Terlerai sudah kemelut politik apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Perdana Menteri Kelapan oleh Yang di-pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Dan tentunya yang paling mencuri tumpuan adalah keluarga yang berada di sampingnya beliau memberikan sokongan, terutama isteri tersayang, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.
Ternyata insan inilah yang setia berada di samping Tan Sri Muhyiddin dalam jatuh bangun dalam dunia politik.
Ads
Raut wajahnya yang manis dengan personaliti yang sangat menyenangkan membuatkan ramai memuji penampilan beliau yang angun berhijab.
Dalam satu posting oleh seorang penguna di laman sosial, Nurul Zahid, beliau turut memuji penampilan Wanita Pertama ini yang manis bertudung mendampingi seorang Perdana Menteri.
Malah Nurul turut menyatakan bahawa buat pertama kalinya isteri Perdana Menteri (dari yang sebelumnya) bertudung. Malah beliau turut menyifatkan isteri Perdana Menteri ini seorang yang kuat dan penyabar.
Allahuakbar!! Rasmi sudah Perdana Menteri Ke-8 dan kita turut dikurniakan seorang ‘Ibu’ yang bertudung manis sebagai wanita pertama yg bertudung yang mendampingi seorang Perdana Menteri! Terima kasih Allah!!!
Nota kaki : Buat pertama kalinya isteri Perdana Menteri bertudung iaitu isteri PM-8. Beliau yg kuat dan penyabar ini adalah Puan Sri Noorainee
Ads
Ternyata posting ini mendapat reaksi positif dari warga net yang turut mengucapkan tahniah atas perlantikan ini dan memuji penampilan isteri Perdana Menteri Kelapan ini yang manis dan santun, memenuhi ciri-ciri sebagai wanita Muslimah.
Pasangan ini berkahwin pada 22 September 1972 dan dikurniakan dengan empat orang anak serta 5 lima cucu.
sha_sharizah Isteri PM bertudung. Permaisuri Agong pun bertudung. Perfect
‘Walau buta mata, tapi tak buta Al-Quran.’ Aisyah Humairah cancer survivor cekal, tak pernah jadikan kekurangan diri sebagai halangan untuk berjaya seperti mana yang diimpikan.
Malahan dengan kekurangan yang ada, remaja ini membuktikan kemampuannya melakukan pelbagai perkara yang orang lain normal lain juga tak mampu. Memang hebat!
Dalam masa yang sama, dirinya membuktikan walau buta mata, Aisyah Humairah tidak buta hati. Remaja ini pilih mendekati al-Quran dalam hidupnya
Meskipun hidup dalam ‘dunia gelap’, ia bukan penghalang kepada remaja perempuan kurang upaya cacat penglihatan, Aisya Humairah Mohd Sharizal, 13, untuk mempelajari kalamullah yang kaya dengan pedoman dan isi cerita.
Melihat jari-jemarinya laju menyentuh susunan titik braille al-Quran dan pada masa sama, mengalunkan bait-bait ayat suci dengan lancar pada Majlis Khatam al-Quran 2.0 anjuran Sinar Islam Plus baru-baru ini, membuka mata semua orang.
Ia juga sekali gus memberi tamparan kepada kita yang celik agar turut sama berusaha sepertinya.
Anak kelahiran negeri Kedah yang membesar di Bangi, Selangor itu dengan rasa rendah diri mengakui bahawa dia boleh membaca kitabullah dengan baik.
Dirinya juga bergiat aktif dalam menyertai banyak pertandingan tilawah al-Quran sejak dari sekolah rendah lagi.
“Saya telah banyak kali terpilih untuk menyertai pertandingan tilawah al-Quran dan sudah beberapa tahun berjaya ke peringkat kebangsaan.
“Antara pencapaian terbaik saya adalah memperoleh tempat kedua semasa Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan bagi kategori masalah penglihatan pada tahun 2021,” ujarnya.
Pelajar tingkatan stu, Sekolah Menengah Kebangsaan Pendidikan Khas Setapak, Kuala Lumpur itu memberitahu, dia dilahirkan sebagai bayi normal pada 17 Disember 2010.
Pun demikian, Aisya Humairah disahkan menghidap kanser mata ketika usianya setahun dua bulan.
Rentetan daripada itu, dia terpaksa menjalani rawatan kimoterapi bagi mengelak tumor merebak ke otak. Malah, mata kirinya juga terpaksa dibuang (pada usia tiga tahun).
Setahun kemudian, remaja itu hilang mata sebelah kanan, sekali gus menjadikannnya orang kurang upaya kategori cacat penglihatan sepenuhnya.
Walaupun perjalanan hidupnya tidak seindah seperti kanak-kanak lain seusianya, Aisya Humairah yang merupakan cancer survivor tidak menjadikan kekurangan diri sebagai halangan untuk bergiat aktif dalam aktiviti kerohanian.
Beliau antara lain telah dihantar oleh ibu bapanya untuk belajar al-Quran pada usia lima tahun dan mempelajari kitab suci tersebut dengan beberapa orang guru mengaji.
“Saya mula mengenal huruf al-Quran dengan menggunakan buku Iqra braille sebelum secara berperingkat mengaji menggunakan al-Quran braille yang dibeli ibunya secara second hand saja pada tahun 2019.
“Walaupun huruf al-Quran braille menggunakan abjad a, b, c, namun saya terkeliru kerana ia mempunyai baris untuk membunyikan setiap tanda bacaan pada kitab agung tersebut.
“Jadi, pada peringkat awal mengaji, saya akui memang berdepan kesukaran untuk menghafal baris-baris tersebut,” imbaunya.
Remaja yang manis tersenyum walaupun tidak pernah melihat rupa parasnya sendiri menjelaskan, dia menjadikan guru taranumnya, Ustazah Norsyafirah Jusoh sebagai idola.
Ustazah Norsyafirah ialah Johan Qariah dalam Pertandingan Tilawah dan Hafazan al-Quran 2023 peringkat negeri Perlis.
“Saya mengagumi Ustazah Norsyafirah kerana beliau boleh membaca al-Quran dan bertaranum,” tambahnya.
Cerita Aisya Humairah, pengalaman manis bagi dirinya sejak aktif menyertai tilawah adalah berkesempatan untuk berdikari sendiri buat pertama kali ketika menyertai Pertandingan Tilawah al Quran Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia pada tahun 2020.
Menariknya lagi, ketika itu empunya diri menjadi peserta termuda mengambil bahagian dalam pertandingan berkenaan.
Sebelum aktif menyertai pertandingan tilawah al-Quran, remaja itu juga pernah mengikuti pertandingan hafazan melibatkan Juz Amma ketika berusia lima tahun sebelum kini lebih fokus untuk mendalami kaedah bacaan al-Quran bertaranum.
Dalam pada itu, berkongsi tentang aktiviti hariannya pula, anak kedua daripada empat orang adik beradik itu berka, dia tidak berdepan dengan masalah untuk menguruskan diri ketika berada di asrama.
Sejak kecil, tuan punya badan telah dilatih oleh ibunya mencuci, menjemur dan melipat sendiri pakaian dan menyusunnya di dalam almari.
“Ketika hujung minggu saya akan pergi kelas berenang kerana saya mempunyai impian mahu menjadi atlet renang paralimpik, jadi saya perlu berlatih bermula dari sekarang,” katanya lagi.
Selain itu, anak kepada pasangan jurutera dan suri rumah itu juga aktif bermain catur.
Aisya Humairah pernah terpilih menyertai pertandingan catur peringkat negeri Selangor dan semasa Hari Wilayah Persekutuan.
Kalau diteliti semula, memang hebat portfolio remaja berkenaan dan sememangnya mencetuskan inspirasi. Kesungguhan beliau sesungguhnya menyentuh perasaan.
Kashoorga: Tahniah Aisyah Humaira, semoga dirinya terus melakar kejayaan.
Pikat hati ini bukan satu kerja yang mudah. Dalam hubungan sesama manusia seperti antara ibu dan anak, suami dan isteri, pekerja dan majikan atau guru dan pelajar, kita akan melakukan pelbagai cara untuk pikat hati mereka.
Bagi yang berniaga pula, tentunya akan lakukan pelbagai cara marketing untuk pikat hati pelanggan. Namun, kita lupa satu perkara paling penting dalam hidup ini. Kita lupa siapa yang memegang hati manusia ini untuk menerima kita.
Gunakanlah pelbagai teknik dengan jutaan pelaburan sekali pun, jika sang Pencipta manusia tidak menggerakkan hati hambanya, segala apa yang kita usahakan tidak akan berjaya. Badan penat, hati panas.
Ikuti perkongsian ustaz Asraff Ayob bagaimana caranya kita dapat pikat hati orang lain dengan cara mudah tanpa modal. Hanya perlukan istikomah sahaja!
Menurut beliau, ada satu amalan asas yang jika dilakukan, semua teknik mengayat atau marketing yang dilakukan selepas itu akan berhasil.
Sebagai contoh terdekat untuk pengusaha produk jualan. Sebelum ingin membuat hati pelanggan ‘cair’, pastikan kita ‘cairkan hati’ Allah SWT, sang Pencipta pelanggan itu.
Kuasai teknik marketing untuk buatkan Allah ‘jatuh hati’ kepada kita. Selepas usaha itu dilakukan, InsyaAllah, semua urusan kerja dan hajat kita akan dipermudahkan.
Mengapa? Sebab Dialah yang menggerakkan hati pelanggan agar sukakan produk kita. Jika Allah tidak gerakkan walau seinci pun, kita belanjakanlah ribuan ringgit untuk usaha mempromosi, pelanggan tetap hanya ‘Touch & Go’, tanpa beli satu pun produk jualan kita. Bukan kah itu menyedihkan?
Amalan mudah ini perlu dilakukan secara konsisten. Tidak boleh culas. Teknik ini memang tidak ditemui dalam mazhab marketing barat kerana Tuhan tiada dalam kamus kapitalis mereka.
Mulakan dengan usaha yang kecil tetapi mempunyai impak sangat besar iaitu:
Maksudnya, wajibkan diri dengan berzikir Istighfar sekurang-kurangnya 100 kali dan 100 kali selawat sehari. Kedua-dua zikir ini amat besar fadhilatnya untuk menjemput rezeki.
Andai culas? Maka gunakan teknik ini:
Kita tetapkan minda setiap pagi dengan unjuran ‘BERHUTANG DENGAN ALLAH’ Hutang 100 istighfar dan 100 selawat. Ia wajib dibayar sebelum 12 malam. Tidak boleh ‘carry forward’. Dilarang tidur sebelum jelaskan ‘hutang’ ini.
Jika tidak, kita denda diri sendiri dengan 5 kali ganda zikir tadi. Maknanya jika tak dilunaskan hari ini, esok kena buat 500 kali istighfar dan selawat.
Memang, zikir ini perlu ‘paksarela’ sebelum sampai ke tahap sukarela. Tetapi, ia pasti bertukar sukarela bila kita melihat rezeki tidak putus-putus datang nanti. Believe it!
Kredit Ustaz Asraff Ayob
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Diam tak diam kita sudahpun masuk pertengahan bulan Syaaban dan lebih kurang lagi dua minggu akan munculnya Ramadan nan mulia.
Walaupun kita sedang diduga oleh Tuhan dengan wabak pandemik ini, namun tidak membataskan kta untuk membuat persediaan menyambut bulan paling istimewa dalam banyak-banyak bulan Islam ini.
Dan salah satu persediaan adalah dengan berpuasa sunat sepanjang bulan Syaaban ini.
Selain puasa sunat pada hari Isnin dan Khamis, Islam juga amat menggalakkan umatnya untuk berpuasa pada Hari Putih ini hingga ke Nifsu Syaaban nanti sebelum kita wajib berpuasa di bulan Ramadan.
Sepanjang tempoh itu, kita juga diingatkan untuk memperbanyakan amal ibadah dengan membaca al-Quran, Yasin, Tahlil serta melakukan Qiamullail dengan Solat tahajjud, Taubat dan sebagainya.
Apa itu Hari Putih dan apakah kelebihannya yang kita tidak tahu. Perkongsian di laman sosial Instagram ini menjelaskan maksud berkenaan.
Selain puasa sunat Isnin dan Khamis, Islam juga menganjurkan puasa Hari Putih. Apa itu puasa Hari Putih serta kelebihannya?
Puasa Hari Putih merupakan puasa selama tiga hari di pertengahan bulan yang telah dianjurkan oleh sunnah sebagai suatu bentuk puasa sunat tambahan. Ia ada disebut melalui sebuah hadis yang telah diriwayatkan oleh Abu Dzar, iaitu:
“Wahai Abu Dzar, jika engkau ingin berpuasa tiga hari setiap bulan, maka berpuasalah pada tanggal 13, 14 dan 15 (dari bulan Hijrah).” (Hadis Riwayat Tirmidzi)
Ia digelar sebagai hari putih kerana pada tarikh ini (tarikh hijrah) bulan sedang mengambang dan cahayanya sangat cerah.