majlis Tindakan Ekonomi pada 16 Mac lalu.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?