Setelah hati sepakat untuk mendirikan rumahtangga dengan pilihan hati, setiap pasangan itu perlu memastikan perbelanjaan untuk mengadakan majlis perkahwinan mencukupi.
Tidak mahu menyusahkan kedua ibu bapa, kedua-dua pasangan boleh sama-sama bersetuju untuk mengadakan majlis secara kongsi atau hanya membuatnya mengikut kemampuan.
Paling penting adalah akad nikah antara kedua-duanya kerana ikatan halal lebih terasa kemanisannya.
Jadi bagi bakal pengantin yang mahu berkahwin, boleh mengikut cara ini untuk mengumpul duit.
Baru-baru ini seorang pengguna di laman sosial Facebook Siti Aisyah Ismail berkongsi caranya dan tunang mengumpul duit hingga RM12 ribu hanya dalam masa setahun untuk menjayakan majlis perkahwinan.
Dia dan suaminya hanya mengadakan acara yang wajib sahaja dan majlis mereka telah berlangsung hujung tahun lalu.
Ads
Ini pula caranya mengumpul duit hingga RM12 ribu selama setahun. Bagi pasangan yang mahu berkahwin hujung tahun ini boleh mengikut cara disarankan.
Cara 1 cara shaa Total 1hb rm1,2hb rm2,3hb rm3..sampai 30hb akan dapat Rm465 seorang..kalau pasangan kita pun buat yg sama ×2 dapat Rm930.00 sebulan.. Andai kata ada 31hb buat sampai 31hb jadi total Rm496 seorang kalau campur pasangan kita,Rm992.00 sebulan ×12 bulan total setahun RM11,904.00..
Ads
Cara 2 1hb rm2,2hb rm2,3hb rm2..buat dari 1hb sampai 30hb ada rm60.00..kalau pasangan kita buat sekali total rm120 sebulan..rm120 x 12bulan boleh dapat RM1,440 setahun..
Cara 3 1hb letak rm30..2hb letak rm29..3hb letak rm28..amount yg sama dengan Cara 1,cuma cara terbalik.
Cara 4 1hb rm1..2hb rm1..3hb rm1..buat smpai 30hb dapat rm30.00.kalau buat dengan pasangan dapat rm60.00 sebulan ×12 bulan dapat rm720.00..
Cara 5 Kalau mampu letak sekepuk(penuh)..bg pada pasangan untuk simpan..kalau mcm shaa ada uma sewa kena bayar.ada motor kena bayar shaa simpan sikit2..
Ads
Gambar sekadar hiasan.
Shaa buat menabung ni sejak mula bertunang.jadi semua jenis duit kalau kegunaan bersama ambil dari tabung..kalau nak topup ke isi minyak ke beli rokok ke duit tabung tak boleh usik..cara menyimpan ni shaa dapat sebab selalu boros then memang habis je duit dlm bank.so cara mcm ni simpan dlm tabung kat rumah atau dalam purse sediakan dua beg duit.satu untk belanja harian.satu untuk simpanan..
Macam shaa gaji dua minggu sekali..abg gaji hujung bulan so dia memang bagi sekepuk(penuh)..cara ni duit gaji kita pun nampak kemana..so memang nak gaduh pasal duit takda kot harini 1 december..boleh la mula menabung..goodluck gaiss
Gambar sekadar hiasan.
Dua bulan skali bleh masukkan dalam tabung haji..bagus tabung haji ni sebab pakai buku je so takde la gatai tgn nak p cucuk duit
Shaa kena bayar sewa rumah juga.motor pun kena bayar..jadi cara yg kat atas shaa guna untuk simpan dgn tunang shaa..jgn salah fhm ye.shaa bukan duk uma parents..so cara mcm ni simpan sikit-2 inshaAllah boleh..
Ohh ya duit semua better perempuan yg pegang.lelaki pulak kena selalu monitor.. Rm992×12bulan dapat rm11,904..moga bermanfaat ya Boleh tekan button SHARE okay shaa izinkan
79036170_153608139251858_3781838370506801152_n
11/08/19 kami bertunang Update 6/12/19 kami baru kahwin
#AliAisyah
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Sesungguhnya urusan jodoh itu hanya Allah yang tahu. Tetapi kita boleh memilih calon pilihan mana terbaik untuk dijadikan Imam memimpin diri ke syurga. Ada yang suka mereka yang umur sebaya dan ada juga sukakan wanita yang lebih berusia.
Apa kelebihan wanita berusia ini dibanding yang muda. Adakah kerana mereka ini lebih bersikap mantang dan tidak kebudak-budakan menyebabkan lelaki senang jatuh cinta dengan golongan ini.
Tidak kiralah pasangan lebih muda, sebaya atau lebih tua apa yang penting persefahaman dan saling bantu membantu antara satu sama lain. Jom kita lihat ciri-ciri wanita lebih berusia ini yang sering jadi dambaan kaum lelaki.
Ini antara ciri utama menyebabkan lelaki gemar wanita berusia. Mereka ini boleh diajak bercakap apa sahaja persoalan dan segala pandangan selalu bernas dan boleh diterima akal. Wanita berusia lebih matang kerana dari segi perangainya dan bijak menentu hala tuju hidup mereka.
Ada sesetengah wanita berusia ini mempunyai sumber kewangan yang kukuh. Mereka ini dikatakan pandai menyimpan duit dan tidak boros. Namun bukan ini bermakna lelaki itu hanya bergantung harap pada mereka. Tetapi sikap begini yang menarik perhatian kaum lelaki.
Bab yang satu ini suarakan saja pada mereka. Namun mereka bukan bercakap kosong sebaliknya dengan pendapat serta idea bernas berdasarkan pengalaman sendiri. Jika tidak ada point jangan sesekali bermain kata dengan mereka kerana anda boleh dikenakan balik nanti.
Mereka tidak bermain-main dalam hubungan yang mereka bina, sebaiknya terus berfikir untuk ke arah masa depan. Bagi mereka, apa yang diputuskan itu adalah yang terbaik dan hasrat untuk membina kehidupan berumahtangga adalah yang terbaik.
Tidak bersikap kebudak-budakan dan lebih pandai menyimpan emosi. Mereka ini lebih bersikap positif dan mampu melihat potensi pasangan dan bersikap jujur. Namun jangan sesekali menipu mereka kerana sekali terkena mungkin diri anda tidak akan dimaafkan sampai bila-bila.
Wanita berusia juga seorang yang pandai membawa diri. Mereka lebih bijak bergaul dengan orang sekeliling dan bersikap sangat matang ketika berada dalam kumpulan yang ramai. Cara pergaulan mereka dengan orang sekeliling menunjukkan mereka lebih mengenali diri mereka sendiri berbanding orang lain.
Wanita berusia lebih tahu erti kehidupan dan akan memberitahu pasangan apa yang mereka mahukan dan lebih yakin atas semua itu. Sikap keyakinan yang tinggi membuatkan kaum lelaki tertarik untuk mengenali serta menjadikan calon isteri.
Bercinta dengan wanita berusia kurang saingannya. Biasanya gadis muda lebih ramai dikejar oleh lelaki. Jadi, apabila kurang saingan, pasangan wanita berusia biasanya dilimpahi kasih sayang dan perhatian yang lebih.
Lelaki muda kurang pengalaman dan kadang-kadang tidak tahu apa yang perempuan mahukan dari mereka. Oleh sebab itu wanita berusia lebih dominan lagi-lagi jika dia seorang ketua di tempat kerja. tetapi bila balik ke rumah dia tetap seorang isteri.
Bab yang satu ini sangat betul, Sikap keibuan jelas terpancar saat dia melayan anak-anaknya. Ada yang mengatakan dalam diri lelaki sentiasa ada jiwa anak kecil. Sifat keibuan inilah yang dapat memenuhi kemanjaan tersembunyi ini.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Isteri itu amanah Allah kepada seorang suami. Ini menunjukkan bahawa suami wajib menjaga amanah yang telah diberikan oleh Allah kepadanya. Si suami juga hendaklah memberi nafkah zahir dan batin kepada isterinya mengikut kemampuannya.
Namun apabila seorang suami culas menjalankan tanggungjawabnya kepada isterinya maka akan goyahlah sesebuah rumah tangga.
SOALAN:
Seorang wanita berkahwin dengan seorang lelaki. Kemudian rumahtangga menjadi kacau bilau sehingga si isteri yang terpaksa menjaga suami tersebut dengan menanggung nafkah keluarga. Tidak berapa lama kemudian, suami tersebut mula menjalankan perniagaan. Akhirnya dia berjaya dalam perniagaan tersebut dan menjadi kaya. Namun isteri masih tetap menanggung nafkah keluarga tanpa suami berusaha mengubah sistem tersebut.
JAWAPAN:
Jawapan
Firman Allah SWT:
وَعَاشِرُوهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ
Maksudnya: Dan bergaullah dengan mereka (golongan wanita) dengan cara yang makruf. Surah al-Nisa’ (19)
Imam al-Qurtubi ketika menafsirkan ayat ini berkata: (Iaitu) dengan cara yang Allah perintahkan daripada pergaulan yang baik. Dan seruan ini adalah kepada semua, kerana setiap seorang itu mempunyai pergaulan sama ada seorang suami atau seorang wali. Akan tetapi yang dimaksudkan dengan perintah ini secara kebiasaannya adalah para suami. (Lihat al-Jami’ li Ahkam al-Quran, 5/84)
Syeikh al-Maraghi berkata: “Para suami diwajibkan bergaul dengan isteri-isterinya secara baik. Oleh itu, bergaullah dengan mereka secara yang dapat menyenangkan tabiat mereka. Tetapi tidak pula bertentangan dengan syariat dan adat. Janganlah kamu bersikap bakhil dalam menafkahi mereka dan jangan pula kamu sakiti mereka dengan ucapan dan perbuatan atau kamu menghadapi mereka dengan wajah muram dan kening berkerut.
Kalimah mu’asyarah (bergaul) di sini menunjukkan pengertian kebersamaan dan perkongsian iaitu layanilah mereka dengan cara yang baik dan para isteri perlu melayani kamu seperti itu juga. Jadi, suami dan isteri diseru agar saling memberikan kebahagiaan serta menjadi sumber ketenangan dan kebahagiaan dalam melayari rumahtangga. (Lihat Tafsir al-Maraghi, 2/1128)
NAFKAH BAPA KEPADA KELUARGA
Pengarang kitab al-Fiqh al-Manhaji (4/170-179) menyebut: Bapa dan datuk ke atas, wajib memberi nafkah anaknya, cucu dan ke bawah. Oleh itu, bapa bertanggungjawab memberi semua jenis nafkah kepada anak-anaknya sama ada lelaki atau perempuan. Jika mereka tidak mempunyai bapa, maka datuk wajib mengambil alih tanggungjawab tersebut dan begitulah seterusnya. Hal ini berdasarkan firman Allah SWT:
فَإِنْ أَرْضَعْنَ لَكُمْ فَآتُوهُنَّ أُجُورَهُنَّ
Maksudnya: …jika mereka menyusukan anak untuk kamu, maka berikanlah kepada mereka upahnya; Surah al-Talaq (6)
Ayat ini menjelaskan bahawa perempuan yang menyusukan anak orang lain wajib diberi upah oleh bapa kepada anak tersebut. Ini bermakna kewajipan memberi nafkah kepada anak lebih utama dilaksanakan oleh bapa.
Maksudnya: “Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya.” Surah al-Baqarah (233)
Dalam ayat ini, menisbahkan anak kepada bapanya yang menggunakan huruf lam ikhtisas membawa makna bapa dikhususkan bertanggungjawab memberi nafkah kepada anak-anaknya. Oleh itu, kewajipan bapa memberi nafkah kepada ibu yang menyusukan anaknya menunjukkan bahawa kewajipannya memberi nafkah kepada anak-anak adalah lebih utama. (Lihat al-Fiqh al-Manhaji, 4/170-179)
Imam Ibn Kathir berkata ketika menafsirkan ayat di atas bahawa wajib ke atas ayah untuk memberi nafkah dari sudut pakaiannya dengan cara yang sepatutnya iaitu apa-apa pakaian yang diterima oleh adat atau seumpama dengannya di negara tersebut tanpa berlaku pembaziran dan tidak menyusahkan. Ia sekadar apa yang termampu ketika dia (ayah atau suami) dalam keadaan senang dan bersederhana serta apa yang melaziminya. (Lihat Tafsir al-Quran al-‘Azim, 1/479)
Para ulama menetapkan bahawa nafkah yang wajib diberikan kepada sesiapa yang berada di bawah tanggungannya itu ialah seperti:
Makanan Barang-barang dapur Pakaian Tempat tinggal Alat-alat untuk membersihkan diri Pembantu bagi isteri jika sekiranya kebiasaan isteri mempunyai pembantu (bagi suami yang mampu sahaja).
Imam al-Syaukani menyebut: Rasulullah SAW memberi nafkah dan keperluan secukupnya kepada ahli keluarganya mengikut kemampuan Baginda SAW. Rasulullah SAW menyediakan untuk isteri-isteri Baginda SAW tempat tinggal, makanan, pakaian dan semua keperluan dengan mencukupi dengan tidak berlebihan. Ini bersesuaian dengan kehidupan Rasulullah SAW yang memilih zuhud dan tidak bermewah-mewah. Dalam pemberian nafkah, Rasulullah SAW memberikan 20 wasaq gandum dan 80 wasaq kurma kepada isteri-isterinya pada setiap tahun. (Lihat Nail al-Autar, 5/221)
UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM
Undang-undang keluarga adalah termaktub di bawah undang-undang negeri. Jika di Wilayah Persekutuan, Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 pada Seksyen 72 memperuntukkan:
“…adalah menjadi kewajipan seseorang lelaki menanggung nafkah anaknya, sama ada anak itu berada dalam jagaannya atau dalam jagaan seseorang lain, sama ada dengan mengadakan bagi mereka tempat tinggal, pakaian, makanan, perubatan, dan pelajaran sebagaimana yang munasabah memandang kepada kemampuan dan taraf kehidupannya atau dengan membayar kosnya.”[1]
Begitu juga pada Seksyen 73 antara lain menyebut:
Mahkamah boleh pada bila-bila masa memerintahkan seorang lelaki membayar nafkah untuk faedah mana-mana anaknya—
(a) jika dia telah enggan atau cuai mengadakan peruntukan dengan munasabah bagi anaknya itu;
(b) jika dia telah meninggalkan langsung isterinya dan anaknya itu adalah dalam jagaan isterinya;[2]
KESIMPULAN:
Sebagai kesimpulan, kami nyatakan seperti berikut:
*Menurut kitab-kitab fiqh, semua tanggungan nafkah adalah di bawah tanggungjawab suami. Walaupun berlaku keredhaan dari pihak isteri, tetapi untuk menenangkan hati, berilah ganjaran yang setimpal kepada isteri yang telah memulakan rumahtangga dengan berjaya.
*Alangkah baik sekiranya suami tersebut memberikan kredit dan penghargaan di atas pengorbanan isteri yang besar selama ini. Sifat isteri yang sentiasa membantu suami adalah sangat terpuji. Berilah hadiah kepada isteri tersebut.
*Suami janganlah mengambil kesempatan sehingga tugas hakiki beralih kepada si isteri sedangkan ia pada hakikatnya adalah berada pada tangan suami.
*Tanggungjawab yang sebenarnya tidak berpindah kepada isteri. Isteri hanya bersifat menolong dan membantu. Jika isteri tidak mahu membantu pun tidak mengapa.
*Suami wajib mengambil alih tanggungjawab tersebut daripada isteri dan inilah yang sebenarnya.
Semoga rumahtangga kita menjadi seperti apa yang disebut Baiti Jannati dan marilah sama-sama kita berdoa kepada Allah SWT agar kehidupan kita diberkati dan dikurniakan kebahagiaan.
Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.” Surah al-Furqan (74)
Begitu juga dengan penyanyi Alyah yang memohon maaf secara terbuka di media sosialnya terhadap apa juga kesilapan yang dilakukannya. Sama ada yang mengenali atau tidak menyukai dirinya.
Menurutnya sebagai manusia biasa yang hari-hari membuat dosa. Jadi menjadi tanggungjawab untuk terus kekal berusaha menjadi terbaik di mata Allah SWT.
Alyah turut mengucapkan selamat hari raya aidladha dan mengingatkan orang ramai untuk terus bersilaturrahim dan menjaganya kerana Allah SWT.
Dalam kesibukan kehidupan seharian yang sering menuntut tenaga fizikal dan emosi, waktu sebelum tidur menjadi detik paling sesuai untuk seorang Muslim kembali menenangkan jiwa...