Malam pertama di alam barzakh apa yang berlaku? Persoalan ini mungkin pernah bermain di fikiran kita terutama saat mengiring jenazah di perkuburan.
Perkongsian daripada Bahagian Dakwah Jakim tentang apa yang berlaku pada malam tersebut mungkin akan menginsafkan kita. Bacalah…
Apa yang berlaku malam pertama di alam barzakh
Kita selalu tengok tanah perkuburan nampak tenang je. Tak ada bunyi, tak ada orang. Tapi pernah tak terfikir, apa yang jadi bila jenazah baru ditanam dan semua orang dah balik?
Senyap bukan bermakna tak ada apa-apa. Di sebalik diamnya tanah, bermulalah satu alam baru yang sangat menegangkan; iaitu alam barzakh. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda:
“Kubur itu sama ada taman dari taman-taman syurga, atau lubang dari lubang-lubang neraka.”(Hadis Riwayat Tirmidzi)
Maksudnya? Dekat bawah tanah itu, ada dua kemungkina antara dapat iaitu nikmat atau azab. Bayangkan Nabi Muhammad SAW, insan paling mulia, dah tentu masuk syurga tapi baginda tetap berdoa minta dilindungi daripada azab kubur. Jika Nabi pun takut kita yang penuh dosa dan lalai ini apatah lagi.
Jadi apa yang berlaku pada malam itu. Yang pasti ia bukan macam malam pertama kahwin. Tak romantik. Tak tenang. Tapi… mencekam dan sunyi. Dan inilah antara perkara yang bakal berlaku.
1. Disoal Malaikat
Sebaik jenazah ditanam dan semua orang balik, dua malaikat akan datang, Munkar & Nakir. Mereka tanya beberapa soalan “standard”:
-Siapa Tuhan kamu?
Ads
-Apa agama kamu?
-Siapa lelaki ini? (merujuk kepada Nabi Muhammad SAW)
Kalau dia seorang mukmin, jawapannya adalah “Aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba Allah dan Rasulnya.”
Waktu itu boleh tengok tempat duduk mukmin dari neraka telah ditukar kepada syurga.
Tapi kalau si mati itu munafik atau kafir, dia akan jawab: “Aku tak tahu. Aku hanya kata di dunia dulu macam orang ramai kata.”
Dikatakan kepadanya “Engkau tidak tahu dan engkau tidak mahu ambil tahu.”
Ads
Kemudian dia dipukul dengan pemukul daripada besi. Menjeritlah dia sampai dapat didengari oleh semua makhluk kecuali jin dan manusia.
2.Himpitan Kubur
Tak kira siapa pun kita, kubur akan menghimpit. Tak boleh elak. Nabi SAW bersabda:
“Jika ada orang yang akan selamat daripada himpitan kubur, nescaya Sa’ad bin Mu’az lah orangnya.” (Hadis Riwayat Ahmad)
Sa’ad sahabat Nabi yang hebat, sampai 70,000 malaikat turun iringi jenazahnya tapi masih dihimpit. Bezanya, orang beriman akan rasa himpitan manja, macam PELUKAN ibu. Tapi yang banyak dosa himpitannya boleh REMUK tulang.
3.Teman Di Alam Kubur
Kita takkan bersendirian sepenuhnya. Akan ada “peneman” ikut masuk kubur. Kalau kita banyak amal soleh, akan datang satu makhluk yang rupanya cantik, wangi, menenangkan. Dia akan temankan kita sampai kiamat.
Ads
Tapi kalau amal penuh noda.. datanglah “peneman” yang busuk, hodoh, menakutkan. Makhluk tu sebenarnya jelmaan amalan kita sendiri.
4. Diperlihatkan Tempat Kita
Di alam kubur, kita ditunjukkan “rumah akhirat” kita. Setiap pagi dan petang diperlihatkan destinasi kita nanti:
Syurga.. kalau kita orang beriman. Tengok saja pun bukan main nikmat lagi.
Neraka.. kalau sebaliknya. Boleh jadi deraan mental bila tengok neraka hari-hari.
Nabi bersabda:
“Apabila seseorang mati, diperlihatkan tempatnya di syurga atau neraka setiap pagi dan petang…” (Hadis Riwayat Muslim)
Jika tak mahu menyesal, bersedialah dari sekarang. Alam barzakh bukan cerita dongeng. Ia pintu pertama menuju akhirat. Masa itu, duit tak laku. Rakan tak boleh tolong. Cuma amalan yang jadi penyelamat.
Ada orang kata bulu kucing daripada kucing hidup dan sudah mati itu najis. Kadang-kadang si pencinta kucing ragu-ragu sama ada sah atau tidak solat mereka jika ada bulu kucing telah melekat pada pakaian ketika mereka sedang bersolat. Entri ini boleh membantu untuk mengetahui solat mereka sah atau sebaliknya.
Merujuk pada hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud, al-Tirmizi, Nasaie dan Ibnu Majah daripada Kabsyah Binti Ka’ab bin Malik, bahawa suatu saat Abu Qatadah memasuki rumah dan disediakan minuman olehnya. Tiba-tiba datang seekor kucing meminum daripada air minuman itu dan Abu Qatadah mencondongkan mangkuk itu sehingga dapat diminum oleh kucing itu.
Ketika Abu Qatadah melihat Kabsyah memperhatikannya maka dia bertanya : “Apakah kau terkejut wahai anak saudara perempuanku?” Dia menjawab : “Benar”. Berkatalah Abu Qatadah sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bersabda : “Kucing itu tidak najis, ia termasuk binatang yang berkeliaran di sekelilingmu”(Sahih Abi Daud dan lain-lain)
Berdasarkan hadis sahih ini para sahabat, tabi’in dan kebanyakan daripada ulama seperti Imam Syafie, Imam Ahmad dan Ishaq bin Abdullah mengatakan bahawa ianya tidak dikira najis. Bahkan jumhur ‘ulama mengatakan bahawa bulu kucing tidak najis kerana ia adalah daripada haiwan yang bukan daripada kategori haiwan najis. Malah jika jilatan kucing bukan najis maka bulu kucing adalah lebih utama untuk dikatakan tidak najis.
Pendapat yang paling rajah (benar) pula mengatakan bahawa setiap rambut, bulu, bulu pelepah dan benang bulu daripada kulit haiwan yang boleh dimakan atau tidak boleh dimakan adalah tidak najis sama ada ia masih hidup atau pun tidak. (Majmu’ Fatawa 38/21).
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Ramai yang menyimpan hasrat menjejakkan kaki ke tanah suci sama ada untuk mengerjakan umrah mahupun haji. Malah ada yang terlalu menginginkannya.
Tapi dalam masa yang sama terdapat juga yang takut untuk ke sana kerana dihantui dosa-dosa silam yang mereka lakukan. Ada yang merasa tidak layak, malah ada juga yang takut akan menerima pembalasan di tanah suci atas dosa yang dilakukan.
Mengulas tentang perkara ini menurut pendakwah terkemuka, Ustazah Asma’ Harun menjelaskan, perasaan gentar itu sebenarnya berpunca daripada bisikan waswas yang perlu ditangani dengan bersangka baik terhadap ALLAH.
“Kita bersangka baik ALLAH ampunkan kita, maka ALLAH ampunkan.
“Kita bersangka baik ALLAH sayang kita, ALLAH sayang kita. Kita bersangka baik bahawa ALLAH akan beri kita syurga, insya-ALLAH kita dapat syurga,” jelas beliau sebagaimana dipetik menerusi video bertajuk ‘Takut tunai umrah sebab dosa silam?’
Sebagai hamba, jelas penceramah itu lagi, setiap manusia tidak terlepas daripada dosa, aib dan kesilapan. Namun begitu, semua itu bukan alasan untuk menolak jemputan ALLAH.
“Apabila ALLAH sudah jemput kita datang ke Tanah Suci, bermaksud kita sudah bersedia. ALLAH pilih kita.
“ALLAH pilih bukan sebab kita mulia, sebaliknya DIA mahu mengangkat darjat kita,” ungkapnya.
Dalam pada itu, beliau menegaskan, anggapan bahawa seseorang mesti ‘membersihkan’ diri sepenuhnya sebelum ke Makkah adalah tidak tepat. Sebaliknya, perjalanan ibadah itu sendiri merupakan proses penyucian jiwa.
“Kalau tunggu bersih dulu baru datang (beribadah di Tanah Suci), sampai bila pun tidak akan ke sana. Mana ada orang bersih daripada dosa dan kesilapan. Tujuan kita datang (ke Tanah Haram) adalah untuk membersihkan diri.
“Sebab itulah tidak ada masalah kita datang dalam keadaan lalai, banyak dosa,” katanya.
Ustazah Asma’ menambah, ALLAH tidak pernah menolak, apalagi menghukum hamba-NYA yang datang menghadap, sebaliknya DIA menyambut dengan rahmat yang luas.
Justeru, beliau menasihatkan agar kita tidak sekali-kali berprasangka buruk terhadap ALLAH, sedangkan Rasulullah SAW mengingatkan umatnya agar mengelak daripada berbuat demikian.
Dalam sebuah hadis, Baginda SAW bersabda bahawa ALLAH SWT berfirman: “Aku menurut sangkaan hamba-KU kepada-KU. Aku bersamanya apabila dia mengingati-KU…” (Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Beliau menambah, antara bentuk sangkaan buruk adalah rasa bimbang ibadah tidak diterima atau berfikir doa tertolak kerana dosa silam.
“Oleh itu, sangka baik mesti jaga. Jangan pernah terdetik, ‘Ya ALLAH, ENGKAU tak terima ke doa aku?’ atau ‘Ya ALLAH, ENGKAU tak sukakan aku ke?’
“Hakikatnya, ALLAH sedang membersihkan kita dengan pelbagai cara termasuk melalui ujian sakit atau kesulitan,” jelas beliau.
Mengertilah, setiap keresahan, kebimbangan, ketakutan mahupun kesakitan adalah peluang penghapusan dosa yang diberikan ALLAH kepada hamba-NYA, ungkapnya.
“Ada orang, ALLAH bersihkan dosanya dengan solat, zikir atau puasa. Akan tetapi, banyaknya ALLAH gugurkan dosa kita dengan sakit dan ujian.
“Sebab itu kita kena sentiasa bersangka baik dengan ALLAH dan (pada masa sama) berbaik sangka sesama manusia,” akhirinya.
Sebagai manusia kita tidak terlepas dari melakukan kekhilafan. Tidak kira kecil atau besar, tidak salah untuk kita terus memohon keampunan dari Allah SWT. Hanya Dia yang berhak untuk mengampunkan setiap doa dilakukan hamabNya ini.
Perkongsian dari pengguna laman sosial twitter menggunakan akaun nama @shukery_azizan yang memberitahu 30 kesan pada diri seseorang jika melakukan maksiat.
Menurutnya maksiat ini adalah apa-apa yang melanggar perintah Allah, sama ada kecik atau besar. Itulah maksiat! Mengumpat pun maksiat, menipu pun maksiat, meniru assignment orang lepas tu claim kita buat pun maksiat juga.
Bila hidup dlm maksiat, secara tak langsung nafsu tidur bertambah dgn mendadak. Disebutkan oleh Imam Hassan al Basri,
“Sesungguhnya ketika seorang hamba melakukan dosa, dia akan terhalang melakukan solat malam dan puasa di siang hari”.
(Al-Maqrizi)
Ini bukan andaian sesuka hati, tapi dah dibuktikan sejak zaman sahabat lagi. Contohnya, surat Saidina Umar kpd Saad Abi Waqqash sblm perang Qadisiyyah, iaitu sebelum pembukaan Parsi.
Antaranya sebahagian isi surat Saidina Umar adalah ;
Kata Ar Robi’ semasa menambah kata2 Imam Syafie,
“Kerana yang namanya kenyang membuat badan menjadi berat, hati menjadi keras, kecerdasan berkurang, lebih banyak tidur dan malas ibadah.”
(Siyar A’lamin Nubala)
Maksiat juga buat banyak kerja terbengkalai & sebahagian besarnya langsung tak jadi. Allah sebut,
“Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit..” (Surah Taha ayat 124)
Maksiat menjadi penyebab kenapa rezeki kita terasa sempit. Ianya disebabkan ditariknya keberkatan rezeki. Rasulullah ﷺ bersabda yang bermaksud,
“Seorang hamba dicegah daripada rezeki akibat dosa yang diperbuatnya.” (Riwayat Imam Ahmad)
Pesanan seorang salaf tentang kesan maksiat yang berlaku pada dirinya sendiri,
“Sesungguhnya aku bermaksiat kepada Allah, maka aku lihat pengaruhnya pada perilaku binatang (kenderaan) dan isteriku.” (Al-Jawabul kafi)
Pesanan Ibnu Abbas,
“.. perbuatan buruk (maksiat) itu mengundang ketidakceriaan pada raut muka, kegelapan di dalam kubur dan di hati, kelemahan badan, susutnya rezeki dan kebencian makhluk.”
(Al-Jawabul kafi liman sa’ala ‘anid dawa as syafi)
Kata Imam Malik,
“Aku melihat Allah telah menyiratkan dan memberikan cahaya di hatimu, wahai anakku. Janganlah engkau padamkan cahaya itu dengan maksiat.”
(Al-Jawabul kafi liman sa’ala ‘anid dawa as syafi)
Kata seorang ulama salaf,
“Perbuatan dosa & maksiat mampu merosakkan akal fikiran manusia kerana dalam akal fikiran ada cahaya, manakala perbuatan derhaka dapat memadamkan cahaya. Apabila cahaya itu padam, akal fikiran menjadi lemah..”
(Al-Jawabul kafi)
Masa kita pun akan menjadi tidak berkat sebab kita telah penuhi dengan aktiviti maksiat. Sebab itu Ibnu Qayyim pernah sebut,
“Sungguh! Maksiat itu adalah sebab hilangnya keberkatan rezeki dan waktu.”
11. Allah menarik nikmat beribadah.
Ia sama seperti mana disebutkan oleh Ar Robi’,
“Kerana yang namanya kenyang membuat badan menjadi berat, hati menjadi keras, kecerdasan berkurang, lebih banyak tidur dan malas ibadah.”
(Siyar A’lamin Nubala)
Kata Imam Ibnu Qayyim,
“Jika sudah seperti itu, hati kita akan melihat maksiat begitu indah. Tidak ada keburukan sama sekali.”
(Al-Jawabul kafi liman sa’ala ‘anid dawa as syafi)
Allah berfirman dalam surah al-Muthaffifiin ayat 14,
“Sebenarnya! (Ayat-ayat Kami itu tidak ada cacatnya) bahkan mata hati mereka telah diselaputi kekotoran (dosa), dengan sebab (perbuatan kufur dan maksiat) yang mereka kerjakan.”
Maksiat membuatkan kita ego, hingga menganggap kitalah yang paling hebat & betul. Ini yang berlaku kpd bani Israel. Peristiwa ini dirakamkan oleh Allah di dalam surah as soff ayat 5,
Allah sebut dlm surah al Maarij ayat 19-21,
“Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut); Bila ditimpa kesusahan, dia sgt resah gelisah, Dan apabila ia beroleh kesenangan, ia sgt bakhil kedekut;”
Allah sebutkan di dalam al-Quran,
“Sebenarnya! (Ayat2 Kami itu tidak ada cacatnya) bahkan mata hati mereka telah diselaputi kekotoran (dosa), dengan sebab (perbuatan kufur dan maksiat) yang mereka kerjakan.” (Surah al-Muthaffifiin : 14)
Allah berfirman dlm surah Yaasin ayat ke 18 & 19,
“Penduduk bandar itu berkata pula: “Sesungguhnya kami merasa nahas & malang dgn sebab kamu. Demi sesungguhnya, kalau kamu tidak berhenti (dari menjalankan tugas yang kamu katakan itu)..
Rasulullah pernah beri amaran dalam satu hadith,
“Jika timbul maksiat pada umatku, maka Allah akan menyebarkan azab (seksa) kepada mereka.” Aku berkata: “Wahai Rasulullah, apakah tidak ada pada waktu itu orang-orang soleh?”
Rasulullah bersabda,
“Sesungguhnya hati manusia itu berkarat spt karatnya besi.” Sahabat2 bertanya, “Apakah penggilapnya wahai Rasulullah?” Rasulullah menerangkan, “Membaca Al-Quran dan mengingati mati.” (Riwayat al-Baihaqi)
Lihat pada poin nombor 6
Rasulullah bersabda,
“Mintalah fatwa pada jiwamu. (baginda menyatakannya sampai 3 kali). Kebaikan adalah sesuatu yang menenangkan jiwa & menenteramkan hati. Sedangkan keburukan (dosa) selalu menggelisahkan jiwa & menggoncang hati.” (Riwayat Ahmad)
Allah berfirman
“Dan apabila Kami beri manusia merasai sesuatu rahmat, mereka bergembira dgnnya (sehingga lupa daratan); & jika mereka ditimpa sesuatu bencana disebabkan apa yang telah dilakukan oleh dgn mereka sendiri, tiba2 mereka berputus asa.” (Rum:36)
Imam Ibnu Qayyim pernah menyebut,
“Maksiat dan lalai membuatkannya lupa zikir kepada Allah, sebagaimana tanaman tumbuh kerana air dan kebakaran terjadi kerana api.”25. Cepat marah.
Rasulullah ﷺ bersabda,
“Marah itu datangnya daripada syaitan dan syaitan itu diciptakan daripada api..” (Riwayat Abu Daud)
Ramai orang kata, biar mulut jahat asalkan hati baik. Sebenarnya, salah. Apabila hidup suka bermaksiat termasuklah mencarut, itu tandanya imannya ada masalah! Rasulullah ﷺ bersabda,
Rasulullah ﷺ bersabda,
“Marah itu datangnya daripada syaitan dan syaitan itu diciptakan daripada api..” (Riwayat Abu Daud)
Syaitan itu sifatnya sukakan maksiat. Mana ada syaitan sukakan pahala dan amal soleh.
Rasulullah ﷺ pernah memberikan amaran tentang sifat orang munafik,
“Solat yang paling berat untuk orang munafik adalah solat isyak dan solat fajar (subuh).” (Riwayat Ibnu Majah)
Imam Syafie berkata,
“Aku pernah mengadu kpd Waki’ ttg terjejasnya hafazanku. Beliau membimbingku utk meninggalkan maksiat. Beliau memberitahu padaku bahawa ilmu adalah cahaya & cahaya Allah tidaklah mungkin diberikan pada ahli maksiat.”
Maksiat biasanya membuatkan kita SENGAJA menjauhkan diri daripada orang-orang soleh sebab takut daripada ditegur atas maksiat yang kita lakukan. Sebab memang sifat orang soleh adalah mencegah kemungkaran.
Kata Ibnu Qayyim,
“Ketahuilah bahawa maksiat dpt mengurangi umur dan pasti dapat pula mengurangi keberkatannya, sebagaimana pula amalan kebaikan dapat menambah umur. Itulah perbuatan dosa dapat mengurangi umur.” (Al-Jawabul kafi )
Maksiat ini seakan seperti berantai. Apabila kita ketagih dengan satu maksiat, ia akan mengheret kita melakukan maksiat yang lain. Seperti mana kata seorang ulama salaf,
“Jika seorang hamba melakukan keburukan, maka dia pun akan cenderung untuk melakukan keburukan yang lain sehingga keburukan itu menjadi kebiasaan bagi pelakunya.”
(Al-Jawabul kafi)
Cuba muhasabah diri, daripada 30 kesan ini, ada tak yang melekat pada diri kita?
Kalau ada, sekarang juga istighfar secepat dan sebanyak mungkin. tak susah pun istighfar. Sebab istigfar itu langkah pertama kita bertaubat n minta ampun pada Allah.
Maksiat ni adalah apa2 yang melanggar perintah Allah, samada kecik atau besar. Itulah maksiat!
Mengumpat pun maksiat, menipu pun maksiat, meniru assignment orang lepas tu claim kita buat pun maksiat juga.
Allahu..
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?