Jodoh merupakan perkara yang telah ditentukan oleh Allah SWT. Ini berdasarkan hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Mas’ud:

إِنَّ أَحَدَكُمْ يُجْمعُ خَلْقُهُ فِي بَطْنِ أُمِّهِ أَرْبَعِينَ يَوْمًا ثُمَّ يَكُونُ عَلَقَةً مِثْلَ ذَلِكَ ثُمَّ يَكُونُ مُضْغَةً مِثْلَ ذَلِكَ ثُمَّ يَبْعَثُ اللهُ مَلَكًا فَيُؤْمَرُ بِأَرْبَعِ كَلِمَاتٍ، وَيُقَالُ لَهُ: اكْتُبْ عَمَلَهُ وَرِزْقَهُ وَأَجَلَهُ وَشَقِيٌّ أَوْ سَعِيدٌ

Maksudnya: “Sesungguhnya setiap dari kalian akan dihimpunkan kejadiannya di dalam perut ibunya selama 40 hari kemudian menjadi segumpal darah dalam tempoh yang sama. Kemudian menjadi segumpal daging dalam tempoh yang sama. Kemudian Allah mengutuskan malaikat dan diperintahkan (malaikat tersebut) dengan empat kalimat. Dikatakan kepada malaikat: tuliskan amalannya, rezekinya, ajalnya, adakah dia bahagia atau derita…” Riwayat al-Bukhari (3208).

Ramai membina impian untuk hidup bahagia bila melayari alam rumahtangga. Sebelum berkahwin, ramai yang bertunang dahulu.

Namun apa perlu dilakukan kalau semasa bertunang kita tidak dilayan sebaiknya oleh pasangan. Perlu bertahan hingga sampai hari kahwin atau putuskan.

IKLAN

Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie, Suzana Ghazali berkongsi apa keputusan wanita perlu buat kalau tak dihargai semasa bertunang.

Sebelum kahwin lagi, dia dah ada rasa nak putuskan hubungan asbab tika bertunang, dia tak dilayan dengan baik, diherdik atas silap yang kecil atau tak sengaja. Bakal suami hasil cadangan keluarga (ayah masing-masing pernah berkawan masa sekolah kemudiannya bertemu semula) juga terlalu berkira.

Kalau belanja minum mesti teh o ais atau sirap ja sebab tu yang paling murah. Bila diadu dengan hasrat untuk putuskan hubungan. Kata ayahnya; “Perkahwinan adalah satu perjudian. Kahwin je dulu mana tau nanti lepas kawin dia berubah.”

IKLAN

Hmmm perkahwinan BUKAN SATU PERJUDIAN ya….

Setiap individu berhak memilih pasangan yang diyakini mampu membahagiakan hidupnya pada hari-hari akan datang termasuk selepas perkahwinan.

IKLAN

Kalau sebelum kahwin dah rasa siksa, rasa tak dihargai, yang ada hanya kecewa dan derita tetapi mengambil keputusan untuk meneruskan juga dengan perkahwinan, samalah seperti menggali lubang kubur sendiri.

Tak perlu takut untuk putuskan hubungan termasuk putus tunang kerana putus tunang adalah lebih baik daripada yakin perkahwinan pasti berakhir dengan penceraian.

Setiap individu diberi hak memilih yang terbaik. Yang terbaik sekarang dengan harapan akan kekal baik pada masa depan.

Kalau sekarang dah lingkup, apa jaminan akan jadi lebih baik pada masa depan?

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI