Kewajipan menutup aurat banyak dijelaskan dalam Al-Quran dan hadith. Ia bukan lagi sunat atau makruh sebaliknya diwajibkan ke atas perempuan yang sudah baligh dan dinyatakan dengan jelas dalam beberapa surah di dalam Al-Quran mengenai kewajipan menutup aurat ini.

وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِهِنَّ ۖ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَىٰ عَوْرَاتِ النِّسَاءِ ۖ

Maksudnya: “Dan hendaklah mereka menutupkan kain yang dipakai untuk menutup kepala (tudung) ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau anak-anak lelaki mereka, atau anak-anak lelaki suami mereka, atau saudara-saudara lelaki mereka, atau anak-anak lelaki kepada saudara-saudara lelaki mereka, atau anak-anak lelaki kepada saudara-saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak suruhan yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita” Surah an-Nur: 31.

Ayat di atas menjelaskan bahawa seorang wanita wajib untuk menahan pandangan dan menjaga kemaluannya. Mereka diperintahkan untuk menutup kain di bahagian dada (maksudnya bertudung menutupi dada dan bukan menyingkatkannya untuk fesyen) kerana orang lelaki biasanya sangat bernafsu melihat bahagian dada ini (nauzubillah) dan kerana itulah diperintahkan wanita untuk menutup bahagian dadanya dengan tudung labuh.

Tidak hanya dalam surah An-Nur ayat 31, surah Al-Ahzab ayat 59 turut menyatakan hal agar wanita menutup auratnya.

يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لِأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلَابِيبِهِنَّ ۚ ذَٰلِكَ أَدْنَىٰ أَنْ يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ

IKLAN

Maksudnya: “Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan perempuan-perempuan yang beriman bahawa hendaklah mereka melabuhkan jilbab (pakaian yang dipakai di atas baju dan tudung) mereka ke seluruh tubuh mereka, Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenali, maka mereka tidak akan diganggu” Surah al-Ahzab: 59

Ayat ini secara jelas menunjukkan bahawa wanita harus mengenakan jilbab ke seluruh tubuhnya. Ertinya berkewajipan menggunakan kain untuk menutupi tubuh dan auratnya sehingga tidak terlihat dari pandangan mata seorang lelaki yang bukan muhrim. Sebab itulah wanita dituntut mengenakan pakaian longgar dan labuh, bukannya pakaian ketat seakan bertelanjang konon untuk mengikut fesyen dan masa yang sama tudung singkat menutup kepalanya.

Wanita Wajib Menutup Aurat, Inilah Surah-Surah Dalam Al-Quran Yang Menjelaskannya
Wanita dilarang mendedahkan auratnya terutama kepada lelaki bukan muhrim

Tidak hanya surah Al-Ahzab, surah Al A’raf ayat 26 turut menyatakan perihal menutup aurat ini bahkan ia dinyatakan sejak dari zaman Nabi Adam a.s lagi.

يٰبَنِىۡۤ اٰدَمَ قَدۡ اَنۡزَلۡنَا عَلَيۡكُمۡ لِبَاسًا يُّوَارِىۡ سَوۡاٰتِكُمۡ وَرِيۡشًا‌ ؕ وَلِبَاسُ التَّقۡوٰى ۙ ذٰ لِكَ خَيۡرٌ‌ ؕ ذٰ لِكَ مِنۡ اٰيٰتِ اللّٰهِ لَعَلَّهُمۡ يَذَّكَّرُوۡنَ

IKLAN

“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk indah untuk perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.”(QS Al-A’raf :26)

Dalam ayat ini Allah memerintahkan manusia untuk menutup aurat. Perintah ini sudah diberikan sejak Nabi Adam Alaihissalam ada dan artinya memang secara fitrah manusia diperintahkan untuk melakukan hal tersebut sejak ia ada. Perintah menutup aurat ini bukan hanya terjadi apda zaman Nabi Muhammad lagi bahkan pada zaman Nabi terdahulu lagi bahawa wanita yang baligh wajib menutup auratnya.

Masa yang sama, Nabi SAW telah bersabda:

IKLAN

المرأةُ عورةٌ وإنَّها إذا خرَجتْ استشرَفها الشَّيطانُ

Maksudnya: “Wanita itu adalah aurat, jika ia keluar rumah, maka syaitan akan menghiasinya”

Riwayat ibn Hibban (5598), Syeikh Syuaib al-Arna’outh mengatakan perawi-perawi hadith ini thiqah (dipercayai).

Demikianlah ayat Al-Quran dan dalil yang mewajibkan wanita untuk menutup aurat dan larangan membuka aurat kecuali pada muhrimnya. Harus diingat, berpakaian itu mesti menurut syariat, bukan berpakaian tapi telanjang.

Dalam satu hadith, Nabi Muhammad menjelaskan mereka ini (berpakaian tapi telanjang) kerana mengikut fesyen tidak menurut syariat adalah ahli neraka.

Sabda Nabi SAW, ada di kalangan perempuan berpakaian tetapi bertelanjang, pakaian yang menggodakan, pakaian yang nipis, pakaian yang ketat, di atas kepala mereka dihias. Rambutnya laksana bonggol unta. Mereka tidak dapat masuk ke syurga, bahkan tidak dapat menghidu dan mencium keharumannya, walaupun baunya syurga itu dapat dihidu dari jauh. – [HR Muslim 5098].

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI