‘Alhamdulillah, cantiknya bertudung.’ Harris Aliff kongsi foto isteri berhijab, ramai teruja dan doakan Intan Ladyana istiqamah.
Pelakon cantik manis ini bertambah cantik dengan hijab yang digayakan di samping suami dan anak tercinta.
Biarpun foto ini hadir dengan kapsyen yang ringkas namun ramai warganet mendoakan yang baik-baik buat Intan Ladyana agar terus kekal berhijab dan istiqamah sampai bila-bila.
Pelakon jelita Intan Ladyana menarik perhatian netizen apabila tampil dengan mengenakan hijab dalam beberapa foto terbaru yang dimuat naik oleh suaminya, Harris Alif bersama anak perempuan mereka, Eviee Khadeeja.
Penampilan ibu kepada Eviee Khadeeja itu menuai komen positif netizen yang rata-rata memuji penampilan manis Intan. Antaranya ialah:
Ads
Harris Aliff Kongsi Foto Isteri Berhijab
Zzuria 85 Intan memang dh cntik,dh jd ibu makin berseri..pakai tudung masya Allah cantikk sungguh..
Yatialias63 “Alhamdulillah, cantik sungguh Intan Ladyana bertudung. Anak pun comel sangat.
Gee1965 Alhamdulillah syukur, semoga istiqamah berhijab Alhamdulillah syukur, semoga Allah pelihara jodoh mereka hingga ke akhir hayat jannah Amin.
Kebelakangan ini ramai memuji keperibadian Mizz Nina yang tidak pernah mencipta sebarang kontoversi di sebalik hijab dipakainya. Tampil islamik mengikut saranan agama, Mizz Nina dan suaminya, Noh terus berbakti kepada masyarakat luar khususnya di Syria dengan melakukan pelbagai kerja kebajikan.
Ekoran dirinya menjadi pujian masyarakat kerana meletakkan syariat terkehadapan dalam kehidupannya, Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman dijemput dalam rancangan Malaysia Hari Ini beberapa hari lalu. Saat diajukan pertanyaan ramai yang memuji-mujinya kerana kebaikan dakwah dan usaha kebajikannya, Mizz Nina tampil dengan jawaban sangat merendah diri.
Dikongsikan oleh seorang peminatnya di fb, Waridah Lothpi, bekas pelantun lagu Kurnia ini mengakui amat takut dengan pujian dunia. Berikut adalah temubualnya dalam MH.
Apa perasaan Nina apabila orang glorify dan memuji-muji Nina?
"Saya rasa takut sangat. I am nobody to be idolized.
Kalau rasa nak agungkan seseorang, agungkanlah Rasulullah SAW, para sahabat, atau ummul mukminin.
Setiap pujian melambung-lambung terhadap sesiapa, sentiasa beserta dengan jangkaan dan harapan tinggi.
Saya rasa, 'Ya Allah, betul ke saya baik sangat macam tu?'
Setiap kali saya baca komen memuji-muji, "Ya Allah please forgive them for what they say about me. They don't know the real me. Forgive me, and help me to become better than what they said.
Forgive me as well for my shortcomings, because I do not live up to many of the things that people said.
Nobody is perfect, but Allah.
Saya takut sangat nanti Allah akan tanya, "Apa kamu buat apabila terima pujian begitu?
Rasa diri bagus? Atau akan gunakannya untuk perbaiki diri?"
Saya takut."
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Pemandu lori yang mithali. ‘Ayah singgah lepas rindu, demi anak-anak, segalanya diredah.’ Mahal harga kasih sayang itu. Moga anak-anak ini menjadi dewasa dengan nilai pengorbanan.
Begitulah luahan Fedtri Yahya di akaun instagramnya apabila dapat bertemu empat mata dengan pemandu treler yang videonya viral baru-baru ini di Tik Tok.
“Kerjaya sebagai pemandu treler menuntut masa saya di jalan raya setiap hari sehingga kerap terlepas peluang melihat anak membesar.
“Saya anggap ini pengorbanan dalam membesarkan anak dan berharap mereka menghargainya dengan belajar bersungguh-sungguh,” kata Muhammad Ghaffar Ilham Kamaruddin, 30.
Muhammad Ghaffar Ilham mendapat perhatian di TikTok apabila berkongsi video isteri dan empat anak berusia antara 11 bulan hingga tujuh tahun menunggu untuk menemuinya di jejantas, Pasir Gudang, Johor.
Momen itu dirakam ketika dia dalam perjalanan menghantar bekalan berhenti seketika untuk bertemu keluarga selepas dua hari tidak berjumpa dan video itu meraih 1.4 juta tontonan.
Berkongsi kisah itu, jelas Muhammad Ghaffar Ilham, video berkenaan dibuat untuk mengenang memori mereka ketika tinggal berasingan dua tahun lalu apabila dia hanya pulang ke rumah setiap dua minggu kerana tuntutan kerja.
Menurutnya, ketika itu keluarganya masih tinggal di Batu Pahat, manakala dia di Pasir Gudang dan memenuhi tempahan muatan di sekitar Johor Bahru sebelum membawa keluarga berpindah ke Kota Masai, sejak dua tahun lalu.
“Sebelum ini saya pandu kargo dan hanya pulang ke rumah seminggu sekali saja sebelum saya ubah angin pandu treler tangki pula dan pulang ke rumah dua minggu sekali kerana order di sekitar Johor Bahru sementara keluarga di Batu Pahat.
“Setiap kali ada order di Melaka dan Senawang, Negeri Sembilan saya beritahu isteri (Nur Syarzurah D Wanis, 26) supaya dia dan anak tunggu di mana-mana lokasi untuk kami bertemu sekejap bagi melepaskan rindu.
“Sekarang kami tinggal bersama, cuma masa bersama keluarga masih kurang kadang-kadang dua hari sekali baru balik, tetapi saya usaha untuk pulang ke rumah juga biarpun bila sampai anak sudah tidur,” katanya lagi.
Demi Anak-anak
Justeru, katanya, video TikTok itu dibuat untuk kenangan dan mengamit memori zaman ‘berpisah’ berminggu-minggu sebelum ini supaya semua anaknya boleh melihat kembali memori itu apabila mereka besar.
“Kebetulan ketika itu isteri dan anak pulang ke kampung jadi kami curi masa berjumpa sekejap sebelum merakam video yang memang kisah sebenar keluarga kami sejak dulu.
“Saya terharu dan gembira baca komen di TikTok yang mendoakan keselamatan saya dan keluarga, malah ramai berkongsi pengalaman sama dalam pelbagai bidang kerja yang menuntut mereka tidak dapat pulang ke rumah selalu,” katanya.
Katanya, ketika ini dia berkerja secara konsep usahawan dan tiada gaji pokok dengan pendapatan bergantung kepada jumlah tempahan bekalan diperoleh.
“Alhamdulillah, rezeki order selalu dapat ketika ini dan sementara masih ada kudrat saya kekal bersemangat mencari nafkah untuk keluarga yang sentiasa faham kerja saya.
“Banyak saya korbankan terutama momen melihat mereka membesar. Kadang-kadang terasa terlalu cepat sangat mereka besar, bila balik anak merangkak kemudian balik lagi sudah berjalan dan bersekolah. Mungkin saya rasa seperti itu kerana jarang balik,” katanya.
Tambah Muhammad Ghaffar Ilham, dia memandu lori sejak 2013 bermula dengan lori ais sebelum beralih kepada muatan tiga tan dan treler kerana ketika itu dia baru tamat pengajian di sebuah institut latihan kemahiran dan sukar mendapat kerja dalam bidangnya kerana tiada pengalaman.
“Saya bermula dengan menjadi kelindan lori dan dengan gaji itu saya kumpul duit untuk kahwin dan ambil Lesen Kenderaan Barangan (GDL). Saya pandu kargo pada 2015 dan sehingga kini rezeki masih sebagai pemandu treler,” katanya.
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia sapa yang tahu. Siapa sangka, walaupun cacat penglihatan, tetapi menjadi rezeki lelaki ini untuk memenangi bagi kategori lelaki dalam pertandingan Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 1441H/2020M.
Muhammad Qayyim Nizar Sarini yang mewakili Kelantan diangkat sebagai Johan dalam majlis disiarkan secara langsung menerusi saluran Rancangan Televisyen Malaysia (RTM).
Muhammad Qayyim berjaya mencuri tumpuan ramai apabila mengetahui dia adalah Insan Kelainan Upaya (OKU).
Walaupun dia adalah qari istimewa, tetapi Muhammad Qayyim dipuji ramai kerana alunan suaranya ketika membaca Al-Quran sangat merdu dan lunak.
Biarpun tidak dapat melihat dengan sempurna, Qayyim berjaya memperoleh markah sebanyak 90.66% dalam kategori tilawah.
Sebelum ke peringkat kebangsaan, Qayyim telah berjaya menjadi johan sebanyak 3 kali di peringkat negeri iaitu pada tahun 2017,2019 dan 2020.
Ternyata kemenangan tempoh hari membuatkan dia berjaya melayakkan diri ke peringkat kebangsaan dan sekaligus menggondol tempat pertama.
Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 1441H/ 2020M telah berlangsung selama enam hari dan telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 16 Februari lepas.
Tilawah kali ini telah disertai oleh 108 peserta tilawah dan hafazan mewakili 14 negeri. Semua mereka diadili 12 hakim tilawah dan 14 hakim hafazan.
Manakala qariah pula dimenangi oleh peserta dari Perak, Puteri Kalimatul Azzua Hamid,Susulan kemenangan itu, masing-masing membawa pulang wang tunai RM15,000 serta tambahan RM10,000 untuk menunaikan haji, cenderahati dan sijil yang disampaikan Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.
Lelaki berpakaian seperti wanita menjadi isu hangat di media sosial. Ketahui pandangan Islam, dalil hadis serta kesan normalisasi perbuatan yang ditegah syarak.