‘Makanan itu rezeki, kena hargai & tak baik hina orang.’ Cikgu sebak pelajar bawa biskut kering untuk jamuan sekolah dan kawan-kawannya tak jamah langsung.
Hujung tahun ini memang sedari dulu, guru akan aturkan majlis jamuan untuk kelas masing-masing. Bagi ibu yang memiliki kepakaran memasak, mereka memilih untuk masak.
Manakala bagi ibu-ibu yang tak punya waktu, mereka selesa untuk membeli atau menempah makanan untuk anak bawa ke jamuan sekolah.
Kaum ibulah paling sibuk uruskan perihal jamuan sekolah kerana ingin memastikan kenyang perut anak dan kawan-kawan kelasnya nanti di hari jamuan.
Namun begitu tak semua bernasib baik dan berkemampuan seperti mana kisah yang dikongsikan Cikgu Muhammad Ali ini.
Setiap kali jamuan kelas, saya pasti akan teringat pelajar saya dahulu. Dia pelajar yang sangat baik tahap satu. Jarang buat hal dalam kelas, kerja sentiasa siap.
Tiba hari jamuan kelas, maka ramailah anak-anak murid saya letak makanan atas meja. Saya akan susun biar mudah pelajar hendak ambil. Tiba-tiba datang seorang pelajar ni,
Kena Hargai
“Mr.Ali, saya ada bawa makanan, boleh ke saya letak hujung sekali” sambil tunjuk makanan line last sekali walaupun ada saja ruang kosong depan dia.
‘Sy kata tak apa, cikgu letak dekat sini saja, banyak ruang lagi ini. Dia kata takpe, biar dia letak di hujung sekali. Saya pun mengiyakan sahaja kalau sudah itu dia nak.
Jadi bila murid start makan, saya memang sibuk layan anak-anak. Bila majlis tamat, biasanya cikgu-cikgu kelas akan pack kan lebihan makanan untuk mereka bawa balik.
Tiba-tiba dengan laju murid tadi datang ambil bekas dia, cepat-cepat dia masukkan dalam beg. Saya sudah rasa pelik tapi saya teruskan membungkus lebihan makanan. Saya tak nampak apa yang sebenarnya terjadi waktu ini.
Ads
Tak Baik Hina Orang
Bila sudah siap pack, seorang murid perempuan bangun dan bersuara kuat ” Mr.Ali , makanan Adam ( adam bukan nama sebenar) tak ada orang makan pun makanan dia.”
Lalu saya pandang wajah si Adam ini, walaupun dia masih di tahap 1, saya nampak muka dia sedih, sambil tutup mata.
Dalam hati saya sudah boleh agak dia menangis dalam diam. Lalu saya tanya pelajar saya
“Kenapa tak ada orang nak makan, makanan adam?” Patutlah dia cepat-cepat ambil makanan dia tadi. Lalu ada pelajar menjawab,
‘Sebab baju dia kotor, muka dia tak mandi, makanan dia macam orang tua bla bla”. Macam-macam saya dengar dan kelas mulai bising.
Cikgu Sebak
Saya mula tinggikan suara untuk mengawal kelas dan minta dia kemaskan kelas.
Lalu baru saya panggil anak ini, dan minta dia bawa bekal makanan dia tadi. Saya buka bekas dia, hati saya luluh tengok ada biskut-biskut kering dipatah patahkan dan tidak terusik.
Kemudian, saya hulur tisu pada Adam dan suruh dia lap air mata. Saya pujuk dia, saya makan biskut dia bawa depan dia.
‘Sedapnyaa biskut Adam bawak.” Walaupun ketika itu saya tak dapat membayangkan perasaan ibu atau ayahnya yang ada usaha hendak bawa sesuatu ke sekolah. Murid ini murid kurang berkemampuan.
Ads
Sambil teresak-esak saya cuma dengar satu persatu perkataan yang keluar dari mulut Adam.
“Diorang tak nak makan biskut saya cikgu sebab saya miskin”. Saya pandang biskut tadi yang tidak terusik oleh sesiapa pun. Saya kata pada Adam,
“Tak, mana ada orang kata awak miskin, ini cikgu makan kan biskut ini, sedap tau. Cikgu ambil 1 lagi boleh?” Dia pun start senyum dan saya suruh dia duduk.
Pelajar Bawa Biskut Kering
Saya berpesan kepada murid saya, walau siapa pun bagi kita makanan, kita kena hargai. Makanan itu rezeki Dan ingat juga, jangan hina orang. Kita semua sama sahaja.
Tengok apa yang sudah kamu buat pada Adam. Kalau kamu jadi Adam, kamu sedih tak makanan kamu bawa tiada siapa hendak makan? ” Satu kelas menjawab, ‘sedih cikgu.”
Biskut cikgu makan tadi sedap sangat. Saya pun makan lagi baki biskut tadi di hadapan anak-anak ini. Maka berebutlah mereka datang ambil biskut dalam bekas tadi. Sekejap saja habis. Ada yang makan dengan coklat, cicah dengan air.
Si Adam tadi senyum sambil kawan-kawan dia suap makanan pada dia. Maka gugurlah air mata seorang cikgu ketika ini.
Saya ajar begitu supaya bila sudah besar, mereka akan selalu hargai pemberian orang lain. Buat sesuatu jangan sesekali mengharapkan balasan. Walau sesedap mana makanan kita bawa, jangan expect orang lain akan bawa makanan sedap-sedap macam kita bawa.
Ada keluarga RM 50 boleh buat makan seminggu, ada pula yang RM 50 mampu beli sebiji kek. Kasut kehidupan kita tak akan pernah sama.
Saya melihat Adam ( bukan nama sebenar) sebagai teguran untuk saya juga. Untuk menjadi guru yang selalu peka dengan perasaan murid. Biasanya murid-murid akan ingat kisah-kisah pahit sewaktu kecil.
Jika dibiarkan ” luka” tersebut akan bertambah. Gurulah yang kena tolong anak-anak ini supaya lukanya tidak berpanjangan. Setiap kali jamuan kelas, saya akan selalu peka dengan semua murid yang ada.
Bila Si Adam tadi sudah masuk darjah 5, dan walaupun saya tak mengajar dia, dia pasti letakkan makanan jamuan kelas dia atas meja saya. Last saya makan mak dia buat kek batik.
Saya ada snap gambar itu tapi tak jumpa di mana saya save. Dan harini berlaku situasi lebih kurang macam ni. Ada juga rakan guru beritahu, “Cikgu, saya tak bawa makanan, boleh ke saya makan sekali?”
Kisah Pengajaran Hidup
Apa yang ada di hati anak-anak ini hanya Allah sahaja tahu. Kadang-kadang ibu bapa tak tahu apa yang terjadi di sekolah jadi guru-gurulah yang boleh menolong memberi sedikit senyuman kepada mereka.
Seorang kanak-kanak mampu memberikan kita pengajaran dalam hidup. Kadang-kadang Allah hantarkan anak-anak ini untuk sebuah ilmu dan pengajaran. Teguran juga untuk diri saya.
Kamu anak yang baik, cikgu akan ingat di setiap kisah yang cikgu lalui untuk disampaikan kepada yang lain..insyallah
Kashoorga: Semoga kisah ini memberi pengajaran bermakna buat kita semua.
Solat sunat tarawih semakin menghampiri penghujungnya. Pasti ramai rindu untuk melakukan ibadah yang hanya muncul setahun ini.
Di bandar Acheh, viral kemerduan suara seorang remaja, Muhammad Syauqi Dibran Pratama yang menjadi imam solat tarawih termuda di Bandar Acheh. Lebih membuatkan nama anak muda ini menjadi sebutan adalah hafalan Al-Qurannya sangat sempurna.
Ini bukan kali pertama dirinya menjadi imam solat tapi sudah beberapa tahun sebelum ini lagi dan dirinya sering dijemput menjadi imam tarawih di beberapa buah masjid.
Pada usianya 16 tahun, di saat ramai anak muda ada telefon bimbit sendiri, Dibran tidak pernah memiliki telefon pun. Malah apa yang berlaku di media sosial langsung tidak diketahuinya, bimbang hafalan Al-Qurannya rosak.
Kesuksesan Dibran menjadi penghafal Al-Quran 30 juz dan imam solat terdidik dari keluarganya yang sangat mementingkan Al-Quran dalam kehidupan mereka.
Dirinya mula dikenali selepas Doktor Zaidul Akbar juga pendakwah dan doktor perubatan terkenal di Indonesia memuat naik kisah adik Dibran di media sosialnya.
Kata pendakwah ini, imam muda dan hafiz ini merupakan seorang pemuda yang sangat dekat dengan Al-Quran.
“Indahnya hidup seseorang yang dekat dengan Al-Quran. Ini kerana mendampingi Al-Quran maka Al-Quran akan menjawab semua urusan dan masalah dalam hidup seseorang.
“Semoga kita dimudahkan Allah untuk semakin dekat dengan Al-Qur’an dan kitab ini benar-benar menjadi darah daging dalam diri kita di penghujung Ramadan ini,”tambah doktor terkenal ini.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Kehadiran anak dianggap sebagai rezeki dari Allah yang tidak ternilai. Bergantung pada kita ibu bapanya yang mahu mencorak kehidupan mereka menjadi insan berguna.
Ketika kecil, mungkin masalah tidak begitu terasa hanya penat menguruskan keperluan makan minum serta pengurusan diri mereka.
Tetapi bila dewasa cabarannya berlainan sedikit. Ia lebih mencabar dan menduga sejauh mana kesabaran kita mendidik mereka menjadi insan berguna. Lagi-lagi jika mempunyai anak perempuan.
Seperti perkongsian di media sosial, nukilan seorang pengguna Facebook ini memberi ingatan dalam mendidik anak perempuan.
Bila ada anak perempuan.
Anak sulung saya Allah beri seorang perempuan. Jujur Masa dia kecil kecik dulu Tak rasa sangat cabarannya Tapi bila dah besar makin terasa cabarannya
Mak sentiasa pesan, Ada anak perempuan jangan ambil mudah.. Jangan buat tak endah Tanggungjawab nya berat Tugasnya amat besar
Jaga anak perempuan tak sama dengan anak lelaki
Bila ada anak perempuan Anak perempuan jangan dibeli pakaian seksi seksi Wajib diajar anak bertudung litup Tidak cukup mengajar anak berpakaian sopan. terdedah sana sini ketat menonjol Ajarkan mereka erti malu Ajar pakai yang sopan sopan Besederhana menikmati zaman kanak kanak
Bila ada anak perempuan Tak boleh dibiar tidur sana sini Harus diajar tidur setempat di dalam bilik Bahayanya ada dimana mana Jangan percaya kepada sesiapa
Bila ada anak perempuan Ajarkan mereka sentuhan selamat Ajarkan mereka sentuhan tidak selamat Jangan biarkan anak berseorangan Sentiasa temani mereka Biar kita susah hari ini Dari menangis dikemudian hari
Bila ada anak perempuan Ajarkan mereka tentang harga diri Ajar mereka untuk sayang diri sendiri Kerena diri mereka sangat berharga
Bila ada anak perempuan terangkan kepada mereka tentang haid, dan kehamilan bila mereka sudah baligh Usah malu untuk memberi ilmu Bimbang mereka cari di tempat salah
Bila ada anak perempuan Pilihlah rakan untuk mereka Kenali juga siapa kawan mereka Rakan yang baik menjadi penguat Rakan yang nakal menjadi pemusnah
Bila ada anak perempuan Selalu lah diperiksa handphone mereka Apa yang dikongsi Apa yang ditulis Ambil tahu
Bila tiba saat kau lepaskan mereka-Hidup berjauhan Sentiasa ingatkan mereka Jagalah diri baik baik Jagalah maruah diri Jagalah maruah keluarga
Biarlah orang kata kita kolot Biarlah orang kata kita syadid
Bila ada anak perempuan Berdoalah, Mohon dijaga kehormatan diri mereka Mohon dijaga keselamatan mereka Moga moga Allah jaga dan lindung..
Perkongsian utk kita bersama ibu ayah
Credit Puan Farhan
Syikin Zahir Anak perempuan sorang ja
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Mengetahui isteri mengandung adalah momen paling manis bagi suami isteri. Namun tidak semua mengalami saat indah itu kerana ada juga suami yang lepas tangan kerana tengah mabuk kepayang bercinta dengan orang lain.
Ada juga kes isteri sarat mengandung dan ditinggalkan atau suami curang. Pendek kata tak semua mengharungi alam rumahtangga dengan bahagia kerana sesetengahnya tidak bahagia dan perceraian adalah jalan terakhir.
Sangat beruntung bagi isteri kalau dapat suami yang tahu menghargai jasa mereka dan akan kekal setia hingga ke akhir hayat. Sentiasa memberikan kata-kata sweet tidak kira pada hari lahirnya, hari sambutan ulangtahun perkahwinan atau ada tarikh-tarikh istimewa antara mereka berdua hingga hati isteri berbunga-bunga.
Dan buktinya, wanita sangat menyukai lelaki yang mampu membuat mereka tertawa. Bak kata orang, tak hensem tak apa janji kaya. Tapi ada juga lelaki tak hensem namun kelakar dan sikap itu amat disenangi isteri.
Buktinya ucapan sweet jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei sempena Hari Kekasih buat isteri disayanginya, Datin Mee Chow viral dan menerima 7.2 k tanda suka akan ucapannya buat isteri tersayang.
Dalam kata-katanya, Datuk Lee Chong Wei mengimbas kenangan ketika isterinya sarat mengandung anak sulung mereka, Kingston. Di sebalik kesibukannya berlatih dan berjuang untuk negara, dirinya sedaya upaya menemani isterinya menjalani pemeriksaan doktor biarpun dirinya umpama “pasu bunga” yang akan tegak di sisi isteri tersayang saat isterinya mengimbas kandungannya.
Masa yang sama, dirinya menulis isterinya itu seorang superwomen. Dirinya perlu menjaga diet, menukar gaya hidupnya selain kena memastikan bayi dalam kandungan sihat membesar.
Perlu potong kepala pusat bayi dan hasilnya…
Agak lucu dalam perkongsiannya ini, Datuk Lee Chong Wei memaklumkan, seminggu sebelum isterinya bersalin, dirinya ditanya oleh doktor adakah dia okay jika memotong tali pusat bayinya dan adakah dia boleh lakukan?
“Saya sempat berkata di dalam hati, berani dia memandang rendah keupayaan saya sedangkan saya sudah memotong beribu tali raket dalam hidup saya? Potong saja apa susah?
Dia kemudian terus berkata, sudah tentu doktor dan semuanya akan berlaku dengan baik.
Bila tiba tarikh dilaluinya, di saat Mee Chow selamat bersalin, saya amat berbangga dengan pengorbanannya di bilik bedah. Saya kata, mesti dia terlalu sayangkan saya dan saya mesti sangat hensem untuk dia sayang saya sebegitu. Saat mendengar Kingston menangis, doktor terus berkata kepada saya, Chong Wei, apa lagi cepat potong.
Dan bila saya memegang gunting ternyata tangan saya lembik. Rasa tak boleh nak lakukannya. Lagi susah dari main badminton. Isteri boleh mengandung bawa anak 9 bulan dalam kandungan dan saya hanya perlu potong saja, tapi tak mampu,’ tulisnya.
Dalam ucapan sangat sweet di akhir tulisannya, Datuk Lee Chong Wei betapa bermaknanya dia dalam hidup saya dan keluarga. Tanpa dirinya, tak akan ada saya dan dua anak kami sekarang. Happy Valentine Day,” kongsinya.
Sidenote: Yesterday semasa kemas beg Kingston , dia kata “Papa, esok cuti sekolah?” Saya Tanya kenapa. Dia jawab “Melayu Raya cuti , Cina Raya cuti , India Raya cuti, pekerja Raya cuti, takkan kekasih Raya tak cuti?” Memang tunggu lempang je budak ni.
Betulkan wanita suka isteri kelakar yang mampu membuat mereka sentiasa ketawa setiap hari.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Meski seorang ibu seharusnya menyayangi anak-anak mereka sama rata tapi ada saja berlaku keadaan sebaliknya. Walau anak sudah berbuat baik dan menyayangi sepenuh hati...